Tuesday, June 19, 2012

azam baru?

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah
nafas baru yang banyak !
thumma alhamdulillah.

tak perasan Allah menghadirkan ruhul jadid itu. dalam satu hujung minggu sahaja

antaranya :
1. pesanan semasa liqo sekretariat antarabangsa dalam negara : update la blog tu...

2. mabit bersama student tersayang [walaupun terpaksa ponteng katibah ;'(  ] : tilawah 1 juz sehari, almulk sebelum tidur. ini serious. please. preparation sebelum ramadhan  - 3 days after, alhamdulillah. mash cuba mengekalkan momentum.

3. hamasah yang mencanak untuk KMB year 1 : dah hampir siap planning setahun termasuk bahan2 pengisian. thumma alhamdulillah. ya Allah. terlalu bersyukur. Allah...

4. ruhul jadid untuk usrah STAM  dan sekolah. alhamdulillah. usrah STAM dah berjalan, dan usrah sekolah masih deal insya Allah dalam masa terdekat

alhamdulillah

- pengisian ustazah norsaleha masa liqo sektar tu sangat sangat sangat best dan memberi kesan. alhamdulillah. setiap apa yang dicakap akan diiringi dengan saya cakap sendiri : memang betul, true, yes, betul sangat. Allahuakbar!
-melepaskan KRIM - agak memberi keringanan kepada kepala dan pundak. alhamdulillah. melepaskan KRIM, banyak memberi hikmah kepada yang lain2. moga KRIM DHLmampu survive dengan baik. insya Allah.

alhamdulillah,
atas nikmat yang Allah beri. perlu menjadi manusia yang sangat bersyukur.dan yang paling manis adalah, tilawah saya getting better sangat. alhamdulillah

takbir!
Allahuakbar.


Sunday, May 13, 2012

Refresh muwasafat tarbiyyah

Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.



one step closer

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah. segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

sudah terlalu lama tidak mengupdate blog ni bukan?
sejak menjadi seorang pekerja rasanya agak kurang menupdate blog
tak tahu ke mana semangat menupdate blog tu pergi
termasuk lah mencantikkan blog yang kadang2 perlu.

dan dengan semangat yang kurang, saya memperkuatkan semangat untuk menulis juga
bukan apa diba,
sebagai teman dan sebagai peringatan di masa hadapan.
entah,kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan
adakah semangat yang masih sama dengan semangat dakwah hari ini?
adakah tahap pengorbanan masih sama,
dan peringatan untukdiri sendiri agar tidak terlalu banyak beralasan
sebab tu perlu mengupdate blog ini

ya Allah,tetap kan diri dan dan hati kami di jalan dakwah dan tarbiyah ini hingga akhirnya.ameen

apa cerita yang terbaru
baru habis OSC sebagai timbalan pengarah
alhamdulillah.
ok je. ok ke? ok la..
bekerjasama dengan pengarah yang membantu saya belajar untuk banyak bersabar. haha
tak baik. lain orang lain ragam. tak boleh espect semua orang akan jadi sama macam kita.
tapi sangat bersyukur mendapat pengarah program yang sangat membantu menggerakkan program termasuk promosi kepada peserta, aktiviti, dan pengurusan secara keseluruhannya.
bukan nak puji sangat tuan pengarah ni, cumanya saya tengok sepanjang 2 bulan perancangan OSC, banyak ajk yang berdiam diri tapi tuan pengarah yang terus juga berusaha walaupun sorang2 untuk promosi adik2 tu.walaupun beliau bukanlah team sekolah - syukur Allah. terima kasih. sekurang2nya ada orang rasa bertanggungjawab menggerakkan program walaupun ramai yang berdiam (dengan masalah masing2)
program OSC,program besar yang promosi utamanya adalah dakwah fardiyah
ni gara2 dapat tuan pengarah yang berjiwa DF sangat sangat sangat sangat.
walaupun saya tak lah sangat setuju - tapi bila pendapat untuk promosi umum agak tak mendapat support, saya rasa keseorangan n finally - ok i follow u n follow the flow.
alhamdulillah.
walaupun jauh dari target, tapi peserta 15 lelaki dan 60 perempuan adalah yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. setelah berusaha dengan hebat, ini yang Allah telah tetapkan. thumma alhamdulillah
walaupun dalam OSC ada banyak benda yang buatkan saya 'masuk dalam gua'
berfikir, beristighfar dengan banyaknya
sebab apa yang berlaku adalah berbeza dengan jangkaan saya sebagai pengurus program
terutama dari segi content slot2
and i'm a melancholy ~ so so so.
saya berfikir dengan banyak
dan akhirnya menemui jawapan yang pasti
usaha kita bukanlah 100% penentu keberjayaan seseorang mendapat hidayah,
kita telah berusaha,
moga memberikan hidayahNya kepada para peserta dari sisi-sisi yang kita tak nampak dan meletakkan mereka dikalangan2 pejuang Islam.
insya Allah ameen.
diba dan team dah buat yang terbaik - bila tidak mencapai yang terbaik dari banyak sisi, bukanlah bermaksud hidayah Allah tidak sampai.
sebab tu banyak sangat beristighfar
agar dosa-dosa saya tidak menjadi hijab kepada turunnya hidayah kepada mereka.
ya Allah,bantulah agar adik2 peserta OSc ini istiqomah di dalam jalan Islam.
bantu kami dan beri kekuatan kepada kami untuk follow up mereka dengan baik. 

Thursday, March 15, 2012

coretan di hari cuti

bismillahirrahmanirrahim

dah beberapa kali menulis kat sini.
tapi tgh2 jalan mood hilang dan akhirnya berhenti begitu sahaja.

alhamdulillah dengan kehidupan sekarang.
kerja yang banyak itu biasa.
takda kerja tu yang luar biasa.

cumanya,
akhir2 ni banyak bekerjasama dengan pakcik-pakcik (baca : ikhwah)

alhamdulillah. sekarang ni dah banyak kemunculan ikhwah
sejak SALAM feb.
kalau sebelum ni, semua orang pun tertanya2.
mana ikhwah ni. dalam data kemain banyak. tapi satu batang hidung pun tak nampak nak tolong uruskan urusan dakwah yang banyak.
setelah cakap dengan banyak kali
akhirnya Allah memakbulkan doa.
dan sangat bersyukur bila ada seorang ikhwah yang pandai outsource.
maksudnya dia pandai cari ikhwah lain dari segenap ceruk untuk membantu mana yang perlu.
kejap2 nama ni naik, dahtu nama lain pulak, program lain nama lain pulak yang dicari ikhwah tu.dan nama2 yang tak pernah diketahui.
alhamdulillah. beginilah pemimpin yang di cari.

cumanya bila bekerjasama berlainan jantina
pastinya lain kalau bekerjasama dengan akhwat
cuma saya banyak berdoa.
moga adab2 pergaulan antara ikhwah akhwat akan terus terjaga degan baik.
tiada kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.
hati dan pandangan perlu sangat amat dijaga
banyak rasa ketidakpuasan hati perlu banyak bersabar.
entahlah
dengan inche pengarah ini, mmg agak mencabar dan perlu bersabar.
moga Allah yang membantu melancarkan segalanya
walaupun tanpa persefahaman yang baik antara 2 pihak (bole ke gini??saya je rasa gitu kot.)
bantu kami ya Rabb.
dan mengadu hanya pada Allah.
insya Allah.segalanya ok saja. *smile*

satu detik
saya telah membuat satu perkara luar alam
hoho. taklah luar alam sangat.
tapi bila saya pk. 'biar betul ko ni dib'
dan bila iman berkata
'betul lah. ko dah buat kan. usah dikenang jangan disesalkan. itu yang Allah aturkan, kalau ko dah buat'

moga ok saja semuanya.
ameen.

banyak benda yang Allah ketuk.
alhamdulillah, ketukan yang lebih mendekatkan kepada Allah.
terasa sangat best.
menangis macam tu sekali.
terasa hati sangat lembut.
walaupun seriusla
ketukan yang sangat buatkan hati ni kemek2 nak menerima.
sakit gila kot *ayat tak tawadhu. serius*
but thats the fact.
itu teguran Allah buat kamu
say alhamdulillah.
dan saya sedar.
alhamdulillah
thank you Allah.

Saturday, February 4, 2012

que sera sera

bismillhirrahmanirrahim..

ya Alah
sekarang ni rasa serabut sangat
sangat sangat
dan dah kurang sikit.

la ni.
rasa blur.
nak buat apa ni?
kerja banyak je sebenarnya..

ok. sebenarnya kena buka YG Media dan hadam.
untuk comunicate dengan idea dan kreativiti bukan satu benda yang mudah
apatah lagi bagi diri yang tak kreatif ini,

Monday, January 30, 2012

kitar hidup ahad 29 jan

bismillahirrahmanirrahim

ahad yang bahagia dan kepengsanan.
bermula
7.30 pagi bertolak banting - bangi
9.00 pagi bermula liqo maskolej dan habis pada jam 2.00 pm
solat dan makan.
3.00 petang memulakan meeting amaliyyun membincangkan hal ehwal halaqah sektar
4.00 petang bergerak ke KMB untuk halaqah
7.00 malam dari KMB bergerak ke pejabat DHL Bangi
8.00 malam siap solat, membincangkan program SAMBBST yang bakal berlangsung hujung minggu ini
8.30 malam bermulanya meeting pengkaderan DHL dan habis tepat jam 11.20 malam.
dan saat ini jam 12.15 malam. usai solat taubat, menyediakan tempat tidur dan cek emel dan update blog lagi..

saya ok, rasa tenang, seronok, sampailah satu tahap di tengah2 meeting pengkaderan. jam menunjukkan 10.30pm. kepala dah mula pening. dah mula tak dapat cerna.
ya, perlukan rehat mungkin.

alhamdulillah diberi kesibukan begini.
diberi ketenangan yang tidak berbelah bagi. alhamdulillah thumma alhamdulillah.

cuma saya fikir.
nanti kalau dah nikah memang tak boleh nak buat macam ni.
kalau nak buat macam ni pun.
kena cakap kat zauj.
pi outstation na hari ni...
haha mengarut.
ya sementara masih bujang dan sangat mobile ( alhamdulillah mak ayah tak bising sangat)
nikmati pengalaman dakwah tanpa henti ini sepenuhnya.
mungkin sebelum disibukkan dengan perkara2 lain selepas nikah. hoho
dengan urusan kedua2 belah keluarga ~ kenduri kendara,ziarah , etc
kena masak, kemas rumah sampai kemas baru boleh keluar rumah,
kalau suami kat rumah, kita pun tak boleh la nak terbang sangat kan..
kena uruskan anak2
dan sebagainya......
mengarut dah di tengah malam2 buta ni ...


alhamdulillah atas segala nikmat ini.

Saturday, January 28, 2012

media2

bismillahirrahmanirrahim

biar betul diba masuk team media?
ini bermaksud penambahan kerja lagi
entah.
kadang2 berfikir.
apa yang Allah rancang buat diri ini?
perancangan awal
ingin melepaskan satu taklifan
tapi
belum sempat melepaskan taklifan tersebut
secara tidak sengaja
menggalas lagi satu taklifan yang dipandang serius oleh orang atasan (baca : YDP).
dan tugasan-tugasan datang terus menerus.
entah.
istikharah
apakah yang terbaik.
tapi disini
dan hari ini
bersama team media.
aku merasa ada satu ketenangan
pasti Allah akan membantu segalanya
memudahkan segala urusan
akan terus istikaharah
apakah yang terbaik
dan memohon kekuatan buat diri .

p/s : nak beli phone 4s. reason : same with macbook Pro. ya Allah.  mudahkan urusan ku dan mudahkan urusan dakwahku. lapangkan rezeki ku dan rezeki ikhwah akhowat ku. ameen