Sunday, July 17, 2011

komen post air mata

bismillahirrahmanirrahim...

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

alhamdulillah..masih diberi nikmat nyawa, nikmat iman dan islam sehingga hari ini. thumma alhamdulillah

tak sangka pula post air mata tu ada ramai yg respon.
=)
siap ada yang bagi sms ' akak..kalau kita rindu dan buat apa'
saya jawab.. ' buat tak tahu je..=P' (tapi tak dapat di send sebab kredit dah habis)

rindu. itu satu rasa dan perasaan yang fitrahnya ada dalam setiap insan
terkadang teringat akan kisah lalu yang sungguh manis dan masih terpahat dalam ingatan.
seakan ingin diulang kembali agar hati tidak lagi merasa sayu dan merindu.

tapi sebuah hakikat tetap sebuah hakikat.
masa lalu adalah masa yang tidak kan kita mampu di capai kembali
apa yang kita ada adalah detik ini dan masa hadapan yang amsih belum pasti.
jadikan kenangan lalu sebagai penguat dan pengalaman dalam melalui hari ini.

kita bukan hidup di masa lalu..walaupun mungkin masa lalu masih hidup segar dalam diri kita.

ayuh kita terus melangkah..
di mana salah silap kita terus kita perbaiki
kenangan manis itu jadikan azimat dan panduan
segala yang lompang pada hari ini sama-sama kita tutup agar terus kukuh
bukanlah kita terus melompangkannya danmenjadikannya semakin rapuh

sebenarnya baru pulang dari program
teringat satu lagi peristiwa air mata
semalam - semasa solat isyak tautan - dok mencari telekung dan imam dah start
imam baca surah - terdetik ' sedap nya bacaan dia ni subahanallah'
teringat satu detik di taman islam terchenta
seusai solat maghrib bacaan surah al waqiah
lead by imam (student) - al akh naim lilbanat (bukan sebenarnya - naim je..lil banat tu memandai je letak)
subahanalllah...mengalir air mata meniti maksud2 ayat yang dibacanya..
sesuai dengan 'irama' bacaan yang di alunkan..sangat sedap pembawaan surah...membuatkan hati lebih mudh tersentuh..
dan detik itu teringat
'oh..ni kot tok guru al akh itu..' - budak2 smakl tu dok penah cakap bacaan yang sungguh merdu dan sedap (merdu ke? hurm..boleh la word tu)... dah dengar. benar sekali - terasa menyentuh sampai ke alveolus...

langkah perlu diteruskan
dalam mencari air mata itu agar tidak kan kering.
menangis kerana takutkan Dia dan menangis mengenangkan dosa2 yang terlalu banyak itu

p/s : mode preparation untuk ramadhan..=) .. lepas ni nak post pasal tautan.. tapi macam penat. 

KL

bulan ramadhan hampir sampai

tiba-tiba nak doa..

saya nak KL =).. ameen..
(tak tahu word apa yang paling sesuai untuk diletakkan tengah-tengah 'nak' n KL tu..hoho)

p/s: jom! sama2doakan saya..=)

Wednesday, July 13, 2011

air mata

bismillahirrahmanirrahim...

seusai solat..menyapu air mata yang jatuh..
puas rasanya bila dapat menangis.
saat hati terasa bersih dan begitu dekat dengan Dia
teringatkan kisah lalu
- banglo. tg malim. sampai hari ini teringat satu qiam yang sangat 'sedap'. terasa seperti ingin menjilat bibir. sungguh tidak mampu dilupakan kemanisan qiam itu. bahkan terlalu sukar untuk memperolehinya. dan detik itu hampir 5 tahun berlalu. alangkah.
- usai halaqah yang habis menginjak subuh. di kab. air mata seakan tidak mahu berhenti saat qiam itu. sungguh manis sekali.
- di kuo semasa halaqah sedang berlangsung. bilik depan tepi pintu. air mata tak tertahan semasa dalam halaqah. berlari ke tandas. cover dan menangis lagi. ima menuturkan satu ayat..
"I like to walk in rain, so no one can see my tears..."..tak leh cover dah. semua orang perasan.
- banyak sangat moment yang menangis masa halaqah. menangis waktu qiam lepas halaqah. menangis sebab halaqah. menangis sebelum halaqah.
apakah maksudnya?
maksudnya saya merindui halaqah saya.
saya merindui halaqah dulu.
halaqah yang ruhnya mampu menggugahkan.
yang banyak buat saya rasa teruk dan saya nak terus memperbaiki diri saya.
dan satu benda
murabbiyah saya yang dulu. - saya sayang dia. sangat.
ada 2 orang dalam tarbiyah ni yang saya sayang sangat walaupun kami tak dihubungkan oleh pertalian darah. hanya mereka saya boleh cakap pasal smakl tanpa rasa diperkecilkan. takda orang lain.

p/s : saat ini sedang berdoa tentang satu perkara. Ya Allah..perkenankan doaku ini.

Friday, July 8, 2011

dakwah sekolah

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

baru sahaja pulang dari berkursus di Port Dickson
kursus pemantapan pedagogi sains mbmmbi. (natang gapo tu - cikgu faham- takpe)

masa pergi rasa tak best.
tapi bila dah sampai sana dan jumpa peserta2 lain ( cikgu-cikgu yang lain) dan sampailah menjejakkan kaki ke hari terakhir program
~ hasilnya terlalu banyak input yang saya dapat. mungkin sebab ramai cikgu veteren yang pergi, so dapat macam2 masukan dan menambahkan kefahaman.
yang paling menarik, saya dapat view macamana nak hidupkan usrah sekolah dan dapat semangat nak hidupkan usrah sekolah di sekolah sendiri SMK Jugra.
dan
tiba-tiba terbaca satu blog - emir abu khalil.
terkagum seketika.
hurm..
diba boleh diba! insya Allah
cuba.

Alhamdulillah. syukur Allah, berikan aku kefahaman

Thursday, July 7, 2011

saya insan tarbiyah

bismillahirrahmanirrahim

satu perkara yang saya perlu sangat ingat dan sangat sedar.
saya orang yang ditarbiyah
saya orang yang dididik untuk sentiasa ingat kepada Allah dan mendekatkan diri kepadaNya
saya akhwat tarbiyah.

jadi untuk melakukan apa2 saja perkara sangat perlu ingat.

Monday, July 4, 2011

pelbagai

bismillah..

ramai orang rindukan saya!!
ada banyak hak-hak yang tidak terlangsai.
kebelakangan ni rasa sangat diketuk-ketuk.
maafkan saya. saya sedang cuba membuat yang terbaik untuk dakwah ini.
menggapai dan membimbing semua mad'u yang ada
dan menjaga ketsiqohan mereka.
tapi saya hanya insan
yang fitrahnya lemah dan banyak kekurangan
moga Allah pandu

saya baru dijoinkan dalam satu group.
giler bagus budak2 tu..hoho
tapi - diba perlu perhati saja dulu ea.
malu sebenarnya. hoho

saya sukakan sektar - serious
sayang sangat dengan anak usrah kmb yang baru nak 'tumbuh' dan mengutip pengalaman

program krim-ukm menambah satu lagi pengalaman
menambah satu lagi perkara yang buatkan saya nak nangis
dan rasa sangat teruk
Allah. bantu aku.
untuk video tu..
diawalnya sangat berat untk bagi
sebab saya kata nak buat - saya akan buat.
takkan saya nak bagi kerja separuh jalan kat orang.
tapi bagi juga dengan rsa tak tahu nak cakap apa - tak pernah bagi kerja separuh jalan macamtu(video n design) Kat orang
siap nak menitik air mata. haha. rasa macam digelakkan. tapi tu suuldzon je
walaupun akhirnya
video tu rosak.
tapi saya ok je.
Allah beri yang terbaik.

saya akan cuba meneruskan dakwah di taman Islam
Allah..bantu hambaMu ini.

buat ukhti ummi.
saya tak merajuk walaupun agak kecil hati
tapi saya banyak belajar dengan apa yg berlaku.
Allah yang tetapkan semuanya

Wednesday, June 22, 2011

sektar - prinsip

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

mode : sektar.
semalam meeting : ada 2 meeting dan perlu memilih salah satu. tak suka memilih tapi terpaksa.
akhirnya. memilih meeting sektar atas keurgenan program hujung minggu ni. dan meeting satu lagi program nya hujung minggu depan (urgen juga sebenarnya)

sejak bersama dakwah sektar - sekretariat antarabangsa isma. sangat nampak dakwah yang mendunia dan sangat meluas di seluruh dunia. kebanyakan figure terlihatnya daripada dakwah sektar ini - ikhwah akhwat yang bergerak di luar negara. dan pulang ke tanah air menggerakkan tanah watan ini.

tak perlu di tanya mengapa terjadi begitu. semua sudah cukup maklum rasanya. (kalau tak maklum pun - aku sendiri sudah cukup maklum.hoho)
terkadang terbetik dan terdetik juga dalam hati
-saat menonton montaj, mendengar perkembangan dakwah luar negara, mendengar testimoni para akhwat dan ikhwah luar negara-
best giler! <-- ayat tak tawadhu ni dib. jgn amalkan
seronoknya berada di luar negara - dalam kehidupan sebagai student dan dai disana.
berpengalaman menjejakkan kaki ke negara orang
tapi sesaat selepas itu. hati berdetik
syukur Allah. aku disini. walaupun aku tidak dapat merasai overseas student life
tapi aku bersama tarbiyah Mu.
setiap insan pasti ada jalan kehidupannya
yang terbaik yang telah ditentukan oleh Dia yang Maha Mengetahui.
(14:7) - jika kamu bersyukur Allah akan menambahkan nikmat kepadaMu, jika kamu inkar, maka azabKu amat pedih
cuma saat ini
pastinya melangsaikan amanah bersama dakwah sektar ~

tengok satu gambar. banyak sebenarnya. ni salah satu
  (tak bleh nak upload) - nanti saya upload..hoho
tapi ni link
 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.206008742774865.51304.100000972229597#!/photo.php?fbid=179162372142304&set=a.178916275500247.46429.159870620738146&type=1&theater
wah!! tengok pengantin perempuan.
berniqob!
ni akhwat saya. akhwat UPSI. ^_^
roomate saya semata di BT ( cik zi..la ni baru nak ngaku rumet ek? tak baik btol dib. hoho)
saya bangga dengan wedding gini.
sempoi tapi kelihatannya amat mejaga dengan niqob
ntahlah..sangat comel bukan.
zaujnya...leftenan tuh..huhu.. mungkin sesuatu yang tak pernah sampai ke fikiran. bernikah dengan leftenan ditarbiyah.-navy.  lalu bawah pedang ( kalau tak bawah pun at least tepi..haha). dan dengan uniform putih gitu.dengan memegang title akhwat title ikhwah tarbiyah.
awesome! subahanallah. kak mar kak mar.. Allah menetapkan jodoh yang terbaik buat kamu.
kuat ya..menjadi zaujah solehah, ummi murabbiyah - melahirkan pewaris agama yang sangat menjaga seperti kamu.
subahanallah.
saya tak tentu lagi kuat untuk berniqob begitu...T_T

akhir2 ni berfikir bila melihat beberapa gambar wedding ikhwah akhwat 'saya'
ntahla...
saya tak tahu apa saya akan jadi jika melalui saat seperti mereka...
adakah saya mampu mengekalkan prinsip yang diajarkan kepada saya selama ini
jadi saya tak boleh cakap banyak.
hanya boleh lihat dan mengambil ibrah buat diri..
tak tahu...
moga Allah melindungi saya daripada perkara yang tidak sepatutnya dan boleh menjadi fitnah buat sang dai...
ntahlah..mungkin sebab mereka qiadi 'besar' buatkan saya kelip kelip mata mcm tak caya.
ntah
ntah..
mungkin mereka ada reason yg sangat kukuh
moga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada kami semua ameen