Dimana Aku?
Sayup-sayup suara cengkerik berirama
Sayup-sayup suara unggas bergema
Aku disini
Berdiri sendiri
Bertemankan suara tasbih tahmid memuji Tuhan
Menatap jauh ke dalam diri
Mencari..
Dimana Tuhanku di hatiku
Dimana Rasulku di jiwaku
Titis-titis jernih menitis perlahan
Sayu dan sendu
Aku terus melihat jauh ke dalam diri
Untuk apa langkah ini,
Kerana apa?
Kerana siapa?
Bagaimana pengakhirannya?
Semakin deras titis jernih mengalir
Apakah kepastiannya?
Adakah kerana Dia semata?
Atau ada ambisi hina disebaliknya?
Tersungkur, terduduk, bersujud padaNya
Tidak tertampung deras air mata
Ku katakan
Semuanya hanya kerna Dia
Namun..
Seakan riak menemani hati
Seakan ujub bertamu dalam diri
Ku katakan
Tenaga itu bukan kerna nama
Susah payah itu bukan kerna manusia
Air mata dan kasih sayang itu bukan kerna dunia yang hina
Namun semuanya sembahan buat Sang Pemilik semesta
Hati kecil tertanya
Dimana kedudukan diri nan kerdil ini disisiNya
Terlalu memohon panduan dari Dia
Terlalu berat ujian menimpa
Walau tidak tergambar
Walau tidak terlihat
Namun
Jiwa yang merasa
Lemas terseksa
Seolahnya seorang yang mulia
Seolahnya seorang pencinta Dia
Namun urusan qalbu
Terkadang terlalu sukar dimengerti
Terkadang terlalu payah diurusi
Memerlukan mujahadah penuh erti
Ya Rabbi
Diri kerdil ini
Bergerak memohon panduanMu
Melangkah memohon lindunganMu
Terkadang..
Terlalu gemar sangsi itu melintasi hati
Mencemari niat suci hanya kerna Ilahi
Namun Tuhanku
Keyakinanku semakin penuh
Keteguhan hatiku semakin kukuh
Hanya Engkau penentu segala
Terbaik buat diri yang hina
Setelah usaha mengiringi doa
Dan titis air mata menemani semua.
Buat Mu Rabbi..hanya kepada Mu aku serahkan segala..
Limpahkan diri ini dengan cinta dan rahmat dariMu
Amin.. T_T
sahabathijau21
1410
18 ogos 2010
8 ramadhan 1431
surau smk jugra
banting, selangor
Thursday, August 19, 2010
si anak kecil itu
Anak kecil itu
Di satu sudut dunia
Berdirinya seorang anak kecil
Usianya menghampiri dewasa
Dia gembira
Menghirup kesenangan dunia
Tenang menikmati keseronokan maya
Tiada apa yang memberatkan fikirannya
Melainkan kejayaan buat kesenangan sementara
Satu hari yang menyapa
Sebuah kejutan dari Rabbnya
Memilihnya menjadi penyeru agama
Bukan sementara
Tapi selamanya
Anak kecil itu bingung
Apakah ini?
Apakah yang terjadi?
Seakan mahu menapak lari
Sukar dimengerti
Tangan ditadah memohon petunjuk Ilahi
akhirnya
Memilih jalan sukar buat diri
Mengharap bahagia yang kekal abadi
Anak kecil itu semakin dewasa
Membaluti diri dengan rasa malu
Menyelimuti diri dengan taujih Rabbnya
Acapkali
Badai fatamorgana menerpa
Perisainya kurang ampuh
Seringkali ia tumpas
Kembali anak kecil itu kepada sang Pencipta
Terduduk..berteleku
Menadah tangan memohon padaNya
Masihkah ada ampunan?
Masihkah didengar bicara?
Akhirnya ketenangan bertamu
Kerna keyakinan bersama Rabbnya
Anak kecil itu kembali berdiri
Mencuba untuk teguh
Mencuba untuk kukuh
Tanpa goyah
Tanpa berundur walau selangkah
Tanpa disedari
Dihadapannya
Berdiri sebuah ujian yang gagah perkasa
Kiriman istimewa dari Sang Pemilik buana
Sebuah kisah silam nan kelam yang menyapa
Seakan ujian itu tidak kelihatan
Namun anak kecil itu terasa terlalu sukar
Anak kecil terasa terlalu payah
Ujian itu terlalu gagah
Tiada belas
Melanggar si anak kecil
Anak kecil itu terus cuba untuk kukuh
Terus cuba untuk teguh
Keimanan
Doa tulus
dan kempunan dariNya
bekalan utama si anak kecil
sehingga detik ini
anak kecil itu semakin dewasa
namun ujian yang sama masih menerpa
sukarnya terasa
bagaimana?
Apa perlu anak kecil itu lakukan?
Anak kecil itu tidak mahu..
Seringkali seakan tidak mampu
Menanggung ujian yang tidak kelihatan dari luaran itu
Yang seolahnya
semakin hari semakin besar
semakin hari semakin membarah ujian itu
Bagi diri anak kecil itu,
Terus-terusan menadah tangan
Terusan doa dipanjatkan
Diberi yang terbaik buat diri
Redha dengan ketentuan Ilahi
Dengan sabar dan solat
Mengharap pertolongan Ilahi
Kerna anak kecil itu takut
Anak kecil itu tidak mahu
Dilempar dari jalan sukar ini
Kerana tidak mampu melepasi ujian itu
Anak kecil itu perlu menyedari
Jalan ini sukar mendaki
Memerlukan hati yang tulus suci
Menuntut pengorbanan tanpa hati
Mengisi masa penuh erti
Menjauhi diri dari dosa dan noda
Ujian itu fitrah buat sang da’i
Perlu teguh
Perlu kukuh
Kerna semua cinta adalah buat Ilahi
Yakin doa kan didengari
Hanya menanti detik menjadi realiti
Itu kan menjadi yang terbaik buat diri
Amin
sahabathijau21
2230
8 Ramadhan 1431
living room
banting selangor
Saturday, August 7, 2010
cerita tentang kita
bismillah..
sehala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad b Abdullah insan mulia..
hari ni genap 3 minggu tidak meninggalkan sebarang khabar di blog ni..ceh..baru 3 minggu kan?..huhu
tapi selama 3 minggu tu terlalu amat banyak kisah yang berlaku, terlalu banyak perkara yang terjadi.. biarlah semuanya tersimpan kejap di dalam hati..
alhamdulillah..
selama 3 minggu juga telah selamat menjadi guru posting
ana - smk jugra, banting
marini - sabak bernam
kak jiha - batu gajah
saad - ipoh
k mar - menglembu
eh lupa seorang lagi..
hirzi- smk bintulu, bintulu sarawak
saat sangat manis bertemu di konwanis walau tidak semua bertemu..alhamdulillah mengubat rindu..
banyak sangat benda..cuma nak berkongsi sedikit tentang akhir - akhir ni...
sangat menanti kedatangan Ramadhan Kareem..makin hari hati makin sayu..
tak sabar menanti kehadirannya..
cuma semenjak 2 3 hari ni terlalu kerap mendengar tentang sesuatu..
tentang sebuah pernikahan @nikah..
tak berniat pun nak mendengar..tapi tak langsung semua tu hinggap di telinga dan menyapa di anak mata..
memberikan ruang berfikir dan introspeksi tentang semua itu..
nikah :
bukan sebuah permainan tapi adalah satu keseriusan yang amat hebat
bukan untuk sehari, sebulan setahun..tapi untuk hingga mati
bukan sekadar sebuah kebahagiaan dan keseronokan tapi sebuah tanggungjawab yang amat berat
bukan sekadar hari esok tapi meliputi hari semalam dan hari kemudian persediaannya
bukan mudah tapi amat susah..
haha..semua gaya negatif je dib..
tak la..cuma jangan pk kan nikah sebagai terlalu ideal..kena pk banyak side..
nak share yang ana dapat tentang nikah 2 3 hari ni..
paling kelakar tadi..
kat skol ada bacaan yasin..habis baca zikir semua ustaz tu pun baca doa n kat satu doa tu
'ya Allah permudahkan jodoh guru-guru yang belum berkahwin, pertemukan mereka dengan pasangan yang beriman dan yang beramal soleh' ~ serius nak tergelak nak tersedak..haha.tak penah dengar orang doa habis baca yasin macam tu..tak baik dib..didoakan tu..huhu..tapi pape pun ustaz..amin~~amin ya Rabbal alamin.. moga dengan diaminkan oleh hampir seribu orang doa tu makbul..haha..patutlah kat skolah tu tak ramai cikgu bujang..boleh dibilang dengan jari saja..hoho..
then..ustaz tu sambung bagi tazkirah..
ayat yang paling tak tahan..
'ha..kahwinla..kalau tak dapat jodoh lagi dia..bangun malam, doa doa..bulan Ramadhan ni..doa..'
hihi..
then peristiwa lain..
bercerita dengan sorang akhwat..dapat berita ada sorang ikhwah ni nak nikah tapi sik tahu siapa akhwatnya..ni sedang menanti berita la ni..then anak halaqahnya di propose orang..huhu cuma cakap kat dia mcmna dengan dia..dia jawab
'tak hantar resume lagi..masih tak bersedia..perlu kekuatan untuk bersedia..doakan sama-sama..' huhu
then cakap dengan sorang akhwat ni..katanya dapat pengarahan untuk lobi nikah ( serius rasa nak pecah perut dengar pasal tu) then bila ditanya dia macamana..jawapannya..
'nikah - besar tanggungjawab tu. bila dah ramai sangat yang desak, jujurnya ana rasa tak selesa. biarlah ana buat keputusan tu dengan tenang , dengan niat yang betul tanpa dipengaruhi oleh apa-apa n siapa-siapa. yang penting teruskan istikharah dan berdoa. semoga bila keputusan dah dibuat, hati ana betul-betul mantap.'
subahanallah..ayat yang dush..menikam sampai ke backbone..sungguh matang..alhamdulillah.. keputusan tidak dipengaruhi perasaan dan hawa nafsu tapi memohon hanya padaNya..
n lainnya..baca satu blog tu than dia tulis
- malas nak tulis- bacala sendiri dalam blog wake-up tu..
hurm..dah fasa malas nak tulis sebab sambil buat kerja lain..
akhirnya..
moga dipermudahkan segala urusan..
bukan mudah menuju ke satu alam yang cukup lama dan cukup panjang..
prepare dengan baik insya Allah..
akhirnya
ana tinggalkan post ni dengan sebuah lagu yang hari ni berjuta kali bermain di bibir..
'Tuhan..
padaMu ada kedamaian
diribaanMu kebahagiaan
tiada lagi rasa kesangsian di hati
cinta Mu cinta tulus suci murni
kasihMu nan abadi...'
cinta suci hanya layak buat Allah..
wallahua'lam

Friday, July 16, 2010
warkah dari mama
bismillah..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad b Abdullah qudwah dan uswah terbaik..
2 hari lagi nak melangkah ke alam baru..
dapat surat dari mama..
yang bertajuk..
'warkah dari bunda'
ntahla..rasa sayu pun ada..rasa pilu..rasa sebak..
dengan apa yang berlaku..
tapi sebagai seorang Muslim..kewajipan kita untuk menerima apa yang berlaku..
tak kiralah macamana perasaan kamu..
buat mama..
jazakillah khair atas segala jasa kamu mendidik ana juga kami semua..
tapi kagum jugak la kan kamu boleh buat ayat gitu..hahaha..
thanks a lot..
nak kongsikan di sini

Bismillahirrahmanirrahim..
Ke hadapan anak2da yang bunda kasihi hanya kerana Allah. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya insyaAllah.
Sudah lama rasanya kita tidak bersua. Bukan tidak ada kemahuan untuk mengatur pertemuan lagi, tetapi sengaja membiarkan rindu semakin mekar dalam kalungan ukhwah keranaNya.
Rasanya begitu pantas masa berlalu, sehinggakan bunda hampir terlupa yang anak2da akan memulakan langkah ke alam baru beberapa hari lagi. Mengingatkan hal tersebut, lantas bunda tergerak hati untuk menulis warkah ini buat tatapan anak2da sebelum melangkahkan kaki ke alam baru. Moga nota-nota yang bunda titipkan ini bisa menjadi penguat dan pendorong anak2da tatkala menghadapi alam yang agak mencabar ini.
Tatapi dan hayatilah nota-nota yang ikhlas dari lubuk hati bunda insyaAllah...
1. hendaklah dari awal meletakkan niat yang lurus, bukan bekerja untuk dapat gaji tetapi semata untuk mencari redhoNya.
2. hendaklah sentiasa memerhatikan, memuhasabah diri melihat kondisi iman dan amal kita. walaupun sistem mutabaah tidak diaplikasikan murabiyah selepas ini, apa salahnya kita untuk terus istiqamah melakukan sesuatu yang kita akui banyak manfaatnya.
3. apabila mendapat sesuatu musibah atau ujian, hendaklah yang pertamanya berbaik sangka terhadap Allah. Yakin bahawa Allah tidak akan memberikan yang buruk buat hambaNya(2:216). Kemudian bersabar dan tangani dengan bijak masalah tersebut. Jangan lupa untuk mohon pertolongan dari Allah, kerana hanya dia Yang Maha Penolong.
4. pastikan anak2da sentiasa malakukan tugas sebagai seorang da’i walau dimana anak2da berada. Seorang da’i bukan menunggu mad’u untuk dibimbing, tetapi sentiasa mencari mad’u. Da’i sepatutnya adalah orang yang proaktif, bukan yang hanya menunggu arahan diberikan.
5. berada dalam lingkungan guru2 di sekolah nanti, banyak perkara baru yang akan anak2da temui. Ada baik dan ada yang buruk. Bijaklah dalam berhadapan dengan situasi2 tersebut dengan cara banyak bergaul dengan akhwat2 yang lebih berpengalaman dan boleh juga melalui pembacaan pelbagai jenis buku.
Rasanya banyak lagi yang ingin bunda titipkan, tetapi tidak terluah dalam perkataan. Cukuplah setakat ini dahulu. Mungkin akhir sekali, berkaitan dengan indimaj kita dengan I***, alhamdulillah situasi semasa adalah sedang menunggu fasa-fasa akhir indimaj sepenuhnya. Dari pengamatan ana dan beberapa akhwat dan ikhwah, mungkin I*** ada sisi-sisi kelemahan yang membuatkan kita rasa tidak boleh dimaafkan. Tetapi ukhti, jangan kita lupa bahawa kita juga mempunyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Ingatlah, berlapang dada dan memaafkan adalah sifat orang2 mukmin dan takbur serta tidak mahu memaafkan adalah sikap musuh nyata kita iaitu syaitan.
Akhir bicara, bunda memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini tidak menjadi bunda yang baik untuk anak2da. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu Allah sandarkan pada diri bunda untuk sama2 kita jadikan ibrah.
Wallahualam..
SAYANG ANAK2DA KERANA SAYANG ALLAH, RASUL DAN JIHADJJ
alhamdulillah..berkaitan indimaj tu..
hurm..ntah apa la ye yang tidak boleh dimaafkan..jazakillah khair atas peringatan..diri ini akan cuba menerima seadanya dan cuba menerima dengan positif..walaupun sekarang ni fasa tak masuk lagi pun..tapi bukan mudah malah terlalu sukar untuk hati ini menerima..seringkali kenangan lalu berlabuh..tapi hakikat kehidupan..kenyataan adalah hari ini.. ana rasa sukar menerima mungkin kerana masih mengintai dari luar.. ntahla..tapi agak fahua roddun juga..tapi sebenarnya terlalu cuba dengan pelbagai cara untuk menerima..dan sangat mohon pada Allah..errr..takpe ke tulis macam ni kat sini..haha..ana yakin takda sapa baca..doa buat semua..ak sabar untuk saat itu..
p/s : akhir-akhir ni banyak baca buku yang tak paham term arab dia..hohoho..kan kita ada banyak ustaz ustazah untuk rujukan kan?
Saturday, July 10, 2010
memangkah?
bismillah...
segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad insan yang terlalu banyak berkorban demi keberlangsungan Islam.
alhamdulillah thumma alhamdulillah..
kalau tengok tajuk tu jangan salah baca: memangkah = memang ke? bukan pangkah..
hari ini meneruskan perjalanan ke taman Islam..hari ni 10 Julai 2010 bersamaan 27 Rejab..
dapat mesej
'akak pergi tak smakl. kitorang ingat nak pergi smakl dalam tengahari esok'
sender : ikin khar
huh..terkejut amat..sebab dah beberapa hari saya dok pk gimana nak tanya dema ni turun smakl tak minggu ni.. tup tup bagi mesej..
cuma perasaan masa tu..syukur ya Rabb..mereka faham kepentingan untuk meneruskan halaqah di Taman Islam dan mereka menyedari amanah yang ada di Taman Islam setelah ditinggalkan selama lebih kurang dua bulan.
Allahuakbar..syukur..kalau saya perlu melepaskan..boleh la saya melepaskan dengan sedikit rasa lega..kerana ada yang sudi menjadi seperti saya..dan saya harapkan mereka akan berbuat dengan lebih lagi..
ok janji..
cumanya..
satu peristiwa..
dema lambat je sebenarnya..
then saya terpk..
pasal my personality..
memang banyak kebenaran..ntahlah..adakah saya perlu mengakui tulisan aunty Florence tu atau apa yang perlu saya pk dengan sikap saya bila terjadi peristiwa tu? hurm..banyak muhasabah...saya tahu kat situ kekurangannya..ntahla..tapi memang saya perlu terima ke kata mentadakkakikidal tu.. tu memang 'built-in-antenna'. sebab saya rasa sangat sikap saya sepertinya yang dicoret dalam buku tu.. dan bukan semudah yang disangka untuk perbaiki..tapi papepun..insya Allah saya akan cuba.. dan perlu meletakkan sepenuh keyakinan dengan apa yang terjadi tu punyai hikmah yang besar disebaliknya.
so dib, kalau dah tahu. try berubah ok..
ok..insya Allah..
sedang menanti hari sangat untuk posting..
ntahla..
rasa berdebar sangat amat tunggu 19 Julai ni..
akan masuk ke SAK or DG or DHL??????
hurm..dah masuk ke ke kena tungu lagi..huhuhuh
sebenarnya...
saya dah bersedia dah untuk masuk ye..
dah tak larat dah macam ni..
tapi takpe..saya akan tunggu arahan seterusnya..
jangan risau..
cuma baru-baru ni buka website ismadhl - tak sengaja sebenarnya..
tengok-tengok gambar..then tengok sorang ni..ish macam ku kenal saja..
tajuk ' meraikan ahli baru'
then ditunjukkan la gambor ahli baru tu..hohohoho..
hurm..
tak nak cakap dah..
sekarang ni fasa menunggu saja...
di taman islam tadi..
hurm..
dah cakap..
antuma dua nak tahu tak? apa yang kome semangar sangat ckp td, pasal haluan la n seangkatannya..yang lain-lain masih tak mampu terima tu semua..tu pun nasibla ada wardah, yati n aliya saja..diorang tak faham tau..huuuuuu..ntahla baca la surat akak tu..saff nak baca surat teha pun takpe..akak doakan yang terbaik buat kalian..
wallahua'lam.

Labels:
bicara hati,
dakwah ini,
taman islam harapan ummat
Friday, July 9, 2010
di daerah sana ii
bismillah
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad ..
meneruskan tulisan untuk post sebelum ni..
sebelum tu..sebenarnya bersemangat nak tulis bila terbaca blog ukhti atifah. blog yang didedikasikan buat anak-anaknya (future) padahal dia tak nikah lagi pun..hurm..untuk penguat anak-anaknya melihat dia melalui jalan dakwah ni dia tulis pengalamannya..best best..nak buat macamtu juga la..mungkin bukan buat anak-anak tapi buat diri sendiri di masa depan..buat peringatan sendiri..
sambung..
erm..ingin menjadi wanita bekerjaya..
satu langkah lagi..
banyak berkongsi dengan wanita bekerjaya, sang daiyah dan sang mama kepada anakanaknya..
ana nak cerita dengan org-orang ni macamna nak didik anak sebagai wanita bekerjaya..
antaranya..(ni target saja sementara saya ni memang org yang masih bawah tempurung)
ustazah norakhilah (isma perak), dr wan zalillah (kkh haluan), ustazah isyah radiah (isteri che am raihan - tapi tak tahula nak cari ustazah kat ne), ustazah norasimah (my mummy)..lain lain??ntah la..tak terpk lagi..nanti kalau dah ada senarai saya tambah lagi..dalam misi mencari orang ni..
mungkin tu saja..
sebenarnya nak share pendapat dan pengalaman orang lain juga pasal menjadi wanita, da'i , isteri dan ibu bekerjaya ni macamana..tapi laterla..kena cari dulu..
akhirnya moga Allah permudahkan dan memberikan yang terbaik buat saya dan keluarga saya.
sekarang ni fasa nak betul betul bersedia untuk menjadi zaujah dan ibu..ish..tak boleh la cakap macam ni..labah labah dalam perut..hoho..walaupun masanya tak tahu bila..tapi saya perlu betul-betul bersedia untuk saat itukan? kerana anak yang soleh itu diperolehi bermula dengan pemilihan ibunya yang terbaik..dan saya ingin menjadi ibu kepada para mujahid dan mujahidah itu..ish serious geli la..tapi perlu dilawan..
roomate kalau baca ni jangan gelak okeh..saya ingin menjadi lebih dewasa..kerana usia juga semakin meningkat..hoho
wallahua'lam..
semuanya dalam perancangan..berderet-deret benda nak dibuat..tinggal amal saja yang berbicara..

Monday, July 5, 2010
di daerah sana
bismillah..
segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..
alhamdulillah..alhamdulillah. masih bernafas sehingga detik ini..
belakangan ini terlalu banyak yang bermain di fikiran..
menunggu jawapan..
tapi entahkan dari mana..
dan entahkan bila..
biarlah..
aku pasti jawapan itu akan hadir dengan berlalunya masa..
dan pasti kan ada yang diutuskanNya untuk memberikan ku jawapan itu..
wallahua'lam..
hurm..
wallahua'lam sebab cukuplah dengan mainan kata..hohohoho..
tak reti la den..macam hipokrit la pulok..sebab nak tergelak-gelak..hihi..
tapi sebenarnya..cukup indah permainan kata..baru baca blog mambi86.blogspot..mainan katanya best juga..kalau baca blog penasihat..hurm..tu lagilah..pengsan nak paham..baca sekali dua kali tiga kali baru dapat paham kot..n lagi satu blog salji biru..hoho..tu satu hal..lagi..ayat puitis bangat..- but nice la..tu semua blog ikhwah ..janganlah manusia-manusia ni menjejakkan kaki ke post ni..hmmmm..nanti dema tahu la..aihh
kalau blog akhwat pula..macam blog saya ni lah..banyak bercerita..hoho..jarang sebenarnya pi blog akhwat..tadi baru terserempak lepas jalan-jalan sikit..blog atifah, kak siti..banyak menceritakan pengalaman..alhamdulillah..ada gak akhwat yang berkongsi pengalaman dalam blog..susah juga saya nak mencari blog akhwat..lainla blog superserikandi, teha mumtazah dsb..
apakah yang kamu merapu itu..
saya bakal posting 19 julai ni..macamtu juga dengan akhwat ku..alhamdulillah..ana n marini dapat selangor, kak mar n saadah dapat perak, syazana dapat kedah n hirzi dapat sarawak. dimana bakal ditempatkan secara spesifik?wallahua'lam.itu semua adalah perancangannya..tak sabar sebenarnya nak tunggu 19 hb..sebab semua pun dah tak larat nak dok umah, then tak sabar untuk gerak kerja seterusnya..nak pi halaqah, program dan lepas masuk alam pekerjaan ni di mana fokus dakwah..semua tu sangat ditunggu. tapi pastinya saya sedih sebab akan bertukar murabbiyah dan berpisah jauh dengan roomate ku itu..
cik mama n cik roomate..
dah lama sangat kita bersama..
cik mama sejak matrik..cik roomate sejak kita sem 2 kita kenal..
lebih dari 4 tahun..
cik mama dah lama jadi murabbiyah..
cik roomate dah lama jadi kawan saya..
sebenarnya..kalian berdua pendengar yang terbaik untuk saya..
dan pemberi respon yang paling baik..
apatah lagi hanya kalian berdua yang cukup memahami tentang taman islam..
hanya kalian berdua..tak tahula mana nak cari orang macam kalian lagi..
doakan saya bertemu dengannya..
'dia' yang mampu bercakap dengan saya..
berkongsi rasa tentang taman islam..
tentang diri saya..
mampu bercakap dari hati ke hati..
mampu meluahkan apa yang terbuku dihati ini tanpa ada rasa sangsi..
dan menerima saya seadanya saya..
seperti mana kalian menerima saya..
mampu untuk sangat memahami saya..
dan menyayangi saya~kerna saya merasai tempias kasih sayang itu..
ntahla..
adakah saya akan menjumpai orang seperti itu?
wallahua'lam..saya berdoa agar Allah memberikan 'dia' sebagai yang ketiga selepas kalian berdua..
tapi ketentuan Allah itu yang terbaik bukan..
bila kita mengkehendaki sesuatu yang lebih baik..terkadang banyak benda baik yang perlu dikorbankan..
tak semua benda yang kita nak kat dunia ni kita boleh dapat..kan?
aku pasti akan sangat merindui kalian..
namun ukhuwah kita kan terus terpatri bukan..
ukhuwah itu hingga ke jannah..
benarla..perpisahan itu amat pahit untuk ditelan..
tapi hidup perlu diteruskan...
kalau kalian baca ini..jangan risau ya..di saat ini tiada air mata yang tumpah..
sekarang fasa cool..huhuhu..tapi sebak giler ni wehh..
bercakap tentang posting..
ana bakal menjadi seorang wanita bekerjaya..
dengar tu
WANITA weh..ish ish ish..sukar juga menerima ini..
tapi tidak mengapa..
boleh tak nak cakap..
ana nak terus menjadi wanita, da'i, isteri dan ibu bekerjaya..
dan tidak memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..
kenapa memilih untuk itu...
untuk makluman..itu adalah pemikiran pada 5 julai 2010..
sebelum saya posting pada 19 julai 2010 dan memulakan alam kerjaya..
dan saya telah mejadi da'i sejak disember 2004..
sebelum saya menjadi isteri pada.....bila?
dan sebelum saya menjadi ibu pada...ni lagilah Allah saja yang tahu..
saya masih belum merasai alam kerjaya
saya masih belum tahu bagaimanakah rupanya menjadi dai yang sibuk dengan dakwah dalam masa yang sama dengan kerjayanya.
saya masih belum merasai pengalaman menjadi seorang isteri dan menjadi full time dai dalam masa yang sama bekerjaya..
saya juga masih belum merasai pengalaman menjadi seorang dai, dalam masa yang sama seorang ummi dan pastiya isteri juga seorang pekerja..
saya masih belum merasai semua itu..
cuma saya merasakan..
kerjaya saya akan banyak membantu saya memahami masyarakat dan permasalahannya kerna saya berada di tengah-tengah mereka dan mengatur strategi bagaimanakah pendidikan untuk anak-anak saya yang sebaiknya..kerna anak itu perlu dididik sesuai dengan zamannya..
dan zaman ini terasa amat pelik bagi saya..kerna itu saya perlu memahaminya..
tapi itu semua mungkin sekadar pemikiran cetek manusia yang masih belum berpengalaman..
tapi saya akan cuba mengatur strategi dan menimba pengalaman dari insan yang jauh lebih berpengalaman..
bagaimana untuk mendidik anak-anak sebagai seorang wanita yang bekerjaya..
dan semua itu pastinya dengan keizinan Dia dan dia-suamiku nanti insya Allah..labah-labah dalam perut okeh..haha..
takpe..papehal boleh bincang kan?adeh..seram giler cakap pasal ni..huih..
tu satu reason..dan mencakupi banyak reason..
yang kedua..
ingin menjadi orang yang benar-benar sibuk..kerna bagiku..orang yang benar-benar sibuk mampu menguruskan masa dengan amat baik sekali..tiada masa yang dibazirkan dan sedikit kerehatan..seperti orang yang sedang berjuang...ntahla..aku berdoa..moga aku mampu menghadapi semua itu..dan dalam masa yang sama anak-anakku terdidik dengan sangat baik..akan ku cuba insya Allah..itu azam dan tekadku yang aku luahkan pada 5 julai 2010 ini..
to be continue..nak baca emel sat yang murabbiyah hantar..

Subscribe to:
Posts (Atom)