bismillahirrahmanirrahim
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa kerja dakwah dapat di manage dengan sangat baik
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa kerja dakwah dilangsaikan dengan efektif dan superb
sepatutnya fasa sekarang iman mencanak-canak naik
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa mutabaah amal di tahap yang optimum
sepatutnya fasa sekarang ni fasa banyak membaca
sepatutnya fasa sekarang ni fasa hubungan dengan Allah sangat sangat sangat kuat
sepatutnya dan sepatutnya.
tapi sepatutnya tu jadi tak?
ok,saya perlu belajar mengadaptasi.
alhamdulillah, sekarang ni akan secara automatik bangun sebelum subuh walaupun di saat rakan baik hadir setiap bulan. walaupun tidur lewat. alhamdulillah syukur. tetap bangun dan berdoa.
saya tak boleh tinggal qiam!
saya tak boleh tinggal qiam!
saya nak anak saya menjadi hebat, mungkin jauh
sekali untuk menjadi hebat seperti muhammad al fateh atau umar abdul aziz. tapi sekurang2 nya saya punyai impian seperti itu.
dan bagaimana untuk membentuk anak yang baik, soleh dan pejuang di jalan Allah,pastinya persediaan ibu sebagai madrasah pertama sangat perlu di beratkan.
okeh. faham.kalau nak dapat anak kena kawen lah kan? huhu. saya target nak kawen tahun 2012 (ramai sangat org dah tau.malu! - ate..dah kamu bgtau semua org termasuk kat blog ni nak buat gane..) tapi takpela. doakan saya ya. tapinya 2012 ni tinggal 64 hari lebih kurang.posible tak posible tak posible tak? entahlah. saya serahkan pada Allah.kalau tak dapat kawen tahun 2012 pastinya Allah ada perancangan yang lebih baik buat saya. tapi saya rasa tak lepas kot ~ sebab bulan 12 memang dah penuh. (uhuk uhuk. bajet sungguh) err. selingan yg panjang. saffana! doakan saya tau!
sambung sikit yang atas
dan nak dapat anak hebat perlu dapatkan bapa yang hebat juga.
saya tak tahu~ tapi saya doa. Allah berikan saya seorang suami, lelaki, seorang ikhwah yang ditarbiyah yang sama2 menggalas amanah dan beban dakwah ni dan bercita-cita melahirkan rijal2 dakwah yang akan sehebat muhammad al fateh.
yang at least boleh menjadi qawwam yang baik kepada saya dan anak2 (anak2 kembar saya.hihi. ameen) . membimbing kami dan sentiasa berusaha mensolehkan diri dan ahli keluarga serta mengislahkan orang lain.
saya tak tahu ~ tapi saya doa je. ok semua orang yang baca ni. aminkan ya. hehe
walaupun saat ni labah2 sangat hidup dengan galaknya. menggatai sikit tulis ni, tapi takpelah ye. doakan saya~
nak dapat lelaki qawwam yang soleh musleh bukanlah boleh dicari di pasar2 atau digerudi dari tengah laut melainkan perlu bermula dari diri saya.
ok. ok.
tapi niatlah berbuat kerana Allah, bukan buat baik dan beramal sebab nak dapat lelaki soleh ye.
ok ok.
peringatan buat diri sendiri.
ya Allah, permudahkan urusanku, bantu aku agar redha dan sentiasa bersyukur dengan ketentuanMu. Engkau pasti akan berikan yang terbaik mengikut aturanMu. jadikan aku hamba yang baik.
ya Allah, apabila Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku di dunia maupun di akhirat, maka tetapkanlah dan mudahkanlah
ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk bagiku,bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku baik di dunia mahupun di akhirat, maka jauhkanlah perkara ini dari ku
tetapkanlah kebaikan untukku dimanapun aku berada , dan jadikanlah diriku redha menerimanya.
ameen. ameen ya Rabb.
p/s : apa motif post ini? rojak mungkin.
No comments:
Post a Comment