Sunday, December 23, 2012

jalan dakwah itu tidak mudah


Bismillahirrahmanirrahim

Baru pulang daripada mesyuarat pencalonan DHL. jumaat 21 dis

Saya menulis ini, saya mohon Allah jauhkan saya daripada rasa ujub,riak dan takabbur. Moga Allah sentiasa menjaga niat saya agar lurus ikhlas kerana Nya

Seperti diatas. Saya baru pulang daripada mesyuarat pencalonan DHLdi Bangi. Ini adalah mesyuarat untuk memilih calon2 AJK kawasan dan AJK Pusat. senang kata,meyuarat vote siapa yang akan jadi ajk . tak lama pun mesyuarat ni, start 9.30 malam sampai 11.00 malam. sejak semalam memang duduk rumah kat banting ni. Cumanya nak cakap,saya rasa, pada pemikiran sendiri(sebab terlupa langsung meeting ni sampailahada reminder pagi tadi), mesyuarat ni taklah penting sangat. Kalau saya tiada pun tiada siapa yang perasan dan tidak menjejaskan perjalanan majlis.

Pernahlah pemikiran macam tu terlintas, tapi saya cepat-cepat padamkan.

Walaupun perjalanan dari Banting ke Bangi sahaja 1 jam, balik semula ke Banting 1 jam dan mesyuarat hanya 1 jam 30 minit. Nampak disitu masa perjalanan lebih lama,

Tapi.

Seharusnya tiada alasan.

Memang pada pemikiran sendiri, meeting seperti ini kurang kepentingannya berbanding meeting program/ usrah. Tapi ini adalah sebuah panggilan dakwah yang menuntut ahlinya untuk memberi komitmen.
Sebenarnya boleh sahaja untuk memberi alasan untuk tidak hadir, kawasan rumah yang jauh – 1 jam perjalanan. Hujan yang sangat lebat semasa baru sahaja keluar dari rumah. Terlalu lebat hujan dengan angin yang sangat kuat. Boleh sahaja berpatah balik. Malah mempunyai niat begitu juga kerana hujan yang begitu lebat.

Namun, panggilan dakwah itu perlu disahut.

Boleh sahaja memberikan 1001 alasan, jamaah insya Allah akan menerima.  Tapi bagaimana pula kedudukan di sisi Allah.
Kita yang semakin mengambil rukhsah daripada ‘Azimah. Kita yang semakin merasakan panggilan dakwah yang kurang urgent,tidak perlu dihadiri, kita yang memilih-milih program dakwah untuk dihadiri.
Boleh saja boleh saja.

Tapi bagaimana pula pada pandangan Allah?

Yakinlah diri, panggilan dakwah, sekecil mana, setidak penting mana yang anti rasakan, jika jamaah memberatkan perkara itu pergilah.
Berangkatlah kamu dalam keadaan berat mahupun ringan
Kenapa?
Sebab
Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lebih baik jika kamuberpaling dan tidak mencapai kualiti orang2 yang berdakwah dan berjihad.
Dakwah tidak memerlukan kamu. Kamulah yang memerlukan dakwah. Dakwah akan terus berjalan walau tanpa kehadiran kamu.

Maka, berdoalah agar menjadi insan terpilih yang sentiasa bersama-sama gerakan dakwah ini insya Allah.

*****

lepastu Akh Azib, YDP ISMA DHL ada post something kat Yg yang membuatkan saya sangat tersentak sedikit.
Ayat yang paling terkesan

Proses pencalonan pimpinan pusat dan kawasan yang berlaku semalam adalah suatu yang sangat penting dan merupakan sebahagian dari sistem jemaah kita. Oleh itu melaksanakannya bermaksud menjayakan satu tuntutan jamaie dan mengabaikannya adalah satu penyelewengan. Oleh itu ana ingin mengucapan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang hadir. Walaupun majlis tersebut nampak simple tetapi ia adalah satu manifestisi kecintaan kita kepada jemaah ini. Sekurang-kurangnya kita dapat muayasah disamping menikmati hidangan makan malam yg sedap. 

Ucapan penuh nya :
Assalamualaikum wbt,

Ikhwah dan akhwat yg dirahmati Allah sekelian. Semoga terus subur iman dan taqwa.

Proses pencalonan pimpinan pusat dan kawasan yang berlaku semalam adalah suatu yang sangat penting dan merupakan sebahagian dari sistem jemaah kita. Oleh itu melaksanakannya bermaksud menjayakan satu tuntutan jamaie dan mengabaikannya adalah satu penyelewengan. Oleh itu ana ingin mengucapan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang hadir. Walaupun majlis tersebut nampak simple tetapi ia adalah satu manifestisi kecintaan kita kepada jemaah ini. Sekurang-kurangnya kita dapat muayasah disamping menikmati hidangan makan malam yg sedap. 

Kepada mereka yang dicalonkan, tahniah diucapkan. InsyaAllah dengan ramainya calon YDP dan AJK menunjukkan kita sebenarnya tidak ketandusan pimpinan. Letaklah siapapun yang bakal dipilih nanti, ana yakin mereka akan melaksanakan kerangka kerja yang telah digariskan oleh pusat, selagi mana mereka intimak dengan jemaah ini. 

Keduanya, ana juga telah sebutkan bahawa sekarang kita telah berada di fasa baru, berhadapan dengan realiti sebenar masyarakat. Telah banyak yang kita laburkan dari sudut wang ringgit, masa dan tenaga untuk menjayakan agenda MSIB dan melaksanakan Kempen Selamatkan Ummah. Begitu juga banyaknya usaha yang kita telah curahkan untuk menjalankan projek-projek tarbiyah dan tajmik. Kepada Allah kita berdoa agar segala amal kita diterima. Kini, tiada lagi jalan untuk kita berhenti, pusing kebelakang dan berpatah balik - No turning back!. Bahkan kita harus bulatkan tekad dan kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan menggalas agenda ini, walaupun ditekan dari pelbagai pihak, sehinggalah masyarakat mengenali kita dan agenda yang kita bawa. 

Pada masa yang sama ana ingin menyeru semua agar kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sehabis baik, di mana-mana posisi pun antum berada. Tukarkan mode kehidupan kita kepada mode jihad yang memerlukan pengorbanan masa dan keselesaan. Firman Allah maksudnya"dan mereka yang berjihad di atas jalan kami, akan kami tunjukkan kepada mereka jalan kami" 

Ayuh ikhwah dan akhwat, teruskan perjuangan. Semoga kita akan mengorak langkah juang di tahun 2013 dengan penuh kesungguhan. Semoga ALlah memberikan kita kekuatan untuk terus thabat di atas jalanNya.

Wassalam. 
Akh Noor Azib Asmangi ; YDP ISMA DHL 2012.

Alhamdulillah. kata2 yang touching. Suka….
Banyaklah berdoa agar Allah tunjukkan jalan yang lurus dan sentiasadalam redhaNya
Sentiasa berdoa agar diri ini sentiasa dipilih untuk sentiasa bersama2 dalam kafilah dakwah.ameen ya Rabb
Ayuh istiqomah dan semangat!

contengan


bismillahirrahmanirrahim

saja menconteng.

Fasa sekarang fasa sangat serabut dan tak focus.
Kena setlekan banyak benda besar dan banyak yang tak selesai sebab memerlukan komitmen orang lain untuk sama2 selesaikan.
Dan sebab saya banyak main dan asik tengok facebook aja. nangis

Sekarang ni ujian yang besar sedang melanda hidup. Sometimes saya terasa fahuwa roddun, sometimes saya rasa ok,tenang dan menerima apa yang berlaku. Sometimes terasa begitu sukar menerima hakikat, sometimes terasa redha(err..kalau boleh dikatakan redha) dengan apa yang Allah telah tuliskan sebagai takdir buat saya. Rasa yang berbelah belah dan membuatkan kepala tambah serabut

Sentiasa berdoa agar hati menjadi tenang, jiwa menjadi damai, redha dengan ketentuan Dia,pasti ada hikmah yang besar disebalik semua ini. dan nak tak nak perlu menerima dan melapangkan hati dan jiwa. Yakinlah. Allah mengatur yang terbaik buat kamu. Dalam perjalanan yang panjang dan perjalanan menuju syurga, pasti ujian yang besar akan dikirimkan juga. Insya Allah. Redha lah dan teruskan berdoa. Berdoa dan berdoa. Jangan jemu.

Walau apa pun perlu lah bersabar.tiada yang boleh dilakukan jika kamu tidak bersabar pun

p/s : saya sangat sangat sangat sangat setuju dengan IG! It’s not easy like we think. Actually the path is so difficult and hard. Nama lagi nak mencapai barakah dan redha Allah kan?

****
 post diatas ditulis hampir seminggu yang lepas. 
dan subahanallah. 
sungguh terasa kasih sayang Allah. 
Allah mengirimkan 2 insan yang berada dalam situasi yang hampir sama dengan saya 
kami berkongsi kisah (perempuan....)
dan mereka banyak membuka minda dan memberi solusi yang menenangkan. 
mereka membantu saya - apa yang seharusnya tindakan yang perlu saya ambil. 
mereka menenangkan saya - memberitahu kondisi orang lain tersebut

subahanallah. terima kasih Allah atas kasih sayang ini.
sangat terharu. 

Friday, December 14, 2012

sabarlah

bismillahirrahmanirrahim

saya tak suka menunggu!
saya sangat setuju. penantian itu satu penyeksaan.
tapi benda yang paling tak disukai itulah yang sungguh2 diuji ke atas diri ini.

cuma..
yakinlah ada hikmahnya..
minta penjelasa. mungkin ada penjelasan sendiri.
mungkin Allah ingin mendidik hati dibasupaya lebih bersabar dan sabar dan sabar dan positif pada Allah, kerana mungkin selepas2 ni ujian yang akan dilaluiadalah lebih besar lagi

mungkin juga kerana Allah ingin mendidik hati supaya sentiasa meluruskan niat. menyucikan niat.hanya kerana Allah dan membersihkan hati daripada kotoran2.

ya insya Allah.
ya Rabbi, berikan aku kekuatan dan kesabaran.
barokahilah perjalanan ini. ameeen.

dalam perjalanan menuju cinta dan redhaNya pasti akan diuji.
sabarlah diridan hati.
masa akan berlalu insya Allah.
hanya memerlukan sedikit kesabaran kamu

kisah dulu

bismillahirrahmanirrahim

entah draft ke berapa ; yang tak dipost...
banyak yang nak dicoret tapiselalu berhenti di tengah jalan.

merujuk kepada tajuk.
kisah dulu.
ana refleksi  balik, saya selalu cakap pasal rindu zaman dulu,rindu waktu dulu, rindukan zaman upsi exactly adalah rindukan zaman bersama2 akhwat ikhwah dr hizul

saya selalu cakap, banyak yang tak ada sekarang,yang ada dulu. banyak nilai2 yang dipegang dulu seakan2 mencair sekarang

saya selalu mengenang memori silap bersama akhwat upsi, zaman ditarbiyah dengan syadid. zaman mengenal erti pengorbanan. zaman dipaksa untuk berkorban hingga akhirnya sebati dengan diri kalau buat perkara2 yang luar biasa macam naik motor dari teluk intan - ipoh - tg malim. malam, lalu highway, hujan yang sangat lebat, sejuk dan dengan kondisi diri sebagai seorang akhwat.

saya banyak mengenang kisah2 lalu.

maafkan saya.kisah2 ini adalah sebuah pengalaman berharga yang tidak ditemui lagi sekarang.
kisah2 ini hanya ada pada zaman itu. zaman taksis bagi sebuah jamaah dakwah. zaman taksis atau dipanggil zaman pembinaan asas. zaman yang mana kualiti kadernya dibina untuk menjadi sebenar2 qaedah sulbah. diasuh dengan segala jenis kesusahan dakwah, segala jenis pengorbanan dalam dakwah dan figur2 yang berada di fasa ini adalah figur yang benar2 ingin bekerja dan mampu berkorban.
jika anda tidak mampu; kebiasaannya orang2 ini akan secara sendiri meninggalkan jamaah dengan fasa taksis. dalam fasa ini,tarbiyah dan dakwah fardhiah adalah satu kewajipan dan semuanya berbentuk harakah.

hasilnya; melahirkan rijal yang hebat dan berkualiti, namun bilangannya yang sedikit.

itulah nilai yang tiada di zaman hari ini.

namun bukan bermakna aku tidak suka berada dalam ISMA!

alhamdulillah. bersyukur. sungguh.
aku faham. tiada lagi cerita2 seperti kisah lalu kerana
dakwah ISMA memasuki dakwah masyarakat - atau nama lainnya mihwar sya'bi (paksi masyarakat)
strategi yang disusun diguna pakai agar dakwah dan Islam ini berada di hati masyarakat umum.
ISMA belum lagi memasuki fasa infitah sepenuhnya - infitah bermaksud keterbukaan. ISMA masihlagi dalam fasa taksis tapi dibuka sedikit ruang untuk infitah (betul ke ayat aku ni - mau marah orang2 biro tarbiyah tak?huhu)
jadi; boleh dilihat bermacam2 perangai ahli. dan seakan2 ada kelonggaran dalam dakwah.
itu bukan masalah sistem yang dilakukan, itu adalah masalah individu. dan untuk i'laj perlu kepada perkara basic, iaitu tarbiyah individu.

alhamdulillah. sejak kaki melangkah ke dalam ISMA hingga telah 2 tahun lebih bergerak bersama2, aku nampak sangat banyak perbaikan yang dilakukan. strategi untuk meningkatkan kualiti dakwah.
dan perlu faham, bila berada dalam mihwar sya'bi ini,anggota telah ramai termasuk penyokong2 dakwah. sebab itu banyaknya sibghah yang kadang2 tidak disangka. tapi sebagai ahli,selagi boleh diperbaiki, silakan perbaiki dan memberi teguran/pendapat kepada pimpinan yang sepatutnya.tiada masalah insya Allah.

aku faham; fasa yang berbeza, kualiti kader juga berbeza. begitulah yang disebutkan oleh Muhammad Ahmad Ar Rasyid dalam bukunya khittah dakwah - kualiti kader dakwah di fasa taksis tidak sama dengan di fasa infitah.

dan hari ini, aku sangat bersyukur, melalui tarbiyah awal di fasa taksis. merasai pengalaman manis berkorban (kalau boleh dikatakan berkorban),bejuang (kalau boleh dikatakan berjuang) dengan cara yang agak syadid bersama akhwat2. menghasilkan nilai2 diri yang sukar rasanya ingin dicari hari ini.

alhamdulillah. bersama ISMA yang banyak merubah banyak sisi terutama sisi sebagai akhwat. dulu;ada benda yangakhwat buat yang agak tak menepati syariat juga sebenarnya. contoh mcm diatas yang naik motor tu. (pernah juga naik motor seorang dari teluk intan ke seri iskandar 2 jam lebih dan hujan yang sangattt lebat- hanya meletakkan tawakal yang tinggi kepada Allah) dalam ISMA, keakhwatan sangat ditekankan. mula2 agak culture shock bila by 11pm usrah dah kena habis dan akhwat kena berada di rumah. agak tak boleh diterima mulanya. akhirnya baru boleh adapt. dan banyak lagi la termasuk aktiviti mukhayyam yang mementingkan siri keakhwatan; bukan kelasakan. - comel kan? dalam ISMA ni lah ana jumpa akhwat yang sangat comel dan lemah lembut, sopan santun,  (tak macam saya- adeii =_=) mana ada akhwat ISMA naik motor pakai seluar. semua naik kereta, kalau pakai tshirt pun berkain/long skirt. masa mula2 masuk ISMA akhwat naik motor selambe je.pakai tshirt dengan seluar. tapi akhirnya kami tersibghoh juga dengan akhwat ISMA yang lemah lembut ni. huhu.

dan banyak lagi lah keterbukaan minda yang kami dapat. (juga ikhwah ISMA lebih gentleman berbanding ikwah dr dulu. err) alhamdulillah. kedua2 tarbiyah sangat complement. saya bahagia. terima kasih Allah atas nikmat ini.

bila saya mengenang kisah dulu, bukanlah tidak bersyukur dengan yang sekarang. hanya merindui. dan cuba maintain dengan kualiti2 yang diperoleh dulu.

p/s :saya tak pandai menulis. ayat tak tarbawi. tapi ini ustaz biro tarbiyah menulis. sangat best! alhamdulillah. http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/06/14/quantum-dakwah-dan-tarbiyah-siri-4/

Monday, November 26, 2012

MKT 12

bismillahirrahmanirrahim

baru balik mukhayyam.
alhamdulillah.
di alang sendayu lodge. (gitulah namanya)
alhamdulillah. best.
cuma kalau nak compare dengan mukhayyam sebelum ni yang saya pergi (pada tahun 2010 kot) masatu baru sebelah kaki jejak kat isma. mukhayyam tu memang superb dan terbaik dan terhebat aktivitinya. memang MUKHAYYAM.
tapi betullah apa kakak ajk kata, mukhayyam akhwat jangan nak samakan dengan mukhayyam ikhwah.
akhwat kena consider banyak bend; ramainya akhway yang ada anak kecil, yang sedang menyusukan anak,yang sedang mengandung dahnak bersalin, yang di awal mengandung, yang tengah menunggu samada mengandung atau tak,haa..gitulah akhwat. macam2 hal. tapi alhamdulilllah, akhowat sangat bersemangat nak pergi mukhayyam.

dan dalam program ni saya dapat banyak banyak banyak sangat nilai.
entahlah too touching.
saya akan elaborat dalam post yang khas
#ibrah dari mukhayyam 1
#ibrah dari mukhayyam 2

saya banyak belajar dan banyak mengenali akhwat espeseli akhwat gombak n shah alam yang saya memang sangat kurang kenal.
ini adalah mukhayyam melibatkan zon tengah - cawangan DHL, KL, Klang, Shah Alam dan Gombak.

dan alhamdulillah, saya datang dengan semangat untuk berprogram,
cuma akhir program tu saya jumpa naqibah saya dan bersembang.
alhamdulillah nice,
dan saya ceritakan satu masalah kat naqibah saya dan minta nasihat
dan dia kata
'patutlah nampak tak fokus'
eh..saya rasa saya fokus je sepanjang mukhayyam.
ok, walaupun saya rasa kadang2 saya tipu diri sendiri kot.
sampai sekarang,
saya rasa saya macam fokus untuk melakukan kerja2 saya
tapi bila difikirkan kembali,
saya tahu, hakikatnya saya berada di awangan
hurm.
ya Allah,bantulah saya untuk menapak di bumi yang nyata dan melangsaikan tugasan2 saya dengan baik.ameen. ya Allah. kadang2 terasa teruk.
saya tahu, saya sebenarnya tak fokus okei. sebab banyak kerja2 yang tak terlangsai.
ya Allah mudahkan lah urusanku. ameen.

Friday, November 23, 2012

day 1 breakfast

bismillahirrahmanirrahim

hari yang baru bermula
siap mimpi ngeri beberapa siri pasal tak pandai masak ni malam tadi
betapa seriousnya nak memasak ni. huhu

pagi ni sarapan - keledek rebus dan pisang goreng
pagi2 bangun sebenarnya 1 terus menghadap macbook membelakangkan dapur
tiba2 dapat emel dari encik boss suruh compile modul.
i memang dah janji semalam. tapi atas angin yang tak betul, tak compile - teruk betul dibah.
so pagi2 mengorek emel dan folder untuk compile
tengah2 compile, mak tung tang tung tang kat dapur,
tetiba dengar mak potong something
-alamak! i nak masak ni.mka janganlah masak.-
dahtu terus lari ke dapur. mak potong keledek je. so, i pun dengan azam baru, tolong juga la.
kalau selama ni. mak dah potong semua, masuk periuk, i pun blah je, sebab mak dah buat. hari ni, pasang api tambah garam. ngeh ngeh. ok la tu kan
then tambahan, goreng pisang goreng, walaupun tepungnya mak dah bancuh terlebih dahulu.
boleh la tu.pelajaran untuk hari ni .
err..tapi perangai anak dara zaman moden, pisang tengah atas dapur ;
i pergi menghadap macbook dan siapkan compile n reply beberapa emel.
woha.
dan hasilnya; pisang goreng terlebih garing. (ok, tapi tu a yang sedap.=)ceh)
serious jangan amalkan macam ni...

untuk tengaharai ;
takda.
err sebab nak ambik paman zamrin kat airport.
dan start malam ni sampai ahad petang akan bermukhayyam.
so gudbye dapur.

huhu.dalam kepala ni, wajibat wajibat wajibat wajibat mukhayyam yang tak selesailagi..waaa!

p/s: saya rasa saya ada perangai buruk. memangla. saya doa moga saya dilembutkan hati sedikit.
ameen.

Thursday, November 22, 2012

insaf. memasak?

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw

hari ni kena tembak.
kena tambah satu wajibat baru musim cuti sekolah
MEMASAK.
ok.honestly memang tak suka memasak, menyebabkan takda perasaan nak memasak dan tak peranh terfikir nak memasak.
mak pernah marah, tapi agaknya dah malas dengar alasan saya so dibiarkan saja dan dah malas nak bising

tapi hari ni ada org tu cakap kat saya
'ko ni, cuba bayangkan hari pertama kat rumah mak mertua. ko nak buat apa? sarapan? makan tengahari. makan malam.?'
-ok itu sudah cukup ngeri kalau nak membayangkan-
disambung lagi
'takkan mak mertua ko nakmasak. takde punya..mestilah dia suruh menantu baru dia yang masak. takkan masatu ko nak cakap ko tak suka masak. '
-ok. saya macam tak pernah terfikir je ni-
disambung lagi
'dahtu kalau masatu ada kakak2 ipar, pakcik makcik, sedara mara dia, dahtu ko kena masak untuk semua orang. macamana kalau tak tahu masak. mestilah kokena msak jugak kan?'
-waaaaa....ini cukup ngeri!!-


jadi
err. walaupun entah bila la kan nak ada mak mertua... tapi kena la ready.
gulp.
ok. insaf.
waa. saya takut. saya harap saya dapat mak mertua yang tak bape kisah menantu dia ni tak bape nak pandai masak.
tapiii...mestilah kena belajar masak jugak kan dib!
saya harap kalau first day kat rumah mak mertua tu
bila seawal lepas subuh saya masuk dapur
mak mertua akan cakap
'hari ni ibu nak masak nasi lemak, dibah tolong kemas depan kejap boleh?'
yeehaaa. melompat kegirangan.

tapi macamana pulak, kalau seawal lepas subuh ,
tengok dapur, kiri, kanan.
eh mana orang. takda.
lepastu nak buat apa? pandang syiling? duduk atas kerusi berpangku tangan? pk nak buat apa?
takkan nak call mak kot.
or
takkan nak lari cari encik suami tanya - alamak, nak buat apa ni? takda orang kat dapur.
mau kena bambu. takpun encik suami malas nak layan dan cakap 'awak kan perempuan, dah jadi isteri orang, pandai2 la nak buat apa'
ok nanges.

so kesimpulan dari kisah rekaan yang mengarut sikit ni,
at least kenalah tahu dan bersedia dan biasakan diri. kalau dah biasa kan ok je.

ok baiklah.
insaf insaf.

saya belajar masak start esok.

start dengan :
sarapan
makan tengahari
minum petang
makan malam.

ok. next2 post ni kita tengok menu pulak ya. =)

p/s : pengsan tak dengan post saya ni. awat gedik sangat cakap mak mertua bagai.encik suami bagai. panggil ibu bagai. *pengsankejap* takpe2 preparation. prevention is better than cure right?
kisah macamkisah insan biasa. but yes. saya insan biasa. kena masak. masak satu jihad dalam rumahtangga. erk*tergolek*

p/ss : dan disini saya berterus terang saya tak suka masak. bukan tak pandai. tak suka. so. doakan saya. hembuskan semangat untuk saya dari jauh ya!