bismillahirrahmanirrahim
esok hari terakhir sekolah
sekarang ni rasa kecut perut
sekarang ni rasa kepala lelong
rasa nak demam pun ada
rasa takda mood pun ada
rasa terlalu banyak kerja yang perlu dilangsaikan pun ada
rasa taktau nak buat keja apa sebab terlalu banyak pon ada.
knp rasa kecut perut?
entah
tak rasa terlalu hepi pun nak cuti
biasa2 je. malahan terasa takmo cuti
hurm.
tak berapa plan lagi cuti ni nak buat apa.
sedang menunggu someone, baru boleh plan
sebab ada janji dengan dia untuk satu program
adoi.cepatlah sikit ye. den nak plan macam2ni.
tapi secara kasar dah ada dah perancangannya. insya Allah
dan program yg berderet
moga terus tabah hati tak berbelah bagi diba =)
p/s : dari dulu saya sangat tak suka menunggu, sampai satu tahap saya akan nangis. tapi biasalah, kalau kita tak suka,itulah yang diuji. moga saya bersabar. ameen. mungkin anak muda : semua nak cepattt aja.
Thursday, November 8, 2012
Monday, November 5, 2012
Mengapa Harus BIsnis?
Mengapa Harus BIsnis?
Bulat takkan bergolek
pipih tak datang melayang.. (hijjaz)
1. Agar Menghargai Waktu dan Kerja Keras
2. Agar Mengerti Apa itu Risiko
(kapal di pelabuhan memang aman, tapi bukan itu maksud dibuatnya kapal; satria hadi lubis)
3. Agar Berjiwa Merdeka
4. Agar Menghargai Silaturrahim

Every business is service business)
5. Agar berwawasan luas
Wisdom
Knowledge
Data
Informasi
Noise
6. Agar Cerdas Mengelola Anggaran
7. Agar bisa Belajar Kepimpinan
(I did it my way - Mahathir Mohammad)
8. Agar Merasakan Indahnya Shadaqah
9. Agar Lebih Peka untuk Bersyukur dan Bersabar
10. Agar Merasa Nikmatnya memberi Kemanfaatan bagi Banyak Orang.
-Gaji tetap, sekali lagi, kadang membuatkan kita berada di wilayah abu-abu. Tidak ada surprise yang mengajar kita bersyukur. Tidak ada kejutan yang membuatkan kita tiba-tiba menyungkur sujud. Tidak ada saat-saat ekstrim. Ekstrim mudah yang memancing syukur dan ekstrim sulit yang mengajarkan shabar. Dua-dua tidak ada-

Sunday, November 4, 2012
Dilema Akhawat
‘nak kahwin dengan akhwat?dah lah tak kenal akhwat ni’
‘ana tak ready lagi’
‘memang ana dah kerja,tapi susah sikit la akh’
‘ana ada masalah kewangan sikit’
*****
Itu antara jawapan yang didengar dari ikhwah jika ditanya
tentang pembinaan baitul muslim.
Disisi akhwat pula kondisinya berbeza, mungkin kerana akhwat
yang akan ditanggung bukan menanggung keluarga, jadi lebih kecil
tanggungjawabnya.
Mungkin kerana bukan akhwat yang menghadap ibu bapa sendiri
dan ibu bapa pihak sebelah sana dan menjawab persoalan tentang kedudukan
kewangan, sanggup atau tidak untuk menganggung anak gadis orang, perancangan
masa depan dan sebagainya, Mungkin
kerana akhwat lebih stabil kondisi ekonominya dengan mempunyai pekerjaan tetap
atau bekerja sebagai pegawai kerajaan atau menjalankan perniagaan sendiri.
Situasi hari ini menyaksikan ramai akhwat berusia 26, 27, 28
dan 29 tahun bahkan mungkin lebih lagi, belum lagi mendirikan rumahtangga.
Akhwat ini bukanlah gadis biasa, mereka insan yang sangat aktif dan komitmen
dalam tugasan dakwah dan tarbiyah, kuatnya hubungan dengan Allah dan dijaga
batas pergaulan dengan baik, berusaha memperbaiki diri dari masa ke
semasa,bahkan ramai dikalangan akhwat yang berwajah cantik walaupun sedia
maklum penampilan akhwat pastinya sederhana dan tidak terlalu menonjol, dari
segi pakaian mahupun rias diri.
Konsep akhwat mudah. Ingin mendapatkan seorang lelaki yang
ditarbiyah sebagai suami. Walaupun hakikat sebenar, ramai lelaki yang datang
merisik. Ramai jiran, saudara mara dan rakan sekerja yang sering bertanya
tentang akhwat untuk dijodohkan dengan orang tertentu. Tapi atas faktor
kemaslahatan jangka panjang, dan penerusan akhwat didalam tarbiyah ; seorang
suami yang akan menjadi qawwam hidupnya perlu dipilih dengan sangat teliti dan
tidak boleh menerima sebarangan orang.
Namun, konsep mudah ini begitu sukar di alam realiti. Hakikatnya,
ikhwah atau nama lain bagi lelaki yang ditarbiyah dan menjalankan tugas-tugas
dakwah, jauh lebih sedikit berbanding akhwat atau nama lain bagi perempuan yang
ditarbiyah dan menjalankan tugas-tugas dakwah. Walaupun persoalan dan desakan
diajukan kepada pihak baitul muslim untuk membantu akhwat mendapatkan jodoh,
namun jika hakikatnya ikhwah sefikrah dan sejemaah adalah sedikit berbanding
akhwat, itu tetap hakikat yang perlu ditelan dengan baik.
Jadi apa yang perlu akhwat lakukan jika berdepan dengan
kondisi sebegini.
Beberapa cadangan yang boleh dilakukan;
1.
Doa dengan sebenar-benar doa dan meletakkan
keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan memakbulkan doa.insya Allah pada suatu
hari yang tepat,akan datang orang yang tepat sebagai suami. Beritahu juga
kepada ibu bapa dan naqibah agar mendoakan dipermudahkan urusan jodoh dan
dilapangkan hati.
2.
Meletakkan target untuk nikah. Contohnya; jika
akhwat berusia 25 tahun, akhwat meletakkan target untuk menikah paling lewat
pada akhir tahun semasa usia 26 tahun. Bermula bulan 1, buat perancangan untuk
nikah dan pastikan ada progress dari masa ke masa. Contohnya, bincang dengan
naqibah, bincang dengan pihak baitul muslim dan sebagainya
3.
Mengajukan diri. Akhwat ‘propose’ ikhwah.
Mungkin pelik dan malu untuk dilakukan, tapi tidak salah mencuba. Mana
tahu,sekali mencuba boleh berjaya mendapatkan calon suami. Bincang dengan pihak
baitul muslim dan naqibah, beri satu nama dan minta pihak baitul muslim uruskan dan pastinya pihak baitul muslim akan sedaya upaya menjaga nama baik akhwat.
Walaupun mungkin akhwat tidak mengenal sangat ikwah atau dengan kata lain tak
pernah pun jatuh hati pada ikhwah , tapi cuba istikharah dan cuba cara ini
sebagai satu usaha membina keluarga dakwah. Tapi jangan kecewa jika tidak berjaya.
Yakin dengan Allah, pasti akan ada yang lebih baik. Tidak di dunia, di akhirat
sana insya Allah
4.
Merendahkan ciri-ciri calon. Akhwat jangan
terlalu memilih. Jika diajukan seorang ikhwah yang lebih muda, kerja yang
biasa, mempunyai sedikit masalah kewangan, tidak seaktif akhwat dalam tarbiyah
dan rupa yang biasa-biasa sahaja, istikharah kembali, bincang kembali. Jangan
ditolak bulat-bulat. Akhwat jangan terlalu membandingkan dengan ikhwah yang
selalu bekerjasama degan akhwat; yang sangat komitmen dalam dakwah, yang hebat
berkata-kata dalam YG bahkan pekerja tetap dan berpencen Petronas, badan-badan kerajaan
atau hospital-hospital kerajaan. Ini adalah perkara teknikal yang mungkin boleh
berubah dengan berlalunya masa. Akhwat yang kondisi ekonominya stabil, sudah mempunyai
kereta dan simpanan tetap; tidak salah membantu calon suami dalam urusan majlis
perkahwinan tapi dengan perbincangan yang baik.
5.
Menerima calon lelaki baik. Jika ada calon
lelaki yang baik datang meminang dan diyakini kesolehannya serta dia boleh
menerima akhwat sebagai ahli jamaah, dan boleh membenarkan akhwat untuk keluar
berusrah dan berprogram, akhwat boleh cuba timbang dan bincang dengan naqibah.
6.
Memetik kata-kata ustaz Fauzi Asmuni. "Kita hidup
di dunia pendek saja. Jika umur sekarang 26 tahun, paling lama pun kita akan
hidup 40 tahun atau 50 tahun lagi di dunia ini. tapi kita hidup di akhirat
untuk selamanya. Jangan gadaikan akhirat kita untuk dapatkan dunia yang pendek
ini walaupun dengan membujang hingga akhir hayat kita dan jika berkahwin dengan
orang biasa akan memusnahkan masa depan dakwah dan tarbiyah kita". Sukar untuk
diaplikasikan mungkin. Namun, itu adalah salah satu cara.
Akhwat perlu berusaha dalam rangka untuk mendirikan
rumahtangga muslim, apatah lagi jika usia semakin meningkat. Fitrah orang Melayu yang pemalu, dan hanya menunggu. Tapi, yang bulat tak datang bergolek
dan yang pipih tak datang melayang. Akhwat cubalah menjadi agresif dengan
banyakkan berbincang dengan naqibah. Tapi akhwat tidak perlu terlalu memikirkan
hingga mengganggu fikiran dan tugasan dakwah, dan biarkan proses ini terjadi
secara natural hingga sampai saat yang dinanti, akhwat tak perasan pun, ini
rupanya saat yang ditunggu selama ini; telah datang.
Selamat berusaha dan
selamat mencari redha Allah
Saturday, October 27, 2012
fasa melaju
bismillahirrahmanirrahim
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa kerja dakwah dapat di manage dengan sangat baik
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa kerja dakwah dilangsaikan dengan efektif dan superb
sepatutnya fasa sekarang iman mencanak-canak naik
sepatutnya fasa sekarang adalah fasa mutabaah amal di tahap yang optimum
sepatutnya fasa sekarang ni fasa banyak membaca
sepatutnya fasa sekarang ni fasa hubungan dengan Allah sangat sangat sangat kuat
sepatutnya dan sepatutnya.
tapi sepatutnya tu jadi tak?
ok,saya perlu belajar mengadaptasi.
alhamdulillah, sekarang ni akan secara automatik bangun sebelum subuh walaupun di saat rakan baik hadir setiap bulan. walaupun tidur lewat. alhamdulillah syukur. tetap bangun dan berdoa.
saya tak boleh tinggal qiam!
saya tak boleh tinggal qiam!
saya nak anak saya menjadi hebat, mungkin jauh
sekali untuk menjadi hebat seperti muhammad al fateh atau umar abdul aziz. tapi sekurang2 nya saya punyai impian seperti itu.
dan bagaimana untuk membentuk anak yang baik, soleh dan pejuang di jalan Allah,pastinya persediaan ibu sebagai madrasah pertama sangat perlu di beratkan.
okeh. faham.kalau nak dapat anak kena kawen lah kan? huhu. saya target nak kawen tahun 2012 (ramai sangat org dah tau.malu! - ate..dah kamu bgtau semua org termasuk kat blog ni nak buat gane..) tapi takpela. doakan saya ya. tapinya 2012 ni tinggal 64 hari lebih kurang.posible tak posible tak posible tak? entahlah. saya serahkan pada Allah.kalau tak dapat kawen tahun 2012 pastinya Allah ada perancangan yang lebih baik buat saya. tapi saya rasa tak lepas kot ~ sebab bulan 12 memang dah penuh. (uhuk uhuk. bajet sungguh) err. selingan yg panjang. saffana! doakan saya tau!
sambung sikit yang atas
dan nak dapat anak hebat perlu dapatkan bapa yang hebat juga.
saya tak tahu~ tapi saya doa. Allah berikan saya seorang suami, lelaki, seorang ikhwah yang ditarbiyah yang sama2 menggalas amanah dan beban dakwah ni dan bercita-cita melahirkan rijal2 dakwah yang akan sehebat muhammad al fateh.
yang at least boleh menjadi qawwam yang baik kepada saya dan anak2 (anak2 kembar saya.hihi. ameen) . membimbing kami dan sentiasa berusaha mensolehkan diri dan ahli keluarga serta mengislahkan orang lain.
saya tak tahu ~ tapi saya doa je. ok semua orang yang baca ni. aminkan ya. hehe
walaupun saat ni labah2 sangat hidup dengan galaknya. menggatai sikit tulis ni, tapi takpelah ye. doakan saya~
nak dapat lelaki qawwam yang soleh musleh bukanlah boleh dicari di pasar2 atau digerudi dari tengah laut melainkan perlu bermula dari diri saya.
ok. ok.
tapi niatlah berbuat kerana Allah, bukan buat baik dan beramal sebab nak dapat lelaki soleh ye.
ok ok.
peringatan buat diri sendiri.
ya Allah, permudahkan urusanku, bantu aku agar redha dan sentiasa bersyukur dengan ketentuanMu. Engkau pasti akan berikan yang terbaik mengikut aturanMu. jadikan aku hamba yang baik.
ya Allah, apabila Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku di dunia maupun di akhirat, maka tetapkanlah dan mudahkanlah
ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk bagiku,bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku baik di dunia mahupun di akhirat, maka jauhkanlah perkara ini dari ku
tetapkanlah kebaikan untukku dimanapun aku berada , dan jadikanlah diriku redha menerimanya.
ameen. ameen ya Rabb.
p/s : apa motif post ini? rojak mungkin.

Friday, October 26, 2012
yang bernyawa pasti akan mati
bismillahirrahmanirrahim
dah lama tak update blog
banyak sangat benda nak dituliskan
akhirnya tak tulis.
hari ini aidiladha.
pagi2 mendapat berita kembar abah dah pun meninggalkan alam fana ini menuju alam yang kekal abadi.
terkejut sangat. tak ada angin tak ada hujan, tiba2 mendapat perkhabaran duka.
innalillahiwainnailaihi rojiun
yang paling terkedu pastinya orang yang sama2 duduk dalam perut.
melihat jenazah - cukuplah mati sebagai peringatan-
Allah
Allah
berbaktilah kepada ibu bapa selagi mampu
dan beramal lah kamu sebelum jasad diusung ke liang lahad.
astaghfirullahhalazim. muhasabah buat diri sendiri.

Friday, September 7, 2012
berdoalah
special dedication
buat ukhti =)
moga tenang saja insya Allah.
ana doakan terbaik buat anti.
doakan yang terbaik untuk ana juga ! huhu
“ Ya Allah, sungguh aku mohon kepadamu untuk dipilihkan yang terbaik menurut ilmu-Mu, memohon agar diberi keputusan berdasar keputusanMu dan memohon dari karuniaMu yang agung. Sebab sesungguhnya engkau Maha berkuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau Maha mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui segala hal yang ghaib.
Ya Allah jika engkau mengetahui behwa ‘dia’ baik bagi agamaku kehidupanku dan akhir urusanku, dunia akhiratku, maka tetapkanlah ia untukkudan mudahkanlah aku menggapainya, kemudian berkahilah dia untukku. Jika Engkau mengetahui bahwa ‘dia’ adalah bukan untukku, agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku serta dunia akhiratku, maka jauhkanlah ‘dia’ dariku dan jauhkanlah aku darinya. Tetapkanlah kebaikan untukku dan untuknya dimana saja berada, kemudian jadikan aku ridho menerima semua keputusanMu. "
p/s : tapi saat ini labah2 hidup dengan galaknya!

rambut sama hitam, fikiran lain-lain
bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw
dalam dakwah ni lumrahnya memang akan bekerjasama dengan banyak manusia,
ada yang menyenangkan
ada yang menguji kesabaran
ada yang garang
ada yang terlebih caring
ada yang sederhana saja dari semua segi
ada satu masa dalam satu organisasi, kita mengharapkan ketua akan sama pemikiran dengan kita, sekurang-kurangnya boleh berbincang dengan baik, bertukar-tukar pendapat.
tapi pelangi tak selalu muncul.
kadang2, kita sangat tak faham. apa benda yang ketua ni fikir.
-differernt wavelength-
dan rasanya ketua pun tak faham apa yang kita fikir.
dan masing-masing meletakkan prioriti masing-masing yang berbeza dalam handle organisasi tersebut
kan pening.
kenapa ya?
wawasan yang berbeza?
background tarbiyah yang berbeza?
umur yang berbeza?
ok,rasanya sebab masing-masing tak berbincang dan sorang bawa haluan kiri, sorang bawa haluan kanan
entahlah. sometimes hanya banyak berdoa.
sebab tak tahu nak cakap macamana dah
rasanya dahlalu orang tengah
rasanya dah cakap berkias.
tapi mungkin kiasan yang terlalu berbunga sampai tak nampak apa yang nak disampaikan
ok. ini memang curhat.
sedih.
saya terfikir.
one day,
kalau dapat seorang suami.
dan pemikiran pun berbeza gini
macamana ea?
contoh je la. contoh semata-mata
kalau sorang berjiwa pembina -sangat
kalau sorang berjiwa pengkaderan -sangat
kalau sorang cakap pasal isu mahasiswa, isu semasa, isu umum, isu malaysia
dan sorang lagi cakap pasal isu pembinaan, masalah2 usrah, buku-buku dan quote yang sangat tarbawi
kan berbeza 2 tu.
adakah boleh berbincang dan bersembang dengan baik?
hurm.
cuma pendapat saya,
apa2pun kena telus.
kena ada perbincangan
kalau satu pihak tak setuju, satu pihak lagi kena cuba faham. or at least minta penerangan.
masing-masing kena saling bertolak ansur
masing-masing kena cuba saling memahami atleast.
dan kena bincang!
adoi. banyakkali saya stres. kena bincang dan bincang.
kalau satu pihak keluarkan statement nak pihak satu lagi ikut.
dan pihak sebelah lagi pun sama.
masing2 akan ada rasa takpuas hati.
kan tak molek tu
ya Allah, permudahkanlah. jangan susahkan. ameen
mode #hanya saya dan Allah saja yang tahu isu apa ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)