Monday, January 30, 2012

kitar hidup ahad 29 jan

bismillahirrahmanirrahim

ahad yang bahagia dan kepengsanan.
bermula
7.30 pagi bertolak banting - bangi
9.00 pagi bermula liqo maskolej dan habis pada jam 2.00 pm
solat dan makan.
3.00 petang memulakan meeting amaliyyun membincangkan hal ehwal halaqah sektar
4.00 petang bergerak ke KMB untuk halaqah
7.00 malam dari KMB bergerak ke pejabat DHL Bangi
8.00 malam siap solat, membincangkan program SAMBBST yang bakal berlangsung hujung minggu ini
8.30 malam bermulanya meeting pengkaderan DHL dan habis tepat jam 11.20 malam.
dan saat ini jam 12.15 malam. usai solat taubat, menyediakan tempat tidur dan cek emel dan update blog lagi..

saya ok, rasa tenang, seronok, sampailah satu tahap di tengah2 meeting pengkaderan. jam menunjukkan 10.30pm. kepala dah mula pening. dah mula tak dapat cerna.
ya, perlukan rehat mungkin.

alhamdulillah diberi kesibukan begini.
diberi ketenangan yang tidak berbelah bagi. alhamdulillah thumma alhamdulillah.

cuma saya fikir.
nanti kalau dah nikah memang tak boleh nak buat macam ni.
kalau nak buat macam ni pun.
kena cakap kat zauj.
pi outstation na hari ni...
haha mengarut.
ya sementara masih bujang dan sangat mobile ( alhamdulillah mak ayah tak bising sangat)
nikmati pengalaman dakwah tanpa henti ini sepenuhnya.
mungkin sebelum disibukkan dengan perkara2 lain selepas nikah. hoho
dengan urusan kedua2 belah keluarga ~ kenduri kendara,ziarah , etc
kena masak, kemas rumah sampai kemas baru boleh keluar rumah,
kalau suami kat rumah, kita pun tak boleh la nak terbang sangat kan..
kena uruskan anak2
dan sebagainya......
mengarut dah di tengah malam2 buta ni ...


alhamdulillah atas segala nikmat ini.

No comments:

Post a Comment