Wednesday, June 22, 2011

sektar - prinsip

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

mode : sektar.
semalam meeting : ada 2 meeting dan perlu memilih salah satu. tak suka memilih tapi terpaksa.
akhirnya. memilih meeting sektar atas keurgenan program hujung minggu ni. dan meeting satu lagi program nya hujung minggu depan (urgen juga sebenarnya)

sejak bersama dakwah sektar - sekretariat antarabangsa isma. sangat nampak dakwah yang mendunia dan sangat meluas di seluruh dunia. kebanyakan figure terlihatnya daripada dakwah sektar ini - ikhwah akhwat yang bergerak di luar negara. dan pulang ke tanah air menggerakkan tanah watan ini.

tak perlu di tanya mengapa terjadi begitu. semua sudah cukup maklum rasanya. (kalau tak maklum pun - aku sendiri sudah cukup maklum.hoho)
terkadang terbetik dan terdetik juga dalam hati
-saat menonton montaj, mendengar perkembangan dakwah luar negara, mendengar testimoni para akhwat dan ikhwah luar negara-
best giler! <-- ayat tak tawadhu ni dib. jgn amalkan
seronoknya berada di luar negara - dalam kehidupan sebagai student dan dai disana.
berpengalaman menjejakkan kaki ke negara orang
tapi sesaat selepas itu. hati berdetik
syukur Allah. aku disini. walaupun aku tidak dapat merasai overseas student life
tapi aku bersama tarbiyah Mu.
setiap insan pasti ada jalan kehidupannya
yang terbaik yang telah ditentukan oleh Dia yang Maha Mengetahui.
(14:7) - jika kamu bersyukur Allah akan menambahkan nikmat kepadaMu, jika kamu inkar, maka azabKu amat pedih
cuma saat ini
pastinya melangsaikan amanah bersama dakwah sektar ~

tengok satu gambar. banyak sebenarnya. ni salah satu
  (tak bleh nak upload) - nanti saya upload..hoho
tapi ni link
 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.206008742774865.51304.100000972229597#!/photo.php?fbid=179162372142304&set=a.178916275500247.46429.159870620738146&type=1&theater
wah!! tengok pengantin perempuan.
berniqob!
ni akhwat saya. akhwat UPSI. ^_^
roomate saya semata di BT ( cik zi..la ni baru nak ngaku rumet ek? tak baik btol dib. hoho)
saya bangga dengan wedding gini.
sempoi tapi kelihatannya amat mejaga dengan niqob
ntahlah..sangat comel bukan.
zaujnya...leftenan tuh..huhu.. mungkin sesuatu yang tak pernah sampai ke fikiran. bernikah dengan leftenan ditarbiyah.-navy.  lalu bawah pedang ( kalau tak bawah pun at least tepi..haha). dan dengan uniform putih gitu.dengan memegang title akhwat title ikhwah tarbiyah.
awesome! subahanallah. kak mar kak mar.. Allah menetapkan jodoh yang terbaik buat kamu.
kuat ya..menjadi zaujah solehah, ummi murabbiyah - melahirkan pewaris agama yang sangat menjaga seperti kamu.
subahanallah.
saya tak tentu lagi kuat untuk berniqob begitu...T_T

akhir2 ni berfikir bila melihat beberapa gambar wedding ikhwah akhwat 'saya'
ntahla...
saya tak tahu apa saya akan jadi jika melalui saat seperti mereka...
adakah saya mampu mengekalkan prinsip yang diajarkan kepada saya selama ini
jadi saya tak boleh cakap banyak.
hanya boleh lihat dan mengambil ibrah buat diri..
tak tahu...
moga Allah melindungi saya daripada perkara yang tidak sepatutnya dan boleh menjadi fitnah buat sang dai...
ntahlah..mungkin sebab mereka qiadi 'besar' buatkan saya kelip kelip mata mcm tak caya.
ntah
ntah..
mungkin mereka ada reason yg sangat kukuh
moga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada kami semua ameen

No comments:

Post a Comment