Friday, July 16, 2010

warkah dari mama

bismillah..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah qudwah dan uswah terbaik..

2 hari lagi nak melangkah ke alam baru..
dapat surat dari mama..
yang bertajuk..
'warkah dari bunda'
ntahla..rasa sayu pun ada..rasa pilu..rasa sebak..
dengan apa yang berlaku..
tapi sebagai seorang Muslim..kewajipan kita untuk menerima apa yang berlaku..
tak kiralah macamana perasaan kamu..
buat mama..
jazakillah khair atas segala jasa kamu mendidik ana juga kami semua..
tapi kagum jugak la kan kamu boleh buat ayat gitu..hahaha..
thanks a lot..
nak kongsikan di sini



Bismillahirrahmanirrahim..
Ke hadapan anak2da yang bunda kasihi hanya kerana Allah. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya insyaAllah.
Sudah lama rasanya kita tidak bersua. Bukan tidak ada kemahuan untuk mengatur pertemuan lagi, tetapi sengaja membiarkan rindu semakin mekar dalam kalungan ukhwah keranaNya.
Rasanya begitu pantas masa berlalu, sehinggakan bunda hampir terlupa yang anak2da akan memulakan langkah ke alam baru beberapa hari lagi. Mengingatkan hal tersebut, lantas bunda tergerak hati untuk menulis warkah ini buat tatapan anak2da sebelum melangkahkan kaki ke alam baru. Moga nota-nota yang bunda titipkan ini bisa menjadi penguat dan pendorong anak2da tatkala menghadapi alam yang agak mencabar ini.
Tatapi dan hayatilah nota-nota yang ikhlas dari lubuk hati bunda insyaAllah...
1. hendaklah dari awal meletakkan niat yang lurus, bukan bekerja untuk dapat gaji tetapi semata untuk mencari redhoNya.
2. hendaklah sentiasa memerhatikan, memuhasabah diri melihat kondisi iman dan amal kita. walaupun sistem mutabaah tidak diaplikasikan murabiyah selepas ini, apa salahnya kita untuk terus istiqamah melakukan sesuatu yang kita akui banyak manfaatnya.
3. apabila mendapat sesuatu musibah atau ujian, hendaklah yang pertamanya berbaik sangka terhadap Allah. Yakin bahawa Allah tidak akan memberikan yang buruk buat hambaNya(2:216). Kemudian bersabar dan tangani dengan bijak masalah tersebut. Jangan lupa untuk mohon pertolongan dari Allah, kerana hanya dia Yang Maha Penolong.
4. pastikan anak2da sentiasa malakukan tugas sebagai seorang da’i walau dimana anak2da berada. Seorang da’i bukan menunggu mad’u untuk dibimbing, tetapi sentiasa mencari mad’u. Da’i sepatutnya adalah orang yang proaktif, bukan yang hanya menunggu arahan diberikan.
5. berada dalam lingkungan guru2 di sekolah nanti, banyak perkara baru yang akan anak2da temui. Ada baik dan ada yang buruk. Bijaklah dalam berhadapan dengan situasi2 tersebut dengan cara banyak bergaul dengan akhwat2 yang lebih berpengalaman dan boleh juga melalui pembacaan pelbagai jenis buku.
Rasanya banyak lagi yang ingin bunda titipkan, tetapi tidak terluah dalam perkataan. Cukuplah setakat ini dahulu. Mungkin akhir sekali, berkaitan dengan indimaj kita dengan I***, alhamdulillah situasi semasa adalah sedang menunggu fasa-fasa akhir indimaj sepenuhnya. Dari pengamatan ana dan beberapa akhwat dan ikhwah, mungkin I*** ada sisi-sisi kelemahan yang membuatkan kita rasa tidak boleh dimaafkan. Tetapi ukhti, jangan kita lupa bahawa kita juga mempunyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Ingatlah, berlapang dada dan memaafkan adalah sifat orang2 mukmin dan takbur serta tidak mahu memaafkan adalah sikap musuh nyata kita iaitu syaitan.
Akhir bicara, bunda memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini tidak menjadi bunda yang baik untuk anak2da. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu Allah sandarkan pada diri bunda untuk sama2 kita jadikan ibrah.
Wallahualam..
SAYANG ANAK2DA KERANA SAYANG ALLAH, RASUL DAN JIHADJJ

alhamdulillah..berkaitan indimaj tu..
hurm..ntah apa la ye yang tidak boleh dimaafkan..jazakillah khair atas peringatan..diri ini akan cuba menerima seadanya dan cuba menerima dengan positif..walaupun sekarang ni fasa tak masuk lagi pun..tapi bukan mudah malah terlalu sukar untuk hati ini menerima..seringkali kenangan lalu berlabuh..tapi hakikat kehidupan..kenyataan adalah hari ini.. ana rasa sukar menerima mungkin kerana masih mengintai dari luar.. ntahla..tapi agak fahua roddun juga..tapi sebenarnya terlalu cuba dengan pelbagai cara untuk menerima..dan sangat mohon pada Allah..errr..takpe ke tulis macam ni kat sini..haha..ana yakin takda sapa baca..doa buat semua..ak sabar untuk saat itu..

p/s : akhir-akhir ni banyak baca buku yang tak paham term arab dia..hohoho..kan kita ada banyak ustaz ustazah untuk rujukan kan?

1 comment:

  1. ana baca.hahahaha.

    fahua roddin.best ayat.hehe.
    erm.memang kita cuba berlapang dada tapi berpadalah.andai perlu untuk kita tegakkan,kita tegakkan.kita bukan manusia robot !!


    selamat ber'amal.

    ReplyDelete