Thursday, December 29, 2011

merajuk

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

alhamdulillah. syukur Allah.
masih diberi nikmat nafas dalam tarbiyah
walaupun kadang2 rasa teruk sangat!!!

pasal program terbaru SALAM.
alhamdulillah
banyak yang dah gerak
dah nampak perancangan terutama untuk digerakkan oleh cawangan saya. DHL
alhamdulillah
tapi. masih banyak kekurang fahaman oleh cawangan

dan kerja2 yang menanti untuk disiapkan.
sampai satu tahap. rasa terlalu banyak kerja yang perlu dibuat!
dan.
sekarang
merajuk dengan diorang berdua!
dengan encik bos dan dengan puan teammate
merajuk!
rasa kecik hati.
terasa.

tapi kalau merajuk,kecik hati, terasa,
sendiri je tahu la..sendiri layan..
malas kot diorang nak layan.
huhu

saya cuba faham keadaan diorang.
tapi kenapa macam diorang tak cuba faham keadaan saya.(ni dzon kot)
masing2 sibuk
urusan kerjaya dan keluarga
saya pun ada juga kerja.

ok dib.
kena be rasional kot
cakap kat diorang.

entahlah.
tak sampai hati nak cakap
sebab saya tahu diorang masing2 pun banyak hal.
(tapi saya pun banyak hal juga kot)
saya nak cakap banyak pasal salam ni
tak tahu nak curhat kat sapa
sebab diorang je kot yang faham.
dan bila sampai waktu nak cakap.
entah. dah lupa nak cakap n nak bincang apa.
kena cakap on de dot

entahlah.
dib tak baik tak baik.
nanti kalau awak pula yang nak kawen n baru kawen baru sendri rasa kot..
bila sendiri ada suami n mak mertua baru rasa kot
bila sendiri ada bisnes nak kena urus..eh tak kot....saya tak pernah plan nak bisnes

ok..
tenang je..

tapi nak teruskan merajuk.
sampai meeting nanti.
ok. serius diba ni mengada-ngada.
tak nak kawan!

ok sapa nak pujuk saya.
T__T
sedih kot.

p/s ni pertama kali merajuk dengan diorang.

Thursday, December 22, 2011

dia dah nikah

'ada 3 orang yang wajib datang nikah kita termasuk dib'
'siapa2 orang lagi?'
'rasa2 sapa?mestilah dib tahu'

akhirnya..tidak dapat menghadirkan diri ke majlis pernikahan.
tapi berkejar ke kuala kangsar untuk menghadirkan diri ke majlis walimatul urus akhwat yang sangat aku sayang ni. 
walaupun pada masa yang sama menjadi timbalan pengarah program kem lepasan spm. 
alhamdulillah.tak buat kerja gila pergi juga jumaat tu.
sebab jumaat yang kelam kabut untuk program tu. alhamdulillah. sabtu selamat pergi dan pulang.

satu je rasa sepanjang berada di walimah itu.
sangat sayu. 
saya bersyukur kerana dia dah menyempurnakan separuh agama. alhamdulillah
tapi saya terasa sangat-sangat kehilangan 
(sekarang ni mata berkaca-kaca) 
sangat sangat.
selalu saya suka tengok pengantin. tengok lama2sebab cantik.
tapi pengantin yang inisaya tak sanggup tengok lama-lama.
takut cair pula air mata ni depan mereka. 
terasa tak sanggup melepaskan dia pergi menjadi milik orang lain.
orang asing!

semasa mahu pulang.
bergambar sebentar.
saya berdiri sebelah dia.
dan saya orang pertama salam dia lepas ambik gambar tu
saya peluk dia, dia peluk saya.
tapi saya tak mampu nak cakap apa-apa. 
even barakallahuakum
not even one words.
tapi dia cakap.
'doakan..'(ada lagi tak ingat) 
saya pandang dia senyum je dan dengan cepat saya terus keluar.
saya risau. kalau saya bercakap, bukan suara yang keluar,
tapi airmata.
lagi lama saya menatap dia, lagi sayu rasa hati.dan dia akan tahu saya sedih. 
nasib baik saya tak nangis.
dan saya mampu menahan air mata daripada keluar sepanjang panjang panjang.
sampailah hari ini.

deep in my heart.
saya sayang dia sangat!
dia murabbiyah saya. lama.
roomate sejak matrik.
dalam dunia ni ada 2 orang yang saya boleh cakap dengan baik.
dia dan roomate.
entahlah..

saya sayang dia.
saya tak tahu kenapa saya sayang dia sangat
sangat.
dulu masa habis upsi,
saya sedih sebab risau tak boleh jumpa dia.
tapi alhamdulillah.
lepas 2 tahun meninggalkan upsi saya masih jumpa dia dalam meeting-meeting kami
dan selalu sembang dengan dia dan selalu jaulah dengan dia
masih boleh curhat, gelak-gelak

tapi.
bila dia diikat dengan sebuah ikatan pernikahan
dia dah menjadi milik orang lain.
terasa sangat dia hilang.
terasa sangat kehilangan dia.
kehilangan untuk selamanya

no more jaulah-jaulah
no more sembang-sembang
no more jalan2naik kereta
no more makan-makan kat d limau nipis.
no more makan ayamas kat masjid.

entahlah
saya masih belum mampu menerima
ya Rabbi.
kuatkan hati aku
menerima perpisahan ini.
sedih terasa.
sebab terasa dia lain. 


cakap dengan hirzi
'kita sedih sangat'
hirzi kata 
'kenapa sedih. kita gembira. n excited je'

esoknya dapat sau meseg
'kita pun sedih juga. baru terasa' hirzi

tanya ima
'ima ok ke?'
'ok je.
'terasa lain tak'
dia angguk dengan macamtakda perasaan tapi pandangan yang bermakna. dan saya tahu. dia juga rasa sayu.
'rasa lain. kita tinggal bertiga je weh' ima sambung

so 
kesimpulan untuk saya, hirzi n ima..
ini hakikat yang kita perlu terima.
dia dah nikah.
tinggal kita bertiga

jadi.
jomlah kita kawen juga..
nanti taklah sedih sangat kan..
kan?

ana dedicate lagu irfan makki ' mabrouk'buat
ukhti solihah n akh munaim. 
barakalahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair

p/s : taknak letak gambar mereka. tengok pun belum boleh. sebab nanti saya nangis.

Tuesday, December 20, 2011

Kem Lepasan SPM Bangi Dis 2011



sebenarnay terlalu lalu banyak yang nak tulis pasal program di atas.
program yang amat best alhamdulillah
menyamai program step n iic dulu bestnya.
tapi masa terlalu mencemburui. tak sempat.
tengah pulun nak marking paper.
dah tak boleh banyak main dan berpoya-poya!
risau.

dan terlalu banyak benda perlu diurus dengan SALAM
juga briged 
juga krim dhl
juga dan juga dan juga...
permudahkan urusan kami Rabbi

sedikit gambar

kerja saya

kami

nice! (ada orang senyum terlebih. yang tudung ungu tu.haha =p)

promo SALAM. ada karisma tak? huhu

......  speechless

Sunday, December 11, 2011

qudwah 1

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah, selawat dansalamke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

alhamdulillah..masih bernafas dalam udara tarbiyah..
beberapa hari ini mendapat beribu-ribu pengalaman hidup
daripada pemerhatian mahupun yang diperhatikan sendiri

bila berjumpa manusia-manusia
kadang-kadang malu sendiri
dan selalunya akan melihat ke dalam diri

sejak di sini
berjumpa terlalu ramai orang yang mengagumkan saya
berjumpa dengan akhwat yang lembuttt sangat sangat
cara cakap, bergerak, berpakaian,tidak mudah marah dan sentiasa cool dan sentiasa tersenyum.
dan mereka adalah seorang ibu yang sangat sangat sangat lembut dans angat bersabar dengan anak-anak
dan dengan kerenah anak-anak.
bukan seorang bukan 2 orang.
hampir semua orang!!
hampir semua akhowat yang saya jumpa begitu.
hebatnya dalam dakwah
lembut dalam berbicara dan berperibadi
begitu lembut dengan anak-anak yang pelbagai kerenah
dan sangat jarang berjumpa dengan akhowat yang suri rumah
kebanyakan akhowat adalah akhowat yang bekerjaya.
kadang-kadang bila jumpa.
mereka adalah
doktor, pensyarah bertitle dr,
kebanyakan pemegang master dan PhD - dengan usia yang sangat muda,
ustazah lepasan timur tengah, jurutera, cikgu pun ada gak- macam saya.
mereka sangat berjaya
dan mereka sangat lembut ok..
dan muka mereka pun lembut dan comel..sweet..
entahlah..saya pun tak berapa nak faham macamana mereka boleh jadi lembut macam tu..
dan saya bercita-cita nak jadi lembut macam gitu gak.
lembut bukan setakat lembut, tapi menjadi sangat penyabar...
hoho..bukanlah mudah...

kenapa tulis ni..
ahad lepas lunch bersama-sama seorang akhwat dan anak-anaknya
dan saya terasa kecik cakap dengan dia..
lecturer uniten, (dia kata dia cikgu..huh..[padahal Dr kot..PhD holder]
lembut, sopan, comel, cakap pun lembut je dengan anak-anak pun lembut sangat..
saya yang jadi malu.

Sunday, December 4, 2011

sabar

ya Allah. berikan aku kesabaran yang banyak.
terkadang terasa nak give up denganmasa yang terlalu banyak di luangkan di situ.
tapi..
bak kata sorang akhwat ni
'semua ni untuk dakwah,jangan rasa buang masa'
moga setiap detik adalah untuk dakwah dan bukannya di nilai sebagai buang masa..
redhai setiap gerak langkah dan masakuRabbi..T___T
aku mohon padaMU

berikan aku kemudahan, ilham dan kesabaran. ameen

Wednesday, November 23, 2011

dot wordpress. dot com

bismillahirrahmanirrahim

akhirnya saya tahu saya yang kena buat!
satu : dot wordpress untukprogram KLS
yang saat ini tengah pening kepala dan naik tensen sebab banyak sangat benda tak tahu!
klik sana klik sini.tak jadi. tak comei. tak muncul. yang kita nak tak ada..
haihhh....berikan aku kesabaran Rabbi

dua: dot com untuk SALAM.
belum start.
tapi pernah buat dan saya tahu ketensenannya.
moga Allah beri saya ketabahan dan tidak membuang masa yang banyak begitu sahaja.
ameen

mungkin satu benda yang memberatkan adalah saya mementingkan kesempurnaan dan saya nak yang tu so saya nak buat. hurm hurm.moga Allah berikan saya kesimpelan pemikiran untukbenda2 macam ni, dan kecepat pickup -an. ameen

cuti yang menjelang

bismillahirrahmanirrahim.

hari yang ditunggu-tunggu oleh cikgu di seluruh Malaysia adalah ..
SCHOOL HOLIDAY.
dan akhirnya inilah masanya. saya cuti 40 hari ++..ohh..alhamdulillah sungguh bahagia.
walaupun disaat2 awal percutian ini sudah terasa kebosanannya.
tapi sebenarnya dah ada banyak sangat kerja!
dan bersama mujahid (?) baru saya ini, lagilah bersemangat nak buat kerja.
dan ada yang sangat membahagiakan.


apple says ada sticky notes yang says bole letak semua to do list saya(tapi kalau letak semua macam dah tak muat tau)..alhamdulillah bahagia bahagia. (mungkin di samping wallpaper yang sangat hijau itu) 

n ada satu lagi yang best!
iCal ! ataupun dalam bahasa panjangnya calendar. 
best best! benda ni macam planner la. cumanya dalam apple ni boleh tengok dengan hanya satu click.
alhamdulillah. 

dan alhamdulillah dengan kehadiran apple ni,saya dapat melangsaikan tugasan saya dengan baik dan cepat. walaupun cumanya macam tak berapa reti nak guna either word or excel dalam ni lagi. tapi saya akan berusaha. alhamdulilah. setakat ni saya tak menyesal la beli benda alah ni. terasa bahagia. 

walaupun dari satu sisi saya tahu ini ujian buat saya. membuatkan saya sangat nak mengadap laptop sahaja.
saya mohon pada Allah, moga pinjaman sementara ini tidak menjadikan saya lalai dan leka.
moga solat saya lebih khusyuk dan tilawah saya berganda begitu juga hafalan saya. begitu juga ziarah saya,  dan amal-amal lain yang tidak memerlukan apple ini tapi memerlukantulang 4 kerat saya untuk berusaha. ya Allah, jangan jadikan aku insan yang lalai. ameen.