Friday, June 25, 2010

iman dan kehidupan

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

iman dan kehidupan.
apakah iman. segala jenis manusia pun mampu jawab. iman tu mengakui dengan hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. oh..itu memang skemanya..
tapi sejauh mana dari segi kefahaman sebenar tentang iman dalam kehidupan ini.
apakah sepatutnya kesan iman dalam kehidupan?

mungkin boleh menjenguk
(23:1-11), (8:2-3)
dan banyak lagi ayat yang menyatakan bagaimankah orang mukmin itu seharusnya berbuat..

iman itu seharusnya mendorong sang muslim dalam melakukan segala jenis kebaikan..
tiada istilah bosan dalam melakukan amal ibadah apatah lagi amal ibadah wajib dan seharusnya menjadikan ibadah sunat sebagai satu amalan yang sukar untuk ditinggalkan..
dengar tazkirah ustaz zahazan tadi : ada 17 rakaat solat sunat yang sepatutnya kita amalkan dalam sehari : solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat seleps isyak (kalau tak silap) . apa lagi 7 rakaat? 2 rakaat solat duha, 2 rakaat solat taubat, 2 rakaat solat hajat dan 1 rakaat solat witir. ini antara solat yang jarang ditinggalkan Rasulullah. kita bagaimana? jangan sampai untuk solat fardhu pun malas ya..

bagaimana kita umat Islam hari ini hendak mengaplikasikan iman dalam kehidupan?
petama sekali seharusnya adanya sifat ihsan. menyedai kehadiran Allah yang sentiasa melihatkan kita dalam apa jua yang kita lakukan. apa jua pebuatan kita pasti ada cctv yang melihat dan merakamkannya..dengan adanya sifat ihsan ini dapat membantu kita untuk menjauhi segala apa yang Allah larang dan besemangat untuk melakukan peintahNya..seta melakukan sesuatu untuk mendekatkan dii kita kepada Nya..

seterusnya melihat kepada amal ibadah. yang paling utama pastinya amal ibadah wajib. bagaimana solat 5 waktu? dah setle solat diawal waktu? bagaimana solat subuh?adakah masih gajah atau dinasour atau pernah lupus waktu solat sebelum kita mengerjakannya? astaughfirullahalazim..ayuh terus memohon ampun pada Allah..  tidak lama lagi kita bakal menghampiri Ramadhan bulan yang amat mulia. bagaimana kualiti puasa kita adakah sekadar menahan lapar dan dahaga ataukah kita mampu mengambil manfaat yang cukup besar dai bulan Ramadhan itu..memohon padanya agar dapat sampai ke bulan Ramadhan kembali tahun ini. amin. 


seterusnya kita melihat kehidupan seharian kita. bagaimana dengan pakaian kita?sudahkah menepati syariat dengan sebenarnya ataukah masih ada lopak sana sini? melihat kepada pergaulan kita..apakah sudah dikawal dan dijaga dengan sebaiknya ataukah masih ada sikap ' tidak mengapa..kawan saja takda apa' 'kawan waktu sekolah biasala kan...' ' kitorang kawan ja..bukan couple pun'..ohh..apakah? mai renung kembali mari renung kembali. 


ayuhlah menyemarakkan iman kita dengan pebanyakkan amal ibadah sunah. agar dapat merasai kemanisan iman itu. ohh..bukan mudah untuk mendapat nikmat iman itu. andai sudah dapat sekali..hargailah ia..ya Rabb..bantu aku..qiam kita, mathurat yang berkualiti pagi dan petang, sunat duha, istighfar yang berkualiti yang mampu membuatkan air mata ini merembes jatuh mengenangkan diri ini insan berdosa. layakkah mendapat ampunanNya? siapakah lagi yang mampu memberi ampun selain Nya? mengapakah hati dan diri ini masih ingkar? astauhgfirullahalazim...


seterusnya..peranan dan tanggungjawab dalam mengemban iman itu perlulah menyebarkannya..jadilah sang dai sejati...mengorbankan harta dan jiwa di jalanNya..bukan menjadi dai kerana kepentingan peribadi..tapi membantu ummah agar Islam terus bangkit.mohon padaNya agar kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar..moga diri kita menjadi insan yang benar-benar sibuk dengan tugas dijalanNya..tiada lagi masa luang..tiada lagi masa senggang yang menyebabkan kita menjadi lalai dan leka dengan dunia sementara.. mohonlah padaNya..sentiasa meminta ampunanNya..


ujian itu pasti datang..alhamdulillah..insan yang menyedari dirinya sedang diuji..tapi ramai yang tidak menyedai..atas faktor ujian itu dalam bentuk kesenangan dan kelenangan..sentiasa begantung padaNya dan hanya padaNya..


wallahuta'ala a'lam..mohon lindunganNya dan semoga diistiqomahkan untuk berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini. ameen..

No comments:

Post a Comment