bismillahirrahmanirrahim
entah draft ke berapa ; yang tak dipost...
banyak yang nak dicoret tapiselalu berhenti di tengah jalan.
merujuk kepada tajuk.
kisah dulu.
ana refleksi balik, saya selalu cakap pasal rindu zaman dulu,rindu waktu dulu, rindukan zaman upsi exactly adalah rindukan zaman bersama2 akhwat ikhwah dr hizul
saya selalu cakap, banyak yang tak ada sekarang,yang ada dulu. banyak nilai2 yang dipegang dulu seakan2 mencair sekarang
saya selalu mengenang memori silap bersama akhwat upsi, zaman ditarbiyah dengan syadid. zaman mengenal erti pengorbanan. zaman dipaksa untuk berkorban hingga akhirnya sebati dengan diri kalau buat perkara2 yang luar biasa macam naik motor dari teluk intan - ipoh - tg malim. malam, lalu highway, hujan yang sangat lebat, sejuk dan dengan kondisi diri sebagai seorang akhwat.
saya banyak mengenang kisah2 lalu.
maafkan saya.kisah2 ini adalah sebuah pengalaman berharga yang tidak ditemui lagi sekarang.
kisah2 ini hanya ada pada zaman itu. zaman taksis bagi sebuah jamaah dakwah. zaman taksis atau dipanggil zaman pembinaan asas. zaman yang mana kualiti kadernya dibina untuk menjadi sebenar2 qaedah sulbah. diasuh dengan segala jenis kesusahan dakwah, segala jenis pengorbanan dalam dakwah dan figur2 yang berada di fasa ini adalah figur yang benar2 ingin bekerja dan mampu berkorban.
jika anda tidak mampu; kebiasaannya orang2 ini akan secara sendiri meninggalkan jamaah dengan fasa taksis. dalam fasa ini,tarbiyah dan dakwah fardhiah adalah satu kewajipan dan semuanya berbentuk harakah.
hasilnya; melahirkan rijal yang hebat dan berkualiti, namun bilangannya yang sedikit.
itulah nilai yang tiada di zaman hari ini.
namun bukan bermakna aku tidak suka berada dalam ISMA!
alhamdulillah. bersyukur. sungguh.
aku faham. tiada lagi cerita2 seperti kisah lalu kerana
dakwah ISMA memasuki dakwah masyarakat - atau nama lainnya mihwar sya'bi (paksi masyarakat)
strategi yang disusun diguna pakai agar dakwah dan Islam ini berada di hati masyarakat umum.
ISMA belum lagi memasuki fasa infitah sepenuhnya - infitah bermaksud keterbukaan. ISMA masihlagi dalam fasa taksis tapi dibuka sedikit ruang untuk infitah (betul ke ayat aku ni - mau marah orang2 biro tarbiyah tak?huhu)
jadi; boleh dilihat bermacam2 perangai ahli. dan seakan2 ada kelonggaran dalam dakwah.
itu bukan masalah sistem yang dilakukan, itu adalah masalah individu. dan untuk i'laj perlu kepada perkara basic, iaitu tarbiyah individu.
alhamdulillah. sejak kaki melangkah ke dalam ISMA hingga telah 2 tahun lebih bergerak bersama2, aku nampak sangat banyak perbaikan yang dilakukan. strategi untuk meningkatkan kualiti dakwah.
dan perlu faham, bila berada dalam mihwar sya'bi ini,anggota telah ramai termasuk penyokong2 dakwah. sebab itu banyaknya sibghah yang kadang2 tidak disangka. tapi sebagai ahli,selagi boleh diperbaiki, silakan perbaiki dan memberi teguran/pendapat kepada pimpinan yang sepatutnya.tiada masalah insya Allah.
aku faham; fasa yang berbeza, kualiti kader juga berbeza. begitulah yang disebutkan oleh Muhammad Ahmad Ar Rasyid dalam bukunya khittah dakwah - kualiti kader dakwah di fasa taksis tidak sama dengan di fasa infitah.
dan hari ini, aku sangat bersyukur, melalui tarbiyah awal di fasa taksis. merasai pengalaman manis berkorban (kalau boleh dikatakan berkorban),bejuang (kalau boleh dikatakan berjuang) dengan cara yang agak syadid bersama akhwat2. menghasilkan nilai2 diri yang sukar rasanya ingin dicari hari ini.
alhamdulillah. bersama ISMA yang banyak merubah banyak sisi terutama sisi sebagai akhwat. dulu;ada benda yangakhwat buat yang agak tak menepati syariat juga sebenarnya. contoh mcm diatas yang naik motor tu. (pernah juga naik motor seorang dari teluk intan ke seri iskandar 2 jam lebih dan hujan yang sangattt lebat- hanya meletakkan tawakal yang tinggi kepada Allah) dalam ISMA, keakhwatan sangat ditekankan. mula2 agak culture shock bila by 11pm usrah dah kena habis dan akhwat kena berada di rumah. agak tak boleh diterima mulanya. akhirnya baru boleh adapt. dan banyak lagi la termasuk aktiviti mukhayyam yang mementingkan siri keakhwatan; bukan kelasakan. - comel kan? dalam ISMA ni lah ana jumpa akhwat yang sangat comel dan lemah lembut, sopan santun, (tak macam saya- adeii =_=) mana ada akhwat ISMA naik motor pakai seluar. semua naik kereta, kalau pakai tshirt pun berkain/long skirt. masa mula2 masuk ISMA akhwat naik motor selambe je.pakai tshirt dengan seluar. tapi akhirnya kami tersibghoh juga dengan akhwat ISMA yang lemah lembut ni. huhu.
dan banyak lagi lah keterbukaan minda yang kami dapat. (juga ikhwah ISMA lebih gentleman berbanding ikwah dr dulu. err) alhamdulillah. kedua2 tarbiyah sangat complement. saya bahagia. terima kasih Allah atas nikmat ini.
bila saya mengenang kisah dulu, bukanlah tidak bersyukur dengan yang sekarang. hanya merindui. dan cuba maintain dengan kualiti2 yang diperoleh dulu.
p/s :saya tak pandai menulis. ayat tak tarbawi. tapi ini ustaz biro tarbiyah menulis. sangat best! alhamdulillah. http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/06/14/quantum-dakwah-dan-tarbiyah-siri-4/
No comments:
Post a Comment