Wednesday, March 21, 2018

Jaulah Tioman 2018

Bismillah
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala kekuatan

Alhamdulillah, baru pulang bercuti dari Tioman.
Dah lama nak pergi tapi akhirnya dengan short planning tercapai juga.

Sebenarnya macam2 kesedihan dan stress yang datang.
Ajak encik suami pergi bercuti, pilih beberapa tempat dan bentangkan bajet, dan dia setuju je untuk ke Tioman.
Tiba2 encik suami kata dah ambik cuti hari isnin dan selasa. dan apa lagi, isteri ajak pergi.
Selasa baru decide nak pergi, cari bilik kat booking.com, khamis tempah feri dan jumaat malam bertolak dari rumah

Ada beberapa ibrah dan pengalaman yang nak dikongsi .
Pertamanya, perjalanan ke tioman memang memakan kos yang tinggi. Kalau tak betul cara, lagi laa tinggi kos.
kedua , Disini kami belajar. Jangan tempah bilik kat tioman dari booking.com.
Harga akan lebih mahal.
Google je no phone chalet di tioman dan booking tru phone.
ketiga , feri tempah awal2
keempat, ambik je pakej. lebih mudah.
suami mula2 nak ambil pakej, tapi sebab dah last minit, saya cakap, kita redah je la macamana. rupanya ambil pakej lebih mudah, dan murah

Kita sambung cerita
Bila google2, cerita terlalu mencapah, jadi kami (ke saya? hihi) decide , ambil pengalaman sendiri.

Tioman ni pulau sebuah, tapi banyak kampung yang tak dapat dihubungkan oleh jalan darat. Jadi,perlu decide satu tempat untuk pergi.
Sebab kami  tengok kat booking (baca: saya yang tengok kat booking. ngaa) , yang paling murah di ayer batang @ ABC orang sini panggil. Jadi decide untuk duduk di situ.

Kami tempah feri melalui mersing jam 7.30 pagi hari sabtu.

Day before
Hari jumaat, bertolak dari kota damansara jam 8.30 malam.
singgah di Decathlon USJ, en suami ajak mencari kasut yang sesuai untuk snokerling.
dan dapatlah kasut dengan harga RM29. murah lagi ada - RM19, nampak yang RM29 lebih ok sikit. best sangat kasut tu.
ini kasutnya ( hasil google) tapi kaler saya ada pink dan en zauj kaler hitam. nak p snokerling wajib beli ni. 

tengok2 mask dan benda apa nama kat mulut untuk snorkerling tu.
pusing2 decathlon 30 minit akhirnya membeli
a. 2 pasang kasut snokerling (RM29 x2)
b. snorkel 1 ( RM19)
ni bendanya google kata namanya snorkel
c. beg water resistance 30 L ( harga cari sendiri kat decathlon)
ni beg water resistance, bawak je masa snokerling , tak perlu risau2 sapa nak tengokkan barang
sudahnya rasa menyesal pulak tak beli mask n snorkel untuk diri sendiri
dan aim nak beli life jacket pula utk next. ok. dan menyasar cerita ni ye.

sambung 
lebih kurang jam 10pm kami bertolak ke isi minyak dan solat isyak
11.pm bergerak betul dari exit tol USJ dan keluar di tol Kluang lebih kurang jam 2 pagi
dan sampai di  jeti mersing lebih kurang jam 3.30 pagi melalui jalan yang gelap ke mersing dan agak pusing juga la jalan tu. alhamdulillah selamat sampai. 
perlu kejar feri jam 7.30 dan perlu ada sejam sebelum 

Day 1 
Siap-siap solat subuh jam 6 pagi,pergi ambil tiket di kaunter tiket baru bangunan yang cantik sikit. tiket ni beli online RM77 seorang sebab ada admin fees. hurm sabo jela, lepastu beratur untuk verify tiket dan konon-konon diorang bagi no seat ,lepastu beratur pula beli pass taman laut RM5, dan lepastu perlu dapatkan pass masuk feri, diorang akan beri warna, mungkin mengikut kampung destinasi masing-masing. 

siap semua, macam ada masa, pergi sarapan dulu di gerai sebelah, dan habis sarapan ramai dah tunggu. dan lepastu dipanggil ikut warna, jadi kami pun beratur sampailah masuk feri. 

perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. feri gerak 7.45 kami betul-betul sampai Jeti Kg ayer batang jam 10.15

Kg Ayer Batang ni begitu sunyi. zauj kata macam balik kampung, tak ada yang menyambut.
dan kami tempah Chalet Restu nun di hujung.
jalan lah berdua menapak melalui chalet-chalet yang banyak ( rupanya ) di Kg Ayer Batang , Tioman ni.
sampai di Chalet Restu, ada reception. Dan masuk lah bilik. jungle view you all ;( tapi apa2 pun alhamdulillah, ada tempat menginap.
rehat kejap, dan tengahari terasa bahang duduk dalam bilik sebab bilik tu kipas je

kami pun keluar menuju ke Marine Park. jalan kaki lebih kurang 2 km.
tengah-tengah jalan tu singgah makan kejap. nasi goreng kampung ada ikan bilis RM8 . haha. harga dia..

to be continue. penat dah nak taip.

Sunday, March 11, 2018

down teruk

bismillah..

'best friend' datang lagi
kali ini down terlalu teruk
rasa perasaan dulu-dulu datang kembali
tak tahu macamana nak cool down.
rasa macam ntah apa2.
tak suka , tapi tak tahu nak hilangkan macamana
tak boleh nak dengar org cerita
lagi2 certain org tu,
entahlah..
tak elok
tapi tak tahu macaman nak hilangkan

sekarang ni fasa stress sangat2
dengan sekolah.
dengan trb yang banyak tak selesai.
banyak hutang dengan ramai org

Wednesday, January 24, 2018

journey for little caliph 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
atas segala nikmat yang diberikan alhamdulillah

mengikut tajuk. tahun ni sebenarnya tahun ke 5 usia pernikaha. pejam celik dah 5 tahun, usia pun dah tak muda - walaupun raut wajah tak menggambarkan usia sebenar (jangan muntah hijau)
dan Allah masih belum rezekikan dengan rezeki anak

dari satu sisi, rasa tak ada anak lagi walaupun usia dah banyak, nanti kalau ada anak dah tua anak kecik lagi. banyak je pemikiran macam tu
dan cemburu dengan orang2 yang berjaya menjadi normal, berkahwin dan mempunyai anak.
tapi hilangkan semua pemikiran negatif
setiap orang punyai ranjau perjalanan masing-masing
memang tidak punyai anak adalah sesuatu yang amat pedih, tapi insyaAllah one day Allah akan beri rezeki tu, tepat pada masanya .
sometimes jangan membandingkan dengan orang lain

Dengan anak sepupu en zauj yang sangat comel


tapi bersyukur pada Allah, mengurniakan suami yang baik
walaupun jelas2 diagnose menunjukkan isteri / diba yang bermasalah
suami sangat cool dan mampu terima.
walaupun tidak tahu apa yang jauh disudut hatinya
diba cuma berdoa, diba boleh berikan zuriat kepada abang
maaf kerana masalah ini, dibah pun tak minta begini.
insyaallah akan terus cuba usahakan

jangan sedih2
Allah memberikan rezeki dengan begitu adil
semangat! yeah

kembali menulis

bismillahirrahmanirrahim

lama sangat tak tulis. baru dapat login ( hihi) setiap kali alasan pun sama.
rasa perlu mencari blog sebab risau banyak sangat meroyan kat facebook.
at least ada tempat meluahkan rasa walaupun tiada yang mendengar.
saya rasa saya cuma perempuan normal
perlu meluahkan

jadi insyaAllah akan menulis sekitar ttc , perjlanan di sekolah, dnt , keluarga, bisnes mungkin dan sebagainya

moga allah meredhai perjalanan ini

Monday, October 12, 2015

Remaja bosan. Wajarkah?

bismillahirrahmanirrahim

Remaja bosan. Wajarkah?

Membaca satu artikel berkenaan remaja Malaysia 'paling bosan'
satu kajian yang dijalankan dengan dapatan yang mengatakan 85 % remaja Malaysia yang berumur diantara 12 tahun hingga 24 tahun mengalami pelbagai kebosanan setiap hari.

Saya adalah seorang guru sekolah menengah. Bertemu dan bergaul dan melayan kerenah hampir 500 remaja setiap hari menjadikan saya memahami sedikit sebanyak fikrah dan pemikiran mereka. , Apabila mendengar perbualan mereka, antara isu  yang paling banyak dibincangkan adalah berkaitan jenama telefon bimbit terbaru, game-game yang diminati, 'girlfriend' atau 'boyfriend', shopping kompleks yang ingin dituju, dan aktor-aktor korea yang menjadi kegilaan mereka yang dapat dilihat pada alat tulis mereka, juga aktiviti-aktiviti hiburan yang menjadi keutamaan mereka.

Apabila membaca artikel tersebut, saya sangat terkejut tetapi ini adalah hakikat yang saya lihat sendiri di hadapan mata. jadi adakah saya perlu menerima artikel tersebut bulat-bulat?

Hakikatnya di sebalik remaja yang bergelumang dengan kebosanan hidup tanpa arah tuju, masih ramai remaja yang punyai hala tuju dan ingin memperbaiki diri mereka sendiri. Ramai lagi remaja yang masih mempunyai nilai-nilai positif dan hebat dalam setiap aktiviti yang mereka lalui. Ramai remaja yang saya jumpa begitu komited dengan pelajaran mereka, pelbagai ilmu yang diketahui bahkan tahu dengan jelas tentang musuh-musuh Islam seperti liberaism, feminism, hedonism dan sebagainya.

Fitrah remaja sendiri adalah hebat. Remaja adalah pemuda yang menjadi aset terbesar bagi masyarakat. Kita boleh melihat kembali sebaik-baik contoh. nabi Yahya as atau nabi Ibrahim as adalah pemuda yang beriman kepada Rabb nya dan memikul amanah menjadi nabi di usia yang sangat muda,iaitu di bawah usia dua puluh tahun! Saya yakini, pada diri remaja mana-mana remaja sekalipunpasti punyai akal yang bijaksana dan kelebihan kekuatan fizikal dan kekuatan jiwa yang luar biasa.

Hanya sahaja, remaja memerlukan bimbingan dan panduan dari orang lain samada rakan sebaya mahupun orang yang lebih tua. Remaja juga memerlukan bantuan untuk menjelmakan sikap bersungguh-sungguh yang tersembunyi dalam diri mereka. Cara bagaimana untuk menjelmakan sikap bersungguh-sungguh boleh di hayati dalam pelbagai kisah sirah seperti Abu Ayyub Al Ansori yang berangkat dalam misi menakluk Konstantinopel semasa berusia 18 tahun.

Hakikatnya pelbagai amanah yang perlu diselesaikan semasa usia remaja,  termasuk mengeluarkan potensi diri masing-masing untuk berbakti kepada Islam.

Kami di Kelab Remaja ISMA begitu jelas dengan keperluan, fitrah dan hakikat kehebatan remaja. Pihak KRIM menyediakan banyak platform untuk remaja beraktiviti dan mengeluarkan segala kehebatan potensi mereka agar remaja boleh memberi bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Melalui platform Akademi Remaja KRIM kepada remaja berusia 16 tahun iaitu umur kemuncak kehebatan remaja di Malaysia, di saat remaja menjadi hala tuju dan rakan, kami menjemput semua remaja untuk mencungkil kehebatan masing-masing dalam program yang ARK anjurkan di seluruh Malaysia dengan keistimewaan setiap peserta ARK akan mendapat mentor masing-masing.

Keluarkan semua potensi yang ada pada diri anda wahai remaja, Anda umpama singa yang garang dan mempunyai taring yang tajam. Tiada lagi masa untuk menjadi bosan.

Nor Adibah Rohiman
Setiausaha
Kelab Remaja ISMA



Sunday, July 5, 2015

Hampir 2 tahun

bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Selawat ke atas junjungan nabi saw

Lama sgt tak mencoret di sini.
Skrg tengah dalam prog mukhayyam  dakhili
Nak cakap ape ye
Tahun ni berazam dan yakin nak puasa penuh
Tapi ttiba semalam sahabat baik dah datang
Rasa nak nangis pun ada
Tapi belajar utk terima dan redha

Almost 2 years
Mendirikan rumahtangga.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah memberikan ku suami yg sangat baik, ceria, penyayang dan banyak mengajarku dalam erti kesabaran secara praktikal. Hihi
Masa baru nikah dulu, tengah sakit n on medicine yg doktor kata kalau boleh jangan mengandung sepanjang makan ubat. So ok fine
Lepas dah habis ubat, penuh pengharapan dalam menanti cahayamata
Tapi mungkin di sini Allah uji. Hampir 2 tahun, Allah masih belum mengurniakan rezeki cahaya mata
Lepas sendiri yg menghadapi, baru terasa mcmna
Perasaan yg sama masa tengah menunggu nak nikah dengan sapa dulu. Calon pun xnampak bayang. Xnampak langsung rasa2 nak nikah dgn sapa
Sama la dengan sekarang.
Rasanya semua usaha dah cuba dilakukan
Tapi belum berhasil
Entah. Mungkin ada lagi kesabaran yg perlu ditanam
Pernah nampak banyak kes, mereka dah nikah dan mmg nak sangat baby, dalam masa 2,3 bulan mmg Allah bagi
Tapi diba ni Allah tak bagi lagi. yakin lah banyak hikmahnya.
Terasa menanti buah yg xtahu bila nak gugur
Allah sebaik2 pemberi dan perancang

Cuma skrg ni bila Allah xbagi rezeki anak lagi, bersyukurlah dibah banyak lagi rezeki lain yg Allah bagi. Rumah yg sangat lengkap. Suami yang sangat baik. Kerjaya yg stabil. Kereta yg memudahkan pergerakan. Dibah selalu p holiday dengan zauj. Familys yg sangat menyayangi

Cuma kadang2 bila tengok org lain baru dapat baby, tgh mabuk mengandung, mmg ada rasa tersiat2 di hati. Feel like want to hug somebody utk nangis. Sebab jeles.
Tapi dibah kena banyak sabar
Banyakkan sedekah n banyakkan menyayangi anak2 org lain

Dibah doakan kawan2 sekolah mcm k mas, nurul, akhwat mcm atilelia, k niza , k husni. Kami sama2 dikurniakan baby penyejuk mata penawar hati

Tapi bak kata diba kat zauj, takde anak ujian, ada anak pun ujian bila tengok anak2 org lain yg banyak ragamnya

YaAllah, berikan dibah dan zauj kesabaran yg banyak. Kurniakan kami zuriat kami sendiri. Ameeen
Moga dibah boleh sentiasa positif dan optimis.
Mcmna dibah boleh bersabar semasa menunggu jodoh dulu dan akhirnya Allh memang beri jodoh tu macam apa yg dibah harapkan ~ org kl😁

Sunday, May 24, 2015

Buang sawang

alhamdulillah..
Baru dapat masuk semula selepas sekian lama lupa password
Terima kasih Allah..
Meneruskan perjuangan
Mencari semangat seperti yang dulu
Mudahkanlah ya Allah
Ameen