Sunday, October 17, 2010

titian kejayaan

selamat berjaya buat kalian

bismillah.
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

post ini ditujukan khas terutama buat farahana ( yang sayang kat saya..hihi - moga tenang) juga akhwat smka kl - halaqah saya - saff, teha, nailah, wardah, insyirah, suhaila, wanimer, asila, fariha, aliya najaa n yati
selamat berjaya dalam SPM.. walaupun dah lama tidak beremu. tapi kalian tetap bertamu di hati saya. dalam solat-saya dan dalam doa-doa saya..saya panjangkan buat kalian. moga Allah sentiasa merahmati.
nak buat liqo' b4 kome habis sekolah. harapnya dimakbulkan dan dipermudahkan..



p/s : lagu pertama...till d next song

Wednesday, October 13, 2010

KPM 2

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

apa benda KPM?
bukanlah majikan saya..kementerian pelajaran malaysia..
tapi daurah untuk murabbiyah matrik.
ada 2 dibelakangnya bermaksud ini adalah kali kedua diadakan tahu ini tapi yg pertama buat saya
terkejut juga sebab cuma kami yg atend dan dah lama sangat tak nampak logo nan satu itu..
logo PBTC..

program ni.
program last...
program terakhir buat kami..
tiada lagi buat selamanya..
semua telah berevolusi and transform menjadi yang baru...

ada yang tanya komen saya..
komen? hurm..syahdu la wehhh..
especialy masa resolusi tu..
saya masih baru dengan team  matrik...
n first time atend daurah murabbiyah matrik...
tengok2 ni yang terakhir..
cakap kat sorang akhwat ni..
'kalau program ni program sekolah mesti saya nangis. program matrik ni pun rasa sayu semacam je - sebab ni kan dakwah kita-. tapi sekolah telah bubar tanpa khabar. tup tup dah tak ada..hoho..' 
akhwat tu pun senyum je..^^

program yg sangat best
bermula dengan taujih oleh ustaz Amzar.. nice nice..lama sangat tak dengar taujih mcm tu..
kemudian pembentangan..
LDK
muhasabah di malamnya.
diakhiri dengan evaluasi dan resolusi.

terlalu lama tak atend program macam ni..macam dulu2..
subahanallah..best sangat..
ukhuwah..iman..
masa muhasabah paling best!
ntahla..rasa taknak berakhir sesi tu..
yang dah sebati dalam hidup.
dan memberi impak yang cukup besar.

tapi benarlah kata..tak ingat ustaz Amzar ke ustaz Kina..
'lepas ni kita akan menjadi jauh lebih baik daripada sekarang. dengan bergabung dengan yang lebih baik dan membawa bersama nilai2 kita. cuma perlu tunggu dan bersabar. '

nak quote sedikit kata ustaz Amzar
'kita kena menjadi dewasa untuk menghadapi situasi sekarang. dan dalam fasa ini kita perlu menjadi sangat independent untuk mewarnai dakwah matrik ni'

ustaz Kina
'mungkin ini semua ujian untuk kita untuk melihat kita ikhlas atau tidak dalam melakukan kerja dakwah ini'
'teruskan berdakwah dan buktikan.kita taknak semua yang dah sebati dalam hidup kita melebur ibarat air yang dibuang di tepi longkang'

saya dapat banyak benda sangat dari program ni. dan saya doakan buat kalian untuk bengkel bulan 11 ni. kuat ya! moga Allah memberikan ilham yang baik dan membantu dalam setiap langkah untuk kemaslahatan kita bersama..kalian sangat nak pecah kepala memikirkan. terima kasih. moga Allah membalas segala jasa kerana memandu dakwah ini dengan baik sekali..walaupun kelihatannya banyak sisi kelemahan tapi pastinya kalian telah melakukan yang terbaik dan mengharap yang tebaik juga dari Allah bukan?semuanya untuk umat Muhammad yang bersama2 kalian ini..

p/s : bersabar menanti 'y' - mutabaah

Tuesday, October 12, 2010

cinta kepadaNya

rumah-tangga-dai

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw..

tengah buat kerja sambil mendengar lagu.
aku ingin mencintaiMu by edcoustic..
ntah kat lirik yg mana teringat pada murabbiyah baru ku..
dan teringin nak mencoret di sini
teringat satu kata-katanya masa habis halaqah pukul 11.45 malam.

'kitorang tak kisah habis lewat..zauj akak yang kisah. huhu'
'zauj akak takkan balik waktu ni..nanti dalam pukul 1 lebih baru dia balik. dah biasa dia balik lewat. kadang2 kita pn rasa sunyi. bukanla tapi kadang-kadang kita nak berbincang sesuatu dengan suami. selalunya call dia kat pejabat untuk bincang hal anak-anak.masatu yang free sikit. tapi walau sibuk macamanapun akan spend masa untuk anak-anak. cuma takda la macam org lain selalu boleh keluar jalan-jalan,selalu balik kampung. tak dapat selalu. kadang2 je dapat'
(ini bukan satu keluhan atau ketidakredhaan- jgn salah faham dengan ayat yg saya buat n intonansi yg kamu buat ek)


touching....
paling touching call kat pejabat tak sempat nak bincang di rumah.
zaujnya antara pemimpin tertinggi cawangan bagi jemaah kami..
sibuk!
kerjayanya juga menuntut masa.
jemaah juga menuntut masa
keluarga, isteri dan anak-anak juga menuntut masa
begitulah kehidupan seorang dai.
terlalu banyak yang menuntut masanya.
inilah realiti kehidupan yang saya lihat dihadapan mata
belum melalui
tapi perlu bersedia.
seorang isteri/zaujah perlu sangat kuat.
apabila ditinggalkan suami untuk berjihad.
malah tidak boleh menyebakan suaminya tidak keluar berdakwah.
mungkin impian sebuah pernikahan adanya insan yang boleh berkongsi susah senang, berkongsi segala rasa yang kita rasa ( perempuan penuh dengan perasaan bukan..) berkongsi saat sakitnya dan gembiranya.
namun bagi isteri seorang dai. tidak boleh menuntut masa suaminya terlalu lama.
mungkin impian itu tidak dapat banyak dapat dipenuhi.
suami itu terlalu banyak urusan umat perlu diuruskan!
bukan hanya mengurusi isteri di rumah.
isteri perlu mandiri dan berdikari dan melepaskan suami itu pergi..
menelan perasaan sendiri.
cakap senang. tapi mungkin sukar aku juga belum pernah melaluinya.
dan bagi seorang isteri
dan core business isteri adalah mendidik anak-anak. isteri adalah madrasah pertama bagi anak-anak. menelan dan melayan kerenah anak-anak.
mentarbiyah mereka menjadi pejuang Islam persis Rasulullah, para sahabat juga abi mereka. malah perlu menjadi jauh lebih baik dari abi itu.
juga menjadi pendorong dan penguat buat suaminya andai dia futur, rasa lemah dan merasa lelah, juga ketika kekeringan idea.
jadi isteri perlu jauh lebih kuat dan lebih hebat dari semua yang berada di sekelilingnya. - keluarga, suami dan anak-anaknya.
keluarga dai itu..makan anginnya di dalam program, liqo'2 dan perkumpulan bersama sahabat lain..
juga semasa jaulah untuk ke program..
subahanallah.
hebat bukan.
iya...
jagalah imanmu untuk itu semua..insya Allah


p/s : mutabaah amal - insya Allah lebih ikhlas

Tuesday, October 5, 2010

apakah cita-cita anda

"apakah cita cita anda?

cita-cita saya ingin membuat dunia ini gembira dan bahagia
pastinya dengan sistem islam dan dengan tugas-tugas fardhu ain ini"

"ada yang bertanya : apabila dah kerja dengan petronas ni kerja banyak, kerja dakwah pun kurang. petronas banyak menekan pekerjanya supaya bekerja dengan baik sebab petronas ada target untuk kembangkan sampai saudi dan iran. petronas pun ada grade 1-3 yang kita kena capai untuk dapat yang terbaik.

saya menjawab :
dakwah juga ada target
target dakwah adalah seluruh alam.

dakwah juga ada grading
ada 4 grade
4. hanya ikut usrah sahaja. balik jadi org biasa balik.
3. yang ikut usrah juga melaksanakan task dakwah seperti dalam lujnah dsb
2. inovatif. membuat perkara baru sendiri yang memberi banyak kemaslahatan kepada dakwah
1. yang dibelakangnya ada 1000 orang.

jadi. kita dimana dan ingin memilih yang mana?"


ustaz abdul halim abdullah
daurah pemantapan fikrah
2 Oktober 2010
bangi selangor

Sunday, October 3, 2010

kembara seterusnya

bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah yang telah memberi segala nikmat
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

menerima tetamu...
ermmmmm........tidak disangka..
bukanlah terlalu mengenang kisah lalu.
sekadar memutar setahun yang berlalu akhirnya hari ini diri ini berdiri dimana..
belajar dari kesilapan dan mencari jalan perbaikan. insya Allah..
langkah terus melaju tanpa henti.
mohon segalanya bersama redha Dia.
terima kasih atas ingatan.
'kerja dakwah yang bertimbun'
sangat perlukan kerja keras

alhamdulillah kembara yang berterusan.
minggu ini.peristiwa sama kembali berulang. clash banyak benda. ujian buat diri. memohon padaNya.
bermula jumaat. banting-putrajaya-bandar tasik selatan-ukm-seksyen 7. gatai.
haha..bukan. try jalan baru. rupanya lebih menguji dan jauh.
tunggu tren lama sangat. rasa tension. sedih.sebab tak solat lagi. dah lambat untuk temujanji. cari tiang. peluk. cakap dengan Allah sangat-sangat. n nangis. tengah mengadu sangat tu..tren datang. subahanallah..subahanallah. Allahuakbar. tapi semua kan datang dari Allah. kena pk la kenapa Allah mengirimkan itu semua.

sedikit tentang liqo' malam tu. sepatutnya habis pukul 11 paling lewat. tapi menjelang 11.45 baru majlis ditangguhkan. then tuan rumah cakap. 'dah tak payah basuh cawan. akhawat semua balik'..haha kena halau dengan tuan rumah..
hoho..sebab mama kata nanti dia kena saund dengan zauj dia kenapa biarkan akhwat balik malam-malam. teringat satu liqo tu. ada sang penasihat bagi taujih. 'akhawat indonesia paling lambat pukul 6 dah sampai rumah' hurm..masatu tak dapat telan. aiyoo..tak dapat terima sket. yerla..bagi taujih macamtu pukul 1 pagi..sampai sekarang tak boleh telan. cuma semakin realize..akhwat memang kena balik awal. aah tak boleh dah meredah kegelapan malam dan kedinginan embun dinihari.hurm...baik! cuba sikit2.

keesokannya menghadiri daurah pemantapan fikrah.sangat best! pertama kali menghadiri daurah seumpama selepas pindah ke DHL. then testimoni saya 'ok. kita akan buka cawangan di banting ^^'ustaz abdul halim abdullah punya talk is d best. slide semua bahasa arab. ayat sangat touching. menghuraikan tafsir 22:77-78 sampai menitis air mata. merasai amat mengapa para sahabat sangat mampu berislam dengan baik. kerana memahami ayat-Al-Quran dengan sebenarnya. subahanallah. best! nice! nikmat dari Allah.

seterusnya liqo' bersama murabbiyah taman Islam. apa cerita tentang taman Islam. ntah ler. tak tahu nak ckp apa. cuba skarang fasa kelam kabut lagi. but perkembangan di taman islam adalah sangat memberangsangkan insya Allah. and i will do my best b4 menapak meninggalkan taman Islam.^^

then liqo' team aktiviti. satu je. perlu sangat menekankan gadhul basyar!sangat! ya Rabbi.. bantu kami..merindui tabir itu..hurm.. saat ni tahap tak betul sket..weng..cuma ntahla..taknak kenangan dan pengajaran buat diri tu berlalu begitu saja. tu yg write down even sikit.. setiap org punyai peribadi berbeza dan cara untuk introspeksi diri yg berbeza bukan. mungkin kamu lain. tapi ini salah satu caraku.

sekian