Wednesday, July 4, 2012

saya hanya manusia biasa

bismillahirrahmanirrahim

dah lama tak rasa macam ni.
cuba membuat yang terbaik
cuba menjadi yang terbaik
cuba mendapatkan yang terbaik

tapikan saya cuma manusia biasa
di sekeliling saya adalah ahli keluarga yang berfikrah biasa
di sekeliling saya adalah satu tanggungjawab yang besar, dakwah yang wajib saya tanggung
di sekeliling saya adalah rakan sekerja dan pelajar dan masyarakat yang biasa-biasa saja. yang tak pernah tahu dan faham apa yang saya buat.

saya cuba buat yang terbaik
taknak hampakan semua orang
menjaga ukhuwah dengan semua orang, dengan semua ahli keluarga dan saudara mara
menjaga amanah dakwah dan melangsaikan setiap tugasan dakwah yang dilakukan
tapi
rupanya saya tak mampu nak memuaskan hati semua orang
saya takmampu menjaga hati-hati manusia yang ramai dan berbeza fikrah itu

sebab saya hanya manusia biasa
saya punyai keinginan sendiri
saya punyai life saya
saya punyai kesukaan saya sendiri
saya punyai matlamat saya sendiri

tapi saya terikat
saya terikat dengan tanggungjawab terhadap keluarga
saya terikat dengan tanggungjawab terhadap saudara mara

saya cuma manusia biasa
bukan saya nak mengecilkan hati semua orang
bukan tak boleh bertolak ansur
saya cuma manusia biasa yang seringkali tersepit
dan jiwa saya sendiri remuk
kerana saya tak mampu berdepan dengan semua situasi sebaiknya
terkadang ada banyak benda saya perlu korbankan
termasuk perasaan saya

saya sedih dengan situasi ini
tapi apa yang saya boleh lakukan?
saya cuba buat yang terbaik
memberikan semua secara sama rata dan sama rata tidaklah bererti 50-50

tapi masih ada kata2 di belakang.

saya mohon pada Allah
ini mungkin ujian buat diri sendiri
Allah, permudahkan hambaMu ini.
ameen
:'(

No comments:

Post a Comment