alhamdulillah..
mengecapi Ramadhan yang telah tiba
cuba sedaya upaya mencapai nikmat Ramadhan
sebab Ramadhan adalah hadiah dari Allah buat hambaNya..
tapi hadiah bukan yang datang dalam bentuk material
ganjarannya bukan segedebuk turun depan mata.
bukanlah kalaukita tarawih, balik tu dapat sejongkong emas,
bukanlah kalau kita melaksanakan puasa dengan baik, buka tu kita dapat sebiji rumah besar
bukanlah kalau kita banyakkan baca Quran dan istighfar, habis baca tu kita dapat satu set i (iphone,ipod,new ipad, dan segala adik beradiknya)
kita tak dapat dalam bentuk material,
oleh itu sometimes sangat subjektif.
kita kata puasa bulan ibadah,
tapi kenapa ya tak terasa seperti itu.
seharusnya, kitalah yang kena membina biah andainya biah kita sunyi sepi dari suasana ramadhan
banyakkan baca quran, banyakkan solat sunat, banyakkan buat ibadah yang lain.
Allah.pastinya menjadi ibadah buat diri.
dan hasil yang kita dapat adalah lebih besar dari segala material di Bumi
iaitu ketakwaan kepada Allah. (6:125) - jika seseorang hendak diberikan kebaikan akan didekatkan dengan Islam.
Allahuakbar. maka carilah hidayah itu! yok. ramadhan pesta ibadah!
berbalik kepada tajuk setelah introduction yang panjang,
selain mak ayah & keluarga, serta akhowat ikhwah seperjuangan.
saya ada teman yang setia menemani saya dalam perjalanan ini.
Alhamdulillah. Allah menitipkan mereka -sementara- untuk saya dalam membantu mengingatkan dan melajukan gerak kerja dakwah ini.
siapa mereka ??
| teman dan pembantu yang setia di jalan dakwah |
ini antara yang terpenting dan mempunyai value yang besar
Allahuakbar..
introducing my....
1. Al Quran
barang yang akan saya bawa ke mana sahaja, walaupun mungkin kadang2 tak baca.
speechless nak cakap apa pasal Quran. semua orang pun maklum. inilah yang menjadi panduan dan penyuluh hidup saya.
walaupun kadang2 saya malas nak baca, tapi dia tetap setia bersama saya.
2. macBook Pro
antara barang yang sangat berharga
ada satu rahsia, abah menyumbang dengan sangat besar dalam pemilikan macBook ini. terlalu besar. tampa abah mungkin saya tak mampu nak beli. mahal kot. (ok,bagi saya mahal la...rasanya mahal. sebab tak semua orang boleh beli kan. ngeh ngeh ..astaghfirullahalazim jangan riak.)
buat abah,moga selagi saya menggunakan macBook ini untuk dakwah, moga selagi macBook ini menyala dia jalan Allah,selagi itu pahalanya mengalir buat abah. Allahuakbar. thanks Allah. thanks abah.
3. handphone.
walaupun handphone ni paling cikai antara semua handphone. tapi sangat membantu saya contact n keep in touch dengan mad'u dan akhowat. Allahuakbar.
dan satu nilai yang paling besar dalam handphone ini adalah; handphone ni mak punya. lepas handphone saya pink comel itu hilang. dan mak bagi
moga sepanjang handphone ni digunakan untuk dakwah, mak akan dapat pahala yang berganda. Terima kasih Allah! thanks mak!
4. Fateh.
er er..bukan nama manusia atau si dia... nama sang hijau. sang turtle. kenapa valuable sangat ni? sebab Fateh adalah pemberian akhwat .miss faizura said. thanks miss zurae.
fateh sangat menemani di waktu sunyi, di waktu ingin beruzlah. dan di waktu2 saya masuk ke gua mahupun masuk kepala ke dalam cengkerang. di waktu menangis, di waktu gembira, di waktu tenang dan di waktu gundah. samada akan di peluk atau menjadi bantal di kepala. alhamdulillah. fateh adalah turtle ke 5 saya dan sangat besar!. terima kasih Allah atas pemberian ini dan thanks zurae!
5. Fitrah
siapa pula dia ni? satu benda yang paling besar dan mahal setakat ni yang saya miliki sementara dalam hidup saya. alhamdulillah.
Proton Persona 1.6 Bronze Garnett
| Fitrah - Bronze garnet |
| kuda dakwah di bawah rumah |
Allahuakbar!it seems like a dream right?
but the dream already come true.
menghampiri 2 tahun memiliki kuda dakwah ini.
alhamdulillah. Allah memberikan saya kemudahan ini, kemudahan yang amat wajib saya syukuri.
kemudahan mempunyai kenderaan yang baik. membantu saya, pergi ke usrah, meeting yang perjalanannya satu jam dari rumah saya, dan melakukan perjalanan yang tak terfikir dalam hidup saya. setia menemani saya, menziarahi mad'u dan akhowat... memudahkan kehidupan saya untuk follow up sekolah mahupun Raudhah, mahupun pergi ke daurah di serata ceruk sekalipun. dan memudahkan ibu bapa dan keluarga saya juga.
Allahuakbar! alhamdulillah. Allah..
buat akhwat (terutama ukhti Hazirah yang tak ku sangka membaca blog ini) moga kalian juga mampu memiliki kuda dakwah ini untuk membantu melicinkan perjalanan dakwah, dakwah itu tetap perlu diteruskan =). pahala lebih dengan bersusah payah. ana juga satu masa dulu,mempunyai perjalanan dakwah yang sukar dan lebih besar yang perlu dikorbankan sebelum memiliki kuda dakwah ini. minta saja pada Allah.Allah akan bagi =). insya Allah.
moga saya tidak termasuk dalam golongan yang kufur nikmat
Alhamdulillah
walaupun dalam kehidupan ada sahaja impian dan harta yang ingin di capai.
moga semuanya membantu dalam melancarkan gerak kerja dakwah dan membuatkan saya tidak lalai dan leka dengan dunia.
walapun ada lagi wishlist yang saya nak:
-magic mouse
-iPhone
-rumah sebiji --> saya nak minta orang lain beli
-anak-anak penyejuk mata penawar hati. =P. (ngeh ngeh ngeh ngeh. moga impian jadi nyata ameen)
moga semuanya menjadi saham di akhirat. ameen.
wahaaa terharu, nama saya ada dalam post akk lah :')) dan serius saya suka sangat baca pasal ni. nak2 cik fitrah (btol ke nama dia fitrah?) yg comel. Allah3, mesti dia dh sumbg bayak untuk tujuan dakwah kan, akk doakan mg satu hari nnti saya ade kuda dakwah yang akan myumbang saham juga!
ReplyDeletebtw sy mmg akan baca je apa yg akan post :) huhu.
mg terus thabat ukhti!
Hazirah....segan...
ReplyDeletekalau anti tak komen, mesti akak taktahu...
salam Ramadhan.
salam tsabat juga!
=)