Saturday, April 23, 2011

kamu menjadi sebahagian dari aku

Kita mahu masyarakat kita mengetahui bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih jiwa-jiwa kita ini, hingga jiwa dan nyawa kita rela terkorban menjadi tebusan demi mencapai keagungan untuk mereka, sekiranya perjuangan menuntut tebusan sedemikian. Jiwa-jiwa kita rela bersusah payah membayar harga yang mahal demi mendapatkan kemuliaan bagi agama dan cita-cita mereka. Kita tidak mengambil pendirian sedemikian melainkan kerana perasaan cinta ini yang telah memenuhi segenap hati-hati kita, melupakan kita tentang tempat tidur dan mengalirkan airmata kita. Amat berat kita rasakan terhadap apa yang sedang dialami oleh masyarakat kita. Kita bekerja di jalan Allah untuk orang ramai lebih banyak dari kita bekerja untuk diri kita sendiri. Kami adalah untuk anda semua wahai kekasih-kekasih kami, bukan untuk selain kamu. Tidak akan datang hari dimana kami berjuang untuk selain kamu” (Imam Hasan Al-Banna).

itulah rasanya..menyayangi mereka lebih dari diri sendiri..
menginginkan kebaikan yang amat banyak buat mereka
seringkali mata melepasi facebook mereka
benar tidak boleh melihat dan menilai orang melalui facebooknya
tapi
terkadang diriku tewas, dan hati ku menjadi pedih, terasa bagai di coret-coret
inginkan kebaikan yang amat banyak buat mereka
menjadi mujahidah penerus perjuangan Islam dan menegakkn kalimah haq di muka bumi ini

mungkin semua itu akan berlaku dengan berlalunya masa
apa pun,  doaku buat kalian
sentiasa mengingati kalian
kerana kalian pernah dan hingga saat ini menjadi amanah buat ku

No comments:

Post a Comment