bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan.
ni sebenarnya ada sedikit kekeliruan identiti. tak tahu nak bahasakan ana ke aku ke saya ke kami ke i ke..haih..tu pun payah..
okla..untuk sopan sikit..memilih untuk membahasakan ana..then nanti kalau ada terlajak kata ganti nama diri pertama yang selain ana..minta halal je lah ye..cakap pun kat diri sendiri je kan..cuma fara je yang nak baca blog ni..haha..
baru menyelesaikan pembacaan buku PERSONALITY PLUS by FLORENCE LITTAUER..sebenarnya tertarik nak tahu n nak baca n nak mendalami pasal personality plus ni lepas baca satu blog. kredit to iltizamsyabab.blogspot. dengan ayat yang sempoi gile menerangkan pasal personality plus ni so ana pun agak tertarik n barulah keluar pasal POPULAR SANGUINE, PERFECT MELANCHOLY, POWERFUL CHOLERIC n PEACEFUL PLEGMATHIC..kalau ada salah eja tu mahap sajo la.
dengan bersemangatnya beli buku personality plus ni kat kinokuniya masatu..english version okeh..cari yang malay punya ntahle tak nampak batang hidung. n worth it la..sebab puh..satu-satu tertenggek kat batang hidung. baru ana tahu ohh..kenapa selama ni manusia ni pelik..perangai macam tu..kenapa aku ni perangai macam ni..kenapa orang ni tetiba datang puting beliung ntah dari mana kemudian cuaca berubah menjadi cerah pula, kenapa dia ni sebegitu dan sebegini yang kekadang tak faham la haih manusia-manusia ni...then setelah mengkhatamkan buku ni barulah ana jauh lebih faham. kenapa.
kenapa? sebab setiap manusia tu memang ada temperament masing-masing. membesar bersama dan begitulah perangainya. cuma kita ni sebagai manusia juga perlu cuba memahami temperament diri kita dan orang lain supaya we accept them as they are. and improve the way of communication.supaya tak keluar lagi ' you are wrong, i am right' ' sebab tiada siapa yang besalah..mereka hanya berbeza temperament dengan kita sahaja. alamak..tak reti buat ayat best macam dalam buku tu okeh..
pendapat ana, as da'i sangat penting untuk kita tahu dan memahami dengan sebenarnya pasal personality plus ni. barulah dapat memahami mad'u dengan baik n tackle mereka supaya terus stay dalam jalan dakwah dan tarbiyah ni..bahkan sebagai guru, sebagai anak n as human being dalam masyarakat sangat perlu untuk kita memahami orang lain juga selain memahami diri kita macamana. barulah dapat mengurangkan konflik.
which temperament is mine? hoho...rahsia. sapa nak tahu sila mencari sendiri. tapinya saya tak nafikan. memang sangat amat terkena batang hidung sendiri. lebih-lebih lagi sebelum ditarbiyah dulu. bila dah ditarbiyah ada yang semakin berkurang tapi masih banyak yang sama. oh..baru saya memahami diri saya..ana takkan berkongsi my personality dalam blog ni..cuma sorang je yang ana akan cukup telus untuk berkongsi personality ni bila sampai masanya nanti..siapakah dia?biarlah Dia dan dia sahaja yang tahu..sekarang ni pun ana tak tahu sapa dia..kah kah kah..
cuma secara jujur setiap temperament tu ana akan terbayang sorang yang macam dominan untuk setiap personality tu - agak je sebenarnya..mohon ampun pada Allah..then angguk geleng sensorang sebab memang betul. haha..
tu saja setakat ni..lepas ni fasa praktikkan pula..huhu
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment