Bismillahirrahmanirrahim
Ramadhan telah berakhir. biarlah hanya saya dan Allah sahaja yang tahu apakah rasa hati ini dengan pemergian Ramadhan.
ingin mencoret sedikit.
hari ini 1 Syawal 1433
Allahuakbar.
dan nak mencoret apa yang saya rasa.
saya rasa bahagia.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
tadi paman2 n acik2 belah mak datang.
saya bertungkus lumus buat air, n basuh segala jenis pinggan mangkuk periuk belanga kat dapur tu, termasuklah membersihkan dapur sampai berkilat dan menjadi comel.
tiba2 saya rasa sangat bahagia. sebab dapur saya kemas dan bersih.
dan naik ke bilik.saya merasa lebih bahagia.
bersyukur padaMu Allah.
terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan kepadaku.
mempunyai bilik sendiri, yang dipenuhi dengan warna kegemaran. warna kehijauan.
bilik yang kemas, bersih dan hijau dan cantik pada pandangan saya.
bilik tempat saya beribadah, bilik tempat saya menangis sepuas-puasnya, bilik tempat saya beruzlah, bilik tempat saya menyendiri kalau saya merajuk, bilik tempat saya bergolek2 atas katil queen kalau saya rasa down, bilik tempat saya baca buku dan bilik tempat saya menghadap macbook seperti sekarang
saya punyai rumah tempat bilik saya berada. walaupun rumah ibu bapa saya, tapi alhamdulillah. ada tempat saya menumpang teduh di muka bumi ini. rumah yang besar dan luas. walaupun mungkin tidak moden dan mewah tapi saya rasa rumah yang cukup sempurna dan rumah yang mempunyai wifi di seluruh ruang rumahnya. alhamdulillah.
saya punyai ibu bapa yang penyayang. walaupun mungkin mak kadang2 suka marah(huhu) tapi semenjak saya menjadi besar, saya rapat dengan mak abah dan adik beradik. rumah yang penuh dengan kasih sayang. ibu bapa yang memahami tugasan saya sebagai sang dai dan ahli keluarga saya yang mengetahui tugasan saya. ibu bapa yang melepaskan anak gadisnya memandu satu jam, tidak kira awal pagi, lewat maghrib, dan mengiringi dengan doa.Allahuakbar
saya punyai pekerjaan tetap.(sementara di Bumi Tuhan) tempat saya menyemai benih akhirat, dan tempat mata pencarian saya. tugasan saya sebagai guru, tidaklah sesukar mana. tahun ini saya bersekolah petang, dan saya masuk sekolah jam 1.10 dan habis jam 6.40. di tempat saya bekerja, 'bersepah-sepah' mad'u untuk didekati. ramainya mad'u, saya hanya perlu bersuara, menegur bercakap dengan mereka dan banyak mendoakan mereka. tugas saya juga tidaklah terlalu sukar; tapi masih mempunyai cabaran. kadang2 perlu datang pagi, kadang2 perlu datang hujung minggu, kadang2 banyak meeting, tapi semua masih mudah saya rasa dibandingkan dengan pekerjaan lain. dan masih punyai banyak masa untuk melakukan kerja2 lain.
dengan tugasan ini, saya mendapat gaji setiap bulan. alhamdulillah. walaupun mungkin tidak terlalu banyak.tapi alhamdulillah.gaji melebihi rm3000, walaupun tidaklah kaya, tetapi Allah memberi rezekinya setiap bulan kepada saya. dan saya bersyukur,saya mampu mengagihkan kepada mak, abah dan isytirokat setiap bulan kepada ISMA, serta kelengkapan lain. walaupun jumlah yang diberi kepada mak ayah tidaklah terlalu banyak. dan dengan wang ini, saya boleh membeli apa yang saya rasa nak beli (saya mohon agar tidak dipengaruhi nafsu). dan baru2 ini saya bersyukur kerana Allah meminjamkan saya seutas gelang emas, dan masih berbaki lagi dalam akaun. (saya dilahirkan dalam keluarga yang susah dan semua ini membuatkan saya rasa...saya rasa..sangat terharu). Allahuakbar
saya juga punyai sebuah kereta diatas nama saya, pinjaman dari Dia. membayar sejumlah rm600++ sebulan, membolehkan saya bergerak kemana saja yang saya mahu. saya boleh follow up Raudhah di banting, sekelip mata saja selepas itu saya boleh berada di Nilai, sekelip mata, di Bangi, di Kuala Lumpur, di Gombak, di Banting semula, bila-bila masa sahaja. walaupun terkadang terasa tidak syar'ie bergerak seorang diri.saya mohon Allah melindungi diri saya. setakat ini masih mampu mengisi minyak yang melebihi rm400 saya rasa setiap bulan, kerana saya berulang ke Bangi dan tuntutan ibu bapa dan keluarga, termasuk untuk servis dan basuh kereta. alhamdulillah Allah mengurnikan nikmat ini.
saya punyai sebuah laptop canggih yang saya rasakan mewah. macbookpro. yang dengannya saya mampu melangsaikan tugasan2 saya, mampu surf internet dan melakukan tugasan berkaitan komputer dengan mudah, sebab laptop saya tidak dimasuki virus dan laju sekali dia menjalankan tugasnya, ditambah dengan kelengkapan wifi di seluruh rumah ini. subahanallah
saya punyai handphone. salaupun tidak canggih. dan saya boleh saja (dengan izin Dia) jika ingin memiliki mana2 handphone sederhana samsung; saya masih mampu insya Allah. tapi saya yang gatai ingin memiliki sebuah iphone yang tercanggih di zamannya.dan itu saya masih dalam rangka meluruskan niat dan memikirkan sebab saya jenis cuai. alhamdulillah dengan handphone ini saya boleh menghubungi orang-orang kesayangan saya.
saya diberi nikmat kesihatan alhamdulillah. walaupun saya rasa saya perlu jumpa doktor sebab macam ada something wrong;tapi saya rasa takut. moga semuanya ok saja insya Allah. setakat ini; saya di berikan oleh Allah kesihatan yang baik dan mampu menjalankan kehidupan harian saya dengan baik. alhamdulillah
saya punyai usrah. saya ada murabbiyah dan halaqahmate yang saya sayangi. setiap minggu akan ada usrah yang membantu menaikkan iman saya. inilah nikmat terbesar. saya punyai murabbiyah yang mengambil berat dan menjadi qudwah bagi saya, dan usrahmate yang sangat baik hati dan comel. walaupun usrah saya jauh dari kawasan rumah saya dan saya perlu travel satu jam untuk menghadiri usrah, tapi itu kebahagiaan. saya bersyukur kerana perlu travel. ini banyak membantu saya untuk lebih menghargai.
saya punyai anak usrah dan binaan. setakat ni saya bawa usrah di raudhah dan sebuah lagi sekolah. saya punyai peluang untuk bertungkus lumus membina, anak2 usrah saya. yang dengan anak2 usrah ini mampu membantu amal2 saya di akhirat andai saya ikhlas. yang dengan anak2 usrah ini saya boleh membantu jemaah yang saya bernaung dibawahnya sekarang iaitu Ikatan Muslimin Malaysia, untuk menjadi jamaah qudwah dan melahirkan rijal2 pejuang agama.
saya punyai posisi di dalam ISMA. sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat kawasan. saya memegang pos dan saya punyai tugasan yang saya perlu langsaikan. akan banyak emel masuk dalam emel saya setiap hari bagi melangsaikan tugasan2 ini. walaupun kadang2 saya rasa tertekan dengan kerenah2 manusia, dan saya menangis sebab saya tak buat yang terbaik untuk tugasan saya, dan kadang2 saya malas nak buat kerja dan bergolek2, tapi semua ni buatkan saya bersemangat dan saya cuba bangkit dalam dakwah dan buatkan saya terasa menyumbang sesuatu untuk kebangkitan ummat ini. dan saya terasa bahagia.
saya punyai jamaah yang saya naungi dibawahnya. iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).walaupun ISMA selalu kena kondem, tapi saya berada di bawah naungannya saya terasa bahagia, kerana saya melihat amal2 ikhwah akhwat dan usaha2 untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti kadernya serta memperbaiki program tarbiyahnya dan program kepada masyarakat umum. sebuah jamaah yang jelas dengan apa yang ingin dicapai dan jelas dengan cara untuk mencapai tujuan tersebut. jamaah yang mengambil berat akan kepentingan ahli dan jamaah yang berusaha untuk memperbaiki segala ruang kecacatan; kerana ketidaksempurnaan itu adalah sesuatu yang lumrah kan? walaupun seringkali menerima kata-kata nista dan kata-kata caci serta kadang2 kami banyak kehilangan mad'u; tapi ikhwah akhwat tidak pernah putus asa; ikhwah akhwat sentiasa yakin, optimis, positif . kerana ikhwah akhwat yakin dengan Allah dan ikhwah akhwat jelas dengan ahdaf dan wasilah yang ditetapkan syura jamaah. apakah lagi yang ingin dicari andai dengan semua jemaah itu jika semuanya hanya kerana ingin mencari redha Allah dan menegakkan Islam di Bumi? sungguh bahagia bukan?
saya terasa sangat bahagia dengan semua nikmat sementara ini.
terasa cukup lengkap hidup ini
'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?' surah Ar Rahman.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
segala ini sementara. perlu sangat bersyukur. saya tidak tahu jika Allah ingin mengambil mana-mana nikmat.
Allhuakbar.
bantu aku menjadi hambaMu yang bersyukur Rabbi T_T
walaupun saya juga punyai beberap impian. mungkin ini salah satu ujian diri; tapi saya perlu bersyukur kerana nikmat yang terlalu banyak yang Allah beri.
saya teringin punyai seorang suami yang soleh;yang mampu membimbing saya; yang sama-sama berada dalam jamaah dakwah;yang sama-sama ditarbiyah.
seterusnya punyai impian untuk memiliki anak-anak kembar yang comel.
kalau takda suami; tak leh dapat anak lah kan? sedang diusahakan untuk semua ini. saya hanya memohon pada Allah. Dia yang menentukan segalanya dan Dia akan memberikan yang terbaik tepat pada masanya. moga Allah berikan saya sabar dan tenang.ameen
inilah kehidupan saya; saya punyai banyak benda yang Allah beri rupanya. walaupun kadang2 saya tak perasan. tapi nikmat ini sangat besar dan saya perlu sentiasa bersyukur.
saya tidak boleh mengeluh kalau ditimpa masalah;sebab masalah saya kecil saja.ramai lagi manusia lain diuji dengan lebih hebat.
saya perlu bersyukur;
dan mungkin kesenangn ini adalah sebuah ujian;moga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan berikan tsabat kepada saya untuk terus berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Allahuakbar!
salam 'alaik,
ReplyDeletedetail betul k.diba kte ni mmp'kenalkan dirinya.
hoho..