khas buat nailah by saffana supersrikandi
Salamullah 'alaik.
ukht nailah,
moga hati kita berada dalam
keadaan lembut lunak untuk disapa
peringatan oleh Allah.
ukht,
dugaan cinta di dunia adalah
mahar untuk ke syurga.
ukht,
aku juga perempuan
punya perasaan
ingin dicintai & mencintai
tapi aku lebih kasihkan
bakal suamiku yg entah siapa
bersabarlah ukht,
masa itu akan tiba
dan boleh jadi bukan si dia
menjadi imammu suatu hari nanti.
ukht,
rasa cemburu itu biasa
sinonim dengan kita kaum hawa
mari tanya diri,
worht it kah membazirkan perasaan cemburu ini
untuk seseorang yang belum pasti milikmu?
ukht,
bersyukurlah kerana dikurnia perasaan itu
bersyukurlah kerana Allah sudi mengingatkan kita
tentang apa yang pernah kita tong-tang kan
bersyukurlah!
Allah masih ingatkan kita
dalam usaha kita mengingatkan orang
ukht,
rasa cinta itu fitrah insani
yang x boleh dilawan
tetapi wajib dikawal
mana mungkin kau melawan fitrahmu
seolah-olah melawan dirimu sendiri?
jgn lawan perasaan itu
nescaya kau akan kalah
Tetapi,
didiklah, kawallah dan kuasailah
seterusnya halakan pada jalan yang Haq
kepada Rabbmu.
ukht,
indah benar andai 'cemburu' ini
membuatkan kita lebih berbuat
& fastabiqul khairat
demi menarik perhatian-Nya.
ukht,
kerja2 pengislahan umat lebih besar
dan banyak drpd masa yang ada
sudahlah,
sudah tiba masanya
untuk kit alupakan
dan lipat ke tepi
segala perasaan tong-tang
yang bakal melembabkan dakwah itu sendiri.
ukht, mari,
pimpin tanganku
sama2 bangkit dr lena yang panjang
sama2 mengikis habis rust2 jahiliah dalam jiwa.
mari,
menjadi salah satu titik
dalam graf kebangkitan islam kelak.
Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment