Wednesday, April 28, 2010

hurmmmmm.....

bismillah.
tengok satu blog ni
ni
terkedu..
tengok yang bertajuk..
web site di bahagian atas kanan.
hurmmmm..
hurm...
hurm...
berfikir
advance..

keempat..STEP 2010

bismillah.
segala puji bagi Allah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
alhamdulillah
sekarang sibuk dengan next program sekolah.
STEP - Step Toward Excellent Person.
walaupun grammar nama program ni bak kata anamuslim - 'tak fully betul tak fully salah- ana pun tak paham maksud dia. tapi..nama program tu saya yang dok pk bersama roomate masa kami praktikal di teluk intan. bahagia gak la..hohoho..

untuk tahun ni i jadi ajk pengangkutan..hoh..tak penah tak penah..jadi ajk pengangkutan nih..
pengalaman baru.
n i dapat tender buat brochure lepas buat ayat comel kat my mas'ulah
'tanyakan kat mas'ul kenapa brochure tak kuar lagi, dah lambat sangat dah ni. i malu nak tanya kat group'
'inche mas'ul kata ajknya ada problem sket. hujung mingu ni baru bincang'
'ohh..kalau nak i buat brochure boleh ja. lagipun i yang buat brochure step lepas. nak tolong sajor'
'nanti i tanya inche mas'ul dulu'
........
'ok dib boleh buat brochure'
hohohoho..rasa nak lompat pun ada..alhamdulillah.. next chance syukur pada Allah..
dan hasilnya.
start buat jumaat malam. sampai ahad pagi..
ana rasa daripada semua
this is the nice one..
walaupun masih banyak unsur ciplak, tiru dan copy idea orang..
nak buat macamana dah kepala otak ni memang tak kreatif..
ni dia
and

takdala nice sangat pun..tapi ni yang paling nice kot antara semua..
alhamdulillah.
diterima..

kalau untuk program ni..
mohon sangat pada Allah untuk anak halaqah skol boleh pergi..
my anak halaqah f5..our ok..hhoho..
product tahun ni..
amin ya Allah..

Tuesday, April 27, 2010

selesai akhirnya..what's next?

bismillah..
segala puji bagi Allah. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw

alhamdulillah..
akhirnya selesai..
titik. noktah. setle.
Allahuakbar.
hanya menunggu ujian seterusnya apa pula..
insya Allah pastinya Allah akan memberikan ujian sesuai dengan kemampuan setiap insan.

bermula dengan satu mesej
'abi dah tahu kitorang ikut halaqah luar'
dan kisahnya bermula apabila terus disodok untuk mengetahui datangnya dari mana..
kenapa tak tahu dan tak beritahu..jadi sila pilih salah satu sahaja.

2 minggu lepastu mereka buat keputusan untuk ikut halaqah abi.

sebenarnya. ni sebenar-benarnya. ana dengan dema 3 org je tahu.
ada sedikit kesalahfahaman dalam menginterpretasi maklumat akibat data yang tak lengkap.
yang saya dapat.
'kitorang ikut halaqah abi'--->  titik
sebenarnya
'kitorg ikut halaqah abi'---> n go on dengan halaqah akak..
hohoho

tapi bagi ana sendiri..
kesilapan tu atau mungkin lebih tepat lagi kesalahfahaman tu
hikmahnya terlalu amat besar
buat diri dan mereka juga.
terlalu amat.
kesalahfahaman tu bukan kebetulan.
rancangan Allah sangat baik..
kalau ditengok flow salah faham tu..
cantik, rapi, bukan satu tanda tapi banyak tanda untuk memastikan maklumat tu..
rupaya silap sikit
hehe

tapi pape pun..
finally
liqo' yang amat sangat membahagiakan..
ntahla..
semalam rasa bahagia sangat
sebab release banyak benda kot
finally..finally.
jazakumullah keapda kalian sebab sudi turun dan memberikan penjelasan
yang memang cukup jelas.
finally
semua tersenyum bila diberitahu...
ohh..rupa-rupanya..baru jelas
banyak kali dema cakap..
'apesai akak tak gitau awal-awal. kan senang'
haha..
cik yang..mana boleh saya bagitau..
itu konsep sir dan taat.
alhamdulilah setle..
terlalu bersyukur
lepas ni terus untuk ikhlaskan niat..
prepare halaqah..
tengok dan fokus pada mereka ok..

ya Allah..rasa nak nangis
dengan teguran ini..
alhamdulillah
Allahuakbar.

Wednesday, April 21, 2010

apa nak jadi

bismillah..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

hurm..
apa nak jadi dengan budak-budak sekarang..
budak sekolah hari ni amat sangat teruk..
mengataskan nafsu serakah daripada agama dan perintah Tuhannya..
na'uzibillah..
astaughfirullah..
ada budak f2 merogol kawan sekelas.. f2!..ya Allah..
ramai budak sekolah yang gugurkan anak..
siap panggil geng 'pelajar terlarang' kat sandakan nu..
apa nak jadi ni..
sebenarnya tengah cari maklumat pasal usia budak sekolah..
tapi maklumat yang keluar memang banyak sangat pasal masalah budak sekolah..
budak sekolah yang terjebak dan hanyut dengan nafsu syahwat..
berapa rami budak sekolah yang mampu menjaga diri dan iman..
jangan kata budak sekolah biasa..
budak sekolah agama dua kali lima..
ya Allah..bantu umat ini..
apakah yang akan terjadi di masa depan..
merekalah pewaris ummah

sebabtu pentingnya dakwah sekolah.
sebabtu pentingnya untuk kita betul-betul tarbiyah budak sekolah..

sebabtulah wahai warga di taman islam..
kami turun untuk halaqahkan kalian..
sebab masalah umat yang terlalu lalu teruk dikalangan kalian sendiri..
kami cuba membantu kalian memperbaiki diri..
cuba kita sama-sama realize..

apakah akan terjadi umat akan datang?
wallhua'lam..

Tuesday, April 20, 2010

kenangan semalam

bismillahirrahmanirrahim.
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

kilat dan guruh di luar sabung menyabung..
awan mendung terus berarak megah..
deraian hujan belum lagi muncul..
mungkin dalam beberapa detik saja lagi
titis titis itu akan membelah bumi dan membasahinya..
suasana yang menggamit hati untuk mencoret sebait dua kata

cewah dibah..sejak bila pandai bersajak..
berpuitis bergurindam dan sebagainya..
haha..sekarang ni tahap labah-labah ada dalam perut dah merayap naik ke leher..haha..
kui kui kui..kak mar di sebelah memerhatikan ku tersengeh sendirian..

ingin mencoret kembara yang berterusan..
hujung minggu yang lepas..
meneruskan sarana tarbiyah..
berprogram bersama akhwat..
perjalanan dimulakan dengan jaulah ke tempat program bersama halaqahmate..
semua sekali ada..

memang itu yang dirancang kerana mungkin ini jaulah bersama buat terakhir kalinya sebelum halaqah dibubarkan..dan sebelum kami semua bertebaran ke bumi yang baru..
oh..dari cari tiket, hari sebelumnya..naik bas, dalam bas, turun bas, tunggu akhwat dan perjalanan ke tempat bermalam..sangat memberikan seribu satu kenangan..subahanallah..sepertinya ingin dititipkan setiap kenangan disini..tapi masa amat mencemburui..biarlah ia menjadi kenangan indah..
ketawa dan gembira bersama..sedih juga bersama..
susah payah ditanggung bersama..
gurauan yang mencuit hati dan pastinya menggamit rindu kelak..
subahanallah..
ukhuwah yang teramat indah..
tidak mampu dinilai dengan apa-apa sekalipun.

keesokannya..sabtu
perjalanan ke kuala kangsar..
naik bas..
duduk sebelah murobbiyah..
hehehe..
banyak kenangan yang mencuit hati..
sampai di tempat program..
sebenarnya program ni program pihak sana...
dan kami datang untuk memeriahkan dan mengambil pengalaman serta ilmu..
dan sepanjang program..
ana mohon ampun pada Allah..
andai hati ini tersalah..
tapinya..memang sepanjang panjang sehari..yang dibuat adalah menilai program itu..
pengisi, content, cara, orang, pengurusan dan banyak lagi
lain dan sangat lain..
berbeza dan cukup berbeza..
walaupun..adalah yang sama sebab nama lagi program islamic..
ada yang mampu ditelan ada yang hanya mampu diluah sebab tak tertelan..
memujuk diri..program umum..
memujuk diri..mereka adalah mereka..
kelebihan dan kekurangan perlu diterima..
janagn cari kekurangan..
koreklah kelebihan..
untuk mendapatkan tsiqah disitu..
dan saya berjaya!
tak perlulah analisa ditulis disini..terlalu peribadi dan terlalu rahsia untuk diketahui umum..
lagipun pastinya berkajang-kajang untuk dikarang..
cakap kat murabbiyah..
'kita suka ikhwah kita yang mengisi dan bagi pendapat'
dia juga sangat bersetuju..
hohoho..
tanya akhwat..
'camne ngan program ni?'
'kita ok je'
'ok alhamdulillah'
'ntahla..program umum kan'
'kita rasa nak balik je masa tengah program'
hahaha..
ok lah akhwat ku..ni permulaan kan..
murabbiyah cakap ' memang lapang dada amat sangat ditintut untuk perkara macam ni'
yeah..
i agree..
cool


esoknya..ahad..
program satu cinta halaqah kami dan halaqah satu lagi..

ditengah ceruk hutan..
mula-mula perjalanan jauh menuju ke manong..
then masuk satu jalan kecil..
then masuk jalan tanah merah ditepi-tepinya lalang
then sampai ke satu kawasan kebun getah..


sayakan budak bandar..
so nye..
subahanallah..wuyoo..
pokok getah siap ada susu getah menitik lagi..
ish ish ish..nih setahun sekali tak tentu lagi jumpa nih..
roomate kata
'cik diba..mehle datang umah kami..depan je ladang getah'
hihihi

program yang best nice sangat-sangat
menjemput pengisi juga daripada pihak sebelah sana..
ok la..nice.banyak input..
walaupun di tengah ladang getah..
then bbq,
presentation untuk persediaan posting..
subahanallah..
tak terluah dengan kata-kata kenangan yang indah itu..
semunya atas dasar ukhuwahfillah

kenangan terindah
luvely circle with mini dustbin..nice nice..
semua pakai baju iic tau kecuali our mama..

last
liqo' halaqah kami sat
semata-mata nak bagi cenderahati halaqah..
mini dustbin meow..

saya dan roomate punya mini dustbin

p/s : i'm really admire orang yang pakai cermin mata..hurm..bahaya ke?haha

Thursday, April 15, 2010

AL MARHUM USTAZ FARAG NAGGAR


Bismillah..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad b Abdullah..

hari ini berkongsi satu tokoh ikhwan. seorang sahabat Hasan al Banna di zaman penubuhan ikhwan dan seterusnya..
benda ni sebebanrnya dikongsi dalam halaqah tapi dia pun tak ingat kisah tu so..dia kata.
' ha..dalam website isma ada..mesti dib tahu sebab dib kan suka bukak website isma'
'hish..sapo yang bocorkan rahsia ni..haha..taklah suka pun..erm..tak penah jumpa.'
so misi mencari dan menjumpai
disini berkongsi..copy paste saja..

al marhum Ustaz Farag Nagar

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).


Imam Syahid melahirkan ramai tokoh-tokoh mujahid di Jalan Dakwah sejak dihari pertama penubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Biji benih yang ditanam kini akarnya telah menjunam jauh ke dasar bumi dan pohonnya lebat merendang, sukar bagi sesiapa untuk mencabutnya, walau berbagai usaha dan strategi telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah sehingga kehari ini. Bahkan semakin hari semakin meneguh, disegani kawan dan digeruni lawan. Berkata Iman Hasan Al-Banna, “Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”. Diantara mujahid yang dididik oleh Hasan Al-Banna ialah Ustaz Farag Naggar.


Al-Ustaz Farrag Naggar dilahirkan pada hari Ahad 5 Ramadan 1341H bersamaa 22 April 1923 di Kampung Meit Khaqan, daerah Syibin Al-Kom, negeri Al-Manufiah, Mesir dalam sebuah keluarga yang sederhana dan teguh beragama. Ayahnya, Haji Ibrahim adalah seorang tukang kayu atau dalam bahasa Arab “Najjar”, berkahwin dengan ibunya Syafiqah Nuwair Ahmad Al-Jamal. Mereka dikurniakan Mahmud, Muhammad, Abdul Khaliq, Farrag, Zainab, Azizah, Diyad dan Abdul Ghani. Ustaz Farrag Najjar menceritakan tentang kelebihan ibunya dengan berkata, “Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mengcengkam”.


Ibu dan ayahnya begitu mengambil berat agar anak-anak mereka dididik dengan akhlak Islam dan menjaga Solat. Oleh kerana itu, mereka mengundang Asy-Syeikh Abdul Hamid Ghunaim ke rumah untuk menghafazkan Al-Quran dan mengajar syair-syair Arab lama kepada anak-anak mereka.


Dakwah Ikhwan Muslimin
Di permulaan kehidupan Ustaz Farrag Najjar, beliau mengikut beberapa tarikat sufi seperti Tarikat As-Syaziliah,kemudian Tarikat Ar-Rifaiyah. Banyak kisah-kisah beliau bersama tarikat-tarikat sufi dan tidak kurang yang melucukan. Akhirnya beliau tidak lagi bersama dengan mereka. Pada suatu hari, ketika beliau sedang bermain bola sepak dengan teman-temannya di kampung, seorang teman lamanya yang tinggal di kota Kaherah, Abdul Razak Al-Araby menemuinya dan berkata, “Kami ingin mengajak kamu menyertai tarikat kami”. “Tarikat apa pula ni? Sebenarnya aku dah bosan dengan tarikat-tarikat ni”, kata Ustaz Farrag Najjar. Kawannya menghulurkan majallah yang didalamnya ada sehelai kertas. Ustaz Farrag lantas mengambil kertas tersebut dan membacanya.
“Ad ‘u ilaina ad-dunya, faqad abramaha amran. Wa ajmak alaina an-nas, fasanatlu alaihim min ladunna zikra. Sanatub al-Marid bi dawaa-ina, wa nanfakh fil jiban min ruhina. Summut uzunud dunya, in lam tasmak lana. ALLAH GHAYATUNA, AR-RASUL ZAIMUNA, AL-QURAN DUSTURUNA. AL-JIHAD SABILUNA. WAL MAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA“
(Kamu ajaklah seluruh dunia kepada kami, nescaya kamu dapati kami mempunyai sesuatu perkara yang mesti diperjuangkan. Berhimpunlah manusia disekeliling kami, nescaya kami akan mengumandangkan peringatan kepada mereka. Kami akan merawat pesakit dengan ubat kami dan kami akan meniupkan ruh kami di dalam tubuh badan. Tertutuplah telinga dunia sekiranya ia tidak mendengar apa yang ingin kami sampaikan. ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PEMIMPIN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI, MATI DI JALAN ALLAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI).
Hasan Al-Banna bersama ikhwahnya anggota Ikhwanul Muslimin dalam satu program tarbiyah  

“Kata-kata ini benar-benar mengesani jiwa saya. Tarikat-tarikat sufi terdahulu tidak pernah memberi kesan seumpama ini, walau ianya terdiri dari beberapa ayat pendek. Aku bertanya, siapakah syeikh ini yang mahu aku bergabung ke dalam dakwahnya”, kata Ustaz Farag. Abdul Razzak menjawab, “Hasan Al-Banna”. Beliau bertanya bagaimana cara bertemu dengannya. Akhirnya mereka berdua tiba di Kaherah. Hari itu hari Rabu. Iman Hasan Al-Banna sedang menyampaikan ceramah di dewan. Apabila beliau melihat mereka berdua, kata Ustaz Farrag, “Aku tidak tahu apa dah terjadi pada diriku. Aku merasakan tubuh badan aku menggeletar kerana dipandang oleh beliau. Aku sangat terkesan dek pandangannya”. Setelah tamat ceramah, dia turun dari pentas dan berada di sisi kami, memeluk kami menyebabkan aku kagum dan terharu !! Beliau meminta izin sebentar kerana ada urusan. Setelah selesaiurusannya, beliau kembali kepada aku tetapi agak lewat dan memohon maaf. Sekali lagi aku takjub kepada seorang yang ulung dan lebih tua, tetapi memohon maaf kepada aku yang kerdil yang belum menjangkau umur 15 tahun.

Ustaz Farrag Najjar mula menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin di kampungnya dengan bersungguh-sungguh sehingga tertubuhnya Ikhwan cawangan Meit Khaqan. Pada tahun 1940 beliau mengundang Iman Hasan Al-Banna membuat kunjungan ke kampung. Ketika itu juga Kampung Meit Khaqan bertukar dari menjadi kubu kuat Parti Wafd kepada Ikhwan Muslimin.
Ustaz Farrag dipilih oleh Iman Al-Banna untuk menyertai Nizam Khas bagi membuat penentangan terhadap Penjajah British di Mesir. Di antara operasi-operasi beliau dan rakan-rakannya ialah di Jabal Baghuth dimana ledakan bom yang memusnahkan pos keselamatan British di situ memaksa Penjajah keluar meninggalkan negeri Al-Manufiah.
Apabila Presiden Gamal Abdul Naser memegang tampuk pemerintahan dan mengisytihar perang terhadap Ikhwan Muslimin, tiada dikalangan anggota pimpinan Ikhwan Muslimin melainkan dalam dua keadaan, samada disumbat ke dalam penjara di dalam negara Mesir, atau mereka yang sempat pergi ke luar negara seperti Negara-negara Arab yang lain atau Barat, kecuali Farag Naggar. Beliau berada di dalam Mesir, memilih untuk tidak menyerah diri kerana menyimpan banyak rahsia Ikhwan Muslimin, tidak dapat ditangkap sehingga berlalu masa selama 22 tahun apabila suasana politik di Mesir berubah dengan berubahnya kerajaan dan polisi-polisinya.
1- Beliau diantara orang yang paling banyak menemani Hasan Al-Banna di dalam rehlah Dakwahnya ke seluruh pelusuk Mesir. Oleh kerana itu, beliau mendapat pengisian dan tarbiyah langsung dari Hasan Al-Banna. Diantara yang menakjubkan Farag Naggar terhadap Hasan Al-Banna dalam perjalanan ialah masa rehat dan tidur Hasan Al-Banna kebanyakannya ialah semasa di dalam kenderaan ketika perjalanan. Masa di destinasi-destinasi dipenuhi dengan Dakwah dan pertemuan dengan para anggota dan mad’u. Apabila kenderaan mula bergerak dan Hasan Al-Banna berkata kepada beliau dia hendak tidur dan tolong kejutkannya setiba di destinasi, Hasan Al-Banna terus tidur dengan mudah, memberikan hak badannya dengan baik.

2- Pernah di dalam 22 tahun mengelak diri dari tangkapan, Presiden Gamal Naser cuba memasang perangkap dengan menyebarkan berita bahawa ibunya sedang sakit. Jiwa orang Arab sangat rapat dengan keluarganya. Musuh tahu Farag Naggar akan balik ke rumah ibunya apabila mendengar berita yang direka-reka itu. Memang betul, Farag Naggar masuk ke kampung dengan menyamar sebagai pengembala unta. Dia kemudian singgah di rumah ibunya dan dapati ibunya sihat tetapi tidak mengenali siapa beliau. Dia meletakkan sesuatu didalam mulutnya agar ibunya tidak dapat mengecam suara anak kandungnya itu. Ibunya menghidangkan sarapan pagi berupa roti, jibnah (keju) dan lain-lain. Kata Farag Naggar, “Sekiranya ibunya dapat mengecam suara dan mendapati dihadapannya adalah anaknya yang menghilangkan bertahun-tahun, dia percaya ibunya akan pengsan ketika itu juga“. Setelah selesai sarapan dan perbualan, Farag Naggar meminta izin mengundurkan diri dari ibunya yang dikasihi, demi menyelamatkan Dakwah ini yang lebih dikasihinya, ke arah mencari redha Ilahi yang paling dikasihinya.
3- Farag Naggar berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin ke masyarakat disekelilingnya. Namun dia tidak menyangka Dakwah ini dan nama Hasan Al-Banna yang sangat dikenalinya, juga tersebar ke pelusuk negara Arab yang lain. Ketika itu tiada kemudahan perhubungan berita, telefon, radio dan sebagainya jauh sekali internet dan handphone. Suatu masa dia melawat negara Yaman, sebuah bumni Arab di hujung Semenanjung Arab bersempadankan Laut Arab. Dia pergi ke hujung negara Yaman di kawasan yang bergunung ganang. Apabila dia mula masuk ke satu kampung, beliau bertemu dengan seorang budak dan saling berkenalan. Apabila budak tersebut mendengar bahawa Farag Naggar berasal dari Mesir, budak itu bertanya, “Adakah engkau mengenali seorang yang bernama Hasan Al-Banna?”. Mendengar nama Hasan Al-Banna yang disebut di tempat yang sebegini jauh dan terpencil, Farag Naggar tidak dapat mengawal perasaannya dan terus menangis.
4- Selama 22 tahun beliau hidup dalam mengelak dirinya dari ditangkap Kerajaan Mesir, beliau tinggal di sebuah rumah tanpa membuka tingkap selama 9 tahun.
5- Beliau dihantar oleh Hasan Al-Banna masuk ke dalam Parti Komunis Mesir, sehingga menjawat jawatan Setiausaha Agung. Pada suatu malam, Hasan Al-Banna berceramah di suatu tempat. Farag Naggar ditugaskan oleh Parti Komunis Mesir untuk mengatur pembunuhan terhadap Hasan Al-Banna ketika ceramah tersebut. Beliau mengatur beberapa pemuda Komunis di satu tempat, siap untuk menyerang Hasan Al-Banna ketika ceramah, dan beliau juga mengatur beberapa pemuda Ikhwan Muslimin di satu tempat berhampiran, siap untuk menangkap dan menggagalkan sebarang usaha untuk mendekati si penceramah. Akhirnya rancangan jahat tersebut berjaya diatur dan digagalkan oleh beliau.
6- Beberapa hari sebelum Hasan Al-Banna ditembak syahid, Farag Naggar sebagai seorang yang sangat peka aspek keselamatan Dakwah ada menyatakan kepada Hasan Al-Banna bahawa usaha membunuhnya sudah semakin dekat dan dia mesti mengambil langkah-langkah yang lebih ketat yang akan mengurangkan gerak Dakwahnya. Hasan Al-Banna menjawab, “Aku bersedia menemui Tuhanku“.
7- Di musim Pilihanraya Umum Mesir tahun 2006 yang lalu, Ikhwan Muslimin mengambil keputusan melibatkan diri didalamnya dan menang 88 dari 444 kerusi yang dipertandingkan walaupun setelah berdepan dengan penipuan terang-terangan oleh pihak berkuasa, Parti Demokrasi Nasional, pimpinan Husni Mubarak. Sebelum pilihanraya, Ikhwan Muslimin bercadang meletakkan Farag Naggar sebagai salah seorang calon Parlimen di negerinya, Al-Manufiah. Setelah mendapat tekanan hebat dari pemerintah, hasrat tersebut ditarik balik. Saya masih ingat beliau bercerita menerangkan sebab tekanan tersebut sedemikian rupa. Sambil berseloroh beliau berkata, sebab pertama ialah kerana Presiden Hosni Mubarak tidak mempunyai timbalan sejak dahulu. (Ada pendapat mengatakan sementara menunggu masa bagi anaknya, Jamal Mubarak untuk mengambilalih, seperti proses yang memang sedang berlaku sekarang). Di dalam Perlembagaan Mesir menyatakan jika Presiden meninggal dunia atau meletakkan jawatan tanpa mempunyai timbalan, ahli Parlimen yang akan menjadi Presiden baru adalah ahli yang paling tua usianya. Jika bertanding, Farag Naggar adalah calon yang paling tua usianya (83 tahun ketika itu). Sebab kedua, presiden-presiden Mesir sebelum ini seperti Sadat, Hosni Mubarak adalah berasal dari negeri Al-Manufiah, sehingga hari ini menjadi kata-kata masyhur dikalangan rakyat Mesir bahawa Al-Manufiah adalah “Balad Ar-Rais” (Negeri Tuan Presiden) dan beliau (Farag Naggar) juga berasal dari negeri yang sama !!

Di setiap zaman dan tempat, disepanjang sejarah Islam yang panjang, Al-Quran dan As-Sunnah telah berjaya mendidik dan mencetak para Duat di JalanNya. Farag Naggar adalah hujjah Al-Quran ke atas kita bahawa seorang insan, jika dididik dengan tarbiyah yang baik, akan menghasilkan kejayaan dan lonjakan untuk Dakwah ini. Begitulah harapan kita kepada pemuda pemudi generasi Islam hari ini. Beliau adalah salah satu contoh bagi firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada syirik bagiNya. demikian aku disuruh…” (Al-Quran).
Semoga Allah merahmati Al-Marhum, menempatkan beliau dikalangan para Nabi, As-Siddiqiin, Asy-Syuhadak dan As-Solohin. merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak.

copying from
http://www.ismaweb.net/v4/teman-hasan-al-banna-farag-naggar-ke-rahmatullah/comment-page-1/#comment-356

Wednesday, April 14, 2010

memancar sang suria menyinar cahayanya

bismillah..

actually lirik lagu tu panjang ..dan berkaitan tentang ummi/mom/mummy/mama..
tapi lirik yang sebaris itu memberikanmakna yang cukup mendalam..
ntahla..
berbagai perkara yang berlaku.
sang suria terus menyinar cahayanya..
begitu juga kita..
sang suria dalam diri perlu menyinar cahayanya..

kisah taman islam..
malas nak cakap pasal ni..
tapi sementara ada semangat waja nak tulis kat sini saya tulisla..
di taman islam..
persaingan jemaah memang berlaku
sampaikan dema-dema yang tak sepatutnya dan belum lagi perlu terjebak dalam ini semua terpaksa menjebakkan diri..
majlis syura muslimun juga bersidang berkali-kali hanya untuk perkara ini..
dan salah satunya dihadiri oleh saya juga kerana mereka perluakn jawapan yang pasti dan penerangan dari saya..
soalan yang dah agak..
'boleh tak nak tanya jujur. akak ni jemaah apa?'
hurm..
sori dik..bukan masanya sekarang untuk kalian tahu..
yeah..
tapi bagaimana dengan desakan sang papa?
untuk tahu..
akak doakan antunna pandai gorang dengan sang papa..
kami sentiasa mendoakan kalian..
akak yakin..
antunna cukup pening..
huh..ini bukan perkara biasa..
perkara yang melibatkan insan terttinggi dalam organisasi kalian..
akak tahu antunna sangat berbelah bagi untuk memilih yang mana..
sekarang kami hanya mohon pada Allah..
malas nak cakap..
tapi menantikan jawapan kalian dan juga hasil perbincangan..
kerana itu akan banyak menentukan dakwah dan hala tuju dakwah taman islam.
dapat satu mesej.
'benda ni kecik je..tak complicated'
ntahla nak setuju ke tak..
saya tak nak pk..
sekarang ni just wait n c..
dan serahkan segalanya padaNya..