Monday, July 18, 2011

tautan, jalinan, semai -an(?)

bismillahirrahmanirrahim..

segala puji bagi Allah
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw

baru habis program tautan - semalam.
Tautan Ukhuwah
program anjuran Sekretariat Antarabangsa (Sektar) ISMA
program pre depature dan reunion 2011
untuk pelajar2 dan mad'u yang akan ke luar negara
yang mengikuti usrah isma di kolej2 persediaan seluruh negara
juga dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk bertaut ukhuwah bersama kami.

for d first time atend program pre depature / reunion
program yang melibatkan pelajar luar negara..
banyak sangat benda yang diperhatikan.

alhamdulillah program ini selesai dengan jayanya
dan for the first time juga
atend program yang FREE
siap dapat SOUVENIR FREE ; baju dan beg
siap ada lebihan duit.
alhamdulillah bantuan Allah

berjumpa dengan penggerak penggerak dakwah dari banyak negara
USA, Korea, Poland, Chech, Kanada, Mesir, Jordan, UK, Ireland, India, Australia, New Zealand - tak ingat mana lagi.
dengar macam. wow.
huhu..memang wow pun.
macam tak sangka jumpa dengan depa-depa ni.
baru tahu macamana europe boleh sumbang rm5000 untuk program ni sahaja
dan macamana new zealand boleh kutip duit infaq untuk palestin rm80 000
dan bagaimana para penggerak sektar luar negara mampu menjadi hebat dan bergerak di dalam negara lepas balik.

suka sangat progran ni.
menampakkan dakwah ni sangat mengantarabangsa dan sangat meluas

walaupun ada detik detik tu -
macam jeles juga.
seronok betul depa ni dapat ditarbiyah di negara orang
melihat negara orang dan belajar banyak benda yang takda di malaysia
apatah lagi saat menjadi pelajar saat yang sangat manis untuk dapat semua pengalaman ni.

tapi saya sangat yakin
tarbiyah Malaysia tidak kurang hebat
buktinya... kemi2 yang ditarbiyah di Malaysia ni..alhamdulillah.
saya yakin. Allah meletakkan saya di tempat yang sesuai dengan apa yang saya mampu tanggung.
cumanya mungkin
pelajar luar negara
dan pelajar dalam negara
mungkin ada perbezaan
tapi tidak perlu pelajar luar negara mengatakan pelajar dalam negara tidak dapat pengalaman sebagaimana pelajar luar negara.
ya
tapi kami punyai pengalaman manis lain..yang sangat mengajar erti kemanisan ukhuwah
dan mengajar erti sebuah kemanisan dan kepentingan tarbiyah
dan betapa susahnya nak tarbiyah pelajar2 uni tempatan dengan pelbagai cabaran yang real
berdepan dengan parents dan masyarakat muslim malaysia sendiri yang pemikirannya seperti itu.
dan perkara itu menjadikan kami kuat dalam berdepan keluarga sendiri terutamanya.
wallahualam
--erk kenapa post macam emo je.. tak emo.. cuma nak bagitau belajar dalam negara pun ok juga.

alhamdulillah
akhwat KMB datang bersama-sama..
4 orang. oh..bahagia.
saya jemput mereka datang dan saya antar mereka pulang.
moga tsabat ukhti...antunna harapan kami.
dalam perjalanan pulang dari tautan
membincangkan isu semasa
kepelbagaian jemaah di kmb.
mereka telah meracang bebrapa perancangan agar tidak berlaku pergeseran antara 2 main jemaah di kmb ini.
tapi bila tindakan dibuat
mereka merasa sangat kesal dengan feedback pihak sebelah sana
seolah2 apa yang dilakukan mereka adalah sebuah kesalahan.
perbincangan hangat dalam kereta semalam
hingga ada yang menangis
kesal dengan apa yang berlaku..
tapi sangat kagum.
mereka golongan yang sangat minoriti
mereka seperti disisihkan walaupun ada antara mereka menjadi ketua dalam kolej sendiri
mereka tidak diajak berbincang
mereka merasakan dipandang serong
hanya kerana mereka tekad memilih isma sebagai wadah perjuangan
kagum.
subahanallah.
dan perbincangan hangat
hingga ada yang menangis sedih dan kesal
namun yang lain tetap bersikap positif
'kita teruskan kerja-kerja kita'
'kita dah buat yang terbaik, dan kita terangkan pada mereka. kalau mereka tak nak dengar sudah'
moga tasabat ukhti..
peralanan baru bermula
dan masih lagi panjang.
akak yakin ini bekalan buat antuna di luar negara nanti
cabarannya mungkin lebih hebat lagi..
jazakillah khair juga kerana teralu banyak memberi masa antunna
akak tahu..student IB sangat sibuk
tapi antunna sanggup untuk turun dan berpenat lelah berfikir menguuruskan adik2..
alhamdulillah
hanya Allah yang mampu membalas
moga syurga menjadi balasan
insya Allah.

p/s : saya rindu akhwat saya...T_T. 'dib, hari ni anti orang ke 3 yang cakap gitu kat ana' hoho

5 comments:

  1. BOLEH KE SAYA JADI SETABAH AKHWAT KMB TU?

    ReplyDelete
  2. boleh...
    pengalaman akan mengajar segalanya...
    dengar talk wakil ikhwan semalam
    satu kata-katanya
    'jangan sampai orang lain meyakinkan kita, kita tidak boleh. kita perlu yakin diri bahawa sebenarnya kita boleh..=)'
    tarbiyah adalah pengalaman. pengalaman adalah tarbiyah
    tak perlu cakap tak mampu selagi kita belum buat
    tak perlu cakap tak boleh sebelum kita berlum gerak.
    kerana dai itu berbekalkan susah payah keringat, pengorbanan harta bahkan jiwa. dan tidaklah dai itu jika hanya berbekalkan air liur.
    teruskan berdoa.
    bila kita dah melepasi detik demi detik.
    baru kita akan perasan.
    rupanya kita mampu dan kita amat tabah sebenarnya..
    semoga Allah terus sayangkan kita semua..
    hambanya yang dhoif..

    yang menyayangi kamu : murabbiyah taman islam =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, akhawat ku ini sudah kembali~ =) nak dengar x kata2 seorang akhawat y ku gelar u.ima UKM, hehe..
    '' untuk jadi individu lebih dinamik, jauhi dari berkata' saya x tahy', 'saya x boleh', 'saya x de masa','saya org bari', saya dah tua', 'saya masih kecil','saya x reti', dan segala macam x!x!x! y sering disebut seharian. ganti dgn 'ok saya boleh buat','ok saya akan cari jalan', 'ok kita cari jalan penyelesaian','ok saya cari jawapan', dan berbagai ok! ok! ok! yang MENEROBOS diri maju kehadapan. Dalam menguruskan urusan yang diberi!''

    to cik kur kur : awak boleh if awak sentiasa kta, 'SAYA BOLEH'..

    ukhti, Allah beri ana perasaan dan sering terdetik '' ummi, kau dah matang jadi jgn bersikap cam dulu lagi'', tapi perasaan ni buat ana keliru dan sakit.. camne nak counter ek, saya nak jadi saya! saya xnak jadi org lain!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..
    saya yakin dgn apa yg saya pegang..cek murabbiyah taman islam jgn risau tau..sebab lebih banyak saya terlibat dgn mana2 pgram ..dan saya merindui pendekatan apa yg saya pegang sekrg..
    saya dah hubungi murabbiyah saya yg ketiga .. kak.nah nama dia..tapi baru kehilangan ibundanya beberapa hari lepas..
    kak zura..sala hazura banyak bantu saya di sini..
    insha Allah...

    kak ummi:..wah terima kasih banyak atas motivation tu..sgt membantu..dan lepas ni saya kena ckp..ye, saya boleh....saya boleh lepasi fasa perseorangan ini..umur bukan masalah..yg paling pentg..sejauh mana kita percaya..pada apa yg kita lalui sekrg..

    SYUKRAN ALAIKUMA.. :)

    ReplyDelete
  5. ummi..kenapa kata akhwat ku ini sudah kembali?? siapa yang kembali?? hoho
    ummi n teha.. salam tsabat.... ^_^

    ReplyDelete