Friday, September 17, 2010

doa selepas solat





copied from https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvQf6tnn47ECURb0k5x3vLHzGbn6xLEyFi0lAu0tTrhwT5_1QgGdE2rzkp7RfjHc6cvVWtWRdystbMLm_eNOm2hMkClh3bg1aR_VJdWrT30ZpyHY3iMZ0OO4ifv5Ey_4QO-CdNCfjssnc/s660/BG+HIJAU.jpg

khutbatul hajat


Hadits Ibnu Mas’ud tentang khutbah hajat yang dimaksud,
Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata, Rosululloh Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengajarkan kepada kami tasyahud di dalam sholat dan tasyahud di dalam hajat (di dalam riwayat yang lain diterangkan, Rosululloh Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengajarkan kepada kami khutbah hajat). Beliau bersabda, “Tasyahud di dalam sholat ,’at tahiyyaatul lillahi….’, sedangkan tasyahud di dalam hajat ialah, ‘Innal hamda lillahi…(di dalam riwayat yang lain lafadznya, ‘alhamdulillahi…’ dan di dalam riwayat yang lain lagi lafadznya, ‘anilhamdulillahi…..’).”
إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللهُمّ صَلّ وَسَلّمْ عَلى مُحَمّدٍ وَعَلى آلِهِ وِأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدّيْن.
يَاأَيّهَا الّذَيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ حَقّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنّ إِلاّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
يَاأَيّهَا النَاسُ اتّقُوْا رَبّكُمُ الّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَاءً وَاتّقُوا اللهَ الَذِي تَسَاءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَام َ إِنّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا
يَاأَيّهَا الّذِيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا
Yang artinya, “Segala puji bagi ALLOH, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan kepada-Nya dan kami memohon ampunan kepada-Nya. Dan kami berlindung kepada ALLOH dari kejahatan-kejahatan diri kami dan dari kesalahan-kesalahan perbuatan kami. Barangsiapa yang ALLOH pimpin dia, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang ALLOH sesatkan dia, maka tidak ada yang dapat memimpinnya. Dan aku bersaksi bahwa tidak ada Illah yang berhak disembah melainkan ALLOH sendiri dan tidak ada sekutu baginya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu hamba-Nya dan Rosul-Nya. Kemudian beliau membaca tiga ayat (al Qur’an): (1). Surat Ali Imran ayat 102, (2). Surat an-Nisaa’ atau 1, (3). Surat al-Ahzab ayat 70-71. “(HSR. Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darimi di kitabnya Al-Mushanaf dan Ibnu Abi “Ashim di kitabnya As Sunnah)
copied from http://assunnah-qatar.com/al-ilmu-artikel-196/562-khutbah-hajat-2.html

izz zara batrisyia

bismillah

mendapat anak buah baru..
inilah beliau yang sungguh comel.
kelahirrannya menyebabkan semua org bertukar pangkat sebab dia cucu pertama dalam keluarga dan cicit pertama dalam keluarga kami juga
so lepasni ramai la yang dipanggil moyang
juga pangkat bertukar
mak abah --> nenek atuk
kakak, abg azzrul --> ibu abah
acik --> nenek
paman --> atuk
atuk --> boyot
nenek --> boyot
diba, anes, wani --> mak ngah, mak lang, mak su
alip --> pak bucu

ni dia

syawal 1431

bismillahiraahmanirrahim
alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw


syawal kembali setelah berlalunya Ramadhan.
dan bermulalah fasa memetik hasil yang disemai daripada madrasah ramadhan.
menggunakan bekal yang ditanam. andai pohon taqwa yang disemai menghasilkan buah yang baik, makan bekalan yang baik iulah yang digunakan untuk 11 bulan mendatang. andai tidak..maka sebaliknya lah yang berlaku.

alhamdulillah.
banyak rumah yang diziarah pada syawal 1431- sampai tulang kaki rasa nak tercabut dek banyak berjalan
1 syawal  - rumah nenek, pak long, atuk (banting selangor)
2 syawal  - wak seri ( skudai ), kawan ahmad (simpang rengganm), johor sampai ke Banting jam 8.00malam jam8.30malam beraya ke rumah nenek usu, nenek mes, nenek surat
3 syawal  - perjalanan ke Kuala Kangsar dari rumah pukul 11.30pagi sampai di Kuala 8.30malam, bertolak ke Pendang Kedah jam 9.30malam sampai di Pendang jam 1.00pagi
4 syawal  - rumah u.Hirzi (pendang, kedah), u.Syazana (Pendang, Kedah), u.Ainul (Jitra, Kedah), u.Adlina (Jitra, Kedah), u.Dayah (Seriab, Perlis), u.Mastura (Kepala Batas, Penang) sampai di rumah u.Mastura pada jam 9.30 malam.
5 syawal  - rumah u.Solihah (Kuala Kangsar, Perak), u.Syifa (Kuala, Kangsar, Perak), u.Mardhiah (Ipoh Perak), u.Ima (Ipoh,Perak), u.Madiah (Sungkai, Perak), u.Tasha (Ipoh, Perak)
6 syawal  - rumah u.Saadah (Ipoh,Perak). perjalanan pulang Ipoh ke Banting 10.30pagi hingga 6.00ptg
7 syawal  - rumah kak zila, k aisyah isma, zila, minah f, acik zana
8 syawal  - harini - sepatutnya ke rumah acik senah n paman ani.

alhamdulillah. dapat berziarah banyak rumah. banyak negeri. dari johor ke perlis.
orang kata raya sakan. best sangat la. alhamdulillah. especially masa jaulah ke utara dengan akhwat upsi. banyak sangat benda dapat n dapat mengeratkan silaturrahim, ziarah org yang tak pernah diziarah dan bersilaturrahim dengan ramai manusia juga. alhamdulillah. moga segala amal diterima Allah.

di rumah kak mardhiah ipoh
(ni gambar yg terlepas msk fb)
walaupun simple saja. tapi bukankah mengeratkan silaturrahim sesama Muslim dan sesama manusia amat dituntut?
tahun ni tak jadi lagi pi beraya dengan kawan2 skol dulu, n tak pi rumah anak halaqah taman islam macam tahun lepas. hajat dihati mmg nak pergi.
ada lagi sabtu ahad. tapi minta maaf la..i rasa nak pengsan dah jalan. sebab mengingatkan keja kat umah ni sangat la melambak kena disetelkan segera.
cukup la tu ye..setlekan benda lain yang lebih aula'.
what's next?
antara yang telah di listdownkan
-jamuan raya matrik







-program-program krim










-liqo' taman islam












dan banyak lagi.
alhamdulillah dapat menjadi sibuk sampai tak cukup tangan kaki nak buat keja
ni pun sempat lagi dok update blog ni.
sebab dah lama sangat nak tulis tapi tak berkesempatan.banyak sangat nak dicoret kat sini. sebagai penguat semangat di kala kelelahan.
ziarah tetap diteruskan. walaupun bukan hari raya.
salah satu wasilah dakwah bukan?
dan mendapat jemputan daripada mimi x-smakl untuk ke rumahnya ada open house. tapi mgkn tak dapat pi
wallahua'lam..

p/s : perlu mengurangkan tengok fb

Thursday, September 9, 2010

hampir sangat berakhir Ramadhan 1431

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat. selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw.

hari ini bersamaan hari khamis, 9 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431H
bukanlah yang dikisahkan adalah ESOK RAYA
tapi jauh lebih dikisahkan adalah hari ini HARI TERAKHIR PUASA
bagi tahun ini.
rasanya baru semalam menunggu2 kehadiran Ramadhan al Mubarak ini..
hari ini dah hampir sampai ke penghujungnya. hanya beberapa detik saja lagi


'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa (Al-Baqarah:183).' 

kalau melihat secara mendalam pada ayat yang biasa saja didengar apabia tibanya bulan Ramadhan ni, kalau kita tengok dengan mata hati, di penghujung ayat tu menyatakan hasil akhir kepada Ramadhan adalah taqwa. makanya dan maksudnya kalau kita berjaya dalam ramadhan ni makanya kita akan menjadi antara org2 bertaqwa atau golongan Muttaqin. puh...tinggi amat darjat tu kan? adakah kita termasuk dan tergolong dalam golongan yang didamba tu. ohh..subahanallah. nak..
kalau puasa kita berjaya makanya dapatlah kita menjadi golongan org2 yang bertaqwa.
tapi persoalnnya.
berjaya kah kita dengan puasa kita.
sebelum itu. mudah saja kata-kata menuturkan tentang taqwa. namun, apakah kita faham erti sebenar taqwa. apa maksud taqwa tu dan macamana nak tahu kita ni mendapat taqwa.
subahanalah. kefahaman tentang taqwa ini lah yang amat perlu kita tahu dan kita dalami. manakan mungkin kita nak tahu kita ni temasuk golongan bertaqwa atau tidak kalau tidak mengetahui tentangnya
Allah menyatakan bagaimanakah golongan yang bertaqwa dalam Al-Quran: surah yang feymes amat.
baca setiap hari dalam mathurat

(Al-Baqarah,2:1-5)

1.  Alif laam miim.
2.  Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,
3. (yaitu) mereka yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
4.  Dan mereka yang beriman dengan kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
5.  Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.


alhamdulillah..
bukan sekadar solat saja..tapi solat yang sebenar
dan beriman kepada yang ghaib, kepada kitab dan yakin dengan kehidupan akhirat adalah bukan sekadar tahu, tapi memperakui dengan hati, lisan dan melakukan dengan amal perbuatan.

ya AMAL.
bukan amalina yang dorm karisma tu
mahupun ustaz amal yang saff kata senyum senget dan agak menakutkan tu
tapi amal perbuatan.
amal perbuatan yang diiringi dengan hati yang ikhlas dan benar-benar ingin berislam.

mari buat checklist after Ramadhan
kita dah buat kan apa nak diubah dan target pengislahan diri untuk Ramadhan?
berjaya tak untuk berubah?
atau semua karat-karat jahiliyah itu masih lagi menebal dalam hati?
atau dah kurang sedikit ketebalannya?
insya Allah. andai mampu berubah menjadi lebih baik..walaupun sedikit.
puasa kita sedikit sebanyak berhasil. dengan izin Allah pastinya. dan apa yang perlu kita lakukan selepas ini adalah bagaimana perlu kuat untuk istiqomah.
iya la. sebentar saja lagi syaitan akan dilepaskan dari belenggu. dan musuh tradisi kita kembali mengerumuni kita. jadi perlu sangat kuat dan mujahadah untuk maintain benda baik yang kita buat.
jangan risau. buat saja dan banyak doa pada Allah.
buat check up berkala untuk checklist kita sampai Ramadhan akan datang.
moga bermula dengan Ramadhan ini..kita akan menjadi baik dan terus baik sampai kita tua atau sampai kita mati.

sebab tu amal tu amat penting sebagai satu pembuktian kita sekadar tahu tapi kita memang cukup faham sebab kita buat. dan kalau belum mampu beramal dengan baik, cuba buktikan cuba berbuat walaupun sedikit. moga menjadi satu pengalaman untuk diri menjadi lebih baik dari masa ke masa dalam apa saja termasuk amal perbuatan kita dan kerja-kerja seharian.

akhir kalam.
peringatan buat diri. moga apa yang kita buat segalanya lillahita'ala. dan mengharap rahmat dan belas kasihNya untuk kita meneruskan kehidupan dimuka bumi ini sebagai orang yang beriman dan orang yang bertaqwa insya Allah.

Tuesday, September 7, 2010

buat kalian yang disayangi

bismillah..
alhamdulillah
segala puji bagi Allah. selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah..
tgk tajuk macam nak buat surat wasiat.haha..
takda.. memandangkan semakin ramai anak halaqah taman Islam berkunjung ke sini
jadi ingin mencoret sekata dua memandangkan Ramadhan juga hampir sampai ke penghujung

actually
tak mengharap untuk antunna datang ke blog ni ya farah, wardah, fariha..banyak sangat rahsia berkaitan antunna..ha ha ha..tapi moga sama-sama dapat mengambil ibrah. kalau antunna tak baca pun at least akak tahu antunna menjenguk ke sini sebagai salam ingatan kat akak bukan?hu hu hu..
moga semuanya lillahita'ala

Ramadhan tinggal beberapa saat lagi bakal meninggalkan kita. jadi ambil masa yg amat-amat berharga ni dan full utilizekan. moga piala taqwa mampu menjadi milik kita. rasanya masih belum puas untuk berdoa, masih belum puas untuk berdiri di malam sunyi hanya kita dan Allah, masih belum puas mengecapi nikmat solat yang best sebab syaitan dibelenggu, masih belum banyak rasanya infaq untuk orang lain, masih lagi banyak dosa yang dilakukan dan perlu amat untuk memohon ampun, namun Ramadhan sudah mahu pergi.sayu sangat kan rasanya..tak tahu boleh bertemu lagi..banyak sangat masa dalam bulan ni yang terhabis sia-sia.. tapi apakah guna menyesal..gunakan sebaik mungkin detik sekarang untuk terus memperbaiki amal, teruskan berdoa, dan berdoa.
berdoa moga diberi kebaikan buat diri, ibu bapa, keluarga, sahabat seperjuangan serta seluruh umat Islam, berdoa moga terus ditsabatkan dan diistiqomahkan serta diberi kefahaman yang baik untuk berIslam dan menjadi kader dakwah lillah. berdoa moga hati kita lapang dalam menerima segala ujian, mehnah dan tribulasi yang datang dan menimpa. berdoa moga diberi kelapangan dada dalam menerima ilmu dan mendapat kejayaan di dunia tanpa membelakangkan kejayaan untuk akhirat. berdoa moga diberi hati yang bersih, tenang dalam mendepani manusia juga alam sejagat ini dan kerenahnya. moga mampu bersabar dan bertenang dengan semua itu. berdoa moga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt dalam membezakan yang haq dan batil. dalam membezakan yang benar dan yang salah dan memohon supaya sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus. berdoa agar diberikan hati yang ikhlas dalam setiap gerak langkah dan agar Dia sentiasa memandu kita. berdoa buat saudara di Palestin, Gaza..moga diberi kekuatan iman oleh Allah, moga terus tsabat dalam berjuang dan dalam mempertahankan tanah suci milik umat Islam itu. sama-sama doakan duta pilihan Allah itu disana. agar andai kematian datang menjemput, syahid buat mereka dan tiada penyesalan abadi, berdoa moga anak-anak halaqah kita mampu mendapat kefahaman yang baik tentang Islam, terus istiqomah, begitu juga doa buat akhwat ikhwah seperjuangan..ohh.terlalu banyak yang ingin di doakan bukan..berkajang-kajang page blog ni juga mungkin tak habis..setiap detik sangat berharga..untuk doa itu ditebarkan buat semua. dan detik bulan Ramadhan ini jauh lagi berharga..

jadinya..jangan buang masa sangat sementara sedikit sangat masa yang ada untuk pergi shopping raya, window shopping, jalan-jalan, banyak tido, banyak tgk tv, banyak buang masa, buat kuih raya berguni2, ...cuba optimumkan masa untuk beramal ibadah khusus tapi bukanlah tak boleh buat semua tu cuma optimumkan masa kita dan buat sesuatu dengan kualiti. tapi jangan pulak rumah tunggang langgang, mak sampai mengamuk sebab kita ni dok dalam bilik dok solat baca quran ja..tak..tawazunlah kerana habblumminallah adalah berkait rapat dengan hablumminannas.. tak boleh meninggalkan salah satu untuk mengejar yang satu lg. pastinya kalau hubungan dengan Allah baik, hubungan dengan manusia akan baik.

wallahua'lam..moga Allah memberikan rahmat dan kempunannya kepada kita semua. dan mendapat husnul khatimah..dan kematian yang baik..kerana kita tidak tahu usia kita setakat bila. selagi ada masa dalam beramal..kejarlah untuk membuat kebajikan..dan jangan kikir untuk berinfaq..

terlalu banyak lagi yang ingin dicoret. namun perlu mengundur diri..ada date dengan Dia..perlu melunaskan janji. peringatan buat diri..
buat kalian yang menjenguk..tinggalkanlah sepatah dua kata sebagai penguat buat diri..moga tulisan itu mampu menjadi asbab hidayah Allah swt dan menjadi warisan pahala yang berterusan buat kalian insya Allah.

Monday, September 6, 2010

istikharah

bismillah
sangat berada dalam dilema
nak pilih yang mana
hanya mohon pada Allh