Tuesday, October 5, 2010

apakah cita-cita anda

"apakah cita cita anda?

cita-cita saya ingin membuat dunia ini gembira dan bahagia
pastinya dengan sistem islam dan dengan tugas-tugas fardhu ain ini"

"ada yang bertanya : apabila dah kerja dengan petronas ni kerja banyak, kerja dakwah pun kurang. petronas banyak menekan pekerjanya supaya bekerja dengan baik sebab petronas ada target untuk kembangkan sampai saudi dan iran. petronas pun ada grade 1-3 yang kita kena capai untuk dapat yang terbaik.

saya menjawab :
dakwah juga ada target
target dakwah adalah seluruh alam.

dakwah juga ada grading
ada 4 grade
4. hanya ikut usrah sahaja. balik jadi org biasa balik.
3. yang ikut usrah juga melaksanakan task dakwah seperti dalam lujnah dsb
2. inovatif. membuat perkara baru sendiri yang memberi banyak kemaslahatan kepada dakwah
1. yang dibelakangnya ada 1000 orang.

jadi. kita dimana dan ingin memilih yang mana?"


ustaz abdul halim abdullah
daurah pemantapan fikrah
2 Oktober 2010
bangi selangor

Sunday, October 3, 2010

kembara seterusnya

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah yang telah memberi segala nikmat
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

menerima tetamu...
ermmmmm........tidak disangka..
bukanlah terlalu mengenang kisah lalu.
sekadar memutar setahun yang berlalu akhirnya hari ini diri ini berdiri dimana..
belajar dari kesilapan dan mencari jalan perbaikan. insya Allah..
langkah terus melaju tanpa henti.
mohon segalanya bersama redha Dia.
terima kasih atas ingatan.
'kerja dakwah yang bertimbun'
sangat perlukan kerja keras

alhamdulillah kembara yang berterusan.
minggu ini.peristiwa sama kembali berulang. clash banyak benda. ujian buat diri. memohon padaNya.
bermula jumaat. banting-putrajaya-bandar tasik selatan-ukm-seksyen 7. gatai.
haha..bukan. try jalan baru. rupanya lebih menguji dan jauh.
tunggu tren lama sangat. rasa tension. sedih.sebab tak solat lagi. dah lambat untuk temujanji. cari tiang. peluk. cakap dengan Allah sangat-sangat. n nangis. tengah mengadu sangat tu..tren datang. subahanallah..subahanallah. Allahuakbar. tapi semua kan datang dari Allah. kena pk la kenapa Allah mengirimkan itu semua.

sedikit tentang liqo' malam tu. sepatutnya habis pukul 11 paling lewat. tapi menjelang 11.45 baru majlis ditangguhkan. then tuan rumah cakap. 'dah tak payah basuh cawan. akhawat semua balik'..haha kena halau dengan tuan rumah..
hoho..sebab mama kata nanti dia kena saund dengan zauj dia kenapa biarkan akhwat balik malam-malam. teringat satu liqo tu. ada sang penasihat bagi taujih. 'akhawat indonesia paling lambat pukul 6 dah sampai rumah' hurm..masatu tak dapat telan. aiyoo..tak dapat terima sket. yerla..bagi taujih macamtu pukul 1 pagi..sampai sekarang tak boleh telan. cuma semakin realize..akhwat memang kena balik awal. aah tak boleh dah meredah kegelapan malam dan kedinginan embun dinihari.hurm...baik! cuba sikit2.

keesokannya menghadiri daurah pemantapan fikrah.sangat best! pertama kali menghadiri daurah seumpama selepas pindah ke DHL. then testimoni saya 'ok. kita akan buka cawangan di banting ^^'ustaz abdul halim abdullah punya talk is d best. slide semua bahasa arab. ayat sangat touching. menghuraikan tafsir 22:77-78 sampai menitis air mata. merasai amat mengapa para sahabat sangat mampu berislam dengan baik. kerana memahami ayat-Al-Quran dengan sebenarnya. subahanallah. best! nice! nikmat dari Allah.

seterusnya liqo' bersama murabbiyah taman Islam. apa cerita tentang taman Islam. ntah ler. tak tahu nak ckp apa. cuba skarang fasa kelam kabut lagi. but perkembangan di taman islam adalah sangat memberangsangkan insya Allah. and i will do my best b4 menapak meninggalkan taman Islam.^^

then liqo' team aktiviti. satu je. perlu sangat menekankan gadhul basyar!sangat! ya Rabbi.. bantu kami..merindui tabir itu..hurm.. saat ni tahap tak betul sket..weng..cuma ntahla..taknak kenangan dan pengajaran buat diri tu berlalu begitu saja. tu yg write down even sikit.. setiap org punyai peribadi berbeza dan cara untuk introspeksi diri yg berbeza bukan. mungkin kamu lain. tapi ini salah satu caraku.

sekian

Monday, September 27, 2010

peristiwa itu.

bismillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junnjungan besar Muhammad b Abdullah.
alhamdulillah
ingin mencoret sedikit cuma. tentang peristiwa bersejarah yang takkan mampu dilupakan.
ramai yg mengatakannya sebagai tragedi oktober. tapi inche pecinta dakwah kata agak tak best disebut tragedi jadi --> peristiwa oktober
peristiwa yg amat bersejarah buat diri dan teman seperjuangan.
bermulanya episod baru.
dalam perjuangan ini.
mulanya terlalu sukar untuk diterima. dan menyalahkan qiadah itu. atas apa yang berlaku menyebabkan kehancuran keretakan dan kerosakan sebuah saff perjuangan.
but realize, introspeksi semula..pasti ada hikmah dengan apa yg berlaku.
terlalu hebat goncangan dalam diri. ingin memilih yang mana?
dan terlalu hebat juga ujian dalam meluruskan niat.
tidak mahu berbuat kerana manusia. berat sungguh ujian buat hati.
alhamdulillah
istikharah..
memohon pada Allah.
bersama saff baru.
mendapat berita..saff baru ini ada kesongsangan.
diajak ke saff yang berjiran.
ohh..sekali lagi ujian pemilihan buat diri.
tidak tahu. dan rasa sedikit down.
terus optimis dan optimis.
cuba cover dengan apa apa saja cara.
mohon bantuanNya dengan teramat sangat.
ramai sahabat terdekat berpindah saff.
sahabat terrapat juga berfikir dengan hebat hingga kerap demam.
aku?
memohon padaNya.
alhamdulillah
ditunjukkan jalan.
bersama saff kedua selepas saff pertama yang mengajar banyak erti tarbiyah.
banyak sangat yang aku dapat disini.
benar seperti kata inche langkahkebenaran, segalanya dapat diseimbangkan
dan paling aku terkesan
aku sangat tenang berada di sini.
sibuk tanpa paksaan dan tekanan yang hebat.
birul walidain juga amat terjaga.
subahanallah alhamdulillah.
mungkin dalam fasa adapt..
but so far so good.
dan dapat memahami dakwah dengan sebenarnya insya Allah.
terima kasih Allah.
memberikan ku saff terdahulu.
terlalu banyak yang aku belajar.
erti pengorbanan.
erti dakwah.
erti hubungan dengan Allah.
saff dakwah yang aku sangat sayangi dan tiada galang ganti..
kerana cinta pertamaku disitu.
alhamdulilllah thumma alhamdulillah.
aku perlu menyayangi dakwah dan islam
bukan semata-mata menyayangi saff.

p/s: terus bekerja dan berbuat demi Islam tercinta.

kembara minggu ini

Bismillahirrahanirrahim..

Ingin mencoret pengalaman sepanjang hujung minggu yang lepas. Sangat nice la.. kembara yang berterusan. Start jumat petang pi banting dengan akhwat balik tu kemas dan bertolak ke bangi naik public transport.bertemu murabbiyah baru di seksyen 7. Malam tu balik banting balik, akhwt hantar. Then pagi tu sekolah ganti lepas zohor halaqah di matrik lepastu menuju ke bangi dan lepas maghrib menuju ke nilai dan pagi tu ke pejabat isma pusat, bandar baru bangi dan tengahari tu bertolak ke taman islam di kuala lumpur dan lepas asar bertolak ke banting. Kembara tamat lepas isyak selepas sampai di rumah, banting.

Nak cakap pun semput. Huhu..Rasa masa tu sangat mengejar. Terlalu banyak yang perlu dilangsaikan. Alhamdulillah. Dapat menjadi sangat sibuk .lepas satu-satu. Itu doaku selama ini. Ingin menjadi sibuk dengan kerja dakwah dan pengislahan umat. Alhamdulillah. Bahkan air mata selalu bergenang mengenangkan tidak dapat memberikan yang terbaik buat dakwah. Masa tidak mengizinkan. Dah tak tahu nak adjust macamana dan banyak lagi yang belum terlangsai. sampai ada ayat ‘ mcamana ni..next week tak boleh, next next week pun. Kekangan masa sangat.’ padahal benda tu kena buat segera..Mohon bantuanNya. T_T 

Kenangan sangat indah minggu ini. Dibantu oleh Allah dalam meluruskan niat. 

Yang paling terkesan. Akhwat minta bantuan untuk jaga booth di USIM Nilai. Takda transport. Dan cubalah mencari akhwat untuk bantu membawa saya ke Nilai dari Bangi. Alhamdulillah dapat. Dan masa naik motor sanga takut..sangat-sangat. Nyawa ibarat di hujung tanduk. Kalau Allah nak jatuhkan dan tarik nyawa. Sekelip mata saja boleh. Alhamdulillah selamat sampai. Nak dijadikan cerita, balik jam 12.30 malam dan decide nak tidur di RB, tayar motor pancit! Tengah malam pukul 12.30 tu jalan kaki dari stadium tertutup Nilai ke RB. Masatu..merasakan tarbiyah Allah yang maha hebat buat diri. Menjadi kafarah buat dosa harapnya dan membantu dalam meluruskan niat. Lepas tu pk. Ni esok pepagi buta nak bertolak balik ke Bangi macamana sebab liqo’ start pukul 9. Ada ke kedai bukak pagi2 buta dahla hari ahad esokni.Tengah jalan tu tetiba Allah mengirimkan manusia. ‘ ohh..saya ada kawan yg slelalu betulkan tayar pancit. Esok saya suruh dia pergi rumah awak’ subahanallah. Bantuan tiba selepas kesusahan yang diberi. Segalanya dari Allah. Alhamdulillah. Pagi tu mereka datang betulkan tayar pancit. Walaupun lambat. Bantuan Allah datang dan urusan dipermudahkan serta diriku dibantu dalam meluruskan niat. Subahanallah. Sudah lama tidak merasa ujian teknikal begini. Seperti di upsi dulu. Nice sangat rasanya. Alhamdulillah selamat sampai di pejabat isma pusat jam 9.30. saya lambat! Mohon ampun pada Allah. Akhwat taknak terima apa2 bayaran atas bantuannya.dia blah macm tu je..haih..=_=..alhamdulillah. mungkin rezeki buat saya. 

Liqo’ tu berjalan 3jam setengah. Alhamdulillah. Jelas. Dan cuba sedaya upaya alam meluruskan niat sepnjang liqo’ tu. 

Selepas tu menuju ke KL. Dengan tak malunya ckp kat sorg akhwat nak tumpang dia ke KL dan saya tak kenal dia lagi. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan. Ukht Nazirah membantu saya untuk saya pergi ke Taman Islam. Dan pertolongan berganda dari Allah. Ibunya ajk protocol KONANIS, sama jawatan dengan saya untuk jirim. Dan bolehla saya meminta bantuannya Alhamdulillah. Dan akhwat ni juga tak nak terima bayara. Subahanallah. Rezeki buat saya. Mati2 nak bagi dan mati2 juga dia tolak.

Dan pulang lepas asar. Alhamdulillah. Sangat amat dipermudahan oleh Allah. Tu namanya rezeki. Keluar je taman islam terus dapat teksi, dan tunggu train taklah lama sangat dan sampai saja di Cm terus ada bas ke banting. Tu namanya rezeki dari Allah. Sangat dipermudahkan. 
Alhamdulillah subahanallah.
Sepanjang perjalanan pulang merenung pertolongan Allah. Betapa pemurahnya Allah memberi bantuan kepada hambaNya yang sangat lemah. Betapa pemurahnya Allah memberi apa yang hambaNya minta..kesibukan dalam berdakwah dan bantuan diluruskan niat. Diberikan hint dalam bentuk ujian. Dan hasilnya amat manis. 
Macam tulah yg org selalu cakap. ‘Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi’ 

Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah. Harapnya ujian yang datang mampu lebih meendekatkan diri kita kepada Allah. Begitulah yang seharusnya. Dan mentarbiyah jiwa serta hati agar enjadi lebih baik dari yang sebelumnya. 

p/s : pengorbanan dan ujian itu manis hasilnya. 


Sunday, September 26, 2010

akak murabbi saya, saya mutarabbi akak

bismillah. segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala nikmat dan karunia
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.
alhamdulillah..
baru sahaja melangkah pulang ke rumah setelah bertebaran dimuka bumi menjalankan amanah yang tergalas dibahu sepanjang jumaat sabtu ahad. alhamdulillah
destinasi terakhir kembara minggu ini..
taman islam.
dapat satu surat balasan dari someone yg saya pernah bagi surat kat dia..
cuma nak mencoret sedikit kata-katanya yang sangat nice..
agar kalau beliau rasa futur dan menjenguk blog saya..
menjadi pemangkin semangat dan pendorong untuk terus bangkit dan bergerak
untuk membuktikan kata-kata yg pernah diucapkannya.

'saya ingin menjadi seperti yang semua org mahu. seperti orang yang ditarbiyah. ya. saya ingin jadi orang yang tetap atas landasan keimanan. menghayati dan mendalami Islam. bukan setakat cakap-cakap kosong sahaja. saya takut saya lupa semua tu. saya tak nak. saya nak tetap berada dalam keadaan org2 yang ditarbiyah. yang bukan munafik. yang bukan juga fasik. saya nak jadi orang yang membina agama bukan merobohkan. saya nak jadi cahaya di dalam kegelapan. menerangi jalan-jalan orang yang ingin kepada kebaikan. saya ingin menjadi hamba yang taat. sami'na wa ato'na. macam generasi sahabat. macam salahuddin, umar abd aziz, sultan al fatih, hasan al banna..doakan saya ya utk terus kuat. saya sangat2 sayang kat akak lillah. moga petemuan kita nanti disebaik2 tempat. disyurga yang kekal abadi.


yang benar
nfs
akak murabbi saya
saya mutarabbi akak'


owh..nice bukan ayat akhir tu..kuang kuang..
sentiasa mendoakan..
usaha seterusnya dari diri anti sendiri ya..
nanti kalau antunna dah kuar sekolah then akak turun taman islam tu mesti sedeyh sket kan antunna takde..haha..
nnt akak reply surat anti dalam blog ni. dalam post lain..
taknak letak sekali.

p/s : optimis, positif, usaha, kebergantunga pada Allah, doa--> moga istiqomah dan tsabat. amin

Tuesday, September 21, 2010

hari ini dan semalam

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah.
Masih bernafas bersama udara tarbiyah. Allah masih memilih diri ini walaupun terlalu banyak dosa yang dilakukan, namun Allah masih memperkenankan untuk hamba ini bertaubat dan memhon ampun.

Alhamdulillah. 
Menjadi seorang dai bukan lah satu pekara mudah. Bahkan tidak dijanjkan dengan kesenangan, kemewahan dan tidur nyenyak. Bahkan memerlukan segala kudrat tenaga dan pengorbanan, meninggalkan perkara seronok yang sementara dan perlu bersusah payah dalam mengharungi hidup. Namun jangan dirisaukan kerana ini hanya kehidupan sementara di dunia. Dan kehidupan yang sukar ini adalah untuk mencapai kesenangan pada kehidupan yang kekal abadi kelak.
Dalam mengharungi kehidupan sebagai insan, pastinya hati dan jiwa ini hanya ingin berpaut pada Allah. Namun dugaan dunia terlalu hebat menerpa. Ada kalanya diri kuat menepis badaian itu. Adakalanya diri rebah bersama-sama badaian. Terkadang hanya doa mampu dipohonkan. Kehilangan kudrat yang hanyut bersama badaian menyebabkan diri terus terpaku rebah. Syukurlah Tuhan, diri tidak dibawa arus badai yang menggila. Diri berpaut pada tarbiyah Rabbi. Walaupun kurang kemas pautannya dan hampir terlerai. Jiwa dengan tekad dan keazaman, mengemaskan pautan dan bangkin menjauh dari badai. Menyerah diri kepada Tuhan.

Begitulah kehidupan insan.
Terkadang sangat kuat. Amal ibadah dirasakan cukup manis. Merasakan kebergantungan pada Allah yang amat tinggi. Air mata keinsafan menitis laju bagai tidak ingin berhenti.Tiada istilah kerehatan bagi dai. Setiap waktu terisi dengan niat ibadah kepadaNya. Setiap waktunya adalah dakwah buatnya dan tarbiyah buat diri. Setiap pandangan adalah pandangan makruf dan kebaikan. Sentiasa optimis. Dan sentiasa positif. Sabar menjadi pakaiannya. Solat caranya memohon bantuan. Hidup dalam dakwah dirasakan terindah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Namun terkadang, yang sebaliknya berlaku. Amal ibadah dirasakan ritualitas. Terkadang buat terkadang tinggal. Kurangnya merasakan kebergantungan dengan Allah. Rehatnya terlalu banyak. Kelopak matanya kontang. Hatinya terasa gersang. Malas menguasai diri. Menjadi pesimis dan banyak alasan. Masa dirasakan terlalu panjang dan tiada apa untuk dilakukan. Kerja dakwahnya banyak yang lompang.

Namun sang dai sedar. Dakwah adalah kehidupannya. Dia perlu bangkit. Dan bingkas bergerak. Kadang-kadang bila jasad bergerak tanpa hati tidak bersedia, kelelahan cepat menerpa. Jadi wahai dai, sediakan hatimu. Hubungan dengan Allah adalah yang pertama dan utama. Kebergantungan pada Allah adalah teratas dan tiada terbatas. Banyakkan doa terus berbuat dan terus melangkah. Terus memohon dan persembahkan amlmu. Bukan kerana manusia. Tapi hanya kerna Dia

********
teringat sewaktu di UPSI. Alhamdulillah ditarbiyah dan menjadi sang dai. Dan menjadi sibuk. Halaqah kampus, halaqah sekolah di Kuala Lumpur (berulang every week dari KL – Tg Malim  ni saat yg sangat n paling membahagiakan) , taklim kampus, ziarah dan silaturrahim, program bersama akhwat, meeting di tempat yang jauh dan dekat dan ditengah malam dan dalam keadaan penat dan pening dan malas sikit(teruk benor)menghidupkan rumah dakwah eh satu lagi tinggal : halaqah dengan mama di Ipoh ( travel ke ipoh setiap minggu – bertolak right b4 maghrib dan perlu sampai sebelum jam 7pg semula ke Tg Malim) dan dalam masa yang sama perlu amat menjaga mutabaah, qiam, tilawah, mathurat, duha. Termasuk juga kena buat report program, halaqah, liqo yang melambak2 dan biasanya malas nak buat tapi gagahkan diri juga mengadap report tu dan buat dengan baik.hoho.alhamdulillah Segala aktiviti dakwah itu amat membahagiakan kerana membuatkan kita sibuk dan berfikir tentang umat yang melambak depan mata dan perlu ditarbiyah menjadi sang kader lillah juga buat diri yang perlu amat menjaga hubungan dengan Allah. Walaupun terkadang ada perselisih faham dengan akhwat, gaduh sket2, tak tegur sket2, cakap terkuat, terbanyak merungut, terbanyak menyusahkan akhwat(ter ke?^^), berselisih pendapat dengan akhwat, taknak dengar nasihat akhwat, termengutuk akhwat depan-depan atau dalam hati (ohh..banyak dosa saya..dah minta maaf ek^^)terbanyak berkira dalam buat kerja..semua tu menjadi asam garam dalam perhubungan sesama manusia dan apatah lagi perhubungan atas dasar akidah or org skaku panggil ukhuwah fillah ni. Alhamdullillah semua tu sangat banyak mengajar untuk berlapang dada, menerima teguran, menerima pendapat orang lain dan banyak sangat la. Dan tarbiyah juga buatkan saya pandai bawak kereta. Alhamdulillah sebab d only driver masa halaqah kat ipoh adalah saya^^. Semua tu walau masa melalui rasa kelat, tapi menjadi tarbiyah buat diri. Dan kesibukan tu adalah tidak termasuk kerja/belajar. Tu mmg sebab kenapa saya terpacak di upsi dulu. But main tugas mmg dai la. Insya Allah. But study bukan no 2 ok.. kalau kat upsi dulu, kalau dah rasa mcm futur sangat, asyik marah2 akhwat je, dah banyak tido..perlu bangkit dan salah satu caranya adalah pulang ke rumah. Jumpa mak abah, renew niat semua. Kualitikan amal ibadah kat umah. Alhamduillah. S o nice. Sebab kat umah mmg mampu menjadi abid yang baik.
Then pulang ke kampus dengan keazaman dan rupa bentuk yang baru. Alhamdulillah. 

Hari ini. Tiada lagi semua tu. Yang ada hanyalah kesan tarbiyah dalam jiwa saya. Kehidupan hari ini berbeza. Selepas posting dan menjadi guru. Duduk di rumah bersama mak ayah. Life seorang guru. Dan perlu hidup sebagai seorang dai juga. Kesibukan yang berbeza. Tiada lagi sibuk berziarah bilik2. Meeting tengah2 malam buta sampai pagi, gaduh2 dengan akhwat. Duduk di rumah tiada roommate. Housemate adalah mak ayah sahaja dan penyinggah2 sementara rumah ni. Kalau dulu, rasa futur balik umah. Skrg? Keluar rumah la mencari akhwat. Hoho. Di rumah, tarbiyah dzatiyah amat penting. Dalam menjaga mutabaah amal. Dalam membalancekan antara kerja2 dakwah, kerja2 sekolah dan kerja2 rumah yang melambak gile tak habis2 sampai bosan nak buat (adoyai..dib..cane nak jadi suri rumah? Ohh ni masih fasa adapt ye..). semua tu kena seimbang seiring. Tu tak masuk lagi function dengan sedara mara then kenduri kendara jiran sebelah menyebelah. Hidup sekarang perlu bermasyarakat. Dahtu hujung minggu je lesap pi program. Semuanya perlu hikmah untuk dikendalikan. Alhamdulillah ada halaqah dengan mama (walaupun jaun di Bangi dan transport susah =_= untuk fasa awal ni) masih membawa halaqah di matrik dan sekolah (KL- alhamdulillah). Dapat bersama program setempat (walaupun kekadang tak sesuay dengan jiwa) Alhamdulillah. Dapat menjadi sibuk juga. Walaupun kehidupan sekarang berbeza, jiwa perlu amat bersedia. Perlu belajar untuk dakwah kepada masyarakat  dan kalau manusia ni suka mengumpat. =_=. Jadi saya perlu hikmah. Juga fiqh dakwah kepada manusia yg kurang fikrah islamnya seperti anak murid di sekolah. Perlu bersedia dan perlu menimba pengalaman. Saya perlu hidup dengan dakwah. Bak kata saffana ‘ ubat futur adalah dakwah’ sangat2 betul.

Ada yg bertanya macamana duduk dengan parents. Ok ke. I said. Alhamdulillah. So far so good. Ujian tu lumrah kan..so just face it n think how to handle it with care n come out with a very good solution without hurt anybody. Alhamdulillah tarbiyah awal yang syadid itu sangat banyak membantu. SANGAT! Dan semua nya datang dari Allah. Kekadang ada juga rasa malas. Ada juga rasa teruk. Sendiri punya badan, sendiri punya hati, perlu mencari jalan sendiri untuk bangkit. Kita tak berseorangan. Allah sentiasa bersama. Kalau tak tahu tanya kat Allah. Kalau tak dapat jawapan tanya kat Allah juga. Kalau nak mintak sesuatu,mintak kat Allah. Kalau rasa tensen, cakap kat Allah. Gerenti hati tenang jiwa damai. Nice^^.. Alhamdulillah. rasa bahagia sangat.^_^

Ya Allah bantu aku agar terus istiqomah di jalanMu. Jauhi aku dari rasa futur dan malas. Begitu juga buat ikhwah akhawatku ya Rabbi. Tsabatkan kami. Ameen

Agar mampu terus ditarbiyah dan mentarbiyah
Agar mampu terus menjadi sang kader lillah dan mencetak sang kader lillah
Dan agar menjadi hambaNya hingga mendapat pengakhiran yang baik (husnul khatimah)

p/s : nak sangat anak 2 halaqah sekolah saya : saff, teha, nailah, farah, wardah, suhaila, insyirah, yati, wanimer, asilah, fariha, aliya najaa mendapat apa yg saya dapat, kebahagiaan dalam dakwah dan tarbiyah, kemanisan ukhuwah dan iman dalam tarbiyah, dalam program dan halaqah juga menjadi pengemban dakwah, sang kader lillah dan memahami Islam dan dakwah tu lebih baik daripada saya. nak sangat sangat. T_T. mesti sangat comel^^. tapi Allah yang memegang hati2 kalian. saya disini cuma boleh berusaha sedikit dan berdoa moga kita semua ditsabatkan. dan tidak lupa juga kepada anak halaqah matrik ( yg masih dalam fasa nak ikat hati dan kenal) sayang kamu semua!!

Friday, September 17, 2010

doa selepas solat





copied from https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvQf6tnn47ECURb0k5x3vLHzGbn6xLEyFi0lAu0tTrhwT5_1QgGdE2rzkp7RfjHc6cvVWtWRdystbMLm_eNOm2hMkClh3bg1aR_VJdWrT30ZpyHY3iMZ0OO4ifv5Ey_4QO-CdNCfjssnc/s660/BG+HIJAU.jpg