Bismillahirrahmanirrahim
Baru pulang daripada mesyuarat pencalonan DHL. jumaat 21 dis
Saya menulis ini, saya mohon Allah jauhkan saya daripada
rasa ujub,riak dan takabbur. Moga Allah sentiasa menjaga niat saya agar lurus
ikhlas kerana Nya
Seperti diatas. Saya baru pulang daripada mesyuarat
pencalonan DHLdi Bangi. Ini adalah mesyuarat untuk memilih calon2 AJK kawasan
dan AJK Pusat. senang kata,meyuarat vote siapa yang akan jadi ajk . tak lama
pun mesyuarat ni, start 9.30 malam sampai 11.00 malam. sejak semalam memang
duduk rumah kat banting ni. Cumanya nak cakap,saya rasa, pada pemikiran
sendiri(sebab terlupa langsung meeting ni sampailahada reminder pagi tadi),
mesyuarat ni taklah penting sangat. Kalau saya tiada pun tiada siapa yang
perasan dan tidak menjejaskan perjalanan majlis.
Pernahlah pemikiran macam tu terlintas, tapi saya
cepat-cepat padamkan.
Walaupun perjalanan dari Banting ke Bangi sahaja 1 jam,
balik semula ke Banting 1 jam dan mesyuarat hanya 1 jam 30 minit. Nampak disitu
masa perjalanan lebih lama,
Tapi.
Seharusnya tiada
alasan.
Memang pada pemikiran sendiri, meeting seperti ini kurang
kepentingannya berbanding meeting program/ usrah. Tapi ini adalah sebuah
panggilan dakwah yang menuntut ahlinya untuk memberi komitmen.
Sebenarnya boleh sahaja untuk memberi alasan untuk tidak
hadir, kawasan rumah yang jauh – 1 jam perjalanan. Hujan yang sangat lebat
semasa baru sahaja keluar dari rumah. Terlalu lebat hujan dengan angin yang
sangat kuat. Boleh sahaja berpatah balik. Malah mempunyai niat begitu juga
kerana hujan yang begitu lebat.
Namun, panggilan
dakwah itu perlu disahut.
Boleh sahaja memberikan 1001 alasan, jamaah insya Allah akan
menerima. Tapi bagaimana pula
kedudukan di sisi Allah.
Kita yang semakin mengambil rukhsah daripada ‘Azimah. Kita
yang semakin merasakan panggilan dakwah yang kurang urgent,tidak perlu
dihadiri, kita yang memilih-milih program dakwah untuk dihadiri.
Boleh saja boleh saja.
Tapi bagaimana pula pada pandangan Allah?
Yakinlah diri, panggilan dakwah, sekecil mana, setidak
penting mana yang anti rasakan, jika jamaah memberatkan perkara itu pergilah.
Berangkatlah kamu dalam keadaan berat mahupun ringan
Kenapa?
Sebab
Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lebih baik jika
kamuberpaling dan tidak mencapai kualiti orang2 yang berdakwah dan berjihad.
Dakwah tidak memerlukan
kamu. Kamulah yang memerlukan dakwah. Dakwah akan terus berjalan walau tanpa
kehadiran kamu.
Maka, berdoalah agar menjadi insan terpilih yang sentiasa
bersama-sama gerakan dakwah ini insya Allah.
*****
lepastu Akh Azib, YDP ISMA DHL ada post something kat Yg
yang membuatkan saya sangat tersentak sedikit.
Ayat yang paling terkesan
Proses pencalonan pimpinan pusat dan kawasan yang berlaku
semalam adalah suatu yang sangat penting dan merupakan sebahagian dari sistem
jemaah kita. Oleh itu melaksanakannya bermaksud menjayakan satu tuntutan jamaie
dan mengabaikannya adalah satu penyelewengan. Oleh itu ana ingin mengucapan terima kasih dan tahniah kepada mereka
yang hadir. Walaupun majlis tersebut nampak simple tetapi ia adalah satu
manifestisi kecintaan kita kepada jemaah ini. Sekurang-kurangnya kita dapat
muayasah disamping menikmati hidangan makan malam yg sedap.
Ucapan penuh nya :
Assalamualaikum wbt,
Ikhwah dan akhwat yg dirahmati Allah sekelian. Semoga
terus subur iman dan taqwa.
Proses pencalonan pimpinan pusat dan kawasan yang berlaku
semalam adalah suatu yang sangat penting dan merupakan sebahagian dari sistem
jemaah kita. Oleh itu melaksanakannya bermaksud menjayakan satu tuntutan jamaie
dan mengabaikannya adalah satu penyelewengan. Oleh itu ana ingin mengucapan
terima kasih dan tahniah kepada mereka yang hadir. Walaupun majlis tersebut
nampak simple tetapi ia adalah satu manifestisi kecintaan kita kepada jemaah
ini. Sekurang-kurangnya kita dapat muayasah disamping menikmati hidangan makan malam
yg sedap.
Kepada mereka yang dicalonkan, tahniah diucapkan.
InsyaAllah dengan ramainya calon YDP dan AJK menunjukkan kita sebenarnya tidak
ketandusan pimpinan. Letaklah siapapun yang bakal dipilih nanti, ana yakin
mereka akan melaksanakan kerangka kerja yang telah digariskan oleh pusat,
selagi mana mereka intimak dengan jemaah ini.
Keduanya, ana juga telah sebutkan bahawa sekarang kita
telah berada di fasa baru, berhadapan dengan realiti sebenar masyarakat. Telah
banyak yang kita laburkan dari sudut wang ringgit, masa dan tenaga untuk
menjayakan agenda MSIB dan melaksanakan Kempen Selamatkan Ummah. Begitu juga
banyaknya usaha yang kita telah curahkan untuk menjalankan projek-projek
tarbiyah dan tajmik. Kepada Allah kita berdoa agar segala amal kita diterima.
Kini, tiada lagi jalan untuk kita berhenti, pusing kebelakang dan berpatah
balik - No turning back!.
Bahkan kita harus bulatkan tekad dan kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan
menggalas agenda ini, walaupun ditekan dari pelbagai pihak, sehinggalah
masyarakat mengenali kita dan agenda yang kita bawa.
Pada masa yang sama ana ingin menyeru semua agar kita
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sehabis baik, di mana-mana
posisi pun antum berada. Tukarkan mode kehidupan kita kepada mode jihad yang
memerlukan pengorbanan masa dan keselesaan. Firman Allah maksudnya"dan mereka yang berjihad di atas jalan
kami, akan kami tunjukkan kepada mereka jalan kami"
Ayuh ikhwah dan akhwat, teruskan perjuangan. Semoga kita
akan mengorak langkah juang di tahun 2013 dengan penuh kesungguhan. Semoga
ALlah memberikan kita kekuatan untuk terus thabat di atas jalanNya.
Wassalam.
Akh Noor Azib Asmangi ; YDP ISMA DHL 2012.
Alhamdulillah. kata2 yang touching. Suka….
Banyaklah berdoa agar Allah tunjukkan jalan yang lurus dan
sentiasadalam redhaNya
Sentiasa berdoa agar diri ini sentiasa dipilih untuk
sentiasa bersama2 dalam kafilah dakwah.ameen ya Rabb
Ayuh istiqomah dan semangat!
salam kak :) lately ana kenal blog akak n follow, rupanya cerita kita x jauh beza, jd teringin nak berbicara lebih dekat dgn akk :) ade care boleh berhubung dgn akak?? ana akhwat dari mesir dan rasanya kita dah lama jd akhwat bersama cuma mungkin belum kenal je lg :) salam kenal :)
ReplyDeletewsalam na..
ReplyDeleteok. tak sangka ada yang membaca =)
ni FB akak http://www.facebook.com/noradibah.rohiman
atau emel : sahabathijau21@gmail.com