Saturday, October 27, 2012

fasa melaju

bismillahirrahmanirrahim

sepatutnya fasa sekarang adalah fasa kerja dakwah dapat di manage dengan sangat baik
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa kerja dakwah dilangsaikan dengan efektif dan superb
sepatutnya fasa sekarang iman mencanak-canak naik
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa mutabaah amal di tahap yang optimum
sepatutnya fasa sekarang ni fasa banyak membaca
sepatutnya fasa sekarang ni fasa hubungan dengan Allah sangat sangat sangat kuat
sepatutnya dan sepatutnya.
tapi sepatutnya tu jadi tak?

ok,saya perlu belajar mengadaptasi.
alhamdulillah, sekarang ni akan secara automatik bangun sebelum subuh walaupun di saat rakan baik hadir setiap bulan. walaupun tidur lewat. alhamdulillah syukur. tetap bangun dan berdoa.
saya tak boleh tinggal qiam!
saya tak boleh tinggal qiam!
saya nak anak saya menjadi hebat, mungkin jauh
sekali untuk menjadi hebat seperti muhammad al fateh atau umar abdul aziz. tapi sekurang2 nya saya punyai impian seperti itu.
dan bagaimana untuk membentuk anak yang baik, soleh dan pejuang di jalan Allah,pastinya persediaan ibu sebagai madrasah pertama sangat perlu di beratkan.

okeh. faham.kalau nak dapat anak kena kawen lah kan? huhu. saya target nak kawen tahun 2012 (ramai sangat org dah tau.malu! - ate..dah kamu bgtau semua org termasuk kat blog ni nak buat gane..) tapi takpela. doakan saya ya. tapinya 2012 ni tinggal 64 hari lebih kurang.posible tak posible tak posible tak? entahlah. saya serahkan pada Allah.kalau tak dapat kawen tahun 2012 pastinya Allah ada perancangan yang lebih baik buat saya. tapi saya rasa tak lepas kot ~ sebab bulan 12 memang dah penuh. (uhuk uhuk. bajet sungguh) err. selingan yg panjang. saffana! doakan saya tau!

sambung sikit yang atas
dan nak dapat anak hebat perlu dapatkan bapa yang hebat juga.
saya tak tahu~ tapi saya doa. Allah berikan saya seorang suami, lelaki, seorang ikhwah yang ditarbiyah yang sama2 menggalas amanah dan beban dakwah ni dan bercita-cita melahirkan rijal2 dakwah yang akan sehebat muhammad al fateh.
yang at least boleh menjadi qawwam yang baik kepada saya dan anak2 (anak2 kembar saya.hihi. ameen) . membimbing kami dan sentiasa berusaha mensolehkan diri dan ahli keluarga serta mengislahkan orang lain.
saya tak tahu ~ tapi saya doa je. ok semua orang yang baca ni. aminkan ya. hehe
walaupun saat ni labah2 sangat hidup dengan galaknya. menggatai sikit tulis ni, tapi takpelah ye. doakan saya~

nak dapat lelaki qawwam yang soleh musleh bukanlah boleh dicari di pasar2 atau digerudi dari tengah laut melainkan perlu bermula dari diri saya.
ok. ok.
tapi niatlah berbuat kerana Allah, bukan buat baik dan beramal sebab nak dapat lelaki soleh ye.
ok ok.
peringatan buat diri sendiri.

ya Allah, permudahkan urusanku, bantu aku agar redha dan sentiasa bersyukur dengan ketentuanMu. Engkau pasti akan berikan yang terbaik mengikut aturanMu. jadikan aku hamba yang baik. 

ya Allah, apabila Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku di dunia maupun di akhirat, maka tetapkanlah dan mudahkanlah 

ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk bagiku,bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku baik di dunia mahupun di akhirat, maka jauhkanlah perkara ini dari ku 

tetapkanlah kebaikan untukku dimanapun aku berada , dan jadikanlah diriku redha menerimanya. 

ameen. ameen ya Rabb. 

p/s : apa motif post ini? rojak mungkin.


Friday, October 26, 2012

yang bernyawa pasti akan mati

bismillahirrahmanirrahim

dah lama tak update blog
banyak sangat benda nak dituliskan
akhirnya tak tulis.

hari ini aidiladha.
pagi2 mendapat berita kembar abah dah pun meninggalkan alam fana ini menuju alam yang kekal abadi.
terkejut sangat. tak ada angin tak ada hujan, tiba2 mendapat perkhabaran duka.
innalillahiwainnailaihi rojiun
yang paling terkedu pastinya orang yang sama2 duduk dalam perut.
melihat jenazah - cukuplah mati sebagai peringatan-
Allah
Allah
berbaktilah kepada ibu bapa selagi mampu
dan beramal lah kamu sebelum jasad diusung ke liang lahad.
astaghfirullahhalazim. muhasabah buat diri sendiri.

Friday, September 7, 2012

berdoalah

special dedication
buat ukhti =)

moga tenang saja insya Allah.
ana doakan terbaik buat anti.
doakan yang terbaik untuk ana juga ! huhu

“ Ya Allah, sungguh aku mohon kepadamu untuk dipilihkan yang terbaik menurut ilmu-Mu, memohon agar diberi keputusan berdasar keputusanMu dan memohon dari karuniaMu yang agung. Sebab sesungguhnya engkau Maha berkuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau Maha mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui segala hal yang ghaib. 

Ya Allah jika engkau mengetahui behwa ‘dia’ baik bagi agamaku kehidupanku dan akhir urusanku, dunia akhiratku, maka tetapkanlah ia untukkudan mudahkanlah aku menggapainya, kemudian berkahilah dia untukku. Jika Engkau mengetahui bahwa ‘dia’ adalah bukan untukku, agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku serta dunia akhiratku, maka jauhkanlah ‘dia’ dariku dan jauhkanlah aku darinya. Tetapkanlah kebaikan untukku dan untuknya dimana saja berada, kemudian jadikan aku ridho menerima semua keputusanMu. "


p/s : tapi saat ini labah2 hidup dengan galaknya! 

rambut sama hitam, fikiran lain-lain

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

dalam dakwah ni lumrahnya memang akan bekerjasama dengan banyak manusia,
ada yang menyenangkan
ada yang menguji kesabaran
ada yang garang
ada yang terlebih caring
ada yang sederhana saja dari semua segi

ada satu masa dalam satu organisasi, kita mengharapkan ketua akan sama pemikiran dengan kita, sekurang-kurangnya boleh berbincang dengan baik, bertukar-tukar pendapat.

tapi pelangi tak selalu muncul.

kadang2, kita sangat tak faham. apa benda yang ketua ni fikir.
-differernt wavelength-
dan rasanya ketua pun tak faham apa yang kita fikir.
dan masing-masing meletakkan prioriti masing-masing yang berbeza dalam handle organisasi tersebut

kan pening.

kenapa ya?
wawasan yang berbeza?
background tarbiyah yang berbeza?
umur yang berbeza?
ok,rasanya sebab masing-masing tak berbincang dan sorang bawa haluan kiri, sorang bawa haluan kanan

entahlah. sometimes hanya banyak berdoa.
sebab tak tahu nak cakap macamana dah
rasanya dahlalu orang tengah
rasanya dah cakap berkias.
tapi mungkin kiasan yang terlalu berbunga sampai tak nampak apa yang nak disampaikan

ok. ini memang curhat.
sedih.

saya terfikir.
one day,
kalau dapat seorang suami.
dan pemikiran pun berbeza gini
macamana ea?

contoh je la. contoh semata-mata
kalau sorang berjiwa pembina -sangat
kalau sorang berjiwa pengkaderan -sangat

kalau sorang cakap pasal isu mahasiswa, isu semasa, isu umum, isu malaysia
dan sorang lagi cakap pasal isu pembinaan, masalah2 usrah, buku-buku dan quote yang sangat tarbawi

kan berbeza 2 tu.
adakah boleh berbincang dan bersembang dengan baik?
hurm.

cuma pendapat saya,
apa2pun kena telus.
kena ada perbincangan
kalau satu pihak tak setuju, satu pihak lagi kena cuba faham. or at least minta penerangan.
masing-masing kena saling bertolak ansur
masing-masing kena cuba saling memahami atleast.
dan kena bincang!
adoi. banyakkali saya stres. kena bincang dan bincang.

kalau satu pihak keluarkan statement nak pihak satu lagi ikut.
dan pihak sebelah lagi pun sama.
masing2 akan ada rasa takpuas hati.
kan tak molek tu


ya Allah, permudahkanlah. jangan susahkan. ameen

mode #hanya saya dan Allah saja yang tahu isu apa ni.

Thursday, August 30, 2012

permata di celahan kaca

bismillahirrahmanirrahim..

kalau nak nikah dengan lelaki, mudah saja. bila-bila masa boleh diusahakan. ada sahaja ruang dan peluang
tapi masalahnya;
nak nikah dengan ikhwah. lelaki yang ditarbiyah. pejuang di jalan Allah. dan ini agak sukar penantiannya. ibarat mencari permata di celahan kaca.


Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ‘ala dinik, wa ‘ala tho’atik…
ya Allah, jangan Kau palingkan kami selepas Engkau memberikan kami hidayah.


p/s : kenapa post pasal ni??? saja je. haha

Wednesday, August 29, 2012

Kerja sangat banyak

Allahuakbar!

kerja yang sangat banyak sampai tak tahu nak buat yang mana satu!
(ok..tapi sempat lagi tulis kat blog)

upsp
upsc
evaluasi salam
salam 13
kls 13
database raudhah
report program raudhah
usrah sekolah
prepare usrah raudhah
daurah raudhah
modul dtot
krim vs upsp
haflah

pbs sains dan sivik (dan segala tok neneknya- sangat banyak!!)
stok2012
minit meeting pibg

saya rasa saya masih berada di awangan. masih dalam mood raya
dan tak fokus.
Allah.berikan aku kekuatan ameen.

Sunday, August 26, 2012

2 tahun sudah!

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

satu post lagi.
Anniversary 2 tahun saya bersama-sama jemaah baru; Ikatan Muslimin Malaysia.
mulanya terserempak dengan satu berita dalam ismadhl.com
http://ismadhl.com/isma-dhl-sambut-ahli-baru/

baru terperasan.
tapi tak mungkin akan melupakan sampai bila-bila.
saya; nor adibah rohiman. secara rasmi (saya declare sendiri rasmi) pada bulan Ramadhan 1431@Ogos 2010.
jadi, telah 2 tahun saya bersama-sama ISMA.

sebenarnya ambil masa yang sangat lama; lebih dari setahun untuk saya betul-betul menerima ISMA. bukanlah mudah menerima rumah baru yang dipenuhi peraturan baru, sistem baru dan ramai sangat orang-orang yang baru.

dan alhamdulillah. banyak ujian yang melemahkan, tapi Allah memberi kekuatan dengan terus.
banyak kali nangis, rasa nak cari jemaah lain (ok ni rahsia besar)
tapi Allah memberi kekuatan, dan memberi satu ketenangan dan penyelesaian terhadap semua masalah dan ujian.
alhamdulillah thumma alhamdulillah

sekarang, banyak yang saya dah faham, dan akan terus cuma belajar dengan ISMA.
walaupun pasti, dan setelah 2 tahun masih belum boleh melepaskan bicara tentang kenangan bersama jemaah lama. Islah @ Dr Hizul.

kenangan itu pasti terpahat sampai bila-bila, kerana disitu saya dilahirkan, disitu saya menjadi kuat, dan di situ saya memperoleh banyak pengalaman hidup yang luar biasa, yang saya rasa tak mungkin akan berulang kembali hari ini. apakah pengalaman-pengalaman itu? semua yang melalui pasti tahu. samada pengalaman syar'ie mahupun kurang syar'ei. tapi semua itu mengajar sebuah pengorbanan, dan mengajar erti dakwah dan tarbiyah yang sebenar. disitu saya dilahirkan

dan disini saya meneruskan pembesaran saya, hingga akhirnya saya berdoa saya akan menemui syahid di jalanNya.ameen.

ya Allah, redhai perjalanan ini. redhai dan rahmati perjalanan kami. ameen.

~ dalam Ikatan Muslimin Malaysia ~