bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
satu post lagi.
Anniversary 2 tahun saya bersama-sama jemaah baru; Ikatan Muslimin Malaysia.
mulanya terserempak dengan satu berita dalam ismadhl.com
http://ismadhl.com/isma-dhl-sambut-ahli-baru/
baru terperasan.
tapi tak mungkin akan melupakan sampai bila-bila.
saya; nor adibah rohiman. secara rasmi (saya declare sendiri rasmi) pada bulan Ramadhan 1431@Ogos 2010.
jadi, telah 2 tahun saya bersama-sama ISMA.
sebenarnya ambil masa yang sangat lama; lebih dari setahun untuk saya betul-betul menerima ISMA. bukanlah mudah menerima rumah baru yang dipenuhi peraturan baru, sistem baru dan ramai sangat orang-orang yang baru.
dan alhamdulillah. banyak ujian yang melemahkan, tapi Allah memberi kekuatan dengan terus.
banyak kali nangis, rasa nak cari jemaah lain (ok ni rahsia besar)
tapi Allah memberi kekuatan, dan memberi satu ketenangan dan penyelesaian terhadap semua masalah dan ujian.
alhamdulillah thumma alhamdulillah
sekarang, banyak yang saya dah faham, dan akan terus cuma belajar dengan ISMA.
walaupun pasti, dan setelah 2 tahun masih belum boleh melepaskan bicara tentang kenangan bersama jemaah lama. Islah @ Dr Hizul.
kenangan itu pasti terpahat sampai bila-bila, kerana disitu saya dilahirkan, disitu saya menjadi kuat, dan di situ saya memperoleh banyak pengalaman hidup yang luar biasa, yang saya rasa tak mungkin akan berulang kembali hari ini. apakah pengalaman-pengalaman itu? semua yang melalui pasti tahu. samada pengalaman syar'ie mahupun kurang syar'ei. tapi semua itu mengajar sebuah pengorbanan, dan mengajar erti dakwah dan tarbiyah yang sebenar. disitu saya dilahirkan
dan disini saya meneruskan pembesaran saya, hingga akhirnya saya berdoa saya akan menemui syahid di jalanNya.ameen.
ya Allah, redhai perjalanan ini. redhai dan rahmati perjalanan kami. ameen.
~ dalam Ikatan Muslimin Malaysia ~
No comments:
Post a Comment