Friday, July 16, 2010

warkah dari mama

bismillah..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah qudwah dan uswah terbaik..

2 hari lagi nak melangkah ke alam baru..
dapat surat dari mama..
yang bertajuk..
'warkah dari bunda'
ntahla..rasa sayu pun ada..rasa pilu..rasa sebak..
dengan apa yang berlaku..
tapi sebagai seorang Muslim..kewajipan kita untuk menerima apa yang berlaku..
tak kiralah macamana perasaan kamu..
buat mama..
jazakillah khair atas segala jasa kamu mendidik ana juga kami semua..
tapi kagum jugak la kan kamu boleh buat ayat gitu..hahaha..
thanks a lot..
nak kongsikan di sini



Bismillahirrahmanirrahim..
Ke hadapan anak2da yang bunda kasihi hanya kerana Allah. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya insyaAllah.
Sudah lama rasanya kita tidak bersua. Bukan tidak ada kemahuan untuk mengatur pertemuan lagi, tetapi sengaja membiarkan rindu semakin mekar dalam kalungan ukhwah keranaNya.
Rasanya begitu pantas masa berlalu, sehinggakan bunda hampir terlupa yang anak2da akan memulakan langkah ke alam baru beberapa hari lagi. Mengingatkan hal tersebut, lantas bunda tergerak hati untuk menulis warkah ini buat tatapan anak2da sebelum melangkahkan kaki ke alam baru. Moga nota-nota yang bunda titipkan ini bisa menjadi penguat dan pendorong anak2da tatkala menghadapi alam yang agak mencabar ini.
Tatapi dan hayatilah nota-nota yang ikhlas dari lubuk hati bunda insyaAllah...
1. hendaklah dari awal meletakkan niat yang lurus, bukan bekerja untuk dapat gaji tetapi semata untuk mencari redhoNya.
2. hendaklah sentiasa memerhatikan, memuhasabah diri melihat kondisi iman dan amal kita. walaupun sistem mutabaah tidak diaplikasikan murabiyah selepas ini, apa salahnya kita untuk terus istiqamah melakukan sesuatu yang kita akui banyak manfaatnya.
3. apabila mendapat sesuatu musibah atau ujian, hendaklah yang pertamanya berbaik sangka terhadap Allah. Yakin bahawa Allah tidak akan memberikan yang buruk buat hambaNya(2:216). Kemudian bersabar dan tangani dengan bijak masalah tersebut. Jangan lupa untuk mohon pertolongan dari Allah, kerana hanya dia Yang Maha Penolong.
4. pastikan anak2da sentiasa malakukan tugas sebagai seorang da’i walau dimana anak2da berada. Seorang da’i bukan menunggu mad’u untuk dibimbing, tetapi sentiasa mencari mad’u. Da’i sepatutnya adalah orang yang proaktif, bukan yang hanya menunggu arahan diberikan.
5. berada dalam lingkungan guru2 di sekolah nanti, banyak perkara baru yang akan anak2da temui. Ada baik dan ada yang buruk. Bijaklah dalam berhadapan dengan situasi2 tersebut dengan cara banyak bergaul dengan akhwat2 yang lebih berpengalaman dan boleh juga melalui pembacaan pelbagai jenis buku.
Rasanya banyak lagi yang ingin bunda titipkan, tetapi tidak terluah dalam perkataan. Cukuplah setakat ini dahulu. Mungkin akhir sekali, berkaitan dengan indimaj kita dengan I***, alhamdulillah situasi semasa adalah sedang menunggu fasa-fasa akhir indimaj sepenuhnya. Dari pengamatan ana dan beberapa akhwat dan ikhwah, mungkin I*** ada sisi-sisi kelemahan yang membuatkan kita rasa tidak boleh dimaafkan. Tetapi ukhti, jangan kita lupa bahawa kita juga mempunyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Ingatlah, berlapang dada dan memaafkan adalah sifat orang2 mukmin dan takbur serta tidak mahu memaafkan adalah sikap musuh nyata kita iaitu syaitan.
Akhir bicara, bunda memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini tidak menjadi bunda yang baik untuk anak2da. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu Allah sandarkan pada diri bunda untuk sama2 kita jadikan ibrah.
Wallahualam..
SAYANG ANAK2DA KERANA SAYANG ALLAH, RASUL DAN JIHADJJ

alhamdulillah..berkaitan indimaj tu..
hurm..ntah apa la ye yang tidak boleh dimaafkan..jazakillah khair atas peringatan..diri ini akan cuba menerima seadanya dan cuba menerima dengan positif..walaupun sekarang ni fasa tak masuk lagi pun..tapi bukan mudah malah terlalu sukar untuk hati ini menerima..seringkali kenangan lalu berlabuh..tapi hakikat kehidupan..kenyataan adalah hari ini.. ana rasa sukar menerima mungkin kerana masih mengintai dari luar.. ntahla..tapi agak fahua roddun juga..tapi sebenarnya terlalu cuba dengan pelbagai cara untuk menerima..dan sangat mohon pada Allah..errr..takpe ke tulis macam ni kat sini..haha..ana yakin takda sapa baca..doa buat semua..ak sabar untuk saat itu..

p/s : akhir-akhir ni banyak baca buku yang tak paham term arab dia..hohoho..kan kita ada banyak ustaz ustazah untuk rujukan kan?

Saturday, July 10, 2010

memangkah?

bismillah...
segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad insan yang terlalu banyak berkorban demi keberlangsungan Islam.

alhamdulillah thumma alhamdulillah..
kalau tengok tajuk tu jangan salah baca: memangkah = memang ke? bukan pangkah..
hari ini meneruskan perjalanan ke taman Islam..hari ni 10 Julai 2010 bersamaan 27 Rejab..
dapat mesej
'akak pergi tak smakl. kitorang ingat nak pergi smakl dalam tengahari esok'
sender : ikin khar
huh..terkejut amat..sebab dah beberapa hari saya dok pk gimana nak tanya dema ni turun smakl tak minggu ni.. tup tup bagi mesej..
cuma perasaan masa tu..syukur ya Rabb..mereka faham kepentingan untuk meneruskan halaqah di Taman Islam dan mereka menyedari amanah yang ada di Taman Islam setelah ditinggalkan selama lebih kurang dua bulan.
Allahuakbar..syukur..kalau saya perlu melepaskan..boleh la saya melepaskan dengan sedikit rasa lega..kerana ada yang sudi menjadi seperti saya..dan saya harapkan mereka akan berbuat dengan lebih lagi..
ok janji..
cumanya..
satu peristiwa..
dema lambat je sebenarnya..
then saya terpk..
pasal my personality..
memang banyak kebenaran..ntahlah..adakah saya perlu mengakui tulisan aunty Florence tu atau apa yang perlu saya pk dengan sikap saya bila terjadi peristiwa tu? hurm..banyak muhasabah...saya tahu kat situ kekurangannya..ntahla..tapi memang saya perlu terima ke kata mentadakkakikidal tu.. tu memang 'built-in-antenna'. sebab saya rasa sangat sikap saya sepertinya yang dicoret dalam buku tu.. dan bukan semudah yang disangka untuk perbaiki..tapi papepun..insya Allah saya akan cuba.. dan perlu meletakkan sepenuh keyakinan dengan apa yang terjadi tu punyai hikmah yang besar disebaliknya.
so dib, kalau dah tahu. try berubah ok..
ok..insya Allah..

sedang menanti hari sangat untuk posting..
ntahla..
rasa berdebar sangat amat tunggu 19 Julai ni..
akan masuk ke SAK or DG or DHL??????
hurm..dah masuk ke ke kena tungu lagi..huhuhuh
sebenarnya...
saya dah bersedia dah untuk masuk ye..
dah tak larat dah macam ni..
tapi takpe..saya akan tunggu arahan seterusnya..
jangan risau..
cuma baru-baru ni buka website ismadhl - tak sengaja sebenarnya..
tengok-tengok gambar..then tengok sorang ni..ish macam ku kenal saja..
tajuk ' meraikan ahli baru'
then ditunjukkan la gambor ahli baru tu..hohohoho..
hurm..
tak nak cakap dah..
sekarang ni fasa menunggu saja...

di taman islam tadi..
hurm..
dah cakap..
antuma dua nak tahu tak? apa yang kome semangar sangat ckp td, pasal haluan la n seangkatannya..yang lain-lain masih tak mampu terima tu semua..tu pun nasibla ada wardah, yati n aliya saja..diorang tak faham tau..huuuuuu..ntahla baca la surat akak tu..saff nak baca surat teha pun takpe..akak doakan yang terbaik buat kalian..

wallahua'lam.

Friday, July 9, 2010

di daerah sana ii

bismillah
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad ..

meneruskan tulisan untuk post sebelum ni..
sebelum tu..sebenarnya bersemangat nak tulis bila terbaca blog ukhti atifah. blog yang didedikasikan buat anak-anaknya (future) padahal dia tak nikah lagi pun..hurm..untuk penguat anak-anaknya melihat dia melalui jalan dakwah ni dia tulis pengalamannya..best best..nak buat macamtu juga la..mungkin bukan buat anak-anak tapi buat diri sendiri di masa depan..buat peringatan sendiri..

sambung..
erm..ingin menjadi wanita bekerjaya..
satu langkah lagi..
banyak berkongsi dengan wanita bekerjaya, sang daiyah dan sang mama kepada anakanaknya..
ana nak cerita dengan org-orang ni macamna nak didik anak sebagai wanita bekerjaya..
antaranya..(ni target saja sementara saya ni memang org yang masih bawah tempurung)
ustazah norakhilah (isma perak), dr wan zalillah (kkh haluan), ustazah isyah radiah (isteri che am raihan - tapi tak tahula nak cari ustazah kat ne), ustazah norasimah (my mummy)..lain lain??ntah la..tak terpk lagi..nanti kalau dah ada senarai saya tambah lagi..dalam misi mencari orang ni..

mungkin tu saja..
sebenarnya nak share pendapat dan pengalaman orang lain juga pasal menjadi wanita, da'i , isteri dan ibu bekerjaya ni macamana..tapi laterla..kena cari dulu..

akhirnya moga Allah permudahkan dan memberikan yang terbaik buat saya dan keluarga saya.
sekarang ni fasa nak betul betul bersedia untuk menjadi zaujah dan ibu..ish..tak boleh la cakap macam ni..labah labah dalam perut..hoho..walaupun masanya tak tahu bila..tapi saya perlu betul-betul bersedia untuk saat itukan? kerana anak yang soleh itu diperolehi bermula dengan pemilihan ibunya yang terbaik..dan saya ingin menjadi ibu kepada para mujahid dan mujahidah itu..ish serious geli la..tapi perlu dilawan..
roomate kalau baca ni jangan gelak okeh..saya ingin menjadi lebih dewasa..kerana usia juga semakin meningkat..hoho

wallahua'lam..
semuanya dalam perancangan..berderet-deret benda nak dibuat..tinggal amal saja yang berbicara..

Monday, July 5, 2010

di daerah sana

bismillah..
segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..

alhamdulillah..alhamdulillah. masih bernafas sehingga detik ini..
belakangan ini terlalu banyak yang bermain di fikiran..
menunggu jawapan..
tapi entahkan dari mana..
dan entahkan bila..
biarlah..
aku pasti jawapan itu akan hadir dengan berlalunya masa..
dan pasti kan ada yang diutuskanNya untuk memberikan ku jawapan itu..
wallahua'lam..

hurm..
wallahua'lam sebab cukuplah dengan mainan kata..hohohoho..
tak reti la den..macam hipokrit la pulok..sebab nak tergelak-gelak..hihi..
tapi sebenarnya..cukup indah permainan kata..baru baca blog mambi86.blogspot..mainan katanya best juga..kalau baca blog penasihat..hurm..tu lagilah..pengsan nak paham..baca sekali dua kali tiga kali baru dapat paham kot..n lagi satu blog salji biru..hoho..tu satu hal..lagi..ayat puitis bangat..- but nice la..tu semua blog ikhwah ..janganlah manusia-manusia ni menjejakkan kaki ke post ni..hmmmm..nanti dema tahu la..aihh
kalau blog akhwat pula..macam blog saya ni lah..banyak bercerita..hoho..jarang sebenarnya pi blog akhwat..tadi baru terserempak lepas jalan-jalan sikit..blog atifah, kak siti..banyak menceritakan pengalaman..alhamdulillah..ada gak akhwat yang berkongsi pengalaman dalam blog..susah juga saya nak mencari blog akhwat..lainla blog superserikandi, teha mumtazah dsb..
apakah yang kamu merapu itu..


saya bakal posting 19 julai ni..macamtu juga dengan akhwat ku..alhamdulillah..ana n marini dapat selangor, kak mar n saadah dapat perak, syazana dapat kedah n hirzi dapat sarawak. dimana bakal ditempatkan secara spesifik?wallahua'lam.itu semua adalah perancangannya..tak sabar sebenarnya nak tunggu 19 hb..sebab semua pun dah tak larat nak dok umah, then tak sabar untuk gerak kerja seterusnya..nak pi halaqah, program dan lepas masuk alam pekerjaan ni di mana fokus dakwah..semua tu sangat ditunggu. tapi pastinya saya sedih sebab akan bertukar murabbiyah dan berpisah jauh dengan roomate ku itu..


cik  mama n cik roomate..
dah lama sangat kita bersama..
cik mama sejak matrik..cik roomate sejak kita sem 2 kita kenal..
lebih dari 4 tahun..
cik mama dah lama jadi murabbiyah..
cik roomate dah lama jadi kawan saya..
sebenarnya..kalian berdua pendengar yang terbaik untuk saya..
dan pemberi respon yang paling baik..
apatah lagi hanya kalian berdua yang cukup memahami tentang taman islam..
hanya kalian berdua..tak tahula mana nak cari orang macam kalian lagi..
doakan saya bertemu dengannya..
'dia' yang mampu bercakap dengan saya..
berkongsi rasa tentang taman islam..
tentang diri saya..
mampu bercakap dari hati ke hati..
mampu meluahkan apa yang terbuku dihati ini tanpa ada rasa sangsi..
dan menerima saya seadanya saya..
seperti mana kalian menerima saya..
mampu untuk sangat memahami saya..
dan menyayangi saya~kerna saya merasai tempias kasih sayang itu..
ntahla..
adakah saya akan menjumpai orang seperti itu?
wallahua'lam..saya berdoa agar Allah memberikan 'dia' sebagai yang ketiga selepas kalian berdua..
tapi ketentuan Allah itu yang terbaik bukan..
bila kita mengkehendaki sesuatu yang lebih baik..terkadang banyak benda baik yang perlu dikorbankan..
tak semua benda yang kita nak kat dunia ni kita boleh dapat..kan?
aku pasti akan sangat merindui kalian..
namun ukhuwah kita kan terus terpatri bukan..
ukhuwah itu hingga ke jannah..
benarla..perpisahan itu amat pahit untuk ditelan..
tapi hidup perlu diteruskan...
kalau kalian baca ini..jangan risau ya..di saat ini tiada air mata yang tumpah..
sekarang fasa cool..huhuhu..tapi sebak giler ni wehh..

bercakap tentang posting..
ana bakal menjadi seorang wanita bekerjaya..
dengar tu
WANITA weh..ish ish ish..sukar juga menerima ini..
tapi tidak mengapa..
boleh tak nak cakap..
ana nak terus menjadi wanita, da'i, isteri dan ibu bekerjaya..
dan tidak memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..
kenapa memilih untuk itu...
untuk makluman..itu adalah pemikiran pada 5 julai 2010..
sebelum saya posting pada 19 julai 2010 dan memulakan alam kerjaya..
dan saya telah mejadi da'i sejak disember 2004..
sebelum saya menjadi isteri pada.....bila?
dan sebelum saya menjadi ibu pada...ni lagilah Allah saja yang tahu..
saya masih belum merasai alam kerjaya
saya masih belum tahu bagaimanakah rupanya menjadi dai yang sibuk dengan dakwah dalam masa yang sama dengan kerjayanya.
saya masih belum merasai pengalaman menjadi seorang isteri dan menjadi full time dai dalam masa yang sama bekerjaya..
saya juga masih belum merasai pengalaman menjadi seorang dai, dalam masa yang sama seorang ummi dan pastiya isteri juga seorang pekerja..
saya masih belum merasai semua itu..
cuma saya merasakan..
kerjaya saya akan banyak membantu saya memahami masyarakat dan permasalahannya kerna saya berada di tengah-tengah mereka dan mengatur strategi bagaimanakah pendidikan untuk anak-anak saya yang sebaiknya..kerna anak itu perlu dididik sesuai dengan zamannya..
dan zaman ini terasa amat pelik bagi saya..kerna itu saya perlu memahaminya..
tapi itu semua mungkin sekadar pemikiran cetek manusia yang masih belum berpengalaman..
tapi saya akan cuba mengatur strategi dan menimba pengalaman dari insan yang jauh lebih berpengalaman..
bagaimana untuk mendidik anak-anak sebagai seorang wanita yang bekerjaya..
dan semua itu pastinya dengan keizinan Dia dan dia-suamiku nanti insya Allah..labah-labah dalam perut okeh..haha..
takpe..papehal boleh bincang kan?adeh..seram giler cakap pasal ni..huih..
tu satu reason..dan mencakupi banyak reason..
yang kedua..
ingin menjadi orang yang benar-benar sibuk..kerna bagiku..orang yang benar-benar sibuk mampu menguruskan masa dengan amat baik sekali..tiada masa yang dibazirkan dan sedikit kerehatan..seperti orang yang sedang berjuang...ntahla..aku berdoa..moga aku mampu menghadapi semua itu..dan dalam masa yang sama anak-anakku terdidik dengan sangat baik..akan ku cuba insya Allah..itu azam dan tekadku yang aku luahkan pada 5 julai 2010 ini..


to be continue..nak baca emel sat yang murabbiyah hantar..

Monday, June 28, 2010

dah dapat posting..

bismillah..
segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat. selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah murabbi agung.

segala puji dan kesyukuran dipanjatkan tidak terhingga kepada Allah swt. ALLAHUAKBAR.
akhirnya dapat negeri tempat posting.
dapat negeri kelahiranku..selangor negeri maju..Allahuakbar..
syukur padaMu ya Rabb..
sekarang ni menantikan tempat sahaja pada 19 julai..
setelah itu bermula lah kehidupan baru sebagai seorang pendidik..
ingin menjadi pendidik sejati..

setelah itu bermula lah gerak kerja yang baru..
kena tunggu tempat dulu..
barulah tahu masuk mana..
samada DHL, DG, SAK..itu saja yang saya tahu dong..huhuhu..
apa-apa pun..
ntahla..
rasa hati ni kuat mengatakan akan duduk di rumah..
mungkin ini saatnya untuk mengotakan apa yang ku janjikan..
'nak dapat dekat..nak jaga mak abah..sapa lagi yang nak jaga..semua pun jauh kan'
mungkin ini masanya untuk meraih pahala berganda dengan birul walidain..
walau ku tahu..cabaran besar bakal dihadapi..
itu mungkin saja bah..kena tunggu tempat dulu..

walau apa pun..
yakin dengan ketentuanNya..
ini yang terbaik buat diri..
walau dimana pun diletakkan..
dakwah ditangga pertama..
dakwah ilallah di tangga teratas..ohhh..actually dont like use word tu..haha
teruskan bekerja..
juga buat roomate..
kamu pasti baca ini kan?
dah tak sedih..alhamdulillah..
kerna keyakinan kepada kuasa Tuhan Yang Maha Esa itu..
dan penyerahan diri hanya kepada Nya..
alhamdulillah..

dan kalau nak terus turun taman islam kena masuk DG kot..huhuhu..
tapi pape pun..yakinlah ketentuanNya yang terbaik..
wallahua'lam

p/s: roomate- kami tak paham la post terbaru tu..huhu..puitis bangat sampai tak dapat mesej...n mungkin kami yang tak cukup faham situasi..biar saja la kan..tak penting pon..hoho

Saturday, June 26, 2010

terusik

bismillah..
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, manusia hebat lindungan Tuhan..

terimbau kenangan lalu..
sekadar ingin berkongsi kata-kata yang digemari..
yang dicopy dari orang lain..dan membantu diri untuk terus kukuh insha Allah
moga pahala yang berterusan.

” Kalau gitu tak seiklimlah kita ni?” Dia menyindir.
” Tak seiklim tak apa, asalkan kita bernaung dibawah langit yang sama dan Tuhan yang sama.” Aku menjawab.
 Cumanya ana harap anta jangan sampai taksub dengan jamaah kerana jamaah ni hanya wadah saja untuk kita bekerja dan jangan sampai kita lupa batas kita. Taksub dengan islam itu wajib tapi taksub dengan jamaah ini boleh membawa kepada perpecahan kerana jamaah kita tidak maksum.” nasihat aku padanya. Kami sama sama tersenyum.
Aku faham maksud kawan lama aku tu. Dulu kami sama sama seusrah dan sejamaah dan bila dia jauh dari aku dan terpisah agak lama, kami terputus hubungan.
Berapi tazkirahnya pada aku, tentang pengabungan jamaah ni. Aku bersetuju dan menyokong walau pun ada Pro and Con nya. Biarlah!
Pimpinan masing masing ada hujahnya. Biarlah pimpinan tertinggi dan ulama’ tertinggi yang buat keputusan. Mereka lebih arif asalkan kita dibawah ni tidak bercelaru dan mengklaim jamaah kita saja yang benar hingga lari dari konsep alfahmu yang kita faham dan terus buat kerja kita. Paling penting matlamat kita tidak berbeza. Mardhatillah.
Jamaah kita hari ini bukanlah Jamaah Muslimin ( jamaah Islam ) seperti Jamaah Rasullulah yang menjadi fardhu ain dan wajib untuk kita berintima’ hanya padanya, yang sekiranya kita mengujudkan jamaah lain boleh menjadi kafir. Tapi Jamaah dizaman kita ini adalah Jamaahtul minal muslimin ( jamaah dari jamaah muslimin) yang tidak mengwajibkan kita untuk berintima’ kepada satu jamaah, yang mungkin ada hikmah disebaliknya berbilangnya jamaah itu. Allah saja yang tahu.
Paling penting semua kita berwala’ kepada Allah dan Rasul.
Jamaah kita ini hanyalah medan kita untuk bekerja. Tidak kira kecil atau besarnya jamaah itu dan disinilah nikmat berbilang jamaah yang harus kita syukuri kerana disinilah terbuktinya sifat ikhlas, sifat lapang dada kita yang dapat mengwujudkan sifat taawun antara kita dalam kerja dan ketaatan kepada kebijakan dakwah!
dipetik dari sini
juga..
Ya Rahman,
Layar-layar yang berkibar seolah berbicara laju,
Satu ritma dan satu ritma,
Teliti berlalu memenuhi ruang masa,
Yang sebenar, mengetuk pintu kebuntuan buat aku,
Apakah layar-layar ini tepat dan pasti,
Apakah ia memenangkan risalah suciMu,
Apakah ia benar mengukuhkan bangunanMu,
Hingga kadang,
Aku terasa kekurangan, Bahkan menyuntik kelemahan,
Hanya pada masalah kepastian,
Namun tetap, aku tahu, setiap layar tidak luput dariMu,
Setiap layar tidak pernah salah dengan syariatMu,
Hanya mungkin bisikan luar yang menipu,
Maka berikan layar yang terbaik ya Rabb!
dipetik dari sini

wallahua'lam..

Friday, June 25, 2010

iman dan kehidupan

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

iman dan kehidupan.
apakah iman. segala jenis manusia pun mampu jawab. iman tu mengakui dengan hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. oh..itu memang skemanya..
tapi sejauh mana dari segi kefahaman sebenar tentang iman dalam kehidupan ini.
apakah sepatutnya kesan iman dalam kehidupan?

mungkin boleh menjenguk
(23:1-11), (8:2-3)
dan banyak lagi ayat yang menyatakan bagaimankah orang mukmin itu seharusnya berbuat..

iman itu seharusnya mendorong sang muslim dalam melakukan segala jenis kebaikan..
tiada istilah bosan dalam melakukan amal ibadah apatah lagi amal ibadah wajib dan seharusnya menjadikan ibadah sunat sebagai satu amalan yang sukar untuk ditinggalkan..
dengar tazkirah ustaz zahazan tadi : ada 17 rakaat solat sunat yang sepatutnya kita amalkan dalam sehari : solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat seleps isyak (kalau tak silap) . apa lagi 7 rakaat? 2 rakaat solat duha, 2 rakaat solat taubat, 2 rakaat solat hajat dan 1 rakaat solat witir. ini antara solat yang jarang ditinggalkan Rasulullah. kita bagaimana? jangan sampai untuk solat fardhu pun malas ya..

bagaimana kita umat Islam hari ini hendak mengaplikasikan iman dalam kehidupan?
petama sekali seharusnya adanya sifat ihsan. menyedai kehadiran Allah yang sentiasa melihatkan kita dalam apa jua yang kita lakukan. apa jua pebuatan kita pasti ada cctv yang melihat dan merakamkannya..dengan adanya sifat ihsan ini dapat membantu kita untuk menjauhi segala apa yang Allah larang dan besemangat untuk melakukan peintahNya..seta melakukan sesuatu untuk mendekatkan dii kita kepada Nya..

seterusnya melihat kepada amal ibadah. yang paling utama pastinya amal ibadah wajib. bagaimana solat 5 waktu? dah setle solat diawal waktu? bagaimana solat subuh?adakah masih gajah atau dinasour atau pernah lupus waktu solat sebelum kita mengerjakannya? astaughfirullahalazim..ayuh terus memohon ampun pada Allah..  tidak lama lagi kita bakal menghampiri Ramadhan bulan yang amat mulia. bagaimana kualiti puasa kita adakah sekadar menahan lapar dan dahaga ataukah kita mampu mengambil manfaat yang cukup besar dai bulan Ramadhan itu..memohon padanya agar dapat sampai ke bulan Ramadhan kembali tahun ini. amin. 


seterusnya kita melihat kehidupan seharian kita. bagaimana dengan pakaian kita?sudahkah menepati syariat dengan sebenarnya ataukah masih ada lopak sana sini? melihat kepada pergaulan kita..apakah sudah dikawal dan dijaga dengan sebaiknya ataukah masih ada sikap ' tidak mengapa..kawan saja takda apa' 'kawan waktu sekolah biasala kan...' ' kitorang kawan ja..bukan couple pun'..ohh..apakah? mai renung kembali mari renung kembali. 


ayuhlah menyemarakkan iman kita dengan pebanyakkan amal ibadah sunah. agar dapat merasai kemanisan iman itu. ohh..bukan mudah untuk mendapat nikmat iman itu. andai sudah dapat sekali..hargailah ia..ya Rabb..bantu aku..qiam kita, mathurat yang berkualiti pagi dan petang, sunat duha, istighfar yang berkualiti yang mampu membuatkan air mata ini merembes jatuh mengenangkan diri ini insan berdosa. layakkah mendapat ampunanNya? siapakah lagi yang mampu memberi ampun selain Nya? mengapakah hati dan diri ini masih ingkar? astauhgfirullahalazim...


seterusnya..peranan dan tanggungjawab dalam mengemban iman itu perlulah menyebarkannya..jadilah sang dai sejati...mengorbankan harta dan jiwa di jalanNya..bukan menjadi dai kerana kepentingan peribadi..tapi membantu ummah agar Islam terus bangkit.mohon padaNya agar kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar..moga diri kita menjadi insan yang benar-benar sibuk dengan tugas dijalanNya..tiada lagi masa luang..tiada lagi masa senggang yang menyebabkan kita menjadi lalai dan leka dengan dunia sementara.. mohonlah padaNya..sentiasa meminta ampunanNya..


ujian itu pasti datang..alhamdulillah..insan yang menyedari dirinya sedang diuji..tapi ramai yang tidak menyedai..atas faktor ujian itu dalam bentuk kesenangan dan kelenangan..sentiasa begantung padaNya dan hanya padaNya..


wallahuta'ala a'lam..mohon lindunganNya dan semoga diistiqomahkan untuk berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini. ameen..