Monday, October 12, 2015

Remaja bosan. Wajarkah?

bismillahirrahmanirrahim

Remaja bosan. Wajarkah?

Membaca satu artikel berkenaan remaja Malaysia 'paling bosan'
satu kajian yang dijalankan dengan dapatan yang mengatakan 85 % remaja Malaysia yang berumur diantara 12 tahun hingga 24 tahun mengalami pelbagai kebosanan setiap hari.

Saya adalah seorang guru sekolah menengah. Bertemu dan bergaul dan melayan kerenah hampir 500 remaja setiap hari menjadikan saya memahami sedikit sebanyak fikrah dan pemikiran mereka. , Apabila mendengar perbualan mereka, antara isu  yang paling banyak dibincangkan adalah berkaitan jenama telefon bimbit terbaru, game-game yang diminati, 'girlfriend' atau 'boyfriend', shopping kompleks yang ingin dituju, dan aktor-aktor korea yang menjadi kegilaan mereka yang dapat dilihat pada alat tulis mereka, juga aktiviti-aktiviti hiburan yang menjadi keutamaan mereka.

Apabila membaca artikel tersebut, saya sangat terkejut tetapi ini adalah hakikat yang saya lihat sendiri di hadapan mata. jadi adakah saya perlu menerima artikel tersebut bulat-bulat?

Hakikatnya di sebalik remaja yang bergelumang dengan kebosanan hidup tanpa arah tuju, masih ramai remaja yang punyai hala tuju dan ingin memperbaiki diri mereka sendiri. Ramai lagi remaja yang masih mempunyai nilai-nilai positif dan hebat dalam setiap aktiviti yang mereka lalui. Ramai remaja yang saya jumpa begitu komited dengan pelajaran mereka, pelbagai ilmu yang diketahui bahkan tahu dengan jelas tentang musuh-musuh Islam seperti liberaism, feminism, hedonism dan sebagainya.

Fitrah remaja sendiri adalah hebat. Remaja adalah pemuda yang menjadi aset terbesar bagi masyarakat. Kita boleh melihat kembali sebaik-baik contoh. nabi Yahya as atau nabi Ibrahim as adalah pemuda yang beriman kepada Rabb nya dan memikul amanah menjadi nabi di usia yang sangat muda,iaitu di bawah usia dua puluh tahun! Saya yakini, pada diri remaja mana-mana remaja sekalipunpasti punyai akal yang bijaksana dan kelebihan kekuatan fizikal dan kekuatan jiwa yang luar biasa.

Hanya sahaja, remaja memerlukan bimbingan dan panduan dari orang lain samada rakan sebaya mahupun orang yang lebih tua. Remaja juga memerlukan bantuan untuk menjelmakan sikap bersungguh-sungguh yang tersembunyi dalam diri mereka. Cara bagaimana untuk menjelmakan sikap bersungguh-sungguh boleh di hayati dalam pelbagai kisah sirah seperti Abu Ayyub Al Ansori yang berangkat dalam misi menakluk Konstantinopel semasa berusia 18 tahun.

Hakikatnya pelbagai amanah yang perlu diselesaikan semasa usia remaja,  termasuk mengeluarkan potensi diri masing-masing untuk berbakti kepada Islam.

Kami di Kelab Remaja ISMA begitu jelas dengan keperluan, fitrah dan hakikat kehebatan remaja. Pihak KRIM menyediakan banyak platform untuk remaja beraktiviti dan mengeluarkan segala kehebatan potensi mereka agar remaja boleh memberi bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Melalui platform Akademi Remaja KRIM kepada remaja berusia 16 tahun iaitu umur kemuncak kehebatan remaja di Malaysia, di saat remaja menjadi hala tuju dan rakan, kami menjemput semua remaja untuk mencungkil kehebatan masing-masing dalam program yang ARK anjurkan di seluruh Malaysia dengan keistimewaan setiap peserta ARK akan mendapat mentor masing-masing.

Keluarkan semua potensi yang ada pada diri anda wahai remaja, Anda umpama singa yang garang dan mempunyai taring yang tajam. Tiada lagi masa untuk menjadi bosan.

Nor Adibah Rohiman
Setiausaha
Kelab Remaja ISMA



No comments:

Post a Comment