bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.
alhamdulillah masih menghirup udara tarbiyah
moga terus istiqomah hingga bertemu syurga insya Allah.
lately;
banyak mendengar perkongsian tentang : a marriage. sebuah perkahwinan.
mungkin kerana memang umur yang telah capai tahap lebih dari sepatutnya untuk berkahwin.
tapi aturan Allah melangkaui tahap pemikiran manusia
walaupun ana target untuk nikah di tahun2012;
nampaknya tak lepas. sebab; bukan saya yang pi meminang orang. orang yang meminang saya.
tapi Allah masih belum perkenankan.teruskan berdoa. moga adalah tu jodoh tu insya Allah.
as usual. semalam, abah balik dari minum kat kedai tiba2 abah cakap kat mak;
'ada orang tanya lagi'
tak lain..ada orang tanya saya .walaupun saya rasa tak mungkin la ada orang nampak saya. tapi mak kata, orang kampung biasalah...bekerjaya lagi.
ok fine.
mak tanya apa abah jawab.
abah cakap yang budak2 zaman sekarang ni nak mencari sendiri. (lebih kurang gitulah ayat abah)
yes. ya.
entah kesekian manusia yang tanya.
saya cakap jelas dengan mak abah. saya taknak.
saya nak nikah dengan orang isma (baca : ikhwah)
mak pernah marah saya sampai saya rasa nak nangis.(dah mengalir kot airmata; mesti saffana akan cakap saya ratu air mata. hehe) sampai saya cakap kat mak, dahlah taknak cakap lagi.jangan cakap lagi.
abah pernah marah sebab dia ada pilihan; dia suka sangat kot kat orang tu akhirnya orang tu kahwin. dan abah memang mengungkit2.
saya tetap dengan pendirian saya.
saya cakapdengan mak abah.
saya nak nikah dengan orang isma.
mak kata.
jadikanlah pilihan mak abah tu orang isma.
saya kata ; bukan senang nak didik lelaki ni mak...
dan dicampur dengan cikgu2 sekolah yang panggil personal dan tanya
'dibah dah ada orang dah?'
'akak ada sedara ni, dia nak cari cikgu juga. dibah cubalah berkenalan dengan dia dulu. at least sebagai satu usaha'
pernah cuba sekali! sebab, saya istikharah dan saya dapat jawapan untuk cuba at least sebagai satu usaha
tapi astaghfirullahalazim.
dan terasa seperti sangat jahiliyah. sangat sangat.
saya tak mampu rupanya berdepan dengan 'org biasa'
apatah lagi menerima sebagai teman hidup. entah langsung tiada kekuatan
akhirnya saya bercerita kepada naqibah.
dan dia kata
'jangan diba...jangan. nanti akak cakap kat BM suruh cepat'
satu situasi yang biasa yang saya rasa saya takkan berdepan dengan ini semua.
tapi tak rupanya.
bak kata sorang akhwat; akhwat cikgu ni 'hot stuff'.
sampai adik, kakak saya kata saya ni sangat memilih. mak ayah apatah lagi.
tapi saya ada pendirian.
sebenarnya ini bukan satu pendirian pun
tapi satu doa saya
dan satu harapan saya
saya nak nikah dengan ikhwah
saya cakap dengan mak, saya nak nikah dengan orang isma- mak doakanlah ya
tapi dulu saya pernah doa,saya nak nikah dengan ikhwah dari management dr hizul.
so kesimpulannya ? sendri faham la
tapi semua ni demi kemaslahatan dakwah dan tarbiyah
baru2 ni bersembang dengan akhwat sama2 upsi dulu,
sebaya. dia posting di satu kawasan lain.
tanya dia. bila dia nak nikah?
dia kata' kawasan ni masalah sikir sebab ikhwah sangat sikit, akhwat ramai'
saya kata ' tak ada ke cikgu sekolah ke, mak ayah kamu ke yang nak kenalkan kamu dengan mana-mana lelaki baik?'
dia kata ' entahlah dib. kita tak berani. kita tengok ramai akhwat yang nikah dengan orang biasa lepastu terus senyap. kita nak teruskan dakwah dantarbiyah kita.macam susah sikit kot kalau dengan orang biasa'
tu ayat lebih kurang.
subahanallah, sangat kagum dengan pendiriannya.
Allah..
sekarang ni saya doa,akhwat saya (termasuk saya) akan bertemu jodoh dengan orang yang soleh dan terus istiqomah di jalan dakwah dan tarbiyah.
semalam sembang dengan naqibah dalam usrah; kelmarin zauj pn sol tulis pasal isu ni juga. tapi nampak dalam facebook ada ikhwah shout juga.
salah satu isu adalah;ikhwah taknak nikah dengan akhwat, tapi mencari orang biasa.
tak patut langsung kan?
iyalah. dahlah ikhwah sikit.kawin pula dengan orang lain. akhwat ni nak campak mana?
dahtu ikhwah ni taknak kawen sebab ada masalah kewangan..elaborate sendiri la. ada pulak keluar kata2 ' akhwat tu mawar, duduk kat situ, kami ini kumbang yang kena terbang cari rezeki' naqibah memnag tak setuju dengan statement tu.dia kata sampai bila kumbang tu nak terbang cari rezeki untuk diri sendiri sahaja.
dahtu timbul kata2 ikhwah ni tak buat kerja. akhwat ramai ikhwah sikit.
saya tanya, habistu ramai akhwat yang tak nikah lagi ni mcmna?
naqibah terangkanlah apa usaha BM salah satunya,follow up akhwat yang tak nikah lagi, bila dah mencecah 26, 27,28 kalau ada orang masuk, minta dipertimbangkan.
entahlah. doa saja.
baru2 ni ada sorang akhwat mencecah 29/30 umurnya.
akhwat korea, beliau dapat menikah dengan ikhwah.alhamdulillah.subahanallah. ada jodohnya.
ikhwah tu lebih muda.
sungguh mulia.
wallahualam
p/s :sebenarnya bukan nak tulis pasalni ponn..tapi apesal ntahh. nak tulis pasal benda lain sikit sbnrnya
No comments:
Post a Comment