Monday, May 6, 2013

Azam pasca pru13

Bismillahirrahmanirrahim

Mengupdate... Setelah sekian lama
Hari ni hari kemuncak akhirnya
Pru 13 telah selesai
Hanya menanti keputusan rasmi dengan penuh debaran siapa yg akan memerintah negara
Minta dijauhkan dap yg naik

Btw, baru balik dari pejabat pusat n balik tadi..
Along the way, i'm crying.
Kenapa? Sebab sedih.
Sedih sebab? Ada beberapa benda.

 Cumanya  rentetan tangisN itulah ana update blog ni- menggagahkan diri juga.
Habis pru ni saya ada azam baru.
Azam yg saya kutip sepanjng pengalamN pru kami
Azam dan impian ana
1. I want to be a typical woman. What is typical woman?
a. Want to be a wife to a husband
b. want to be mummy to 'our' kids
c. Nak duduk di cawangan isma yang dekat dengan tempat tinggaal dan tempat kerja saya. Same locality. Kalau sekarang kena berulang sejam dari tempat tarbiyah
d. Tak nak lagi menghabiskan masa berejam2 kat depan macbook utk update fb. Wpun utk task dakwah kalau boleh nak bagi kat orang lain
e. menjadi suri rumah yang baik ; pandai memasak, mengemas memang saya terer dan hilangkan rasa malas
f. Tak balik tengah2 malam dan tak berkejar meeting setiap hari dengan tempat yg jauh (refer c)
2. Saya nak jadi gemokkk sikit. Caramya
a. Makan ikut masa ygkonsisten
b. ambil suplement
c. Jgn malas makan

Inilah azam selepas pru. Saya doa sgt moga Allah makbulkan
1.

Saturday, March 30, 2013

Berkorbanlah. Kerana semuanya milik Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama sangat teringin nak update
Alhamdulillah akhirnya berjaya menggagHkan diri untuk sign in blog ni kat phone.
Oh ya. Saya dah ada iphone 5. Alhamdulillah Allah memberi izin untuk saya menggunakannya.

Ada banyak benda nak cerita terutama perjalanan kembara saya sepanjang selepas saya post , post sebelum ini.
Ada banyak benda yang berlaku. Benda baru. Dan nak coretka. Disini supaya menjadi penguat kepada saya di hari mendatang insyaAllah juga jika boleh menjadi penguat kepada sahabat yang lain

Kalau ada banyak typo harap maklum ya. Sedang menggunakan phone.

Semenjak pengumuman penglibata. Isma dalam pru ke 13 banyak benda dalam tarbiyah berubah. Dan paling ketara saya perlu ke bangi almost every day. ( harapnya post ini tidak menimbulkan rasa riak. Hanya ingin berkongsi. Moga terus memberi kekuatan kepada saya ) selepas lebih setengan bulan pengumuman, saya dapat arahan baru - kena atend meeting everyday di bangi-
Saya duduk di banting
Saya kena atend meeting di bangi setiap hari. Kecuali kalau ada usrah . So kiranya memang akan ke bangi la setiap hari.
Tapi arahan ni saya terima dengan sami'na wa atho' na. Tak banyk fikir.
Benda yg kadang2 buat saya rasa berat adalah
- saya penat. Makan minum saya tak terurus. Balik sekolah pukul 7, balik rumah kejap. Balik rumah tu pun terus on laptop. Sbb kdg2 kat sekolah tak dapat tgk update. Then azan terus siap2 solat. Kadang2 saya rasa lapar sangat2. Sebab saya takkan makan kat sekolah. Jadi biasanya ke sekolah tak makan nasi dan di sekolah pun tak makan nasi. Just makan roti je kat sekolah kadang2. Balik sekolah menahan lapar. Dan biasanya saya mmg tak makan sebab tak sempat.
Perjalanan ke bangi 1 jam. Paling lewat saya kena gerak pukul 8. Tu pun kdg2 terbabas jugak 8 lebih skit. Nak mandi nak solat nak makan sebelum ke bangi mmg mustahil. So saya cuma sempat mandi n solat. Eh kadang2 mandi pun tak sempat. Dan ini berlaku setiap hari.
Hampir setiap hari kelaparan, makan tak sempurna. Saya tak kisah sangat. Cuma kadang2 saya risau saya menjadi bertanbah kurus. Dn kadang2 bila letih dan lapar saya akan nak nangis. Akan cakap kat diri sendiri, saya ada hak ke atas diri saya. Saya lapar nak makan. Tapi saya push myself - minta kat Allah bagi kenyang n bagi tak bertambah kurus. Dan saya meneruskN perjalanan ke bangi. Satu benda yang kritikal , saya sangat memilih makan. Dan saya jenis tak berselera sgt makan dan saya makan lambat terutama kalau saya tak berapa nak selera / nak suka mknn tu. ( dibah ni tak senonohh )

- yang kedua. Saya naik persona . 1.6
Minyak boleh thnla. Saya pernah kira purata milage biasa 4 hari = 500 km. tu yg biasa. Jadi kdg2 terasa terlalu kerap mengisi minyak. Sekali isi rm65 dan thn lebih kurang 4 hari kalau musim pru ni. Kdg2 rasa berkira di situ.

Tapi apa pun saya kena yakin semua benda adalah milik Allah. Kalau kita tak infaqkan harta ni untuk dakwah, mungkin Allah akan meminta saya membayar benda lain pula. Jadi sama saja. Dan yakin lah rezeki tu milik Allah.

Saya berdoa, walaupun saya makan tak proper. Walaupun saya kadang2 makan kadang2 tak, wlaupun banyak makan benda yg tak berkhasiat mungkin, saya doa Allah memberikan kesihatan yang baik kepada saya dan memberikan saya gemok sikit. Uhu.

Saya harap saya terus kuat dan tsabat. Wpun selalu juga rasa down, tapi harapnya saya kuat untuk kembali bangkit. Saya doa moga Allah terus beri saya kekuatan untuk saya berulang banting- bangi- banting sampI waktu yang Allah tetapkan. Masa waktu bujang ni lah nak pulun. Saya tgk akhwat yg dah nikah dan dapat baby mmg tak dapat seaktif dan selincah kami yg masih bujang. Jadi bersyukur. Alhamdulillah terima kasih Allah. Ini tarbiyah Mu. Moga aku kuat dan sabR untuk menempuh kehidupan mendatang

Ya muqallibal qulb tsabbit qulubana 'ala dini wa'alatho'atiq
Allah..

Friday, February 8, 2013

pilihanraya 13

bismillahirrahmanirrahim

ngeh. kontroversi sungguh tajuk tu.
ya.
ISMA akan bertanding dalam PRU 13.
ya. fact. hakikat.
inilah perkara besar yang saya katakan sebelum ini.

sebelum ni kata, ISMA akan terlibat sahaja.
tapi Rabu lepas, dapat tahu dari bos agensi saya. ISMA akan bertanding.

1st time tahu dan diberi sedikit penerangan. masatu ada 4 orang sahaja yang diberi penerangan.
1st impression n 1st perasaan adalah....
saya sangat terasa, masalah umat semakin kritikal.
masa depan umat Islam di malaysia sedang sangat goyah
dan pimpinan mengambil keputusan yang besar demi untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia ni.
Allah....saya sangat terharu disitu.

dan bila semua diminta fokus kepada PRU,
mode n setting, jiwa, minda, fizikal terus berubah ke mode PRU.
alhamdulillah.
sungguh terasa bahang perjuangan.
terasa juga
selama ni memang kita rasa kita bekerja dan bergerak.
buat usrah,program, daurah untuk memberi kefahaman kepada orang lain. insya Allah memang gerak.
tapi bila mode PRU
sungguh terasa mode perjuangan.
terasa seperti sedang berjuang di medan perang.
dan agak terasa selama ini adalah seperti sudah menajdi rutin dan agak lengah.

alhamdulillah.
Allah memberi izin untuk saya berada di kawasan yang sibuk.
dan berada bersama2 team yang sangat sibuk.
saya nampak,
mereka2 sedang sangat berjuang
Allah.
ya ini medan juang
medan perang.
salah satu ijtihad pimpinan
yang pastinya diserahkan dengan sebulat2nya kepada Allah dalam membuat keputusan ini

Allah.
bantu kami
berikan kami kuat
berikan kemenangan kepada umat Islam ya Allah.

tiada masa lagi untuk berpangku tangan .

dan satu lagi saya sangat terharu bila Allah melapangkan sangat hati saya.
bila keputusan besar ini diberitahu.
menerima dengan taat, keputusan ini tanpa ada keraguan
dan bersedia menyumbang apa saja untuk perkara ini.

terima kasih Allah. segalanya hanya dariMu. walaupun terasa baru 2 tahun lebih meninggalkan dunia taksis. tiba2 nak masuk bab politik. Allah memberi tenang dan lapang.
mungkin kerana tempoh 2 tahun cukup meyakinkan saya dengan perjuangan ISMA dan lately ni memang Allah membantu untuk memberi kefahaman yang beaik tentang ISMA dan bersedia menerima cara baru yang lebih terbuka dan bermasyarakat serta bersedia untuk menyebarkan fikrah tanpa malu, takut dan segan dan tanpa dikongkong oleh wasilah lama.
Alhamdulillah semua sejak menerima sedikit taujihat daripada Ustaz Mad.  yang sangat terkesan tu dalam 2, 3 ayat je. tapi mampu mengubah pemikiran dan menganjak paradigma kepada waqi semasa. Alhamdulillah terima kasih Allah

terus bergerak.
mungkin ada orang kata. keismaan sangat dah ni. kalau luka, darah pun keluar kaler hitam kuning. ngeh. idok le...yakin dengan perjuangan dan bukan taksub membuta tuli.

satu lagi semenjak nak PRU ni, Allah memberi keizinan untuk saya menjaga mutabaah dengan sangat baik. mungkin bahang semangat dan segala kekuatan perlu disandarkan kepada Allah. qiam, tilawah, mathurat, istighfar, duha saya alhamdulillah sangat terjaga. terutama mathurat yang selalu golek2.
dan akh YDP dan ramai lagi ikhwah akhat juga sangat menekankan hubungan dengan Allah dari segi mutabaah amal.
juga ada sorang akhwat ni, dia agak susah bangun qiam. dan baru2 ni dia bagi taujihat dari satu buku, dan nampak semangatnya menyala2 untuk menjaga qiamya. alhamdulillah. alhamdulillah. terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau beri.

Alhamdulillah.

Friday, February 1, 2013

redha

redha dengan suami 
redha dalam konteks
redha inilah suami yang Allah berikan kepada ku
inilah suami yang terbaik yang aku ada, 
mungkin tak baik pada pandangan orang lain 
tapi terbaik buat ku dan buat imanku 

Ustazah Nor Hafizah Musa dalam rancangan Usrati, tajuk: Mengurus Hidup Siri 2.

ngee~ saja je post.macam menarik pula quote ni




kenyang dengan nasihat

bismillahirrahmanirrahim

minggu lepas yang penuh dengan pengisian

hari Rabu  : katibah
hari Khamis : AGM ISMA DHL - pendek kata , mesyuarat agung cawangan hulu langat
hari sabtu : KLS
hari ahad : daurah
hari selasa : usrah dengan murabbiyah comel

berjumpa asatizah,

ustazah wan adibah di katibah. Allah..begitu banyak pesanan buat kami para akhowat

ustaz Halim di AGM
akh azib (YDP yang disayangi) juga banyak memberi amanat

ustaz Azizee dan ustaz Fauzi Asmuni di daurah pemantapan usrah sektar. Allah Allah..
lagila banyak yang terasa tertampar ke muka. amik amik...
ha.
terasa.

alhamdulillah Allah memberi banyak input

walaupun banya benda yang berlaku dalam isma.
tapi tarbiyah adalah benda paling core yang sangat ditekankan
dalam pembinaan individu muslim mujahid
menjadi hebat di medan amal
Allah.

ayuh beramal.
sediakan senjata dalam melawan musuh 2 Islam
sediakan bahan dan rencah dalam membina adik2 comel menjadi penggerak

moga dakwah kan terus melaju
dengan kualiti para anggotanya

big big

bismillahirrahmanirrahim

akan ada satu benda besar yang bakal melanda.
terasa sangat seram dan takut
tapi apa pun perlu banyakkan berdoa kepada Allah moga isitiqomah dan ditunjukkan jalan yang sebenar

berada bersama2 kafilah ISMA.
terlalu banyak cabaran yang dihadapi
dan akan banyak cabaran lagi yang melanda dan perlu ditempuh.
keputusan2 yang diputuskan oleh pimpinan..
sangat terasa.
umat terlalu tenat
masalah umat sangat kritikal
dan jalan penyelesaian yang terbaik perlu dijalankan
dan baegitu terasa, para pimpinan dan asatizah
sangat memikirkan penyelesaian mengikut waqi' semasa
agar Islam terus tegak di tanah bertuah Malaysia ini
dan di hati2 umat Melayu di sini

Allah..
ikhlaskan hati2 kami
tsbatkan kami
kuatkan kami
agar terus melangkah
dan redhakan perjalanan ini ya Allah.
kuatkan langkah ikhwah akhwat ku,
jangan ada sekelumit rasa untuk kami berundur.
ameen



Sunday, January 27, 2013

kisah coretan

terlalu banyak kisah untuk dicoretkan !
tapi...