Wednesday, September 23, 2009

nikah...

bismillahiwalhamdulilah...

segala puji buat Rabb Teragung...selawat dan salam buat junjungan besar ..nabi Muhammad saw..


tajuk post...sungguh tak boleh blah..haha
saje je nak wat post ni memandangkan kat forum pun agakagak je ar..tak la sangat sebenarnya..
hangat diperkatakan tentang nikah..n kalau tengok kondisi kat sini pun memberikan sedikit sebanyak aura untuk memperkatakan tentang tajuk ni..
tak nak hurai pun..cuma nak share benda yg dapat dalam forum..

'"Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kau amat sempit. Tetapi jka kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat,” jelas saya.“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kamu semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah,” mereka semua terlopong mendengar penerangan saya.Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.'

dalam memperkatakan persoalan ini..beberapa perkara sering dibangkitkan.. antaranya..

-bagaimana jika menikah dengan non ikhwah atau ikhwah yang berlainan management
-'perigi mencari timba' bak kata orang

ana secara peribadi ada pendapat sendiri..yang mungkin sama je dengan orang lain... cuma tak nak cakap kat sini..mungkin lain kali...cuma post kat atas tu sangat menarik perhatian ana...
teringat satu lagu..

'isteri cerdik yang solehah..
penyejuk mata
penawar hati..
penajam fikiran..

di rumah dia isteri dijalanan kawan
diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan

nasihat kita dijadikan pakaian
salah kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramah bila bersamanya

dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
........
dah tak ingat..dan seterusnyalah...

dan bila je teringat lagu ni maka secara otomatiknya akan teringat satu kisah
kisah yang sangat-sangat aku kagumi...

'pada peristiwa Hudaibiyah manakala Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam memerintahkan para shahabatnya untuk menyembelih qurban selepas terjadinya perjanjian dengan pihak Quraisy. Namun ketika itu, para shahabat tidak mengerjakannya karena sifat manusiawi mereka yang merasa kecewa dengan hasil perjanjian Hudaibiyah yang banyak merugikan kaum muslimin. Berulangkali Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam memerintahkan mereka akan tetapi tetap saja tak seorangpun mau mengerjakannya. Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam masuk menemui Ummu Salamah dalam keadaan sedih dan kecewa. Beliau ceritakan kepada Ummu Salamah perihal kaum muslimin yang tidak mau mengerjakan perintah beliau. Maka Ummu Salamah berkata:"Wahai Rasulullah apakah anda menginginkan hal itu?. Jika demikian, maka silahkan anda keluar dan jangan berkata sepatah katapun dengan mereka sehingga anda menyembelih unta anda, kemudian panggillah tukang cukur anda untuk mencukur rambut anda (tahallul).
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam menerima usulan Ummu Salamah. Maka beliau berdiri dan keluar tidak berkata sepatah katapun hingga beliau menyembelih untanya. Kemudian beliau panggil tukang cukur beliau dan dicukurlah rambut beliau. Manakala para shahabat melihat apa yang dikejakan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam, maka mereka bangkit dan menyembelih kurban mereka, kemudian sebagian mereka mencukur sebagian yang lain secara bergantian.'


kisah ni sangat menyentuh hati ini..cewah..yer..tak tipu tau...sangat sangat..
pk gak..boleh ke aku jadi sang isteri yang macam ni nanti..
mampu memberi solusi terhadap permasalahan suami dengan tepat..
mampu menyejukkan hatinya dengan pandangan kita..bukan pandangan mata tapi pendapat kita..tapi pandangan mata pun perlu juga kan nak sejukkan hati dia? rasa macam geli geleman je..haha
sambung..
mampu mengobarkan semangat jihadnya?
mampu meringankan bebannya..
mampu menjadi sayap kiri perjuangannya..
yang paling penting
mampu membawanya lebih dekat kepada Penciptanya
bukan melalaikannya dengan keindahan hiasan dunia mungkin....
hurm..
risau juga..
bukan mudah..
sebenarnya sekarang ni boleh je aplikasikan sikit..
well..
tengok pada mad'u kita..
sejauh mana kita mampu memberikan solusi tepat dengan musykillahnya..
sejauh mana kita mampu membawa dan mengajak mereka dekat dengan Penciptanya..
sejauh mana kita mampu menyejukkan hatinya dengan pandangan kita..
sejauh mana kita mampu meringankan bebannya..
sekarang ni..nilailah semula ukhuwah ini
sebelum melangkah ke alam itu..
yang menuntut lebih banyak pengorbanan perasaan..
bersama akhwat..bersama mad'u dan bersama anak halaqahla..
kita nak berlatih..
untuk menjadi sayap kiri perjuangnnya...
seriously memang geli yang amat cakap pasal ni...amat sangat sangat..rasa jantung nak terkeluar..telinga ni macam berbulu dah..perut rasa ada belut kat dalam...n rasa macam nak muntah hijau..huhu..tapi..
moga sama2 ambik ibrah

saya rasa mmg takda org baca blog ni..
cumanya...
peringatan buat diri ini..
belajarla masak...haha..
perngatan ni sungguh bermakna...
dan yang lebih penting adalah..
jaga iman
jaga amal
jaga diri
jauhi maksiat
dekatkan hubungan dengan Allah
setlekan hafalan
luaskan tsaqafah
dan banyak lagi...
uhu..
dan sesungguhnya semasa saya menulis tentang post ini..
hakikat kejadian adalah..
saya sudah besar..
bukan anak-anak kecil lagi keyh...

-end-

No comments:

Post a Comment