Sunday, August 26, 2012

dia insan yang saya kagumi.


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, para sahabat dan keluarga baginda.

Dah lama nak mencoret sesuatu, tapi tertangguh sehingga kini.
Apa yang saya coret ini bukanlah untuk menaikkan siapa2, tapi sebagai satu penghargaan buat seorang individu yang Allah kirimkan dalam hidup saya

Alhamdulillah. Allah menitipkan seorang insan yang saya panggil naqibah.
Naqibah latest saya.

Berusia 35 tahun, dan mempunyai sebuah keluarga dengan suami dan 5 orang anak lelaki. Hero-hero semuanya. Yang sulung telah pun berusia 12 tahun. (begitu muda beliau menikah bukan?)Semasa saya baru saja indimaj dengan ISMA, rumah beliau adalah rumah akhwat yang paling besar pertama yang saya jejak. Rumah 3 tingkat di kawasan kajang.

Pertama kali memandang muka beliau, pasti akan menoleh kembali. 
Kerana muka beliau yang redup, lembut, comel dan cantik. 
Beliau seorang yang cantik.

Beliau belajar di Australia. Dan beliau adalah seorang doktor. Doktor perubatan sebagai m.o / medical officer. Dalam seminggu kebiasaannya beliau akan oncall sebanyak 3 kali.

Kenapa saya ingin bercerita tentang naqibah saya? Entah, kadang-kadang saya terasa kerdil.  Bukan kerana saya kerdil kerana dia seorang doktor perubatan dan dalam perjalanan menjadi specialist pediatric, dan saya hanya seorang guru. Bukan kerana itu.

Tapi saya terasa kerdil,kerana tugasannya begitu banyak dan dia masih lagi boleh istiqomah dengan dakwah. Beliau memegang usrah kami. Beliau punyai usrah sendiri. Dan beliau punyai amanah dalam i-Medic. Juga punyai amanah memegang 1 biro yang penting dalam cawangan kami (biro apa terpaksa di siirkan sebab ada akhwat dah tegur saya, jangan terlalu open berbicara diblog. Err. Ok.lagipun kalau saya bagitau,nanti semua orang pun tahu sapa naqibah saya kan…)

Dalam masa yang sama beliau adalah seorang isteri, dan seorang ibu kepada 5 hero.

Dalam masa yang sama juga beliau adalah doktor perubatan yang sedang bertungkus-lumus menyambung pelajarannya.

Tapi, muka beliau tidak pernah berkerut. Beliau tidak pernah marah. Beliau tidak pernah merungut. Dan beliau tidakpernah bermasam muka. Dan beliau sentiasa tersenyum dan terus tersenyum menghiburkan hati kami.

Muka beliau yang penuh dengan senyuman,menyembunyikan segala amanah dan bebanan yang beliau sedang tanggung. Sungguh bersahaja beliau ini. sungguh saya kagumi.

Beliau menghabiskan masa seminggu sekali bersama kami dalam usrah, dan setiap kali selepas usrah akan menjamu kami semua makan, dan bersama-sama bersembang-sembang. Seolah-olah beliau punyai banyak masa. 
Sedangkan kami tidak tahu beliau baru sahaja habis oncall@postcall. Pulang jam 6 ptg dan jam 9.00 malam terus sambung dengan usrah kami hingga tengah malam. melayan kerenah kami yang pelbagai. Dan kerenah saya yang kadang2 mengada2 terlebih. 

Dan, saya yang hanya seorang guru ini, dan amanah dakwah tidak seberapa, bujang lagi, tidak punyai anak berderet dan belum lagi punyai suami; namun seringkali mengerutkan dahi, seolah-olah sendiri yang punyai masalah paling besar di dunia. Seolah-olah masalah terberat sedang dipikul dan orang lain perlu memahami saya.
Astaughfirullahalazim.
Betapa kerdilnya saya.

Sebenarnya sebelum ini saya tidak menyedarinya, tapi saya sedarinya apabila terlihat satu gambar, beliau menajdi panel konvensyen i-Medik yang terbaru. Salah satu panel. Dan baru saya sedar, beliau seringkali dipanggil menjadi panel untuk program-program besar di kawasan kami.
Dan detik itu baru saya menyedari, betapa bertuahnya saya punyai beliau sebagai naqibah saya. Dan betapa sibuknya hidupnya jika dibandingkan dengan saya.

Dan semua itu rupanya tersembunyi di sebalik senyuman ikhlasnya. Senyuman manisnya.

Oh..betapa saya sangat sebak ketika ini.

Teringat saat kami bersama-sama dalam meeting biro , kerana saya salah seorang ahli biro tersebut. Beliau sangat komited, untuk hadir dan memberikan semangat kepaa kami para akhwat walaupun beliau kelihatan letih dan mengantuk kerana baru habis tugasan di hospital.

Terima kasih Allah, kerana menghadiahkan hadiah yang berharga ini. naqibah saya hari ini.

Walaupun mungkin kata-katanya tidak sehebat asatizah yang lain. Dia seorang doktor perubatan, yang mungkin agak kurang faqih dalam beberapa bidang agama. tapi beliau sentiasa belajar dan terlalu banyak membantu kami. Tapi beliau sangat ikhlas dalam membimbing kami dan membimbing saya.
Allah, bantu aku menghargai beliau dan sentiasa tersenyum bersama-sama usrah kami. Lovely circle saya sekarang

Allahuakbar!
Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment