Monday, October 24, 2011

HIMPUN & KKMM

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

alhamdulillah
hujung minggu yang mencerahkkan hidup ini
bermula dengan sabtu pagi.
liqo pengkaderan pusat.
seterusnya HIMPUN.
malam, liqo pengkaderan sekolah
pagi pukul 7 berada di Putrajaya sebagai AJK Pendaftaran KKMM (Konvensyen Keluarga Melayu Muslim) hingga jam 5.30 petang

sampai di rumah; usai mendirikan solat maghrib, mengaji dan solat isyak. terus lelap hingga pagi. ditemani kesakitan perut yang datang dan pergi ( ini bukan satu isu dib!)

post ini tidak membincangkan content. sebab saya macam dah pengsan la ni.
cuma nak cakap sikit
di HIMPUN saya jumpa Fateahah.
di KKMM saya jumpa Aisyah Zanal dan bercakap dengan panjang lebar sekali tentang usrah.
alhamdulillah. tak sangka jumpa ecah disitu? alhamdulillah di kolejnya ada seorang ikhwah baru daftar. katanya ikhwah ISMA. hoho. dia kelihatan agak faham tentang perbezaan jemaah. dan tahu. dia sedang berada di landasan ISMA. insya Allah. moga Allah membantu menguatkan anti.
mungkin bermula semula dengan kehadirang sang qawwam yang memakai blazer ISMA ' ISMA? ni ikhwah ISMA daripada mana pula' rupanya pelajar baru mendaftar dan seorang yang menggerakkan dakwah. alhamdulillah. diajaknya ke KKMM dan 4 orang puteri hadir termasuk ecah.
(kenapa saya cakap ni macam sangat keismaan?? hahaha)

tbc la

Sunday, October 16, 2011

ijitimak am ISMA DHL

bismillahirrahmanirrahim

kalau ikut umur saya bersama wasilah Ikatan Muslimin MAlaysia dan menjejak setahun 2 bulan pada bulan oktober ini. dan mejadi ahli biasa secara rasmi selama 2 bulan.
alhamdulillah
walaupun kadang2 hati ni pun berbolak balik.
tapi selalu sangat
bila ada rsa nak pergi ke taknak nak pergi ke taknak
atau rasa malas
dan di akhirnya
sudahpun berada di perjalanan
atau sudahpun berada di tempat program
syukur Allah sangat memelihara

dan bila ada kata hati yang berbisik
kenapa ISMA gini
kenapa ISMA gitu
kenapa macam ni dan macamtu
sampai tahap nak giveup
dan menangis sangat
tapi
beberapa ketika selepas itu
akan ada saja situasi
atau
kata-kata
yang counter back
tanpa sengaja.
saya banyak berkata dalam hati.
tapi ayat2 yang meneangkan sentiasa saja muncul di depan mata.
syukur.
Allah yang memelihara semuanya.

dan hari ini
portfolio utama saya
saya bersama biro yang besar dalam ISMA
biro pengkaderan.
salah satu biro yang akan memandu kemasukan mad'u dan a'do dakwah dalam ISMA
yang akan menjadi fokus ISMA untuk 4 tahun mendatang.
berada di peringkat pusat menjadi satu amanah yang sangat besar.
moga Allah memelihara kami semua danmembantu dalam menggalas amanah yang sangat besar ini.

dan saya bersyukur saya juga bergerak di cawangan dalam pelbagai cabang
bersama sekretariat antarabangsa, bersama kelab remaja ISMA
menjadikan pemikiran saya menjadi lebih terbuka dan saya mendapat kefahaman yang banyak tentang dakwah ISMA sendiri khususnya. meluaskan tsaqafah saya dalam dakwah ini.
walaupun kadang2 banyak sangat yang tak tercater
saya mohon sangat pada Allah
agar memberi kekuatan pada saya untuk menyelesaikan semua urusan dengan baik
termasuk urusan kerjaya dan dakwah di sekolah saya

saya.
nak buka cawangan ISMA BAnting
insya Allah.
menanti kehadiran sang qawwam di sini.
(entah bila dan entah siapa) saya akan terus berdoa. untuk membentuk syukbah yang kukuh di Banting. insya Allah.

syukur Allah

saya akui
kadang2 melihat kelompangan
tapi saya tahu
tanggungjawab saya dalam mengisi dan memperbaiki kelompangan itu
agar jamaah ini menjadi jamaah qudwah sebagai misi kami.

berbalik kepada tajuk
ijtimak am ISMA DHL
semalam.
alhamdulillah
mendapat pencerahan yang sangat sangat
untuk saya terus teguh dan bergerak dengan wasilah ini.
ucapan YDP ISMA DHL - akh Azib Asmangi
ucapan Presiden ISMA - ustaz Abdullah Zaik
pembentangan JKP untuk sasaran ISMA hingga 2015
dan akhirnya
pemberian taqwim 2012
buatkan hati saya berbunga dengan sangat
seperti musim bunga di kemuncak.
alhamdulillah

sangat sistematik
sangat terancang
sangat futuristik
sangat realistik
dakwah yang cukup jels sejelas mentari di siang hari.
moga amal akan megiringi segalanya

dan ada situasi yang sangat saling melengkapi
YDP sebagai sang pemuda yang penuh semangat dalam bergerak dan meminta semuanya membuktikan dengan amal. ucapan yang sangat menggugah semangat dan jiwa syabab seperti saya.
JKP sebagai sang maysaikh yang lembut dan penuh pengalaman. cukup lembut percakapannya. namun sangat menusuk dan cukup mendamaikan hati.

itulah yang melengkapi.
syabab dan masyaikh
semangat dan pengalaman
dalam membentuk jemaah qudwah.

nanti saya upload gambo taqwim ISMA DHL 2012.
suka sangat!
nak tampal dalam bilik.

wallahualam .

p/s : ini bukanlah post untuk promote ISMA. tapi awak yang baca blog saya. dan ini hanya satu kisah pengembaraan hidup saya. kalau rasa tak boleh diterima. boleh komen atau tinggalkan saja tulisan ini. tulisan ini bukanlah bermaksud saya taksub dengan ISMA. kerana yang perlu ditegakkan adalah dakwah ISLAM. tapi sebagai satu platform dan wasilah dalam bergerak. perlu ada tsiqoh dan ketaatan dan kefahaman kepada jemah ini tentunya insya Allah.

hakikat kehidupan

bismillahirrahmanirrahim

satu hakikat tentang hidup
adalah
hidup ini penuh dengan misteri
yang kita tidak tahu apakah akan terjadi esok.
segalanya di tangan Dia.
ada banyak benda yang tak pernah terlintas di fikiran
terjadi dan datang kepada diri
ada banyak perkara yang sangat didoakan dan sangat diinginkan
namun tidak pernah kunjung tiba
dan terlalu menguji kesabaran.
ada banyak benda yang taknak benda tu terjadi
tiba tiba itulah yang menimpa diri
dan kesabaran sekali lagi menjadi selimut

sabar
dan sabar
terkadang mudah disebut di bibir
dan hakikatnya.
hati terlalu pedih menerima.
tapi
nak tak nak
itulah yang perlu diterima.
jika menanti - menanti lah sampai Allah mengirimkan
jika diberi - memang tidak langsung boleh menolak
hakikat hidup. sabar itu memang nak tak nak kena buat
tak tahu perkataan apa yang tengah dilakukan
rasanya inilah sabar.
dan sabar yang diiringi tangisan dan air mata
sabar yang diiringi rintihan yang berpanjangan
sabar yang diiringi doa yang tak pernah putus
sabar dalam gelak dan tawa
sabar dalam keringat dan darah.

hidup ini misteri bukan.
ya
entah apa yang terjadi esok.
entah bila nyawa ini akan diambil.
entah apa tajdir buatku.

kiat hanya mampu merancang
Dia
Allah
yang menentuakan segalanya.
memberi yang terbaik buat diri.
memberi yang terbaik buat hati.

terkadang
merancang buat diri sendiri
dan menetapkan keperluan buat diri.
namun perancangan Allah dan pemberian Dia jauh melepasi pemikiran insan
terkadang apa yang Dia beri jauh dan melepasi perancangan.
subahanallah
segalanya dari Dia
Dia
Allah
Tuhanku
Yang Maha Agung dan Maha Kuasa.

hanya sabar menajdi pakaian
hanya Dia tempat sandaran
keyakinan itu perlu sangat sangat sangat berada di hati
segalanya dari Dia
menerima segala ketentuan
menanti dalam pengharapan
di kehidupan yang penuh misteri ini.

Friday, October 14, 2011

kenapa

bismillahirrahmanirrahim

tiba-tiba terasa sangat teruk..
sangat-sangat
saya amat merindukan hati saya semasa bersama-sama smakl
macamana saya boleh mencintai smakl sampai begitu sekali
berkorban sampai begitu sekali
memikir dengan banyak
berdoa dengan sangat sangat
kenapa kadang2 tak mampu nak cintakan benda lain macam saya cintakan smakl?

rasa teruk sangat.

Sunday, October 9, 2011

contengan ahad

Dibah: maaf sgt sbb menyusahkan..huhu. Ya Allah,kau berkati hidup noradibah rohiman. Ampunilah dosa2nya,kelalaian n kelewaannya. Jdkan lah dia org yang komitmen n terus serius dlm hidup dan amal dkwhnya, kau mudahkanlah urusan jodohnya, kau aturkan lah yg terbaik dlm hidupnya,kau tsabatkan lah dia atas jalan dkwhmu,kau jdkan lah dia kelak suri teladan di jalan dkwh,isteri solehah n dikurniakan anak2 yg comel,cun,soleh,solehah,mukhsin,mukhlis n penyejuk mata ibu dan ayah.
--> doa ini dari seorang sahabat saya. marini. di FB. how nice how nice. suka sangat. terutama doa yang awal. sangat terharu dan sangat diaminkan ameen ameen.  
marini bakal menikah.moga pernikahan akan diberkati dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah dan terus istiqomah di jalan dakwah ini. ameen

Sunday, September 18, 2011

hujung minggu syawal.

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

sedang menggunakan mac book..nak beli juga la mac book ni...hohoho
dan sedang berdoa dengan sangat ada orang nak bagi saya i pad..hoho..mimpilah kamu diba..
-takpe. doa sebagai usaha juga. tu penting. heh heh

di hujung minggu ke 2 syawal.
menconteng sedikit di sini.
alhamdulillah
jumaat cuti. dan saya punyai hari cuti jumaat sabtu dan ahad.
alhamdulillah. cuti yang penuh dengan aktiviti sampai saya rasa nak ambik cuti hari isnin sebab 3 hari ni tak terasa macam cuti pun..

alhamdulillah.
Allah memberi peluang untuk terus dan terus berada di jalan dakwah dan melangsaikan segala tugasan-tugasan dakwah dan tugasan dakwah itu terus datang dan datang selepas siap satu persatu.
hanya diri yang perlu manage dengan baik segala task yang diamanahkan agar tiada yang terzalimi.

perjalanan bermula semenjak khamis.
hari rabu malam. masak rendang. alhamdulillah dah pandai ..hu hu hu
khamis pagi jamuan raya di sekolah pulang saja, solat dan terus ke putrajaya ambil sijil kahwin adik, beraya ke rumah atuk sedara di dengkil dan perjalanan diteruskan ke KLIA untuk memberi borang kepada bakal zauj adik ditemani mak dan abah saya.
terus pulang kerumah tepan azan maghrib berkumandang.
perlu bergegas, siap dan solat.
perlu ke kajang untuk usrah.
dan ketentuan Dia..saya sesat barat kat kajang mencari rumah akhwat.
syukur. di persimpangan, Allah memberi ilham memilih jalan yang benar dan dimudahkan sampai ke destinasi. syukur Allah. memberikan akhwat yang sangat memahami ku. dan sangat bersabar dengan ku. jazakillah khair anis terutamanya. sangat memahami.
saya tak suka orang bercakap kalau saya sesat-diam je. biar saya cari jalan sendiri. dan saya takkan tanya orang tepi jalan. unless tuan rumah, tu pun kalau dah terpaksa sangat sangat.
akhirnya last call daripada anis. direction yang jelas walaupun perasaan masatu dah agak hot. astaghfirullahalazim...menjadi pengajaran buat diri. fasobrun jameel. masa nak balik. murabbiyah bisik. Allah yusahhil. macam kena ketuk kepala saya dengan batu..hoho

keesokan harinya,Jumaat daurah TOT sektar di seksyen 1 bangi. dan tepat jam 1 pm perjalanan pulang ke Banting. bersiap2 barang2 untuk masak mee kari, dengan segala periuk belanga dan dapur gas penuh satu kereta. sebab nak masak untuk 100 orang mana akhwat ada periuk belanga. alhamdulillah mak sangat baik nak bagi pinjam semua barang. moga pahala terus menerus buat mu mak dan abah. mengizinkan pinjam barang. walaupun hari sebelum tu saya dah hilangkan satu tutup tray kesayangan mak kat sekolah...=_=.
selepas maghrib memulakan perjalanan ke Bangi semula untuk persiapan Haflah eidulfitri ISMA DHL.
sepatutnya ada farewell party untuk akhwat dan ikhwah KRIM yang akan terbang ke UK. tapi asiff. tidak sempat nak pergi ke sana. dan saya segan sebenarnya sebab dah lambat. tapi rasa sangat bersalah sebab tak pergi. akhirnay tak pergi juga. destinasi adalah BD- rumah akhwat UPM di serdang. persiapan memasak malam tu. sangat best dan sangat meriah alhamdulillah

Hari Sabtu, tidak dapat membantu untuk memasak mee kari. tapi lepas subuh tolong sikit2 (best sangat!) dan bersiap untuk taklimat kursus induksi di Klang.
habis saja balik ke Banting dan pergi rumah terbuka dan bawa mak dan abah ke kenduri kahwin nenek sedara - anak dia la. bukan nenek sedara tu yang kahwin.
kepala sangat pening masa tu. seusai asar. bertilawah dan terlelap seketika.
bangun saja terus bersiap untuk ke Bangi ada meeting malam tu. meeting pengkaderan.
tepat jam 10.00 pm meeting bermula dan tamat jam 12.30 tengah malam.
alhamdulillah meeting yang very meaningful dan memberikan sejuta satu pencerahan dan semgat dan kefahaman kepada saya. alhamdulillah. pulang saja ke rumah akhawat MT. terus menyiapkan minit meeting sehngga hampir jam 2.30 am. dan tidur dan bangun jam 5.00- lebih2 sikit am. alhamdulillah. dipermudahkan.

Ahad pagi selepas subuh menyiapkan sedikit kerja dan next meeting pengkaderan bermula jam 11.00 di bangi. habis jam 1.30 pm dan bergegas ke UPM untuk mengambil barang2 yang ditinggalkan. dan terus pulang ke kampung halaman, rumah saya di banting.
dan pulang saja menjadi suri rumah. alhamdulillah. ada ruang masa juga untuk saya megemas.

sebenarnya dalam diri ada terasa sangat letih. banting --> bangi --> banting --> bangi --> klang --> banting --> bangi --> serdang --> banting. - sepanjang 3 hari. perjalanan sehala selama 1 jam.
dan saat ini saya merindui adik saya inche firdaus itu yang berada jauh di johor yang setiap menjadi driver kepada ibu ban ayah sepanjang cutinya. saya rindukan dia untuk menjadi driver kembali. haha.
dan letih itu kerana smemenuhkan keperluan orang lain.
walahaulawala quwwata illa billah.
tiada kekuatan melainkan hanya dari Allah
menggagahkan dir. alhamdulillah kekuatan hanya dari Dia.
cuma saya sangat berdoa agar saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan satu jam banting-bangi.
agar tiada sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan. amin. moga Allah memelihara saya di sepanjang perjalanan dari segala yang tidak baik.
tu saja. saya taknak megantuk dan letih. saya nak kuat

seperti kata ustaz mad semasa ucapan penutup meeting tadi
'moga amal yang kita buat ini menjadi saksi semasa perhitungan kelak .'
amin ya Rabb.

kenapa saya tulis semua ni?
nama blog saya kan kembara pengembara.

ada orang kata saya sentiasa semangat.
tapi saya lebih kenal diri saya.
saya insan yang sangat lemah.
saya insan yang sentiasa tergolek2 dalm menjaga iman
saya insan yang tunggang langgang mutabaahnya
tapi saya sangat doa.
Allah tsabatkan kaki dan hati saya agar sentiasa berada di jalan dakwah ni hingga akhir hayat. hingga bertemu syurga.
saya sentiasa doa, Allah meletakkan saya dalam redhaNya
dan saya sentiasa doa, Allah sibukkan saya dengan kerja dakwah agar tiak tersibukkan dengan kerja2 lagho lain.
saya sangat doa Allah memberikan saya khuyuk dalam solat
dan saya sangat doa, Allah memberikan kekuatan dan keistiqomahan buat saya, ikhwah dan akhwat saya.

hari ini. setelah berfikir dengan panjang.
saya melepaskan satu task.yang saya nak buat
tapi saya tahu saya tak berapa nak mampu dan akan menjadikannya very complicated. itulah sifat saya.
sangat sukar menjadikan sesuatu simple.

kata2 akh yusri - mantan pengarah krim dhl sangat mengetuk hati saya.
'bagi peluang pada orang lain nak buat pahala'.
'tak semestinya sebab orang tu bersemangat, kita bagi semua kerja kat dia'
'dalam buat kerja kita kena fokus dan ada pengkhususan'
ayat2 akhwat semasa bersembang2
' semua kerja nak ambik dan cuma sorang je yang buat banyak kerja' ayat olahan. lebih kurang lah.

dan semua ni
saya sangat syukur pada Allah.
terima kasih Allah
saya anak perempuan. tapi saya boleh ke sana kemari dengan kereta saya di waktu malam, tengah malam atau pagi - sekarang ni istilah wal pagi tak berapa nak wujud dah dalam kereta..huhu
syukur Allah, melembutkan hati ibu ayah ku. pemilik sementara rumah tempat ku berteduh sekarang, membenarkan aku keluar masuk rumah dengan jarak yang kerap walaupun destinasi agak jauh. terima kasih Allah terima kasih Allah.
mak, abah. moga apa yang aku buat ni. pahalanya akan mengalir buat kalian dan banyak membantu kalian semasa hari perhitungan kelak.
doa-doa kalian sangat membantu aku.

p/s : buat akhwatku. tak sangka. moga kamu tenang dan kuat.

Monday, September 5, 2011

dear saffana

keh keh keh..
awak nampak juga ayat nan sekeping itu di tengah jutaan huruf.