Wednesday, September 23, 2009

nikah...

bismillahiwalhamdulilah...

segala puji buat Rabb Teragung...selawat dan salam buat junjungan besar ..nabi Muhammad saw..


tajuk post...sungguh tak boleh blah..haha
saje je nak wat post ni memandangkan kat forum pun agakagak je ar..tak la sangat sebenarnya..
hangat diperkatakan tentang nikah..n kalau tengok kondisi kat sini pun memberikan sedikit sebanyak aura untuk memperkatakan tentang tajuk ni..
tak nak hurai pun..cuma nak share benda yg dapat dalam forum..

'"Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kau amat sempit. Tetapi jka kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat,” jelas saya.“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kamu semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah,” mereka semua terlopong mendengar penerangan saya.Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.'

dalam memperkatakan persoalan ini..beberapa perkara sering dibangkitkan.. antaranya..

-bagaimana jika menikah dengan non ikhwah atau ikhwah yang berlainan management
-'perigi mencari timba' bak kata orang

ana secara peribadi ada pendapat sendiri..yang mungkin sama je dengan orang lain... cuma tak nak cakap kat sini..mungkin lain kali...cuma post kat atas tu sangat menarik perhatian ana...
teringat satu lagu..

'isteri cerdik yang solehah..
penyejuk mata
penawar hati..
penajam fikiran..

di rumah dia isteri dijalanan kawan
diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan

nasihat kita dijadikan pakaian
salah kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramah bila bersamanya

dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
........
dah tak ingat..dan seterusnyalah...

dan bila je teringat lagu ni maka secara otomatiknya akan teringat satu kisah
kisah yang sangat-sangat aku kagumi...

'pada peristiwa Hudaibiyah manakala Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam memerintahkan para shahabatnya untuk menyembelih qurban selepas terjadinya perjanjian dengan pihak Quraisy. Namun ketika itu, para shahabat tidak mengerjakannya karena sifat manusiawi mereka yang merasa kecewa dengan hasil perjanjian Hudaibiyah yang banyak merugikan kaum muslimin. Berulangkali Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam memerintahkan mereka akan tetapi tetap saja tak seorangpun mau mengerjakannya. Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam masuk menemui Ummu Salamah dalam keadaan sedih dan kecewa. Beliau ceritakan kepada Ummu Salamah perihal kaum muslimin yang tidak mau mengerjakan perintah beliau. Maka Ummu Salamah berkata:"Wahai Rasulullah apakah anda menginginkan hal itu?. Jika demikian, maka silahkan anda keluar dan jangan berkata sepatah katapun dengan mereka sehingga anda menyembelih unta anda, kemudian panggillah tukang cukur anda untuk mencukur rambut anda (tahallul).
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam menerima usulan Ummu Salamah. Maka beliau berdiri dan keluar tidak berkata sepatah katapun hingga beliau menyembelih untanya. Kemudian beliau panggil tukang cukur beliau dan dicukurlah rambut beliau. Manakala para shahabat melihat apa yang dikejakan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam, maka mereka bangkit dan menyembelih kurban mereka, kemudian sebagian mereka mencukur sebagian yang lain secara bergantian.'


kisah ni sangat menyentuh hati ini..cewah..yer..tak tipu tau...sangat sangat..
pk gak..boleh ke aku jadi sang isteri yang macam ni nanti..
mampu memberi solusi terhadap permasalahan suami dengan tepat..
mampu menyejukkan hatinya dengan pandangan kita..bukan pandangan mata tapi pendapat kita..tapi pandangan mata pun perlu juga kan nak sejukkan hati dia? rasa macam geli geleman je..haha
sambung..
mampu mengobarkan semangat jihadnya?
mampu meringankan bebannya..
mampu menjadi sayap kiri perjuangannya..
yang paling penting
mampu membawanya lebih dekat kepada Penciptanya
bukan melalaikannya dengan keindahan hiasan dunia mungkin....
hurm..
risau juga..
bukan mudah..
sebenarnya sekarang ni boleh je aplikasikan sikit..
well..
tengok pada mad'u kita..
sejauh mana kita mampu memberikan solusi tepat dengan musykillahnya..
sejauh mana kita mampu membawa dan mengajak mereka dekat dengan Penciptanya..
sejauh mana kita mampu menyejukkan hatinya dengan pandangan kita..
sejauh mana kita mampu meringankan bebannya..
sekarang ni..nilailah semula ukhuwah ini
sebelum melangkah ke alam itu..
yang menuntut lebih banyak pengorbanan perasaan..
bersama akhwat..bersama mad'u dan bersama anak halaqahla..
kita nak berlatih..
untuk menjadi sayap kiri perjuangnnya...
seriously memang geli yang amat cakap pasal ni...amat sangat sangat..rasa jantung nak terkeluar..telinga ni macam berbulu dah..perut rasa ada belut kat dalam...n rasa macam nak muntah hijau..huhu..tapi..
moga sama2 ambik ibrah

saya rasa mmg takda org baca blog ni..
cumanya...
peringatan buat diri ini..
belajarla masak...haha..
perngatan ni sungguh bermakna...
dan yang lebih penting adalah..
jaga iman
jaga amal
jaga diri
jauhi maksiat
dekatkan hubungan dengan Allah
setlekan hafalan
luaskan tsaqafah
dan banyak lagi...
uhu..
dan sesungguhnya semasa saya menulis tentang post ini..
hakikat kejadian adalah..
saya sudah besar..
bukan anak-anak kecil lagi keyh...

-end-

Thursday, September 17, 2009

diri

bismillah...
segala puji bagi Allah dan selawat buat pesuruhNya..
sekarang ni berada dirumah..
alhamdulillah..
tapi..
terlalu besar ujian d rumah..
mohon pada Allah agar terus kuat menghadapi suasana..
sekurang-kurangnya tidak larut dengan suasana walaupun hati ini terlalu lemah.
teralu lemah untuk menegur..
dakwah bil hal..insya Allah..
semakin berdebar menuju ke hari itu..
risau2 amalan ini tidak mencukupi dalam menghadapi...
risau2 tidak dapat menepis kemungkaran yang datang....
risau2 tidak mampu menjadi yang terbaik...
mohon pada Allah..
terlalu mohon pada Allah..
dierikan kekuatan iman..
diberikan kemanisan dalam beribadah..
dijauhkan dari maksiat.
dijauhkan dari penyakit kelalaian hati..
dijauhkan dari wahn...
cinta dunia dan takut mati..
hanya kepadaNya aku memohon pertolongan..
amin

app?

bismillahiwalhamdulillah
segala puji bagi Allah yang memberi peluang untuk bernafas di bulan yang mulia ini..
selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad b Abdullah..

app...status medan saya..
erm...actually tak kisah pun tak dipantau...
moga terus berbuat hanya kerana Nya..
tapi tak dipantau mmg tak dipantau langsung r...
yang ana risaukan bak kata murabbiyah sebelum ni..
dari segi produk...
kita dah bina n kemana kita nak bawa produk kita..
mestilah ke hls kan?
tapi kalau dah tak tersenarai dalam data hls camna nak bawak p hls...
waa.....
hurm..
ya Rabb..tunjukkan ku jalan

Sunday, September 13, 2009

next..iic 09






bismillahiwalhamdulilllah...
siap akhirnya walaupun tak ikut due date..
sedia diiqob...
tapi seriously yang ni agak buruk n kalau lecturer rancangan instruktional nampak mau kena rejct habis habis ni...

Saturday, September 12, 2009

jumaat

bismillahi walhamdulillah..
segala puji buat Rabb Teragung..selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad b Abdullah..

nak mencoret sesuatu..
hari ni jumaat..
as usual mengejar tren ke taman Islam...
alhamdulillah hari ni tak lari sampai tak cukup tanah tapi naik motor..
ada banyak benda la yang menbuatkan diri ini bermuhasabah semua..

yg pertamanya..
hari ni dah 21 ramadhan dan pada saat in dah pun 22 ramadhan..kejap sangat...masa berlalu ..
pejam celik pejam celik dah berada di 10 malam terakhir..

yang keduanya..
sepatutnya pagi tadi kena observe dengan cikgu..
tapi tak prepare..
so decide nak cakap dengan cikgu...'bole x kalau observe hari isnin?..saya pun cakapla kat cikgu tu n ok la alhamdulillah..
cuma..merefleks diri..
untuk diobserve yang telah diberitahu hari dan masa pun tak mampu bersedia dengan baik..macamana pula dengan satu hari yang pasti itu..boleh ke kalau kita rasa tak bersedia kita cakap kat malaikat maut..'boleh tak tarik nyawa saya lain kali sebab saya masih tak bersedia nak menghadapi kematian ni'..pasti tak boleh dan pastinya tak boleh..
kematian tu akan datang tanpa dijangka dan tanpa amaran..yang pasti kita perlu bersedia pada bila2 masa saja...

ketiganya..
halaqah taman islam..sepatutnya dema ada program tapi minta excuse kat pengarah puteri untuk dema tak join program kejap untuk dema datang halaqah..alhamdulillah..2 halaqah yang terlibat dengan program dapat di on dengan baik..cumanya halaqah ana ada yang tak datang sebab ajk induk badar kena tolong cikgu bungkus hadiah..hurm..saya dah halau anak halaqah saya tadi ' kalau nak pergi pergi cepat'..huuu...sebab macam hangin juga la...tak wajar ke..
ok dib..cool...

keempatnya..
tadi tanya progress mas'u dalam halaqah..comel sangat sangat semua dah on halaqah...seriously comel...kalau minggu lepas saya tengok anak halaqah saya punya halaqah..alhamdulillah..best n banyak dapat input..n saya dah tahu type anak halaqah dema camna


kelimanya
anak halaqah saya macam biasa salam 'pipi'..lepastu ada sorang tu dia salam n dia kata dia sayang saya...huuu . ..best best..sebab selama ni dia tak penah kata camtu.. moga istiqamah ya ukhti
tapi tadi saya iftar bersama2 mereka di taman islam..makan spagheti n satay..best..nikmat yang akan ditanya nanti...

keenam
balik malam dengan cik am..yerla..lepas melantak makan satay n spagheti..ada nasi beriani kot tuh..tapi saya yakin tak mampu habiskan so saya pun tak ambik ar..or lupa..minum air hijau..tembikai susu kot. then saya tak habis..hijau untuk dipelihara bukan untuk diminum..har har...lepastu budak2 tu cakap.. 'kak diba air ni abihkanla' then saya buat muka..saya cakap.. 'taknak..tolong abihkan bole?' mati2 ana igt dema marah tak abihkan air tu..alih2 semua nak kat air tu...peristiwa sebenar lebih best ar..cumanya..kesimpulan satu:dema memang suka makan..hahaha..tak baik kan dibah..tapi tulah hakikat..huhu...tak penting pun benda ni cuma ana rasa lucu bebenor..
eh eh..
bukan nak cerita pasal ni..
cumanya..
malam tuh..syukurla kitorang menapak keluar ke bus stop kat depan tu tak lama lepastu ada pakcik merah putih lalu..teksi la tuh..
then pi ke stesen komuter..dahtu nampakla satu tren nak ke arah rawang..kay..babai je la kat tren tu sebab jauh lagi pun..tak sempat saya nak kejar..
lepastu tanya kat kounter..
nak tiket ke tg malim..sempat tak?
lepastu org kaunter tu call kawan dia then cakap kat ana
'tak..tadi tren last'
hush..
gedebuk..
tak de perasaan pun masa tu..
cool ja..tapinya..
dalam kepala..
'saya nak balik tg malim macamana'
esok pukul 9.30 pagi kena berada di sri iskandar..
waa..
pk pk..
sambung rr..
malas nak tulis..

Wednesday, September 9, 2009

ukhuwah vs pengorbanan

bismillahi walhamdulillah..
segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam yang telah memberikan diri ini nikmat iman, Islam, tarbiyyah, ukhuwah, perasaan dan segala-galanya yang berada dimuka bumi ini mahupun di alam luar sana..
selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah saw..kekasihNya..yang telah terlalu banyak berkorban demi tertegaknya islam..
buat para pejuang islam..mujahid mujahidah, ikhwah wa akhwat..mog aterus istiqamah dan tegar di jalan ini hingga hari kebangkitan kelak.insya Allah..

sekadar ingin mencoret sedikit..
ni baru habis taklim..pelek sket r taklim minggu ni..
sepatutnya yang datang 3 orang..
tapinya..sorang mmg datang esok..sorang datang pukul 2-3 sorang lagi 3-4.30..
kesimpulanya..tak bergabung..
ni agak tak sihat la..dari segi keefektifan masa murabbiyah dan pembinaan anak halaqah tu sendiri..
halaqah yang baik bukan keseorangan tapi dalam 5 orang..dan bukan dalam jumlah yang besar untuk menjadikan halaqah tu efektif..
hurm..saje je nak cerita...dah agak nampak permasalahan..kedua-duanya bebeza..cuma solusi yang dibuat tu..masih tak nampak hasilnya..takpe..sabar..doakan yang terbaik..kan?..aah..
minggu ni ok lagi la dari minggu lepas semua tak datang..uhu..

minggu lepas tiba2 dapat 1 mesej dari sorang akhwat
'dib, anti pi skol naik apa?ana dah betulkan moto..boleh anti guna pi skol'
dalam hatiku..berkata..subahanallah..ni lah ukhuwah kerana Allah...ana pun tak penah ter pk ada org kisah ana pi skol naik apa..tapi...

beberapa hari lepastu..
baru balik dari program..tetiba terpandang kat rak baju
'eh eh...baju ni rasanya aku letak kat dalambaldi...tapi apesai boleh terlipat elok kat sini..'
lepastu keluar sat tengok kat ampaian..
'eh eh..ada baju yang aku letak kat baldi juga'
subahanallah..akhwat tolong basuh baju..tak tahu sapa...
jazakillah khair ukhtifillah kerana sudi meringankan kerja dan berkongsi tanggungjawab....
terharu sangat-sangat..

ada satu hari tu..
naik tren sampai tg malim sampai pukul 11..tak tahu nak suruh sapa ambik..
then mintak sorang akhwat ambik..
'boleh tak ambik ana kat stesen keretapi sat g'
'ok tap tunggu sat nak mandi sat- ana baru balik program'
mereka penat tapi boleh susah payah ambik akhwat kat stesen tren n stesen bas.

hari yg lain..
habis skol pukul 12.30..
tren gerak pukul 12.45..
nak p halaqah skol..
jalan kaki nak kejar tren dari skol..
sempat ke tak sempat...
hurm..
berlari hampir tak cukup tanah untuk kejar tren..
alhamdulillah..
dengan puasa..dengan angkut beg belakang..angkut beg laptop..
berlari kejar tren..untuk elakkan lambat start halaqah..
alhamdulillah...

indahnya ukhuwah kerana Allah...
nanti sambung lagi...

Sunday, August 30, 2009

OD 2

Bismillah..
Terasa nak sambung sikit pasal OD..
Pelbagai ragam..
Dapat mesej terbaru..’tak nak hantar mutabaah untuk ramadhan sahaja’
Sedang menilai dan memikirkan..kenapakah ada permintaan sebegitu rupa..
Tu lah mad’u pelabagai ragam..
Ana rasa..ni saya rasa je la..mungkin nak menjaga kualiti amal ibadah dan menjauhkan diri dari ujub dan riak..ingin menggandakan amal ibadah tanpa memikirkan sesiapapun..samada halaqahmate mahupun murabbiyah..ingin berbuat hanya kerana Dia semata..mungkin..ni andaian saya..kan ramdhan shahrul ibadah.ingin menggandakan amal ibadah tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun..hanya dia dan Allah..

Sebelum ni ada yang cakap tak nak hantar mutabaah sebab mutabaah buatkan rasa berat datag ke halaqah…macam2 perangai..ok fine..saya terima..tapi dah tak hantar mutabaah.datangla halaqah ye.we need u..

Kalau ana Nampak setiap halaqahmate tu memainkan peranan..dengan gabungan pelbagai perangai dan pelbagai potensi dapat menjadikan halaqah tu sesuatu yang ceria dan menarik..kekadang murabbiyah pun macam ‘bebal’ sikit nak buat halaqah tu macamana utuk jadikan menarik..kalau nak main rasa sayang pula sebab seminggu sekali tu je la jumpa dema..nak bagai bahan masa tu..nak cerita masa ni..nak tengok mutabaah masa ni..semua masa ni..masa yang pendek ni..tapi.halaqah yang muntijah tu kan slah satunya dinamik..bukan pegun n kaku..so dalam hati ni macam mengharap jugala kat anak halaqah tu untuk sama2 jadikan halaqah menarik..kalau kat luar halaqah tu buatlah aktiviti sesame halaqahmate atau dengan anak halaqah..ntuk jadikan ukhuwah tu mantap n merasakan kebersamaan dalam dakwah n tarbiyyah..hurm…tetiba masuk bab halaqah pula..

Kalau ada mad’u ni..selalu sangat sakit..sangat sangat selalu..tapinya..mutabaah mantap ‘gilos’ (bak kata anak halaqah saya…uhu..tarik org lain plak)..kekadang lebih ok dari saya..hurm..mungkin membina kekuatan melawan sakit dengan membina kekuatan dengan Allah..alhamdulillah..

Paling best kalau Nampak mad’u berubah menjadi lebih baik..tapi awas para da’i..mad’u berubah bukan sebab kita..bukan sebab kita yang membimbing dema..bukan sebab kita yang banyak care pasal dema..tapi Allah yang beri semua tu..apa yg kita buat adalah satu usaha untuk tak menjadikn benda tu miracle n macam tak logik..usaha untuk kita berbuat..semuanya dari Allah..awaslah panahan syaitan yang amat halus itu..tapi moga mendapat ahala yang berterusan atas usaha kita tu..macam satu hadis tu..

Maksudnya : Dan jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki dengan sebab kamu , adalah lebih baik daripada unta merah.


Mad’u dihantar kepada kita oleh Allah..untuk kita bina dan bimbing menjadi insan soleh musleh..so para da’I sangat perlu untuk meletakkan mereka sesuai pada tempatnya..memahami fiqh dakwah..bukan main belasah je..kekadang boleh la belasah..tapi sebelum nak belasah tu kena pk la dulu bukan belasah semberono je..kekadang dengan main buat je kita akan belajar banyak benda..n dapat banyak ibrah..kan dai??sebabtula kena berbuat..bukan goyang kaki je..

Macam ada sorang mad’u ni..mula2 diajak ke halaqah sekali datang 2 kali lari 3 kali lari 4 kali pun lari..alhamdulillah sekarang makin istiqamah..moga terus istiqamah..bila dia cerita kenapa dia lari rupanya sebab dia tak paham akak ni banyak sangat cakap arab n istilah yang mmg dia tak paham la..so dia nak lari..tulah da’i..letakkan mad’u tu sesuai dengan tempatnya..kadang2 kita tak boleh kata biar dema cepat bergerak..bagi bahan yg tinggi sket..kalau dema gerak takpe..tapi kalau terus tergolek tersungkur n terus menjauhkan diri dari kita macamana?tu nak salahkan sapa..

Tu lah..bukan mudah menjadi da’i..setiap perkara perlu dinilai..setiap mad’u perlu diperhatikan dan diletakkan sesuai dengan tempatnya n masukan sesuai dengan dia dan dakwah ni..bukan sesuai dengan kepala otak kita je..

Kesimpulannya..teruslah berbuat…kalau blur..serahkan pada Allah 1st..jangan cari manusia terlebih dahulu..kalau kita serahkan pad Allah..insya Allah kita dapat jawapan yang terbaik..tanya la murabbi memasing utuk method terbaik..tapi experience is the best teacher..so..TERUSKAN BERBUAT KERANA ALLAH..JANGAN JADI KEDINDINGAN K…
wassalam