Saturday, June 26, 2010

terusik

bismillah..
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, manusia hebat lindungan Tuhan..

terimbau kenangan lalu..
sekadar ingin berkongsi kata-kata yang digemari..
yang dicopy dari orang lain..dan membantu diri untuk terus kukuh insha Allah
moga pahala yang berterusan.

” Kalau gitu tak seiklimlah kita ni?” Dia menyindir.
” Tak seiklim tak apa, asalkan kita bernaung dibawah langit yang sama dan Tuhan yang sama.” Aku menjawab.
 Cumanya ana harap anta jangan sampai taksub dengan jamaah kerana jamaah ni hanya wadah saja untuk kita bekerja dan jangan sampai kita lupa batas kita. Taksub dengan islam itu wajib tapi taksub dengan jamaah ini boleh membawa kepada perpecahan kerana jamaah kita tidak maksum.” nasihat aku padanya. Kami sama sama tersenyum.
Aku faham maksud kawan lama aku tu. Dulu kami sama sama seusrah dan sejamaah dan bila dia jauh dari aku dan terpisah agak lama, kami terputus hubungan.
Berapi tazkirahnya pada aku, tentang pengabungan jamaah ni. Aku bersetuju dan menyokong walau pun ada Pro and Con nya. Biarlah!
Pimpinan masing masing ada hujahnya. Biarlah pimpinan tertinggi dan ulama’ tertinggi yang buat keputusan. Mereka lebih arif asalkan kita dibawah ni tidak bercelaru dan mengklaim jamaah kita saja yang benar hingga lari dari konsep alfahmu yang kita faham dan terus buat kerja kita. Paling penting matlamat kita tidak berbeza. Mardhatillah.
Jamaah kita hari ini bukanlah Jamaah Muslimin ( jamaah Islam ) seperti Jamaah Rasullulah yang menjadi fardhu ain dan wajib untuk kita berintima’ hanya padanya, yang sekiranya kita mengujudkan jamaah lain boleh menjadi kafir. Tapi Jamaah dizaman kita ini adalah Jamaahtul minal muslimin ( jamaah dari jamaah muslimin) yang tidak mengwajibkan kita untuk berintima’ kepada satu jamaah, yang mungkin ada hikmah disebaliknya berbilangnya jamaah itu. Allah saja yang tahu.
Paling penting semua kita berwala’ kepada Allah dan Rasul.
Jamaah kita ini hanyalah medan kita untuk bekerja. Tidak kira kecil atau besarnya jamaah itu dan disinilah nikmat berbilang jamaah yang harus kita syukuri kerana disinilah terbuktinya sifat ikhlas, sifat lapang dada kita yang dapat mengwujudkan sifat taawun antara kita dalam kerja dan ketaatan kepada kebijakan dakwah!
dipetik dari sini
juga..
Ya Rahman,
Layar-layar yang berkibar seolah berbicara laju,
Satu ritma dan satu ritma,
Teliti berlalu memenuhi ruang masa,
Yang sebenar, mengetuk pintu kebuntuan buat aku,
Apakah layar-layar ini tepat dan pasti,
Apakah ia memenangkan risalah suciMu,
Apakah ia benar mengukuhkan bangunanMu,
Hingga kadang,
Aku terasa kekurangan, Bahkan menyuntik kelemahan,
Hanya pada masalah kepastian,
Namun tetap, aku tahu, setiap layar tidak luput dariMu,
Setiap layar tidak pernah salah dengan syariatMu,
Hanya mungkin bisikan luar yang menipu,
Maka berikan layar yang terbaik ya Rabb!
dipetik dari sini

wallahua'lam..

Friday, June 25, 2010

iman dan kehidupan

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

iman dan kehidupan.
apakah iman. segala jenis manusia pun mampu jawab. iman tu mengakui dengan hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. oh..itu memang skemanya..
tapi sejauh mana dari segi kefahaman sebenar tentang iman dalam kehidupan ini.
apakah sepatutnya kesan iman dalam kehidupan?

mungkin boleh menjenguk
(23:1-11), (8:2-3)
dan banyak lagi ayat yang menyatakan bagaimankah orang mukmin itu seharusnya berbuat..

iman itu seharusnya mendorong sang muslim dalam melakukan segala jenis kebaikan..
tiada istilah bosan dalam melakukan amal ibadah apatah lagi amal ibadah wajib dan seharusnya menjadikan ibadah sunat sebagai satu amalan yang sukar untuk ditinggalkan..
dengar tazkirah ustaz zahazan tadi : ada 17 rakaat solat sunat yang sepatutnya kita amalkan dalam sehari : solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat seleps isyak (kalau tak silap) . apa lagi 7 rakaat? 2 rakaat solat duha, 2 rakaat solat taubat, 2 rakaat solat hajat dan 1 rakaat solat witir. ini antara solat yang jarang ditinggalkan Rasulullah. kita bagaimana? jangan sampai untuk solat fardhu pun malas ya..

bagaimana kita umat Islam hari ini hendak mengaplikasikan iman dalam kehidupan?
petama sekali seharusnya adanya sifat ihsan. menyedai kehadiran Allah yang sentiasa melihatkan kita dalam apa jua yang kita lakukan. apa jua pebuatan kita pasti ada cctv yang melihat dan merakamkannya..dengan adanya sifat ihsan ini dapat membantu kita untuk menjauhi segala apa yang Allah larang dan besemangat untuk melakukan peintahNya..seta melakukan sesuatu untuk mendekatkan dii kita kepada Nya..

seterusnya melihat kepada amal ibadah. yang paling utama pastinya amal ibadah wajib. bagaimana solat 5 waktu? dah setle solat diawal waktu? bagaimana solat subuh?adakah masih gajah atau dinasour atau pernah lupus waktu solat sebelum kita mengerjakannya? astaughfirullahalazim..ayuh terus memohon ampun pada Allah..  tidak lama lagi kita bakal menghampiri Ramadhan bulan yang amat mulia. bagaimana kualiti puasa kita adakah sekadar menahan lapar dan dahaga ataukah kita mampu mengambil manfaat yang cukup besar dai bulan Ramadhan itu..memohon padanya agar dapat sampai ke bulan Ramadhan kembali tahun ini. amin. 


seterusnya kita melihat kehidupan seharian kita. bagaimana dengan pakaian kita?sudahkah menepati syariat dengan sebenarnya ataukah masih ada lopak sana sini? melihat kepada pergaulan kita..apakah sudah dikawal dan dijaga dengan sebaiknya ataukah masih ada sikap ' tidak mengapa..kawan saja takda apa' 'kawan waktu sekolah biasala kan...' ' kitorang kawan ja..bukan couple pun'..ohh..apakah? mai renung kembali mari renung kembali. 


ayuhlah menyemarakkan iman kita dengan pebanyakkan amal ibadah sunah. agar dapat merasai kemanisan iman itu. ohh..bukan mudah untuk mendapat nikmat iman itu. andai sudah dapat sekali..hargailah ia..ya Rabb..bantu aku..qiam kita, mathurat yang berkualiti pagi dan petang, sunat duha, istighfar yang berkualiti yang mampu membuatkan air mata ini merembes jatuh mengenangkan diri ini insan berdosa. layakkah mendapat ampunanNya? siapakah lagi yang mampu memberi ampun selain Nya? mengapakah hati dan diri ini masih ingkar? astauhgfirullahalazim...


seterusnya..peranan dan tanggungjawab dalam mengemban iman itu perlulah menyebarkannya..jadilah sang dai sejati...mengorbankan harta dan jiwa di jalanNya..bukan menjadi dai kerana kepentingan peribadi..tapi membantu ummah agar Islam terus bangkit.mohon padaNya agar kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar..moga diri kita menjadi insan yang benar-benar sibuk dengan tugas dijalanNya..tiada lagi masa luang..tiada lagi masa senggang yang menyebabkan kita menjadi lalai dan leka dengan dunia sementara.. mohonlah padaNya..sentiasa meminta ampunanNya..


ujian itu pasti datang..alhamdulillah..insan yang menyedari dirinya sedang diuji..tapi ramai yang tidak menyedai..atas faktor ujian itu dalam bentuk kesenangan dan kelenangan..sentiasa begantung padaNya dan hanya padaNya..


wallahuta'ala a'lam..mohon lindunganNya dan semoga diistiqomahkan untuk berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini. ameen..

personality plus

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan.

ni sebenarnya ada sedikit kekeliruan identiti. tak tahu nak bahasakan ana ke aku ke saya ke kami ke i ke..haih..tu pun payah..
okla..untuk sopan sikit..memilih untuk membahasakan ana..then nanti kalau ada terlajak kata ganti nama diri pertama yang selain ana..minta halal je lah ye..cakap pun kat diri sendiri je kan..cuma fara je yang nak baca blog ni..haha..

baru menyelesaikan pembacaan buku PERSONALITY PLUS by FLORENCE LITTAUER..sebenarnya tertarik nak tahu n nak baca n nak mendalami pasal personality plus ni lepas baca satu blog. kredit to iltizamsyabab.blogspot. dengan ayat yang sempoi gile menerangkan pasal personality plus ni so ana pun agak tertarik n barulah keluar pasal POPULAR SANGUINE, PERFECT MELANCHOLY, POWERFUL CHOLERIC n PEACEFUL PLEGMATHIC..kalau ada salah eja tu mahap sajo la.
dengan bersemangatnya beli buku personality plus ni kat kinokuniya masatu..english version okeh..cari yang malay punya ntahle tak nampak batang hidung. n worth it la..sebab puh..satu-satu tertenggek kat batang hidung. baru ana tahu ohh..kenapa selama ni manusia ni pelik..perangai macam tu..kenapa aku ni perangai macam ni..kenapa orang ni tetiba datang puting beliung ntah dari mana kemudian cuaca berubah menjadi cerah pula, kenapa dia ni sebegitu dan sebegini yang kekadang tak faham la haih manusia-manusia ni...then setelah mengkhatamkan buku ni barulah ana jauh lebih faham. kenapa.
kenapa? sebab setiap manusia tu memang ada temperament masing-masing. membesar bersama dan begitulah perangainya. cuma kita ni sebagai manusia juga perlu cuba memahami temperament diri kita dan orang lain supaya we accept them as they are. and improve the way of communication.supaya tak keluar lagi ' you are wrong, i am right' ' sebab tiada siapa yang besalah..mereka hanya berbeza temperament dengan kita sahaja. alamak..tak reti buat ayat best macam dalam buku tu okeh..

pendapat ana, as da'i sangat penting untuk kita tahu dan memahami dengan sebenarnya pasal personality plus ni. barulah dapat memahami mad'u dengan baik n tackle mereka supaya terus stay dalam jalan dakwah dan tarbiyah ni..bahkan sebagai guru, sebagai anak n as human being dalam masyarakat sangat perlu untuk kita memahami orang lain juga selain memahami diri kita macamana. barulah dapat mengurangkan konflik.

which temperament is mine? hoho...rahsia. sapa nak tahu sila mencari sendiri. tapinya saya tak nafikan. memang sangat amat terkena batang hidung sendiri. lebih-lebih lagi sebelum ditarbiyah dulu. bila dah ditarbiyah ada yang semakin berkurang tapi masih banyak yang sama. oh..baru saya memahami diri saya..ana takkan berkongsi my personality dalam blog ni..cuma sorang je yang ana akan cukup telus untuk berkongsi personality ni bila sampai masanya nanti..siapakah dia?biarlah Dia dan dia sahaja yang tahu..sekarang ni pun ana tak tahu sapa dia..kah kah kah..

cuma secara jujur setiap temperament tu ana akan terbayang sorang yang macam dominan untuk setiap personality tu - agak je sebenarnya..mohon ampun pada Allah..then angguk geleng sensorang sebab memang betul. haha..

tu saja setakat ni..lepas ni fasa praktikkan pula..huhu
wallahua'lam.

Tuesday, June 22, 2010

semasa..

bismillah..
alhamdulillah..segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

alhamdulillah masih dibenarkan untuk bernafas dengan udara tarbiyah..moga terus dibenarkan olehNya hingga detik akhir nafas diri ini. ameen..
dah lama tak tulis kat sini...banyak kali dah nak post tapi memikirkan macam nak post benda yang membuatkan blog ni jadi blog picisan yang sebenar-benar picisan..ntahla..tapinya..dah cakap..jangan lah baca..sekadar nak berkongsi pengembaraan diri ini di jalanNya..

berada di 'teratak bonda' bak kata saljibiru..hoho sedang menunggu tawaran penempatan mengajar. insya Allah, jika tiada aral 19Julai ini akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang guru. sangat berdebar menunggu penempatan. sekarang ni sangat berdoa agar diberi kekuatan untuk terus tabah dan redha dengan setiap ketentuan dariNya. yes..posting ni menentukan arah tuju, gerak kerja seterusnya...ya Allah bantu aku untuk menerima setiap keputusan dariMu yang pastinya itu yang terbaik buatku biarpun dari luarannya tidak terlihat kebaikan yang besar buat diri. tapi kuyakini hikmah yang mendatang dan semua ini adalah ketentuan dan rahmat dari Mu.. 
berita yang agak mengejutkan..
roommate dapat sarawak..
tangisan mengiringi ketentuan itu..tapi aku tahu dirinya pasti bersyukur dengan setiap ketentuan dan berusaha menerima..tangisan itu bukan kerna menyalahkan takdir tapi mungkin mengenangkan apa yang bakal ditinggalkan..keluarganya..team dakwah sekolah..roomate nya terutama aku ish perasan perasan, akhwat sehalaqah, akhwat upsi, murabbiyahnya , para murabbiyah sekolah dan ramai lagi...ni saya rasa2 je cik zi..walaupun tak betul sangat tapi saya yakin sedikit sebanyak ada benarnya..moga terus redha dengan ketetapan dariNya..kita merancang dengan cita-cita, Dia merancang dengan cintaNya..walaupun kamu bakal merindui ku..hehe..doa ku dari jauh..ana pun tak tahu lagi bakal diletakkan di mana..ukhti..jadikan kenangan itu sebagai penguat untuk terus bergerak dan tidak mudah patah semangat ya..bina kehidupan baru di sana..ana tujukan satu lagu buat anti..sebenarnya..masa kat muzium dengar lagu ni memang dah bergenang air mata bila memikirkan saat bakal berpisah..mungkin lepas ni akan jarang sekali untuk kita berbual bersama tak berenti sampai cik sol cakap 'hish kome dua ni dari dulu sampai sekarang tak pernah habis nak cerita ye...ada je nak diborakkan' ' dah dah jangan cerita lagi..pi siap dulu..ni kalau dah jumpa 2 orang memang tak berenti'.. paling tak tahan ayat hawizah 'kita tengok kak dibah dengan kak hirzi ni macam orang yang bercinta tapi tak meluahkan cinta masing-masing' haha..lebih kurang gitu kot ayatnya.. n respondnya sorang angkat kaki, sorang tarik telinga hawizah..tak sangka dia nak cakap macam tu..paling tak tahan dia sambung..'dah lama nak cakap sebenarnya' cik sol pun tahap gelak sakan dengar benda tu..huhuhuhu..tu satu kenangan..ya..tinggal kenangan saja..life must go on..kehidupan sebenar adalah pada detik ini. eh..sambung tadi nak dedicate lagu untuk anti..ni lagunya..

sebiru hari ini..

Sebiru Hari Ini

Birunya Bagai Langit Terang Benderang

Sebiru Hari Kita Bersama Disini



Seindah Hari Ini

Indahnya Bak Permadani Taman Surga

Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah



Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu

Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi

Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya

Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah



Selamat Jalan Teman

Tetaplah Berjuang

Semoga Kita Bertemu Kembali

Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini


jangan nangis jangan nangis..
thanks a lot for everything..
menadah telinga dengar pasal taman Islam terutamanya..
anti n cik sol sahaja yang cukup memahami pasal taman islam..walaupun mungkin cik sol agak tak berminat untuk itu..huhuhu.thanks a lot untuk segala nasihat n melayan kerenah n mood saya..hohoho..samalah dengan awak juga yer..pape pun..ukhuwahfillah..ukhuwah itu tidak dipisahkan oleh ruang..terus kekal dalam doa ya..n doakan untuk dapat roomate baru macam kamu juga..huuuuuuu....mungkin lebih tepat lagi soulmate..haha..

then.
taman Islam.
.minggu ni buat pertama kalinya tak turun atas alasan yang cukup macam tak logik..tapi ana mohon padaNya agar keputusan itu betul..tapi jauh di sudut hati amat sangat merindui kalian..sangat amat..kalian terus berada dalam doaku..insya Allah hujung minggu ni anda umur masih panjang andai masih diberikan kekuatan olehNya..kita berjumpa..doakan imanku semasa berjumpa kalian..aku berusaha menjaganya..namun begitu mudah tercalar..aku akan terus berusaha menjaganya..

mendapat satu berita..taman Islam akan diserahkan kepada medan KL..hurm..so bermakna lepas ni upsi takkan fup lagi dah taman Islam..saat ini..aku berdebar sangat-sangat menantikan tampat posting..yang bakal menentukan samada aku boleh terus membawa halaqah taman Islam atau tidak..ya Rabb..berikan aku kekuatan. amin..ketentuan itu darinya..detik ini terlalu berdoa..andai ketentuannya adalah perlu melepaskan taman Islam..moga hati ini cukup kuat dan tiada air mata yang tumpah disitu..untuk meninggalkan semuanya di situ..ntahla..aku rasa aku dah cukup kuat untuk meninggalkan mereka..tapi bila disampaikan berita bakal bertukar medan..n ada akhwat baru akan masuk situ..n ada kebarangkalian juga untuk diserahkan pada management baru..aku jadi agak tak tegar untuk meninggalkan mereka..baru aku tahu..aku masih belum bersedia..keinginan untuk terus bersama mereka cukup menebal..rasa sayang cukup kuat..perlu mempergandakan lagi doa dan usaha agar tidak terlalu menyayangi..sebenarnya taknak pun sayang sangat..tapi hati dan perasaan amat sukar dikawal..mungkin atas banyak reason...mohon kekuatan hanya dariNya..

lagi satu..kebelakangan ni terkadang terfikir..apa cerita huffaz ni? what's the next step?..dan bagaimana langkah seterusnya?..dimana titik akhirnya?..bila langkah seterunya bakal memulai kembali?..itu sekadar persoalan yang berlegar di kepala..sekarang ni aku rasa bukan aku yang perlu bertindak dulu..hoho..bolehkah pk macam tu? buku pun tak siap lagi..my laptop rosak takleh buka...ni my brother punya laptop..cakap juga dengan pemantau yang bakal pergi jauh itu..dia kata..tanyalah penasihat..aku cakap..ala penasihat kan bz banyak benda nak pk..pemantau kata..ha..huffaz tu termasuk salah satu benda yang dia kena pk juga la tu..aku pk..betul juga..hoho..tapi takpelah..sekarang ni mengambil keputusan untuk mendiamkan diri ..sampai bila?sampai dapat posting n sampai dema pun pk balik pasal huffaz ni..n sebenarnya tujuan aku tulis ni pun..moga Allah menyampaikan kepada mereka dengan wasilahNya..hoho..cumanya..sekarang ni fasa cool la..yerla takkan la aku as a member of the team nak ambik sikap 'lantakla situ'. memang cukup tak patut..cumanya..mendoakan yang terbaik insya Allah amin..

nak berenti tulis dah cuma akhirnya nak sampaikan kepada beberapa org ni..kalau nampak/baca/dengar pasal buku ni mesti teringat kalian. n sedikit coretan..
versus @ hlovate - nur nailah mohd yusof - ok..kenapa ada masalah ta dapat atend halaqah every sunday petang tu tak gitau..asif jiddan kurang alert dengan itu..sentiasa merindukan anti..jangan nangis lagi..sentiasa berubah menjadi yang lebih baik n lebih baik ya..untuk bantu mak ayah kita di sana nanti..me-yang sentiasa menyayangii kamu dan mendoakan agar jurang antara kita akan hapus dan lenyap..ameen
denyut kasih medik - dr farhan hadi - aimisya...bergenang air mata akak dengar tulisan tulus anti untuk anti berubah jadi lebih baik..akak doakan moga hidayah Nya sentiasa bersama mu dik..jangan ditangguhkan perubahan ke arah kebaikan itu..kerna kita tak mahu kebaikan itu lari jauh dari kita...ya..
buat mu :
fariha - di mana kamu..kenapa berdiam diri..asif andai tak dapat menjadi yang terbai buat diri kamu..aku hanya insan penuh dosa..sukar menebak isi hati org lain..
farah - huhu..baru tahu..rasanya kamu org popular sanguine..rindu ingin bercerita sama kamu
anis wardah - jangan biarkan cuti itu membunuh kamu..biarkan cuti itu menjadi baja buat iman mu..bagaimana? dengan usaha kita ukhtiku..
aliya najaa' suhaila n insyirah- kalian sangat comel..sedang berubah ke arah kebaikan..akak sentiasa ingin menjadi seperti kalian yang cukup lembut dan penuh kesopanan..kalau cakap tu..fuh..akak pun cair..kome cakap halus sangat n lembut..aiyak nak jadi macam kalian hoho..doakan ya..huhuhu
yati - kita masih ada jurang rasanya..tapi anti baik dan comel..perlu pandai pilih kawan ya..itu yang sangat menentukan dan mempengaruhi siapa kita esok..
saff n teha - kamu harapan ummah..huhu..banyak sangat dah ayat untuk kome 2..rajin belajar tahu..jangan malas..cepat lapar takpe..makanla..tapi semangat belajar itu juga perlu kuat..

cukup sampai sini..dah terlalu panjang..
moga Allah mengampuni dosa-dosaku atas segala khilaf diri dan memandu aku ke jalan yang diredhaiNya..amin.- doa ditebarkan buat semua juga

Saturday, May 29, 2010

medan dakwah baru

bismillah..
alhamdulillah..segala puji bagi Allah. selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.
tadi berziarah ke medan baru..
i cakap kat murabbiyah i
'boleh tak nak follow up matrik selangor'
'tunggulah dib dapat posting mana dulu'...
dengan rasa sayu saya pun..'ok lah boss'

next 2 weeks lepas tu
'tahu ke kak zila minta tolong follow up kms'
'tak'
'ohh ye ke..i tolong dia fup kms sebab kak aini tak sampai sini lagi. boleh kah?ada 17 org produk sekolah masuk sana tau..'
'ha yeke..ok ok.boleh follow up sana'
'huhu..alhamdulilah'

berziarah kali ke 2 ke KMS..
di Banting Selangor okeh..7 km dari rumah i..
dari 17 orang dalam data..
sebenarnya yang masuk matrik lebih kurang 5 orang..SAHAJA
tapi alhamdulillah
setiap a'dho tu punya peluang dan potensi tersendiri..
sorang
' akak ukhti dibah nak datang buat halaqah esok ek? ana balik matrik harini'
- mesej yang dapat tanpa undangan. puh..berbunga-bunga hati ni dapat mesej ni.
sorang lagi
' akak kat matrik ke ni? buat halaqah?ala..saya kat kampung ni..bestnye buat halaqah'
- masa call dia.


tidak ingin memberikan harapan yang menggunung tinggi..
cuma mendoakan agar mereka terus gembira bersama Islam dan bersama halaqah..
diri ini perlu sangat berusaha untuk itu..
menjaga iman..
mengenepikan masalah peribadi dan berusaha sedayanya untuk mantapkan halaqah di KMS
memulakan sebenarnya..
subahanallah..
peluang datang bergolek Allah bagi..
kali kedua berziarah ke matrik..
dah nampak perbezaan dengan dakwah sekolah dan dakwah kampus
walaupun diri ini masih bertatih dan perlu mencari pengalaman..
pengalaman diri sendiri juga insan lain yang pernah melalui..
'ya Allah bantu kami semua agar berada bersama rahmat dan hidayahMu'
terlalu banyak belajar dari mad'u disana..
mereka sangat pemurah..
naif..
menghargai..
menyambut tetamu..
gembira menerima kebaikan..
'akak pejam mata..nak bagi hadiah..tadah tangan', 'meh kita hantar akak ke depan - gate' - walaupun baru kali ke 3 berjumpa lepas lebih 5 bulan tak jumpa.
subahanallah
subahanallah..
ok dib
caiyok..
hang jangan lupa pulak halaqah sekolah yang makin tunggang langgang tu..
huuuuuuuuu...
takkan lupa kot..taman Islam di hati..
hoho
bantu kami ya Rabb.
amin

Friday, May 28, 2010

rasa hati..sua rasa???

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberikan keimanan dan keistiqomahan
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw

sekarang ini..
mode sabar dan redha..
huhuhuhuhu
sebenarnya nak pergi ke situ
tapi manakan mungkin saya pergi tanpa diundang.
takpelah.
kenapa nak pergi?
kenapa ya?sebab dunia baru buat saya?
ye ke?are you sure?
atau ada niat lain di sebalik itu?
hurm.
ok..
luruskan niat..
tidak kira
tidak kisah
moga semuanya lillah ukhti..
yakin ketentuan Allah buatmu..
itu yang terbaik
pasti ada hikmah disebalik semuanya.
yeah
yeah
amin..

Monday, May 10, 2010

perjalanan..

bismillah..
ingin mencoret sedikit perjalanan yang menjadi satu kenangan
bermula khamis
menuju ke ipoh join halaqah pekerja my mom..
i've learn a lot about that..
satu statement
'ni dah pukul 12.30 dah tengok-tengok jam. bila nak tidur. esok nak kerja'
ohh..begini rupanya..12.30 sudah lewat sangat buat mereka..
then my mum cakap.
pasal program kat ladang getah tu kena tegur..
hoho..
nampaknya lepas ni tak leh buat lagi la macam tu yer..


jumaat
tertinggal tren..hoho..
balik ke tg malim naik bas le jawabnye then packing
menuju ke taman islam yang dirindui..
alhamdulillah..
halaqah berjalan dengan sangat baik..
alhamdulillah thumma alhamdulillah..
akan ada kata-kata buat anti wanimer n anis wardah..
tunggu saja..
moga terus berbuat lillahita'ala..
bergerak ke kampung halaman..
bersama kakak tersayang n abang ipar yang pendiam..
dengan baby dalam perut sekali.

sabtu..
vacation with family besar in johor baharu..
alhamdulillah..
ntahla..
walaupun memang banyak benda yang kalau kita rasa tak sesuai dengan org yang ditarbiyah..
banyak benda yang tak sesuai dengan jiwa kita..
tapi sangat bersyukur..
my family masih sangat menjaga bab aurat..
walaupun duduk satu rumah dengan pakcik makcik semua daam hotel..
tapi memang semua pun pakai tudung..
alhamdulillah..
masih sangat menjaga solat..
atleast benda basic masih sangat menjaga..
alhamdulillah thumma alhamdulillah dikurniakan keluarga sebegini..

ahad..
still in pulai spring resort..
breakfast kat bawah..ok lah..nice gak ar..
rm32++ per person..
untuk breakfast..
nak tegolek gak tengok..
then
masuk dalam swimming pool..
hohohoho..ni satu lagi.
my sister masuk pakai tudung semua n mehjaga aurat seupayanya.
alhamdulillah..
tapi..
best lagi berenang dengan akhwat sebenarnya..
but ok la..
nice pengalaman..
then petang ke kulai n bergerak pulang..

dibah hang ni cerita tahap diari la pulak..so sesapa jangan la baca yer..

selasa
balik upsi..
program bermula..
stlekan urusan borang untuk interview..

rabu
dalam program.
tapi saya rasa teruk giler masa pengisian penasihat tu
aiyak..bersalah sampai sekarang..seriously..
but i've learn something from that
ok ok ..saya belajar dan saya menyesal..
serahkan hanya padaNya
tapinye kalau dengar pengisian utk taklim saya memang ngantuk..
dapat mesej.
dah dapat contact ustaz, dan jumaat ni jumap pengetua
sekadar doa ditebarkan buat kalian
moga berjalan lancar

khamis..
interview di dhah alam..
alhamdulillah tak interviw pun..
balik je naik bas ke perlis..
naik bas pukul 10.30 bas tu jalan pukul 1.00 sampai kat kangar pukul 9.00 ok
pukul 9.00
berjaulah ke rumah anak halaqah

jumaat bertolak ke penang
makan RFC

sabtu malam bertolak 
pulang ke kl..


banyak sangat nak cerita..
nak sambung


cumanya sekarang ni ..
dah tak nak tanya pape..
selagi tak diberitahu ok..
rasa-rasa kena ketuk tak dengan pemantau?
tak tak..yer la tu..
bajet

doakan yan terbaik..
nak sambung post ni nanti..