bismillahirrahmanirrahim
segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw
kritikal?
apa yang kritikal?
fasa kritikal dalam hidup seorang yang ditarbiyah.
sesorang yang ditarbiyah dan hidup di muka bumi ni takkan menjalani satu fasa yang statik dalam hidupnya, akan ada comfort zone, akan ada fasa kritikal.
apa fasa yang kritikal dalam hidup seseorang?
fasa perubahan fasa.
-perubahan fasa hidup-
saya pernah melalui fasa yang kritikal dalam hidup saya.
fasa perubahaan jemaah. jemaah yang mula2 saya ikut sejak saya awal tarbiyah akhirnya saya menjadi matang dan menjadi seorang akhwat yang boleh bergerak, tiba2 saya perlu tukar jemaah. saya ada pilihan untuk stay. tapi saya mengambil keputusan bersama2 mereka-kumpulan yang ramai untuk ke satu jemaah lain. iaitu ISMA. fasa perubahan adalah semasa fasa saya baru habis belajar, konvo dan dapat posting/bekerja dan saya perlu duduk di rumah dengan parents saya.
ya Allah. fasa yang sangat2 mencabar. dan alhamdulillah setelah 2 tahun saya dapat melaluinya dengan baik. fasa ini sangat mencabar bagi saya sebab, medan saya di bangi- di fasa baru bertukar jemaah dengan hal nak adaptasi, hal tak puashati banyak dengan jemaah yang baru sebab tak sama dengan yang lama, fasa nak kenal dengan orang2 dan peraturan baru, saya kena duduk di banting dan medan saya di bangi. perjalanan satu jam kalau naik kereta. tapi masa mula2 tu mana saya adakereta. saya naik public transport untuk perjalanan banting bangi. walaupun esoknya sekolah. dan saya bersyukur alhamdulillah. saya tak pernah terfikir untuk berdiam dan menjauhkan diri dari jamaah. malah saya rasa saya makin agresif. walaupun ada benda yang saya tak dapat buat dengan baik.
alhamdullllah. saya disini hari ini.
fasa perubahan hidup.
dari belajar ke bekerja
dari bekerja ke berkahwin
dari fasa ada suami sahaja ke fasa ada anak2
dan semua fasa ni adalah berjalan bersama2 dengan dakwah.
dan disinilah kesukarannya mungkin
kerana ada satu amanah yang sentiasa tertanggung di bahu, dari satu fasa ke satu fasa amanah semakin bertambah.
dan saya doa saya terus istiqomah .
saya doa ikhwah akhwat saya terus istiqomah
saya ada seorang kawan
dia baru habis belajar
dan dia berubah medan
dalam fasa dia baru berubah medan, dia terus bekerja -dan kerja yang agak sibuk saya rasa
dari kampus tempat dia belajar, pulang ke kampung halaman tempat ibu bapanya berada.
dan baru2 ini saya mendengar dia dalam proses untuk mendidirikan rumahtangga.
dalam satu masa dia mengalami beberapa fasa - berpindah medan, bekerja, tanggungjawab kepada keluarga, dan bakal menghadapi tanggungjawab dalam rumahtangga sendiri.
dalam tempoh beberapa bulan,dia mengalami perubahan fasa yang banyak.
dan sekarang ni saya berdoa.
agar dia, aktif seperti dia aktif di medan kampus, seperti dia aktif sebelum pulang ke kampung halamannya.
alhamdulillah. dia telah diusrahkan. tapi saya doa, dia kembali gerak dengan rancak di medan dakwah.
saya risau, kerjayanya yang sibuk, akan menjadikannya alasan untuk kurang bergerak,
saya risau,tanggungjawabnya kepada rumahtanganya nanti akan menghambatnya untuk aktif
saya risau, jika terlalu lama bersama dunia dan kurang beramal dan gerak di medan dakwah,akan hanyut dan larut dan hilang semangatnya
saya berdoa untuknya agar dia aktif dalam gerakkerja dakwah, dalam masa yang sama mampu handle masa untuk kerjaya nya agar bila saat dia mendirikan rumahtangga- dia akan hebat di kedua2nya.
kenapa khas berdoa untuk dia.
takpelah...sukati saya la. saya yang nak doa. huhuhu.
itu kes yang saya perasan. jadi saya doalah.
sayang rasanya- sebegitu lama ditarbiyah, akibat hambatan dan kekangan kerjaya dan kesibukan dunia, dakwah ditinggalkan atau menyepi dari dakwah. sayang rasanya tarbiyah yang bertahun2 itu.
tapi saya doa, dia tak baca post saya ni. nanti tak makbul karang doa saya. huhu
saya doa, moga saya terus istiqomah, mungkin satu hari nanti pun saya akan mengalami perubahan fasa yang besar(again) dalam hidup saya. walaupun entah bila. tapi saya doa. moga saya istiqomah dan dapat menghadapi semua perubahan fasa dengan baik.
ada banyak kes saya tengok,
selepas habis belajar, pulang ke kampung halaman kerana bekerja di kampung halaman (baca: dapat kerja di kg halaman) dan terus sepi dan menyepi.
sayang. dan sangat sayang.
bukan satu kes. banyak kes.
ada banyak kes saya tengok,
selepas habis belajar, pulang ke kampung halaman bekerja di kampung halaman (baca : dapat kerja di kg halaman) dan terus aktif dan agresif dalam dakwah.
subahanallah. hebat dan kuat. bantuan dari Allah.
sama2 lah kita doa. agar kita semua terus istiqomah.
walaupun perubahan fasa hidup adalah sesuatu yang kritikal.
tapi Allah yang memegang hati2 manusia, dan Allah yang membantu memberi kekuatan
jadi mintalah pertolongan pada Allah.
Bismillahirrohmanirrohim..
Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..
Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..
Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU
Amin ya robbal al-amin...;)
No comments:
Post a Comment