bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw
sedang struggle..
teringat kata-kata ustaz mad
'kita yang berada dalam tanzim juga kadang2 rasa down, tapi jangan sampai down kita tu melepasi had dan lingkungan dakwah'
Allahu Rabbi
berikan aku kuat.
berikan aku ikhlas
berikan aku istiqomah
diriku hanya insan
diriku hanya insan yang punyai rasa kuat
terkadang punyai rasa semangat yang tinggi
dan terkadang punyai rasa lemah
terkadang punyai rasa malas
terkadang punyai rasa penat dan jenuh
walaupun aku
tidak ingin punyai rasa negatif itu
aku ingin terus kuat dan hebat
menjadi diri yang tangguh
menapak di jalan dakwah ini
tanpa ada rasa lelah dan putus asa
Allah..
aku ingin agar setiap langkah ku hanya kerana Mu
bukanlah kerana peniaian manusia-manusia itu..
biarlah tiada manusia yang melihat
namun aku pasti
Tuhanku sedang menilaiku
doa yang di tebarkan sepanjang perjalanan dan jaulah ke kelantan
dalam setiap solat dan sujud
agar diri ini serta ikhwah dan akhowat seperjuangan
terus istiqomah meniti jalan yang sukar dan berliku
agar ikhlas itu sentiasa bersama
perlu menjenguk kondisi hati
dan perlu menatanya dengan amat baik.
mungkin ada dosa-dosa yang masih belum ada taubatnya..
Allah...
tunjukkan jalan kebenaran kepada kami.
ameen
No comments:
Post a Comment