Thursday, August 30, 2012

permata di celahan kaca

bismillahirrahmanirrahim..

kalau nak nikah dengan lelaki, mudah saja. bila-bila masa boleh diusahakan. ada sahaja ruang dan peluang
tapi masalahnya;
nak nikah dengan ikhwah. lelaki yang ditarbiyah. pejuang di jalan Allah. dan ini agak sukar penantiannya. ibarat mencari permata di celahan kaca.


Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ‘ala dinik, wa ‘ala tho’atik…
ya Allah, jangan Kau palingkan kami selepas Engkau memberikan kami hidayah.


p/s : kenapa post pasal ni??? saja je. haha

Wednesday, August 29, 2012

Kerja sangat banyak

Allahuakbar!

kerja yang sangat banyak sampai tak tahu nak buat yang mana satu!
(ok..tapi sempat lagi tulis kat blog)

upsp
upsc
evaluasi salam
salam 13
kls 13
database raudhah
report program raudhah
usrah sekolah
prepare usrah raudhah
daurah raudhah
modul dtot
krim vs upsp
haflah

pbs sains dan sivik (dan segala tok neneknya- sangat banyak!!)
stok2012
minit meeting pibg

saya rasa saya masih berada di awangan. masih dalam mood raya
dan tak fokus.
Allah.berikan aku kekuatan ameen.

Sunday, August 26, 2012

2 tahun sudah!

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

satu post lagi.
Anniversary 2 tahun saya bersama-sama jemaah baru; Ikatan Muslimin Malaysia.
mulanya terserempak dengan satu berita dalam ismadhl.com
http://ismadhl.com/isma-dhl-sambut-ahli-baru/

baru terperasan.
tapi tak mungkin akan melupakan sampai bila-bila.
saya; nor adibah rohiman. secara rasmi (saya declare sendiri rasmi) pada bulan Ramadhan 1431@Ogos 2010.
jadi, telah 2 tahun saya bersama-sama ISMA.

sebenarnya ambil masa yang sangat lama; lebih dari setahun untuk saya betul-betul menerima ISMA. bukanlah mudah menerima rumah baru yang dipenuhi peraturan baru, sistem baru dan ramai sangat orang-orang yang baru.

dan alhamdulillah. banyak ujian yang melemahkan, tapi Allah memberi kekuatan dengan terus.
banyak kali nangis, rasa nak cari jemaah lain (ok ni rahsia besar)
tapi Allah memberi kekuatan, dan memberi satu ketenangan dan penyelesaian terhadap semua masalah dan ujian.
alhamdulillah thumma alhamdulillah

sekarang, banyak yang saya dah faham, dan akan terus cuma belajar dengan ISMA.
walaupun pasti, dan setelah 2 tahun masih belum boleh melepaskan bicara tentang kenangan bersama jemaah lama. Islah @ Dr Hizul.

kenangan itu pasti terpahat sampai bila-bila, kerana disitu saya dilahirkan, disitu saya menjadi kuat, dan di situ saya memperoleh banyak pengalaman hidup yang luar biasa, yang saya rasa tak mungkin akan berulang kembali hari ini. apakah pengalaman-pengalaman itu? semua yang melalui pasti tahu. samada pengalaman syar'ie mahupun kurang syar'ei. tapi semua itu mengajar sebuah pengorbanan, dan mengajar erti dakwah dan tarbiyah yang sebenar. disitu saya dilahirkan

dan disini saya meneruskan pembesaran saya, hingga akhirnya saya berdoa saya akan menemui syahid di jalanNya.ameen.

ya Allah, redhai perjalanan ini. redhai dan rahmati perjalanan kami. ameen.

~ dalam Ikatan Muslimin Malaysia ~

dia insan yang saya kagumi.


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, para sahabat dan keluarga baginda.

Dah lama nak mencoret sesuatu, tapi tertangguh sehingga kini.
Apa yang saya coret ini bukanlah untuk menaikkan siapa2, tapi sebagai satu penghargaan buat seorang individu yang Allah kirimkan dalam hidup saya

Alhamdulillah. Allah menitipkan seorang insan yang saya panggil naqibah.
Naqibah latest saya.

Berusia 35 tahun, dan mempunyai sebuah keluarga dengan suami dan 5 orang anak lelaki. Hero-hero semuanya. Yang sulung telah pun berusia 12 tahun. (begitu muda beliau menikah bukan?)Semasa saya baru saja indimaj dengan ISMA, rumah beliau adalah rumah akhwat yang paling besar pertama yang saya jejak. Rumah 3 tingkat di kawasan kajang.

Pertama kali memandang muka beliau, pasti akan menoleh kembali. 
Kerana muka beliau yang redup, lembut, comel dan cantik. 
Beliau seorang yang cantik.

Beliau belajar di Australia. Dan beliau adalah seorang doktor. Doktor perubatan sebagai m.o / medical officer. Dalam seminggu kebiasaannya beliau akan oncall sebanyak 3 kali.

Kenapa saya ingin bercerita tentang naqibah saya? Entah, kadang-kadang saya terasa kerdil.  Bukan kerana saya kerdil kerana dia seorang doktor perubatan dan dalam perjalanan menjadi specialist pediatric, dan saya hanya seorang guru. Bukan kerana itu.

Tapi saya terasa kerdil,kerana tugasannya begitu banyak dan dia masih lagi boleh istiqomah dengan dakwah. Beliau memegang usrah kami. Beliau punyai usrah sendiri. Dan beliau punyai amanah dalam i-Medic. Juga punyai amanah memegang 1 biro yang penting dalam cawangan kami (biro apa terpaksa di siirkan sebab ada akhwat dah tegur saya, jangan terlalu open berbicara diblog. Err. Ok.lagipun kalau saya bagitau,nanti semua orang pun tahu sapa naqibah saya kan…)

Dalam masa yang sama beliau adalah seorang isteri, dan seorang ibu kepada 5 hero.

Dalam masa yang sama juga beliau adalah doktor perubatan yang sedang bertungkus-lumus menyambung pelajarannya.

Tapi, muka beliau tidak pernah berkerut. Beliau tidak pernah marah. Beliau tidak pernah merungut. Dan beliau tidakpernah bermasam muka. Dan beliau sentiasa tersenyum dan terus tersenyum menghiburkan hati kami.

Muka beliau yang penuh dengan senyuman,menyembunyikan segala amanah dan bebanan yang beliau sedang tanggung. Sungguh bersahaja beliau ini. sungguh saya kagumi.

Beliau menghabiskan masa seminggu sekali bersama kami dalam usrah, dan setiap kali selepas usrah akan menjamu kami semua makan, dan bersama-sama bersembang-sembang. Seolah-olah beliau punyai banyak masa. 
Sedangkan kami tidak tahu beliau baru sahaja habis oncall@postcall. Pulang jam 6 ptg dan jam 9.00 malam terus sambung dengan usrah kami hingga tengah malam. melayan kerenah kami yang pelbagai. Dan kerenah saya yang kadang2 mengada2 terlebih. 

Dan, saya yang hanya seorang guru ini, dan amanah dakwah tidak seberapa, bujang lagi, tidak punyai anak berderet dan belum lagi punyai suami; namun seringkali mengerutkan dahi, seolah-olah sendiri yang punyai masalah paling besar di dunia. Seolah-olah masalah terberat sedang dipikul dan orang lain perlu memahami saya.
Astaughfirullahalazim.
Betapa kerdilnya saya.

Sebenarnya sebelum ini saya tidak menyedarinya, tapi saya sedarinya apabila terlihat satu gambar, beliau menajdi panel konvensyen i-Medik yang terbaru. Salah satu panel. Dan baru saya sedar, beliau seringkali dipanggil menjadi panel untuk program-program besar di kawasan kami.
Dan detik itu baru saya menyedari, betapa bertuahnya saya punyai beliau sebagai naqibah saya. Dan betapa sibuknya hidupnya jika dibandingkan dengan saya.

Dan semua itu rupanya tersembunyi di sebalik senyuman ikhlasnya. Senyuman manisnya.

Oh..betapa saya sangat sebak ketika ini.

Teringat saat kami bersama-sama dalam meeting biro , kerana saya salah seorang ahli biro tersebut. Beliau sangat komited, untuk hadir dan memberikan semangat kepaa kami para akhwat walaupun beliau kelihatan letih dan mengantuk kerana baru habis tugasan di hospital.

Terima kasih Allah, kerana menghadiahkan hadiah yang berharga ini. naqibah saya hari ini.

Walaupun mungkin kata-katanya tidak sehebat asatizah yang lain. Dia seorang doktor perubatan, yang mungkin agak kurang faqih dalam beberapa bidang agama. tapi beliau sentiasa belajar dan terlalu banyak membantu kami. Tapi beliau sangat ikhlas dalam membimbing kami dan membimbing saya.
Allah, bantu aku menghargai beliau dan sentiasa tersenyum bersama-sama usrah kami. Lovely circle saya sekarang

Allahuakbar!
Alhamdulillah!

Monday, August 20, 2012

saat ini

bismillahirrahmanirrahim

1. merindui dan menunggu sahabathijau21 dihujani emel semula. masing2 sedang bercuti mungkin
2. perlu buat n compile evaluasi SALAM
3. perlu selesaikan LDK ~ menjejak Da'i membina Generasi
4. perlu selesaikan PBS

caiyok caiyok
dibah jangan malas


maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan telah berakhir. biarlah hanya saya dan Allah sahaja yang tahu apakah rasa hati ini dengan pemergian Ramadhan.

ingin mencoret sedikit.
hari ini 1 Syawal 1433
Allahuakbar.
dan nak mencoret apa yang saya rasa.

saya rasa bahagia.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
tadi paman2 n acik2 belah mak datang.
saya bertungkus lumus buat air, n basuh segala jenis pinggan mangkuk periuk belanga kat dapur tu, termasuklah membersihkan dapur sampai berkilat dan menjadi comel.

tiba2 saya rasa sangat bahagia. sebab dapur saya kemas dan bersih.
dan naik ke bilik.saya merasa lebih bahagia.
bersyukur padaMu Allah.
terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan kepadaku.

mempunyai bilik sendiri, yang dipenuhi dengan warna kegemaran. warna kehijauan.
bilik yang kemas, bersih dan hijau dan cantik pada pandangan saya.
bilik tempat saya beribadah, bilik tempat saya menangis sepuas-puasnya, bilik tempat saya beruzlah, bilik tempat saya menyendiri kalau saya merajuk, bilik tempat saya bergolek2 atas katil queen kalau saya rasa down, bilik tempat saya baca buku dan bilik tempat saya menghadap macbook seperti sekarang

saya punyai rumah tempat bilik saya berada. walaupun rumah ibu bapa saya, tapi alhamdulillah. ada tempat saya menumpang teduh di muka bumi ini. rumah yang besar dan luas. walaupun mungkin tidak moden dan mewah tapi saya rasa rumah yang cukup sempurna dan rumah yang mempunyai wifi di seluruh ruang rumahnya. alhamdulillah.

saya punyai ibu bapa yang penyayang. walaupun mungkin mak kadang2 suka marah(huhu) tapi semenjak saya menjadi besar, saya rapat dengan mak abah dan adik beradik. rumah yang penuh dengan kasih sayang. ibu bapa yang memahami tugasan saya sebagai sang dai dan ahli keluarga saya yang mengetahui tugasan saya. ibu bapa yang melepaskan anak gadisnya memandu satu jam, tidak kira awal pagi, lewat maghrib, dan mengiringi dengan doa.Allahuakbar

saya punyai pekerjaan tetap.(sementara di Bumi Tuhan) tempat saya menyemai benih akhirat, dan tempat mata pencarian saya. tugasan saya sebagai guru, tidaklah sesukar mana. tahun ini saya bersekolah petang, dan saya masuk sekolah jam 1.10 dan habis jam 6.40. di tempat saya bekerja, 'bersepah-sepah' mad'u untuk didekati. ramainya mad'u, saya hanya perlu bersuara, menegur bercakap dengan mereka dan banyak mendoakan mereka. tugas saya juga tidaklah terlalu sukar; tapi masih mempunyai cabaran. kadang2 perlu datang pagi, kadang2 perlu datang hujung minggu, kadang2 banyak meeting, tapi semua masih mudah saya rasa dibandingkan dengan pekerjaan lain. dan masih punyai banyak masa untuk melakukan kerja2 lain.

dengan tugasan ini, saya mendapat gaji setiap bulan. alhamdulillah. walaupun mungkin tidak terlalu banyak.tapi alhamdulillah.gaji melebihi rm3000, walaupun tidaklah kaya, tetapi Allah memberi rezekinya setiap bulan kepada saya. dan saya bersyukur,saya mampu mengagihkan kepada mak, abah dan isytirokat setiap bulan kepada ISMA, serta kelengkapan lain. walaupun jumlah yang diberi kepada mak ayah tidaklah terlalu banyak. dan dengan wang ini, saya boleh membeli apa yang saya rasa nak beli (saya mohon agar tidak dipengaruhi nafsu). dan baru2 ini saya bersyukur kerana Allah meminjamkan saya seutas gelang emas, dan masih berbaki lagi dalam akaun.  (saya dilahirkan dalam keluarga yang susah dan semua ini membuatkan saya rasa...saya rasa..sangat terharu). Allahuakbar

saya juga punyai sebuah kereta diatas nama saya, pinjaman dari Dia. membayar sejumlah rm600++ sebulan, membolehkan saya bergerak kemana saja yang saya mahu. saya boleh follow up Raudhah di banting, sekelip mata saja selepas itu saya boleh berada di Nilai, sekelip mata, di Bangi, di Kuala Lumpur, di Gombak, di Banting semula, bila-bila masa sahaja. walaupun terkadang terasa tidak syar'ie bergerak seorang diri.saya mohon Allah melindungi diri saya. setakat ini masih mampu mengisi minyak yang melebihi rm400 saya rasa setiap bulan, kerana saya berulang ke Bangi dan tuntutan ibu bapa dan keluarga, termasuk untuk servis dan basuh kereta. alhamdulillah Allah mengurnikan nikmat ini.

saya punyai sebuah laptop canggih yang saya rasakan mewah. macbookpro. yang dengannya saya mampu melangsaikan tugasan2 saya, mampu surf internet dan melakukan tugasan berkaitan komputer dengan mudah, sebab laptop saya tidak dimasuki virus dan laju sekali dia menjalankan tugasnya, ditambah dengan kelengkapan wifi di seluruh rumah ini. subahanallah

saya punyai handphone. salaupun tidak canggih. dan saya boleh saja (dengan izin Dia) jika ingin memiliki mana2 handphone sederhana samsung; saya masih mampu insya Allah. tapi saya yang gatai ingin memiliki sebuah iphone yang tercanggih di zamannya.dan itu saya masih dalam rangka meluruskan niat dan memikirkan sebab saya jenis cuai. alhamdulillah dengan handphone ini saya boleh menghubungi orang-orang kesayangan saya.

saya diberi nikmat kesihatan alhamdulillah. walaupun saya rasa saya perlu jumpa doktor sebab macam ada something wrong;tapi saya rasa takut. moga semuanya ok saja insya Allah. setakat ini; saya di berikan oleh Allah kesihatan yang baik dan mampu menjalankan kehidupan harian saya dengan baik. alhamdulillah

saya punyai usrah. saya ada murabbiyah dan halaqahmate yang saya sayangi. setiap minggu akan ada usrah yang membantu menaikkan iman saya. inilah nikmat terbesar. saya punyai murabbiyah yang mengambil berat dan menjadi qudwah bagi saya, dan usrahmate yang sangat baik hati dan comel. walaupun usrah saya jauh dari kawasan rumah saya dan saya perlu travel satu jam untuk menghadiri usrah, tapi itu kebahagiaan. saya bersyukur kerana perlu travel. ini banyak membantu saya untuk lebih menghargai.

saya punyai anak usrah dan binaan. setakat ni saya bawa usrah di raudhah dan sebuah lagi sekolah. saya punyai peluang untuk bertungkus lumus membina, anak2 usrah saya. yang dengan anak2 usrah ini mampu membantu amal2 saya di akhirat andai saya ikhlas. yang dengan anak2 usrah ini saya boleh membantu jemaah yang saya bernaung dibawahnya sekarang iaitu Ikatan Muslimin Malaysia, untuk menjadi jamaah qudwah dan melahirkan rijal2 pejuang agama.

saya punyai posisi di dalam ISMA. sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat kawasan.  saya memegang pos dan saya punyai tugasan yang saya perlu langsaikan. akan banyak emel masuk dalam emel saya setiap hari bagi melangsaikan tugasan2 ini. walaupun kadang2 saya rasa tertekan dengan kerenah2 manusia, dan saya menangis sebab saya tak buat yang terbaik untuk tugasan saya, dan kadang2 saya malas nak buat kerja dan bergolek2, tapi semua ni buatkan saya bersemangat dan saya cuba bangkit dalam dakwah dan buatkan saya terasa menyumbang sesuatu untuk kebangkitan ummat ini. dan saya terasa bahagia.

saya punyai jamaah yang saya naungi dibawahnya. iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).walaupun ISMA selalu kena kondem, tapi saya berada di bawah naungannya saya terasa bahagia, kerana saya melihat amal2 ikhwah akhwat dan usaha2 untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti kadernya serta memperbaiki program tarbiyahnya dan program kepada masyarakat umum. sebuah jamaah yang jelas dengan apa yang ingin dicapai dan jelas dengan cara untuk mencapai tujuan tersebut. jamaah yang mengambil berat akan kepentingan ahli dan jamaah yang berusaha untuk memperbaiki segala ruang kecacatan; kerana ketidaksempurnaan itu adalah sesuatu yang lumrah kan? walaupun seringkali menerima kata-kata nista dan kata-kata caci serta kadang2 kami banyak kehilangan mad'u; tapi ikhwah akhwat tidak pernah putus asa; ikhwah akhwat sentiasa yakin, optimis, positif . kerana ikhwah akhwat yakin dengan Allah dan ikhwah akhwat jelas dengan ahdaf dan wasilah yang ditetapkan syura jamaah. apakah lagi yang ingin dicari andai dengan semua jemaah itu jika semuanya hanya kerana ingin mencari redha Allah dan menegakkan Islam di Bumi? sungguh bahagia bukan?

saya terasa sangat bahagia dengan semua nikmat sementara ini.
terasa cukup lengkap hidup ini
'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?' surah Ar Rahman.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
segala ini sementara. perlu sangat bersyukur. saya tidak tahu jika Allah ingin mengambil mana-mana nikmat.
Allhuakbar.
bantu aku menjadi hambaMu yang bersyukur Rabbi T_T

walaupun saya juga punyai beberap impian. mungkin ini salah satu ujian diri; tapi saya perlu bersyukur kerana nikmat yang terlalu banyak yang Allah beri.

saya teringin punyai seorang suami yang soleh;yang mampu membimbing saya; yang sama-sama berada dalam jamaah dakwah;yang sama-sama ditarbiyah.

seterusnya punyai impian untuk memiliki anak-anak kembar yang comel.

kalau takda suami; tak leh dapat anak lah kan? sedang diusahakan untuk semua ini. saya hanya memohon pada Allah. Dia yang menentukan segalanya dan Dia akan memberikan yang terbaik tepat pada masanya. moga Allah berikan saya sabar dan tenang.ameen

inilah kehidupan saya; saya punyai banyak benda yang Allah beri rupanya. walaupun kadang2 saya tak perasan. tapi nikmat ini sangat besar dan saya perlu sentiasa bersyukur.
saya tidak boleh mengeluh kalau ditimpa masalah;sebab masalah saya kecil saja.ramai lagi manusia lain diuji dengan lebih hebat.
saya perlu bersyukur;
dan mungkin kesenangn ini adalah sebuah ujian;moga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan berikan tsabat kepada saya untuk terus berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Allahuakbar!

Thursday, August 2, 2012

Hadiah Ramadhan

bismillahirrahmanirrahim

telah masuk 14 Ramadhan
bulan telah mengambang penuh
Allah..
apakah yang aku dah lakukan untukjadikan Ramadhan ini terbaik?

*****

tadi service kereta, major service.
rupanya charge dia murah je, takda lah mahal sangat seperti yang disangka.
dan selepas bergembira dengan charge yang taklah mahal sangat itu, saya telah pergi berpoya2 di kedai buku, membelikan hadiah untuk diri sendiri
hadiah sempena Ramadhan

(tak da kamera, jadi takleh tangkap gambo. amik gambo guna macbook tebalik macam cermin la pulak. jadi saya ambik gambar di google image saja)

tadaaa...


Al-Quran Tajwid dan terjemahan
beserta Asbabun Nuzul,Hadith Sahih dan Indeks Tematik
fuhh..
alhamdulillah.
Al Quran dalam koleksi.
sebenarnya paling tertarik dengan indeks. yela, banyak dalil tak ingat...=_=

dan
sebuah CD zikir Ustaz Zulkarnain ~ astro oasis tu...
saya pertama kali dengar ustaz zulkarnain ni sebenarnya kat OSC,dicadangkan zikir ni dimainkan sebelum qiam ....
so saya pun cari kat youtube, memang sedap la.

kenapa beli Quran,
sebenarnya tak berniat pun,
cumanya Quran tertinggal kat rumah kak syida lepas mabit
so,tadi mencari2 Quran..
tiba2jumpa Quran yang macam best tapi mahal kottt  untuk pelaburan di masa hadapan.
dan saya jadikan ini sebagai hadiah Ramadhan untuk saya =). senyummm..

tadi lepas beli je terus pergi sekolah
dahtu....
suruh sorang student ni bawakkan beg yang berisi Quran ni
dannn
elok2 saja dia terjatuhkan Quran ni dalam longkang yang penuh dengan air, (sebab pagi tadi sekolah banjirr)
Allah, menjerit kat situ juga, tengok Quran tu berenang2.
Allah. ujian2.
hurm.
ujian ni kecik je kan kan?
hoho..
alhamdulillah,
menjelang petang, Al-Quran telah selamat digunakan ^_^

bernyanyilah dalam hati
'ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat kulalui dengan sempurna.......'

moga dengan kehadiran hadiah Ramadhan ini,
akan lebih menggencarkan amal ibadah di bulan yang amat mulia ini.
ameen