Tuesday, July 10, 2012

hujung minggu bersama dakwah

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, hujung minggu yang baru lepas
membawa seribu satu makna. 
alhamdulillah 

bermula jumaat sebaik habis sekolah. terus drive ke Kuala Kubu Bharu - Kem bina Semangat untuk program Multinas. alhamdulillah. walaupun baru balik sekolah, tapi saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan 2jam30minit. alhamdulillah. 
di MULTINAS, banyak benda yang saya dapat. antaranya kisah2pengorbana yang saya dan solihah sama2 ungkitkan kembali. ya betul. pengorbanan. dan ketepatan masa ikhwah akhwah
walaupun agak bengang dengan sang ketua. tapi nak buat macamana. kena bersabar dan perlu di i'laj selepas ini. 
keesokannya dengan team pengkaderan IPT dan matrikulasi. 
saya sebenarnya dah bertahun2 nak join multinas, hingga saya dengan sukarela nak jadi ajk. tapi saya tetap tak dapat teruskan sampai habis multinas 

dengan rasa sangat tak nak balik. tapi saya perlu balik untuk hak2 kepada keluarga dan saudara mara. 
sepanjang2 perjalanan memang hati menafikan nak pulang. tapi hakikatnya saya sudah berada dalam perjalanan pulang.
bertolak jam 5.00 petang sampai di rumah nenek jam 7.30 petang.
serius sangat mengantuk. sampai dah tersengguh2 dan dah terhoyong hayang bawak keta kat guthrie. 
stop kejap dan tidur kejap. dan dapat solusi.makan asam yang mak tertinggal dalam kereta.terus segar.
alhamdulillah Allah menyelamatkan saya dan perjalanan saya selamat sampai ke destinasi alhamdulillah.

sampai di rumah nenek, salam dengan semua makcik pakcik. rupaya ramai yang tak ada. lagilah membuatkan saya rasa, ya Allah. nak duduk dalam multinas!
dan ada peristiwa yang menakjubkan, selepas solat maghrib, ada bacaan yasin saya tak tahu kenapa hati saya sangat sangat sayu. saya cakap kat hati.jangan nangis jangan nangis ni ramai orang. hati saya terasa sangat lembut. sambil membaca yasin dan menghabiskan bacaan doa lepas yasin@tahlil, menerjah kenalam kotak fikiran saya kesalahan yang saya lakukan. dan saya memohon ampun semahunya. hati saya terasa sangat lembut, tapi saya pujuk mata jangan keluarkan air mata. Allahuakbar. ada satu aura ketenangan dan keinsafan masuk dalam diri.
selepas tu, solat isyak dan solat jemaah hajat. 
solat isyak saya masih boleh cover, tapi waktu pakcik saya bagi penerangan pasal solat hajat, apa yang nak diminta saya rasa dah tahap air mata memang nak keluar. dan seusai mengangkat takbir, berderailah air mara. jatuh menitik dengan deras. 
subahanallah 
hati terasa lembut 
hati terasa insaf 
hati terasa amat mudah bertaubat.
entah kenapa.
hati yang keras selama ini,terasa sangat lembut
dan mata yang beku,mudah sekalimeluncurkan titisan jernih 
terima kasih Allah. 
memberikan aku nikmat 

Allahuakbar!
satu kesimpulan, bila berada dalam suasana yang baru 
eg : sebelum ni, tdur di bilik masak, hari ni berada bersama2 sedara mara dirumah nenek, 
suasana baru seolah2 memberikan hati yang baru.
Allahuakbar 
alhamdulillah 

ahadnya 
be-rehlah bersama adik2 comel 
alhamdulillah ramai yang turun 
jumlah semua 36 orang yang berehlah 
nice
ukhuwah hebat dan mantap
alhamdulillah. 
sangat bersyukur dimudahkan banyak urusan

seterusnya ,
next step.
insya Allah.perancangan tersusun rapi.hanya menunggu untuk dilaksanakan 

moga Allah permudahkan urusan kami 
walaupun bila bersama2 ISMA ni banyak kata2 nista buat kami 
eiceh. hihi.betul pe. 
ramai yang menafikan ISMA
entah
saya doa moga Allah meberikan saya syurga firdausi =)
saya sayang dakwah ni. 

isnin yang kembali 
sibuk menjadi guru sekolah 
moga Allah memberkati rezeki yang saya dapat 
alhamdulillah diberikan sibuk 
cumanya saya harapkan moga kecuaian saya tidak meberi fitnah kepada dakwah 
saya cuba membuat yang terbaik. 

insya Allah 

p/s :Allahumma ballighna fi Ramadhan =D

buat ketua saya

bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

alhamdulilllah, masih di beri nikmat tarbiyah
banyak peluang yang Allah beri untuk beramal

cuma kadang2 mungkin kurang bersyukur . astaghfirullahhalazim

saya ada seorang ketua yang dari dulu saya mohon pada Allah, agar diberikan seorang ketua kepada saya dan kami. alhamdulillah. Allah telah berikan kepada saya seorang ketua

cuma, masalah sekarang ketua lebih suka berdiam diri.
tapi saya rasa, ketua sedang dalam fasa memerhati,
dalam fasa adapt
dan dalam fasa menyimpan energy untuk kembali bangkit
walaupun ketua kembali berdiam setelah ada satu masa dia bersuara sebentar dengan ruhul jadidnya
tapi saya tidak tahu kemana ruhul jadidnya pergi
tapi saya yakin,
ruhul jadidnya masih berada bersama2 ketua
hanya saja dia berdiam diri
dan sedang berfikir
mungkin dalam fasa membina satu tapak yang kukuh.
saya doakan ketua akan tenang, dan menjadi hebat untuk menjadi ketua
saya tahu, saya tak boleh push ketua
dia akan bangkit sendiri dan mengeluarkan kepala dari cengkerang apabila tiba masanya
saya hanya perlu bersabar dan membiarkan dngan tenang

saya juga sangat bersyukur Allah memberikan rakan yang hebat kepada ketua
alhamdulillah
saya pernah terdetik 'kalau beliau ini masuk dalam teamsaya alagkah hebatnya. tapi pastilah semua itu hanya mimpi di siang hari sebab dia adalah manusia yang sangat hebat,manakan mungkin akan bersama team saya'
6 bulan kemudian
perencanaan Allah itu memang miracle dan tidak diketahui
dia - insan yang saya kata hebat itu,
bersama saya dalam team saya.
alhamdulillah
ketua telah mendapat teman
dan saya harap, orang yang hebat itu boleh membina satu legacy dan kekuatan bersama ketua saya

apa2 pun buat ketua
saya doakan ketua diberikan ketenangan
ketua diberikan kekuatan
ketua diberikan kehebatan dalam berfikir
dan ketua diberikan kehebatan dalam meneraju team kita

ambillah masa berapa banyak yang ketua nak
saya harap ketua tidak berdiam terlalu lama
sebab saya dan kami amat memerlukan ketua
saya amat memerlukan ketua

saya tetap akan setia menanti ketua..
insya Allah.



Wednesday, July 4, 2012

saya hanya manusia biasa

bismillahirrahmanirrahim

dah lama tak rasa macam ni.
cuba membuat yang terbaik
cuba menjadi yang terbaik
cuba mendapatkan yang terbaik

tapikan saya cuma manusia biasa
di sekeliling saya adalah ahli keluarga yang berfikrah biasa
di sekeliling saya adalah satu tanggungjawab yang besar, dakwah yang wajib saya tanggung
di sekeliling saya adalah rakan sekerja dan pelajar dan masyarakat yang biasa-biasa saja. yang tak pernah tahu dan faham apa yang saya buat.

saya cuba buat yang terbaik
taknak hampakan semua orang
menjaga ukhuwah dengan semua orang, dengan semua ahli keluarga dan saudara mara
menjaga amanah dakwah dan melangsaikan setiap tugasan dakwah yang dilakukan
tapi
rupanya saya tak mampu nak memuaskan hati semua orang
saya takmampu menjaga hati-hati manusia yang ramai dan berbeza fikrah itu

sebab saya hanya manusia biasa
saya punyai keinginan sendiri
saya punyai life saya
saya punyai kesukaan saya sendiri
saya punyai matlamat saya sendiri

tapi saya terikat
saya terikat dengan tanggungjawab terhadap keluarga
saya terikat dengan tanggungjawab terhadap saudara mara

saya cuma manusia biasa
bukan saya nak mengecilkan hati semua orang
bukan tak boleh bertolak ansur
saya cuma manusia biasa yang seringkali tersepit
dan jiwa saya sendiri remuk
kerana saya tak mampu berdepan dengan semua situasi sebaiknya
terkadang ada banyak benda saya perlu korbankan
termasuk perasaan saya

saya sedih dengan situasi ini
tapi apa yang saya boleh lakukan?
saya cuba buat yang terbaik
memberikan semua secara sama rata dan sama rata tidaklah bererti 50-50

tapi masih ada kata2 di belakang.

saya mohon pada Allah
ini mungkin ujian buat diri sendiri
Allah, permudahkan hambaMu ini.
ameen
:'(

Sunday, July 1, 2012

hadapilah shoutul harokah

bismillahirrahmanirrahim

lagu yang sangat best n very inspiring.
sangat suka dengan lagu2 shoutul harokah n izzatul islam
sebab..
menggugah jiwa.
dan membangkitkan kembali semangat dakwah.
lagu yang punyai aura yang tersendiri
aura perjuangan

ni album baru - hadapilah.
tapi rasanya album ni belumkeluar lagi. cuma teaser saja.

Hadapilah 

walau kelam mencengkam
walau mentari kan membakar 
jangan letih menapaki kehidupan 
ujian bagaikan terik sinar sang suria
hadir ke dunia bersama berjuta karunia
janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
janganlah bersimpuh di hadapan duka

hadapilah segala tantangan
sambutlah harimu dengan sukacita
hadapilah segala ujian
dalam kesulitan pasti ada kemudahan 

Tuesday, June 19, 2012

azam baru?

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah
nafas baru yang banyak !
thumma alhamdulillah.

tak perasan Allah menghadirkan ruhul jadid itu. dalam satu hujung minggu sahaja

antaranya :
1. pesanan semasa liqo sekretariat antarabangsa dalam negara : update la blog tu...

2. mabit bersama student tersayang [walaupun terpaksa ponteng katibah ;'(  ] : tilawah 1 juz sehari, almulk sebelum tidur. ini serious. please. preparation sebelum ramadhan  - 3 days after, alhamdulillah. mash cuba mengekalkan momentum.

3. hamasah yang mencanak untuk KMB year 1 : dah hampir siap planning setahun termasuk bahan2 pengisian. thumma alhamdulillah. ya Allah. terlalu bersyukur. Allah...

4. ruhul jadid untuk usrah STAM  dan sekolah. alhamdulillah. usrah STAM dah berjalan, dan usrah sekolah masih deal insya Allah dalam masa terdekat

alhamdulillah

- pengisian ustazah norsaleha masa liqo sektar tu sangat sangat sangat best dan memberi kesan. alhamdulillah. setiap apa yang dicakap akan diiringi dengan saya cakap sendiri : memang betul, true, yes, betul sangat. Allahuakbar!
-melepaskan KRIM - agak memberi keringanan kepada kepala dan pundak. alhamdulillah. melepaskan KRIM, banyak memberi hikmah kepada yang lain2. moga KRIM DHLmampu survive dengan baik. insya Allah.

alhamdulillah,
atas nikmat yang Allah beri. perlu menjadi manusia yang sangat bersyukur.dan yang paling manis adalah, tilawah saya getting better sangat. alhamdulillah

takbir!
Allahuakbar.


Sunday, May 13, 2012

Refresh muwasafat tarbiyyah

Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.



one step closer

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah. segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

sudah terlalu lama tidak mengupdate blog ni bukan?
sejak menjadi seorang pekerja rasanya agak kurang menupdate blog
tak tahu ke mana semangat menupdate blog tu pergi
termasuk lah mencantikkan blog yang kadang2 perlu.

dan dengan semangat yang kurang, saya memperkuatkan semangat untuk menulis juga
bukan apa diba,
sebagai teman dan sebagai peringatan di masa hadapan.
entah,kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan
adakah semangat yang masih sama dengan semangat dakwah hari ini?
adakah tahap pengorbanan masih sama,
dan peringatan untukdiri sendiri agar tidak terlalu banyak beralasan
sebab tu perlu mengupdate blog ini

ya Allah,tetap kan diri dan dan hati kami di jalan dakwah dan tarbiyah ini hingga akhirnya.ameen

apa cerita yang terbaru
baru habis OSC sebagai timbalan pengarah
alhamdulillah.
ok je. ok ke? ok la..
bekerjasama dengan pengarah yang membantu saya belajar untuk banyak bersabar. haha
tak baik. lain orang lain ragam. tak boleh espect semua orang akan jadi sama macam kita.
tapi sangat bersyukur mendapat pengarah program yang sangat membantu menggerakkan program termasuk promosi kepada peserta, aktiviti, dan pengurusan secara keseluruhannya.
bukan nak puji sangat tuan pengarah ni, cumanya saya tengok sepanjang 2 bulan perancangan OSC, banyak ajk yang berdiam diri tapi tuan pengarah yang terus juga berusaha walaupun sorang2 untuk promosi adik2 tu.walaupun beliau bukanlah team sekolah - syukur Allah. terima kasih. sekurang2nya ada orang rasa bertanggungjawab menggerakkan program walaupun ramai yang berdiam (dengan masalah masing2)
program OSC,program besar yang promosi utamanya adalah dakwah fardiyah
ni gara2 dapat tuan pengarah yang berjiwa DF sangat sangat sangat sangat.
walaupun saya tak lah sangat setuju - tapi bila pendapat untuk promosi umum agak tak mendapat support, saya rasa keseorangan n finally - ok i follow u n follow the flow.
alhamdulillah.
walaupun jauh dari target, tapi peserta 15 lelaki dan 60 perempuan adalah yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. setelah berusaha dengan hebat, ini yang Allah telah tetapkan. thumma alhamdulillah
walaupun dalam OSC ada banyak benda yang buatkan saya 'masuk dalam gua'
berfikir, beristighfar dengan banyaknya
sebab apa yang berlaku adalah berbeza dengan jangkaan saya sebagai pengurus program
terutama dari segi content slot2
and i'm a melancholy ~ so so so.
saya berfikir dengan banyak
dan akhirnya menemui jawapan yang pasti
usaha kita bukanlah 100% penentu keberjayaan seseorang mendapat hidayah,
kita telah berusaha,
moga memberikan hidayahNya kepada para peserta dari sisi-sisi yang kita tak nampak dan meletakkan mereka dikalangan2 pejuang Islam.
insya Allah ameen.
diba dan team dah buat yang terbaik - bila tidak mencapai yang terbaik dari banyak sisi, bukanlah bermaksud hidayah Allah tidak sampai.
sebab tu banyak sangat beristighfar
agar dosa-dosa saya tidak menjadi hijab kepada turunnya hidayah kepada mereka.
ya Allah,bantulah agar adik2 peserta OSc ini istiqomah di dalam jalan Islam.
bantu kami dan beri kekuatan kepada kami untuk follow up mereka dengan baik.