segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, manusia hebat lindungan Tuhan..
terimbau kenangan lalu..
sekadar ingin berkongsi kata-kata yang digemari..
yang dicopy dari orang lain..dan membantu diri untuk terus kukuh insha Allah
moga pahala yang berterusan.
dipetik dari sini” Kalau gitu tak seiklimlah kita ni?” Dia menyindir.” Tak seiklim tak apa, asalkan kita bernaung dibawah langit yang sama dan Tuhan yang sama.” Aku menjawab.“ Cumanya ana harap anta jangan sampai taksub dengan jamaah kerana jamaah ni hanya wadah saja untuk kita bekerja dan jangan sampai kita lupa batas kita. Taksub dengan islam itu wajib tapi taksub dengan jamaah ini boleh membawa kepada perpecahan kerana jamaah kita tidak maksum.” nasihat aku padanya. Kami sama sama tersenyum.Aku faham maksud kawan lama aku tu. Dulu kami sama sama seusrah dan sejamaah dan bila dia jauh dari aku dan terpisah agak lama, kami terputus hubungan.Berapi tazkirahnya pada aku, tentang pengabungan jamaah ni. Aku bersetuju dan menyokong walau pun ada Pro and Con nya. Biarlah!Pimpinan masing masing ada hujahnya. Biarlah pimpinan tertinggi dan ulama’ tertinggi yang buat keputusan. Mereka lebih arif asalkan kita dibawah ni tidak bercelaru dan mengklaim jamaah kita saja yang benar hingga lari dari konsep alfahmu yang kita faham dan terus buat kerja kita. Paling penting matlamat kita tidak berbeza. Mardhatillah.Jamaah kita hari ini bukanlah Jamaah Muslimin ( jamaah Islam ) seperti Jamaah Rasullulah yang menjadi fardhu ain dan wajib untuk kita berintima’ hanya padanya, yang sekiranya kita mengujudkan jamaah lain boleh menjadi kafir. Tapi Jamaah dizaman kita ini adalah Jamaahtul minal muslimin ( jamaah dari jamaah muslimin) yang tidak mengwajibkan kita untuk berintima’ kepada satu jamaah, yang mungkin ada hikmah disebaliknya berbilangnya jamaah itu. Allah saja yang tahu.Paling penting semua kita berwala’ kepada Allah dan Rasul.Jamaah kita ini hanyalah medan kita untuk bekerja. Tidak kira kecil atau besarnya jamaah itu dan disinilah nikmat berbilang jamaah yang harus kita syukuri kerana disinilah terbuktinya sifat ikhlas, sifat lapang dada kita yang dapat mengwujudkan sifat taawun antara kita dalam kerja dan ketaatan kepada kebijakan dakwah!
juga..
dipetik dari siniYa Rahman,Layar-layar yang berkibar seolah berbicara laju,Satu ritma dan satu ritma,Teliti berlalu memenuhi ruang masa,Yang sebenar, mengetuk pintu kebuntuan buat aku,Apakah layar-layar ini tepat dan pasti,Apakah ia memenangkan risalah suciMu,Apakah ia benar mengukuhkan bangunanMu,Hingga kadang,Aku terasa kekurangan, Bahkan menyuntik kelemahan,Hanya pada masalah kepastian,Namun tetap, aku tahu, setiap layar tidak luput dariMu,Setiap layar tidak pernah salah dengan syariatMu,Hanya mungkin bisikan luar yang menipu,Maka berikan layar yang terbaik ya Rabb!
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment