Sunday, December 11, 2011

qudwah 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dansalamke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

alhamdulillah..masih bernafas dalam udara tarbiyah..
beberapa hari ini mendapat beribu-ribu pengalaman hidup
daripada pemerhatian mahupun yang diperhatikan sendiri

bila berjumpa manusia-manusia
kadang-kadang malu sendiri
dan selalunya akan melihat ke dalam diri

sejak di sini
berjumpa terlalu ramai orang yang mengagumkan saya
berjumpa dengan akhwat yang lembuttt sangat sangat
cara cakap, bergerak, berpakaian,tidak mudah marah dan sentiasa cool dan sentiasa tersenyum.
dan mereka adalah seorang ibu yang sangat sangat sangat lembut dans angat bersabar dengan anak-anak
dan dengan kerenah anak-anak.
bukan seorang bukan 2 orang.
hampir semua orang!!
hampir semua akhowat yang saya jumpa begitu.
hebatnya dalam dakwah
lembut dalam berbicara dan berperibadi
begitu lembut dengan anak-anak yang pelbagai kerenah
dan sangat jarang berjumpa dengan akhowat yang suri rumah
kebanyakan akhowat adalah akhowat yang bekerjaya.
kadang-kadang bila jumpa.
mereka adalah
doktor, pensyarah bertitle dr,
kebanyakan pemegang master dan PhD - dengan usia yang sangat muda,
ustazah lepasan timur tengah, jurutera, cikgu pun ada gak- macam saya.
mereka sangat berjaya
dan mereka sangat lembut ok..
dan muka mereka pun lembut dan comel..sweet..
entahlah..saya pun tak berapa nak faham macamana mereka boleh jadi lembut macam tu..
dan saya bercita-cita nak jadi lembut macam gitu gak.
lembut bukan setakat lembut, tapi menjadi sangat penyabar...
hoho..bukanlah mudah...

kenapa tulis ni..
ahad lepas lunch bersama-sama seorang akhwat dan anak-anaknya
dan saya terasa kecik cakap dengan dia..
lecturer uniten, (dia kata dia cikgu..huh..[padahal Dr kot..PhD holder]
lembut, sopan, comel, cakap pun lembut je dengan anak-anak pun lembut sangat..
saya yang jadi malu.

Sunday, December 4, 2011

sabar

ya Allah. berikan aku kesabaran yang banyak.
terkadang terasa nak give up denganmasa yang terlalu banyak di luangkan di situ.
tapi..
bak kata sorang akhwat ni
'semua ni untuk dakwah,jangan rasa buang masa'
moga setiap detik adalah untuk dakwah dan bukannya di nilai sebagai buang masa..
redhai setiap gerak langkah dan masakuRabbi..T___T
aku mohon padaMU

berikan aku kemudahan, ilham dan kesabaran. ameen

Wednesday, November 23, 2011

dot wordpress. dot com

bismillahirrahmanirrahim

akhirnya saya tahu saya yang kena buat!
satu : dot wordpress untukprogram KLS
yang saat ini tengah pening kepala dan naik tensen sebab banyak sangat benda tak tahu!
klik sana klik sini.tak jadi. tak comei. tak muncul. yang kita nak tak ada..
haihhh....berikan aku kesabaran Rabbi

dua: dot com untuk SALAM.
belum start.
tapi pernah buat dan saya tahu ketensenannya.
moga Allah beri saya ketabahan dan tidak membuang masa yang banyak begitu sahaja.
ameen

mungkin satu benda yang memberatkan adalah saya mementingkan kesempurnaan dan saya nak yang tu so saya nak buat. hurm hurm.moga Allah berikan saya kesimpelan pemikiran untukbenda2 macam ni, dan kecepat pickup -an. ameen

cuti yang menjelang

bismillahirrahmanirrahim.

hari yang ditunggu-tunggu oleh cikgu di seluruh Malaysia adalah ..
SCHOOL HOLIDAY.
dan akhirnya inilah masanya. saya cuti 40 hari ++..ohh..alhamdulillah sungguh bahagia.
walaupun disaat2 awal percutian ini sudah terasa kebosanannya.
tapi sebenarnya dah ada banyak sangat kerja!
dan bersama mujahid (?) baru saya ini, lagilah bersemangat nak buat kerja.
dan ada yang sangat membahagiakan.


apple says ada sticky notes yang says bole letak semua to do list saya(tapi kalau letak semua macam dah tak muat tau)..alhamdulillah bahagia bahagia. (mungkin di samping wallpaper yang sangat hijau itu) 

n ada satu lagi yang best!
iCal ! ataupun dalam bahasa panjangnya calendar. 
best best! benda ni macam planner la. cumanya dalam apple ni boleh tengok dengan hanya satu click.
alhamdulillah. 

dan alhamdulillah dengan kehadiran apple ni,saya dapat melangsaikan tugasan saya dengan baik dan cepat. walaupun cumanya macam tak berapa reti nak guna either word or excel dalam ni lagi. tapi saya akan berusaha. alhamdulilah. setakat ni saya tak menyesal la beli benda alah ni. terasa bahagia. 

walaupun dari satu sisi saya tahu ini ujian buat saya. membuatkan saya sangat nak mengadap laptop sahaja.
saya mohon pada Allah, moga pinjaman sementara ini tidak menjadikan saya lalai dan leka.
moga solat saya lebih khusyuk dan tilawah saya berganda begitu juga hafalan saya. begitu juga ziarah saya,  dan amal-amal lain yang tidak memerlukan apple ini tapi memerlukantulang 4 kerat saya untuk berusaha. ya Allah, jangan jadikan aku insan yang lalai. ameen. 

Tuesday, November 22, 2011

jodoh itu rahsia Dia

pena-pena telah diangkat dan catatan telah mengering

'bas ke Ipoh 10.30 pagi. jazakillah hantar sampai Pudu
moga dib dapat jodoh yang soleh dan dipermudahkan bertemu jodoh'

ya. terasa begitu tulus doa bakal pengantin itu.
mungkin kerana banyak yang dikongsikan bersama selama 3 hari berjaulah,mabit dan meeting juga curhat bersama, membuatkan dia memberikan kata-kata sebegitu.
jazakillah khair atas doanya.
juga segala perkongsian dan nasihat - ada banyak yang tersemat di hati dan dalam fikiran.

barakallahulakuma wabaroka a'laikuma wajama'afil khair

buat ukhti wa akhi yang ku kenali dan tidak ku ku kenali di seluruh Malaysia.
terutama kepada akhwat UPSI
ukhti Marini dan akh Mior Anas.
sebenarnya.sangat tidak ku sangka kalian berjodoh.
ya.
jodoh itu sungguh misteri.
mungkin kerana hanya aku (batch marini) yang mengenali kedua-duanya sebelum tahu mereka akan disatukan dalam satu perjanjian yang teguh.

marini
- ukhti di UPSI. sama2 menuntut lama di upsi.kos yang sama. pernah menjadi murabbiyah saya. cuma saja,boleh berdekatan dengan dia semasa lapor diri untuk posting. pelik bukan.
terasa tidak ada chemistry langsung dengan akhwat yang seorang ini. terasa terlalu banyak kekurangannya dan keburukannya yang muncul di depan mata. tidak sekali-kali ingin berpapasan dengannya, walaupun kami duduk serumah. walaupun dia akhowat ku. aku tidak suka kan dia! pelik bukan? dan hampir mufaroqoh(meninggalkan dakwah dan tarbiyah)  tatkala tahu dia bakal menjadi murabbiyah ku pada satu ketika dulu. sungguh tidak sanggup menerima. ohh..begitu haru.
- juga saat dia menjadi murabbiyah buat kali kedua semasa praktikal di teluk intan. begitu bersusah payah mereka (dia dan syazana) menaiki kereta ipoh-teluk intan selepas sesi persekolahan dengan perjalanan lebih dari 2 jam dan perlu kembali ke ipoh sebelum jam7.00pagi. terasa begitu hambar halaqah itu. begitu jarang aku melihat dan tersenyum pada murabbiyah nan satu ini. tamat sahaja halaqah, terus saja aku baring di katil ( sementara mereka tahajud sebentar) dan berpura-pura tidur kerana aku sangatt tidak mahu bersalaman dengan dia. dan sangat tidak mahu bertemu mata dengan dia. aku tidak tahu kenapa, tapi terasa bahang sangat tidak suka ada padanya. menjadikan, halaqahmateku merangkap roomateku yg 2 org lagi yg bergilir2 menghantar dan membukakan gate untuk mereka setiap kali mereka ingin pulang pada jam 4.00 pagi lebih kurang.
- entah kenapa dan entah bagaimana, kenapa aku terlalu bencikannya. kelibatnya saja tidak sanggup ku jumpai, apatah lagi jasadnya. pasti aku akan mendesup lari.
-entah kenapa dan entah bagaimana juga, aku boleh menerima dia dalam hidupku. sejak posting di negeri yang sama, hanya kami berdua di kalangan akhwat. dan ana yakin, satu faktor adalah doanya yang tulus ikhlas mensedekahkan fatihah kepadaku (erk..fatihah bukan utk org yg dah meninggal je ea) agar ikatan hati kami yang selama ini tidak pernag bertaut, menjadi dekat dan disambung dengan ikatan yang kuat.
alhamdulillah.
-hari ini. tiada lagi kebencian dalam hati.dia menajdi akhwat kesayanganku sebagaimana aku menyayangi akhowat ku yang lain. alhamdulillah, syukur Allah.

mior anas
- takda akhwat upsi yang kenal dia. kecuali saya dan kak nisah. sebab sama2 bekerja dalam KRIM.

moga kalian berdua berjaya membina keluarga sakinah mawaddah wa rohmah.
doaku buat kamu.
reunion akhowat upsi..wu wu wu..BESt!
kisah dia pula..
bakal pengantin itu.
antara murabbiyah ku yang paling lama, dan murabbiyah terakhir sebelum berpindah ke isma dan sebelum berpindah ke bangi.
bakal melengkapkan separo agama. alhamdulillah.
mungkin ramai yang tidak menyangka.
tapi itulah jodohnya
jodoh yang menjadi misteri Dia.
barakallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair.
buat ukhti cik sol.
yang selepas ini apakah perlu di panggil puan sol?
moga menjadi lebih sopan dan lebih ayu..hohoho

dan berderet2 akhowat upsi nikah.
akhirnya inilah masanya
masa yang tak pernah tergambar di fikiran.

moga Allah memudahkan urusan kami semua. amin

Friday, November 11, 2011

pasca HIMPUN

bismillahirrahmanirrahim 
segala puji bagi Allah.
selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw. 

semalam usrah best sangat!
usrah dengan murabbiyah
sejak berHIMPUN ni kan
kami memang diuji dengan kedatangan dakyah2 misionaries depan mata.
murabbiyah jumpa dengan sorang kakak ni yang sangat sangat diuji.
dia dah ada anak 4.dah besar2 dah ananya.
orang sarawak.
pernah murtad dan bekerja untuk dakwah kristian dalam 5 tahun lepas.
dia pernah murtad.........
alhamdulillah, dia masuk Islam semula. 
tapi basic dia tak kuat, dan orang2 Islam yang dia jumpa untuk bantu dia mendapat kefahaman pasal Islam, kebanyakannya terlalu mendownkan dan terlalu tak support. dengan kata-kata yang tidak berhemah. yang paling sedih. kebanyakan yang dia jumpa tu USTAZ USTAZAH. haih. boleh tak macam tu????? kenapa ustaz dan ustazah tu sangat spoil dan kalau naik ke jabatan sangat banyak birokrasi. buatkan orang2 yang muallaf dan nak kembali kepada Islam ni sangat down. 
ditambah dengan, missionari2 yang sangat support. sangat baikk,sangat banyak tolongg, bagi bantuan kewangan, sangat care..
jauh beza antara kedua-duanya 
antara yang batil dan haq kenapa yang batil kelihatan lebih tersusun? 
cerita tentang kakak ni sangat-sangat panjang. 
dan kami memang benar2 diuji - jumpa dengan banyak kes2 nak memurtadkan orang Islam depan mata. 
ya Allah. moga kami kuat dalam membantu. 
buat kak dayang, 
moga Allah beri kekuatan. satu benda, 
Allah mengurniakan kak dayang ni anak2 yang sangattttt baikkk dan solehah.(semuanya! bukan sorang je)
walaupun kak dayang madam basic tak berapa baik, tapi dia didik anak dia dengan baik.
dan kita boleh nampak, itu rezeki dia.
walaupun rezeki dunia ni macam tak nampak, 
tapi bukankah rezeki anak soleh tu yang dibawa sampai selepas kita mati. 
ya Allah. subahanallah. Allah itu Maha Adil bukan?
dan dari situ, nampak bahawa hati kak dayang ni hidup. nak didik anak dia dengan agama, walaupun dia banyak tak tahu.
contoh : dia tak bagi anak dia tengok tv3 (tahu lahkan tv3 tu macamana..banyak sangat hiburan dan benda yang tak patut dan yang merepek).dia sangat tabah dan dia sangat baik.
buat kak dayang...
kuatlah dalam menangkis dakwah kristian.
moga Allah beri kak dayang kekuatan dan keyakinan kepada Allah.
saya tak kenal pun kak dayang. tapi mendengar cerita sangat terharu.
doa saya buat akak dan semua orang Islam yang senasib dengan akak..
yakin ya...rezeki tu ditangan Allah. dan rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja.
moga kalau akak miskin di dunia, tapi dengan kebaikan akak, syurga menanti buat akak insya Allah. 

secoret dua coret .wordpress

bismillahirrahmanirrahim...

saya kena buat blog untuk program KLS
tapi sebenarnya
SAYA SANGAT TAK TAHUUUUUU....
waaaa....
bukan tak tahu nak buat.
tapi tak tahu tema apa yang sesuai...
waaaaa...nak nangis (weh cik adik..benda kecik je ponn)
saya nak someone tolong bagi idea n comment....
saya nak someone yang bole tolong dengar saya cakap n bagi respon.
contoh :
'ok ke theme macam tu? macam budak2 sangat tak?'
'sesuai ke nak buat macam ni?'
'saya nak warna biru.ok tak?warna biru nampak lembutt sangat..nampak tenang - memanglah takkan dapat mengatasi hijau. tapi kalau saya buat warna hijau nanti apa pulak orang kata. saya kan sahabathijau'
'komenlah apa2'
- ni lah antara soalan yang saya nak tanya kat someone tu.
kalau dia tak jawab sangat pun tak pe..yg penting saya nak cakap. lepas cakap baru macam idea tu bercabang2.
-macam budak2 ke saya ni? tak berdikari? ntah lah.saya cuma nak meminta sedikit pendapat sahaja.
banyak lagi benda aula? ya..cuma sekarang ni apa yg saya buat untuk dakwah ni juga.insya Allah

teringin je nak tanya kat group.tapi macam kegedikan je.

tapi apa pun say akan buat sehabis baik saya. insya Allah.

p/s : janganlah encik bos suruh saya buat website untuk salam. mau tegolek juga.
saya tak kreatiffff... untuk benda2 macam ni lagi la...

*******
tajuk lain.
ramainye orang nak kawen..
murabbiyah saya dulu pun nak kawen dah.
dan ramaii yg tak disangka pun nak kawen.
hurm.
tak terasa jeles ke??
sedikit sebanyak mestilah ada rasa tu.- syaitan sangat licik kan?
tapi nak buat apa jeles.
pena2 telah diangkat dan catatan telah mengering.
segalanya Allah dah tuliskan dalam kitab kita tentang jodoh ni.
don't worry.
sikit masa lagi insya Allah.
satu masa, akan datang jua insya Allah.
kalau tidak di dunia moga di syurga.
kepada semua kawan2yang jodohnya masih belum datang..
tak payah pk sangatt..
teruskan dakwah ini insya Allah.
teruskan doa.
hu hu hu hu
(serious!macam apa je tulis benda ni)