Saturday, January 5, 2013

terus kuat

bismillahirrahmanirrahim .

hari ke 4 di tahun 2012.
dan lagi.
Allah sangat memakbulkan doa.
saya berdoa agar Allah menjadikan kehidupan saya sibuk dengan kerja2 dakwah.
dan Allahuakbar
sekarang saya terasa sangat sakit kepala, sangat letih, saya nak rehat dan bertenang menghabiskan mutabaah.
tapi hari ni seolah2 nya Allah push saya untuk buat juga kerja.
saya plan nak bertenang dan menghabiskan mutabaah dan semua kerja2
dan tiba2 raudhah memerlukan saya dan saya pergi ke raudhah tanpa planning yang baik.
alhamdulillah Allah beri kekuatan
dan saya sampai di rumah jam 11.30 malam.

dan saya perlu membuka emel
dan menyiapkan tugasan yang saya janji nak bagi malam ni .
Allah.
terima kasih Allah
kalau ada orang kata 'kerehatan hanya di syurga'
serius -mujahadah dan pengorbanan perlu besar.
dan serius penat

ini belum ada suami, anak2.
mungkin tarbiyah Allah untuk saya dalam menguruskan kehidupan sendiri,
agar satu masa nanti saya mampu kuat dan menguruskan keluarga dan anak2 saya dengan baik walaupun kerja berderet2 , walaupun kerja dakwah terlalu banyak yang perlu dilangsaikan
dan medan amal menuntut untuk dijejak.

berikan kami kuat Rabbi.

tiba2 terbaca satu ayat dari YDP DHL
sangat terasa kot.
Allah selalu mengirimkan ayat2 ydp menusuk sampai backbone
terkena dengan situasi semasa

Kadang2 kita rasa begitu penat dan tidak cukup masa dan tenaga utk laksanakan tanggungjawab dakwah. 

Ini dapat diatasi bila kita miliki keimanan yg tinggi dan hubungan yg akrab dgn Allah swt. Keimanan ini akan membangkitkan rasa tanggungjawab dan dorongan utk beramal dan berkorban tanpa bertangguh.

Pada ketika itu tiada lagi halangan yg dapat menghalang sang mujahid utk beraksi di medan. 

Ya Allah bantulah kami..


Mohd Noor Azib Asmangi - YDP DHL 


Allah..sangat terasa. dan yakinlah ramai orang mengalami benda yang sama.
sangat letih
sangat sibuk
sangat banyak emel perlu dibaca --> bukan emel noti FB ye
sangat banyak task pengurusan perlu dibuat
sangat banyak report kena hantar
sangat ingin berehat tapi takboleh.

alhamdulillah
terasa kasih sayang Allah kan?
syukur.
jom buat kerja!!




Friday, January 4, 2013

3 hari di 2013

bismillahirrahmanirrahim

3 hari di 2013.
baru 3 hari
1hb 1
2hb 1
3hb 1

dah banyak benda besar yang berlaku. yang menjadi sejarah hidup.
dan 3 hari yang penuh dengan kerja dan tekanan.
saya rasa saya berada under stress.
dan akhirnya
selepas usrah semalam.
sit down dengan naqibah terchenta. pukul 11.30 malam kot masatu
saya cerita. n i cryinggg. (of course kot)
finally pulang ke rumah akhwat jam 12.45pagi baru keluar dari rumah naqibah!
dengan senyuman dan hati yang tenang. jazakillah khair naqibah yang tercinta ukht __ dan ukhti syikin lovely usrahmate. jazakillah khair mendengar tangisan dan curhat saya.

apakah sejarah yang telah terbina?
1 hb 1 - liqo bersama sahabat saya. nampak kecil. tapi contentnya menjadi sejarah hidup saya
2 hb 1 - pe'merge'an UPSP ke dalam KRIM. -sekelip mata. saya sedih. berpisah dengan bppian. dan akhirnya kami berpecah dan saya dikorbankan ke dalam krim pusat. moga Allah melapangkan hati saya.
3 hb 1 - pelepasan taklifan di dhl dalam pengkaderan secara unofficial.

Allahuakbar. moga saya tenang.
ameen

Wednesday, January 2, 2013

masa adalah tarbiyah

bismillahirrahmanirrahim
mendapat satu taujihat
bila saya bertanya tentang seorang sahabat yang saya ceritakan sebelum ini. 
beliau baru sahaja habis belajar, berpindah medan dan memasuki fasa pekerjaan. 
pekerjaan yang super bz.
dan saya bertanya 
bagaimana dengan amal tarbiyahnya sedangkan hampir setengah tahun beliau berpindah medan.
dan dijawab 
'belum lagi. mungkin sedang disusun yang terbaik oleh 'penanggungjawabnya'
dan taujihat yang saya dapat -terasa kott

cuma dia agak busy sikit sekarang
  mungkin ambil masa adapt keadaan alam bekerja

diba: ya..
cuma risau sangat lebih2 lagi yg berkaitan dengan hal amal dan dakwah.dah hampir setengah tahun kot balik sini.

Tapi hal seperti ini memerlukan sedikit masa utk consult.
terlalu push, patah. terlalu longgar, bahaya
  terkadang masa adalah tarbiyyah
 apatah lagi perubahan fasa, ia perlu sedikit tarik tali sebab hakikatnya dia menguruskan kehidupan dia sebagai kader dakwah.
  jika kehidupan ok, dakwah juga ok
  tapi ana akan cuba consult lagi
  insyaAllah.
terima kasih Allah. mengirimkan sahabat yang banyak membantu saya. ;'( sangat terharu. alhamdulillah 
dan saya sangat sangat sangat sangat berdoa. untuk keistiqomahan beliau dan keaktifan beliau dalam dakwah.
sayang rasanya ditarbiyah bertahun2.

p/s : bila baca post ni berkali2.saya rasa saya nak nangis. saya perlu memahami kondisi. ya Allah.permudahkanlah urusan kami. ya Allah, beri kekuatan kepada sahabatku ini untuk aktif dalam dakwah dan stabil dalam kerjayanya ameen. kalau kita doa dia tak tahu, insya Allah makbulkan? insya Allah ameen.

Monday, December 31, 2012

ikhwah kena kahwen dengan akhwat

disini saya nak tulis petikan2 yang menarik dalam Fb saya ahli pembina.
pandangan ikhwahs.
dan akhwat sikit.
nice2.
tapi yang mengambil tindakan adalah ikhwah kan?

Hisham Sharif Selepas hampir 9 tahun kahwin dengan akhawat, alhamdulillah, rumahtangga dakwah lebih mudah dibangunkan bila suami isteri berkongsi misi dan visi yang sama. Kalau ada ikhwah yang masih meragui akhawat kita dan masih nak cari sendiri di luar jemaah, ana nasihatkan fikir masak-masak. Ikhwah yakinlah, akhawat Isma hebat dari banyak segi sebenarnya, rugi sangat kalau antum cari yang bukan akhawat.


brahim M Hasan Lal. Saya setuju di sana ramai lagi muslimat yang solehah dan baik. Namun solehah sahaja tidak mencukupi kalau tidak faham amal. Jd muslimat tersebut perlu jadi akhawat dahulu untuk dia memahami amal.

Ikhwah yang qowiy, malam2nya dipenuhi samada tarbiyah atau amal medan sehingga tidak tersisa masa yang luang. Mana mungkin muslimat yg bukan akhawat memahami dan boleh menerima hal ini kecuali dia seorang akhawat yang faham kenapa suami perlu meninggalkannya saban malam. Akhawat insyaAllah dia sudah memahami hal ini dan ini akan memudahkan lagi pengurusan rumah tangga...
Friday at 7:22pm via mobile · Unlike · 21


Aiman Rosli Syeikh Ahmad Solah sebut pd ana malam tersebut, ada seorang akh yang berkahwin dgn wanita yg tidak terlibat dgn dakwah Ikhwan. Jadi sepanjang berumahtangga, setiap kali perlu keluar utk urusan dakwah, maka si suami akan menyembunyikan tujuan asal musafirnya kpd isterinya. Diberitahu pd isterinya dia hendak ke tempat lain/ urusan lain padahal mungkin pergi ke program dakwah. Tiba-tiba ditakdirkan satu masa, dia ditangkap dan dipenjarakan, maka isterinya sangat terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima.

Ini satu kisah yg ana rasa ok lagi sbb dia masih boleh aktif. Banyak kisah lain yg menjadi iktibar utk ana.

Muslim Abdullah Zaik "Akhawat ISMA telah ditarbiyyah utk memahami pengorbanan suami dan berkorban demi da'wah ini"

-Ustzh Norsaleha Mohd Salleh-

Salman Abdul Rahman Kita tidak datang membawa 'agama' yg baru. Bahkan, Islam itu tanpa terkurang walau terlebih sedikit pun adalah isi kandungan dakwah kita.

Komitmen terhadap Islam dan dakwah adalah sebahagian dari definisi soleh dan solehah. Memahami Islam sebagai sebuah cara hidup, melaksanakan dakwah kepada Islam, menggabungkan diri ke dalam sebuah gerakan dakwah yang menyeru kepada kefahaman Islam yg benar dan menyeluruh serta bekerja keras merealisasikan apa yg diseru; juga adalah sebahagian dari definisi soleh & solehah.

Kriteria pasangan yg dicari adalah begitu subjektif bg setiap org. Setiap orang mempunyai hak memilih sama ada menerima kehadiran seseorang ke dalam hidupnya atau menolak. Sebagaimana ia adalah hak, ia juga adalah tanggungjawab.

Seseorang muslim itu bebas berkahwin dan memilih pasangannya. Ada yg pilih kerana harta, rupa, keturunan, tetapi ada yg pilih kerana aspek kesolehahannya.

Jika kita memilih mengutamakan aspek selain soleh & solehah, maka tanggungjawab kita lebih besar pada aspek itu selepas berkahwin, menjadikan ruang, masa dan peluang kita untuk bekerja dalam amal dakwah lain semakin kurang kerana lebih banyak masa dihabiskan rumah. Sedangkan, sebelum berkahwin kita punya pilihan yg banyak untuk menghadkan masa kita di rumah selepas berkahwin kerana mempunyai pasangan yg mampu mentarbiah keluarga, menjadikan kita tenang beramal di luar.

Salman Abdul Rahman Ana kongsi sedikit cerita dari Gaza.

Di Gaza, pemuda-pemuda yang terlibat dgn Al-Qassam, mereka sgt sedikit masa di rumah. Siangnya bekerja seperti orang biasa 6-8 jam, malam mereka ambil giliran menjadi mujahidin menjaga keselamatan sempadan sekitar 6 jam.

Syarat-syarat menjadi Al-Qassam adalah sekurang-kurangnya berdisiplin dengan dakwah mereka sekurang-kurangnya 3 tahun. Selain dari menghafal Al-Quran, tiada kecacatan pada asas-asas sbg seorang muslim dan tiada kecacatan akhlaq.

Bermakna kehidupan mereka selepas berkahwin sgt sibuk antara mencari rezeki, amal dakwah dan berjihad. Amal dakwah mungkin kita boleh katakan amal seperti usrah, dakwah fardiyah, mabit, daurah dll.

Cuba ikhwah bayangkan kalau seorang Al-Qassam berkahwin ikut dan shj. Maksudnya, tak teliti pilih calon pasangan. Seorang isteri yang tidak ditarbiyah, mampukah menanggung beban ditinggalkan, lagi-lagi jika perlu menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak. Ditambah lagi dalam keadaan yg sukar.

Itulah kuncinya Gaza melahirkan wanita-wanita hebat seperti Ummu Nidhal yg melahirkan anak-anak mujahid. Begitu juga isteri-isteri mujahidin dan syuhada' yg lain.

Dan, sebenarnya, ana kongsikan, semasa misi kami ke Gaza baru-baru ini, pejuang hak asasi wanita (feminisme liberalisme) sempat menganjurkan satu konferens di dalam Gaza memperjuangkan hak wanita yang ditinggalkan suami yg berjuang. Mereka nak melahirkan rasa bosan, jemu dan 'fed-up' di kalangan wanita di Gaza kerana ditinggalkan suami yg sibuk berjihad..

Senario sebegini mgkn jauh dari kita. Kita simpati melihat Gaza yg ditindas, tetapi orang Gaza simpati melihat kita kerana tak ada peluang menjadi seperti mereka.

Tp tak salah kalau nak mengambil semangat mereka dalam kehidupan kita.

Nafisah Binti Abdul Latif Skadar pndangan:
-jemaah tak wajibkan anda bkahwin dgn mana2 individu
-jika seorang al akh itu mnyerahkan jiwa raganya pd jemaah nescaya die akan mnyerahkan urusan hidupnya spt soal pnikahan kpd jemaah jg 
-dlm mbuat pilihan jodoh, kene lakukan istikharah & istisyar. Jd BM & mas'ul inshaAllah tmpat sesuai utk istisyar
-dlm nk mjayakan step2 dlm maratib amal dgn cemerlang, perlunya strategi yg tepat jg. (cth ade ikhwah nikah dgn bkn akhwat maka ambil masa nk fahamkan psgnnya ttg amal dakwahnya, begitu sbaliknya)
-akhwat bknlah bidadari tp die ade usrah & murobbiyah yg blh menegurnya jika die melakukan kesilapan. Die jg akan faham konsep lapang dada dlm.mnegur teguran dr suaminya insjaAllah
Allahua'lam

Syed Ahmad Israa' Beruntunglah mereka yang mencintai seorang wanita sebagai isterinya, kerana amal dakwah yang memintanya mencintai wanita tersebut. Inilah apa yang terjadi kepada para Sahabat yang dididik Rasul s.a.w.

Hisham Sharif dah tulis panjang pasal ni dulu, kongsi lagi sekali ....
http://hisham79.blogspot.com.au/2012/05/kenapa-kena-kahwin-dengan-akhawat.html


hisham79.blogspot.com
teringat pengertian Salim A. Fillah...Cinta dalam rumah tangga juga tak datang b...See More

Shazwin Hassan straight forward: akhawat x pnah letih tunggu ikhwah masuk meminang. masalahnya ikhwah yg gagah perkasa hebat2 dlm tarbiyyah dan cakap cair ttg dakwah takut sgt dgn term BM nih, nk isi borang pun takut. wA. sahut cabaran! akhawat setia tunggu ikhwah, jangan sia2kan. hargailah akhawat, jgn memilih sgt nak slim, muka cun melecun, xde jerawat sebijik pun, masak level masterchef, menjahit level jovian, terer berkebun tanam cili pokok mangga dll, putih melepak, kurus langsing, deans list, kerja hebat dll.. nak sempurna kat syurga je dapat. nk tunggu semua tu lengkap sampai bila2 la x kawen2.
Saturday at 3:49pm · Unlike · 40---> pergh..paling banyak like. akhwat la tu kot. 

Kamarul Azizan Analogi mudah, mustafa masyur selepas berkahwin bgtau zaujahnya adalah isteri kedua kerana dakwah adalah isteri pertama. Adakah hal ini boleh terpakai jika seorg akhawat selepas berkahwin? Akhawat tu akan kata zauj dia adalah suami kedua dan dakwah adalah suaminya yang pertama? Benda tu tak boleh berlaku di sudut syara' dan di dlm dakwah juga agak sukar berlaku. Sebab seorg isteri tak boleh berkahwin dua dr sudut syara'. Adapun dlm dakwah seorg isteri wajib taat terhadap suami (selagi menepati syara' ) melebihi ketaatan kepada jemaah. 

Jadi kalau suami yg tak ikut tarbiyyah kata jgn ikut usrah, isteri tersebut wajib mentaati suaninya berbanding naqibah. Akan ramailah akhawat yang ditarbiyyah begitu lama jika hal i

Inilah kesan yang akan berlaku jika ikhwah tidak memilih akhawat sbg pasangan hidup. Dan realitinya sekarang berapa ramai akhawat yg masih membujang kerana menunggu ikhwah melamar? 

Di saat akhawat yang semakin ramai dan ikhwah yang semakin eksklusif, tergamakkah kita mencari org lain dgn alasan utk tajmik ke dlm dakwah? 

Cuba kita merenung sebenar2nya hal ni dari sudut kacamata seorg akahwat. InsyaAllah demi kelansungan dakwah, ia bukan suatu yg sukar bahkan indah.
23 hours ago via mobile · Unlike · 11

Hisham Sharif Beberapa lagi noktah penting yang perlu difahami:
1) Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan bahawa rumahtangga dakwah yang bahagia akan terbina dengan automatik, ia adalah sebahagian ikhtiar jama'i.

2) Ada yang berkahwin dengan akhawat, tapi akhirnya dua2 tenggelam. Ada yang tak berkahwin dengan akhawat, tapi akhirnya keduanya cemerlang. Ada akhawat yang kahwin dengan bukan ikhwah sebab dah tak ada pilihan, tapi akhirnya, suaminya jadi amilin yang sangat hebat.

3) Isu dia jauh lebih mendasar daripada sekadar memilih akhawat, tapi ia adalah tanda aras iltizam dan kefahaman kita dalam amal jama'i. Sejauh mana kita meletakkan agama dan kepentingan dakwah dalam urusan-urusan kehidupan. Kita boleh beri pelbagai justifikasi, keluarga tak setuju, akhawat tak ada yang sesuai, dan macam-macam lagi, tapi akhirnya ia berbalik kepada diri, di mana dakwah dalam projek pembangunan rumahtangga kita?

4) Akhawat tak perfect. Ada yang tak reti masak, gosok baju suami pun hangit, bercakap pun macam warden penjara, tapi ikhwah juga begitu, jangan harap yang perfect kalau kita pun masih jauh dari sempurna. Apa yang penting, keduanya ada iltizam untuk baiki diri. Rumahtangga dakwah adalah proses panjang yang perlu pada kesabaran yang tinggi.

5) Akhawat yang dah lebih 25 tahun dan masih tak ada calon, kena sediakan mental untuk berkahwin dengan orang luar jama'ah. Kena sediakan diri dengan teknik2 untuk menjadikan suami sebagai mad'u untuk ditarik menjadi amilin dakwah.

Banyak yang nak cerita, tapi cukuplah dulu. Kalau tak faham dan rasa ragu2, jangan malu untuk bincang dengan naqib atau qudama' dakwah. Apapun kita kena ingat, bila kita memperkuatkan jama'ah dengan rumahtangga dakwah, ia adalah langkah untuk menguatkan islam itu sendiri. Jangan pisahkan keduanya kerana tarbiah dan dakwah ini tidak sekular.
14 hours ago · Unlike · 9




Sunday, December 30, 2012

sambung lagi

bismillah...

baru pulang kenduri adik di tambun ipoh perak.
kenduri kesyukuran perkahwinan belah lelaki @ adik ipar saya
selepastu bersama keluarga di lost world tam bun.

terlalu letih.

tapi paling geram.
dapat satu sms , ada sorang cikgu sekolah bagi no saya kat seorang lelaki ni.katanya nak berkenalan.
astaghfirullahhalazim...
istighfar panjang saya.
dan budak lelak itu sms dengan kata2 biasa -saya merasakan itu kata2 orang umum.

jangan buat saya macam ni!
saya dah terlalu lama meninggalkan zaman jahiliyah saya.
masih ada banyak ke sikap2 jahiliyah yang terpapar, sampai cikgu tu sanggup bagi no saya kat orang?
kalau betul caranya tak apa..ini tidak.
Allah...
tapi kalau betul caranya pun...i will say no... sorry..
Allah...
bengang saja rasanya.
paling dikesali cikgu tu pakai tudung labuh.
tolong hormati privacy saya
tolong hormati saya

bila berlaku perkara seperti ini,
sangat2 mengevalusi diri
sejauh mana saya telah menjadi 'biasa'di kalangan orang biasa.
Allah.
*nangis*

apa yang perlu saya buat?
entah.........

di tahun 2013, saya sangat berniat dan teringin
SAYA NAK PINDAH SEKOLAH
NAK TUTUP SEMUA SEJARAH DI SEKOLAH SEKARANG
CUBA MEMBINA SEJARAH BARU YANG LEBIH BAIK DI SEKOLAH BARU
walaupun saya yakin. cabarannya pasti akan lebih hebat.

tapi persoalannya...
macamana saya nak pindah?
jangan rede kan saya..

Friday, December 28, 2012

kebarokahan

sambung lagi..
apa yang saya nak cerita.

semalam masa usrah ; ada pembentangan tafsir surah an-nisa pasal ayat nikah. maka keluarlah pengalaman naqibah dan rakan2 usrah yang dah nikah dan soalan dari saya yang belum nikah ni.

alamak..
saya rasa saya tak boleh kongsi dulu.
risau ada orang yang tak sepatutnya baca, telah baca.
ok.
simpan dulu.one day saya akan tulis

dah ada ke?

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

alhamdulillah masih menghirup udara tarbiyah
moga terus istiqomah hingga bertemu syurga insya Allah.

lately;
banyak mendengar perkongsian tentang : a marriage. sebuah perkahwinan.
mungkin kerana memang umur yang telah capai tahap lebih dari sepatutnya untuk berkahwin.
tapi aturan Allah melangkaui tahap pemikiran manusia

walaupun ana target untuk nikah di tahun2012;
nampaknya tak lepas. sebab; bukan saya yang pi meminang orang. orang yang meminang saya.
tapi Allah masih belum perkenankan.teruskan berdoa. moga adalah tu jodoh tu insya Allah.

as usual. semalam, abah balik dari minum kat kedai tiba2 abah cakap kat mak;
'ada orang tanya lagi'
tak lain..ada orang tanya saya .walaupun saya rasa tak mungkin la ada orang nampak saya. tapi mak kata, orang kampung biasalah...bekerjaya lagi.
ok fine.
mak tanya apa abah jawab.
abah cakap yang budak2 zaman sekarang ni nak mencari sendiri. (lebih kurang gitulah ayat abah)

yes. ya.
entah kesekian manusia yang tanya.
saya cakap jelas dengan mak abah. saya taknak.
saya nak nikah dengan orang isma (baca : ikhwah)
mak pernah marah saya sampai saya rasa nak nangis.(dah mengalir kot airmata; mesti saffana akan cakap saya ratu air mata. hehe) sampai saya cakap kat mak, dahlah taknak cakap lagi.jangan cakap lagi.
abah pernah marah sebab dia ada pilihan; dia suka sangat kot kat orang tu akhirnya orang tu kahwin. dan abah memang mengungkit2.
saya tetap dengan pendirian saya.
saya cakapdengan mak abah.
saya nak nikah dengan orang isma.
mak kata.
jadikanlah pilihan mak abah tu orang isma.
saya kata ; bukan senang nak didik lelaki ni mak...
dan dicampur dengan cikgu2 sekolah yang panggil personal dan tanya
'dibah dah ada orang dah?'
'akak ada sedara ni, dia nak cari cikgu juga. dibah cubalah berkenalan dengan dia dulu. at least sebagai satu usaha'
pernah cuba sekali! sebab, saya istikharah dan saya dapat jawapan untuk cuba at least sebagai satu usaha
tapi astaghfirullahalazim.
dan terasa seperti sangat jahiliyah. sangat sangat.
saya tak mampu rupanya berdepan dengan 'org biasa'
apatah lagi menerima sebagai teman hidup. entah langsung tiada kekuatan
akhirnya saya bercerita kepada naqibah.
dan dia kata
'jangan diba...jangan. nanti akak cakap kat BM suruh cepat'

satu situasi yang biasa yang saya rasa saya takkan berdepan dengan ini semua.
tapi tak rupanya.
bak kata sorang akhwat; akhwat cikgu ni 'hot stuff'.
sampai adik, kakak saya kata saya ni sangat memilih. mak ayah apatah lagi.

tapi saya ada pendirian.
sebenarnya ini bukan satu pendirian pun
tapi satu doa saya
dan satu harapan saya
saya nak nikah dengan ikhwah
saya cakap dengan mak, saya nak nikah dengan orang isma- mak doakanlah ya
tapi dulu saya pernah doa,saya nak nikah dengan ikhwah dari management dr hizul.
so kesimpulannya ? sendri faham la
tapi semua ni demi kemaslahatan dakwah dan tarbiyah

baru2 ni bersembang dengan akhwat sama2 upsi dulu,
sebaya. dia posting di satu kawasan lain.
tanya dia. bila dia nak nikah?
dia kata' kawasan ni masalah sikir sebab ikhwah sangat sikit, akhwat ramai'
saya kata ' tak ada ke cikgu sekolah ke, mak ayah kamu ke yang nak kenalkan kamu dengan mana-mana lelaki baik?'
dia kata ' entahlah dib. kita tak berani. kita tengok ramai akhwat yang nikah dengan orang biasa lepastu terus senyap. kita nak teruskan dakwah dantarbiyah kita.macam susah sikit kot kalau dengan orang biasa'
tu ayat lebih kurang.
subahanallah, sangat kagum dengan pendiriannya.
Allah..

sekarang ni saya doa,akhwat saya (termasuk saya) akan bertemu jodoh dengan orang yang soleh dan terus istiqomah di jalan dakwah dan tarbiyah.

semalam sembang dengan naqibah dalam usrah; kelmarin zauj pn sol tulis pasal isu ni juga. tapi nampak dalam facebook ada ikhwah shout juga.
salah satu isu adalah;ikhwah taknak nikah dengan akhwat, tapi mencari orang biasa.
tak patut langsung kan?
iyalah. dahlah ikhwah sikit.kawin pula dengan orang lain. akhwat ni nak campak mana?
dahtu ikhwah ni taknak kawen sebab ada masalah kewangan..elaborate sendiri la. ada pulak keluar kata2 ' akhwat tu mawar, duduk kat situ, kami ini kumbang yang kena terbang cari rezeki' naqibah memnag tak setuju dengan statement tu.dia kata sampai bila kumbang tu nak terbang cari rezeki untuk diri sendiri sahaja.
dahtu timbul kata2 ikhwah ni tak buat kerja. akhwat ramai ikhwah sikit.

saya tanya, habistu ramai akhwat yang tak nikah lagi ni mcmna?
naqibah terangkanlah apa usaha BM salah satunya,follow up akhwat yang tak nikah lagi, bila dah mencecah 26, 27,28 kalau ada orang masuk, minta dipertimbangkan.

entahlah. doa saja.
baru2 ni ada sorang akhwat mencecah 29/30 umurnya.
akhwat korea, beliau dapat menikah dengan ikhwah.alhamdulillah.subahanallah. ada jodohnya.
ikhwah tu lebih muda.
sungguh mulia.

wallahualam

p/s :sebenarnya bukan nak tulis pasalni ponn..tapi apesal ntahh. nak tulis pasal benda lain sikit sbnrnya