Sunday, May 31, 2009

montaj

bismillah..
tengah pulun buat montaj untuk STEP...
hurm..
guna cyberlink power dvd..
erm..bagi ana yang buta it ni..
benda ni benda baru la...
tapi try explore n guna
walaupun ana sejak azali memang tak kreatif langsung..
kuang kuang....
tapi cube gak r..
sebelum ni guna movie maker..
tak reti sangat juga..
cuma tengah cuba explore..

Wednesday, May 27, 2009

akhirnya....

akhirnya...pintar postpone...
tapi postpone tu macam dah dekat
batal je...
hurm..
pendapat..harapa sangat tipis untuk proceed program ni..
terkejut juga..
tapi mungkin kerana masalah yang lebih besar..
jadi..pospone..
mungkin banyak hikmahnya..
semuanya dari Allah..
cumanya risau sket hub dgn skol..
tu je..
cuma banyak wat backup planning..
doakan yang terbaik..
insya Allah..

semenjak 2 menjak ni banyak memperkatakan ttg masalah j
sejauh mana kita bwa mereka..
nak ajak ke arah apa..
hurm..
terus luruskan niat berbuat hanya kerana Nya..


Tuesday, May 26, 2009

maafkan anakanda....

kerana terlalu mengecewakan ayahanda dan bonda berdua

kembara yang berterusan


















bismillah..
minggu ini..first time drive sorang ipoh kkb- kkb ipoh..n first time drive pukul 5.30 pagi sorang2..alhamdulillah everything ok..selamat pergi dan selamat balik..cuma ada beberapa benda dalam perjalanan untuk pengalaman hidup..alhamdulillah...
habis di ipoh bertolak ke kuala lumpur..
plan tak pi taman islam..alhamdulillah cuba sedaya upaya untuk datang..
selamat sampai dan ramai yang terkejut dengan kedatangan ana..
hihi...
sebab kata tak nak datang tapi datang juga..
di kkb syura taman islam..
decide untuk reconstruct halaqah..
ana pegang halaqah produk untuk lebih khusus..
so maksudnya ana kena lepaskan anak halaqah ana sekarang ni..
huk huk...terbatuk jugala..
cakap kat dema..nak wat liqo' sat..
sat ja..
n cakap pasal..pasal pe ye..pasal faktor penghalang dakwah..
akan ada yang menghalang n menentang kalau kita membuat kebajikan..
andai itu yang berlaku dengan dakwah di taman islam..minta semua kuat n terus istiqamah..
ajak f datang...sebab dah lama sangat tak jumpa dia..dia pun mmg dan datang sangat-sangat..
tapi akhirnya dia tak datang..mmg dia nangis sangat2...
hurm..moga terus kuat ukhti..


dah cakap2 n ambik mutabaah..
finally..ana cakap..
' insya Allah..ni liqo' halaqah kita yang terakhir..mungkin lepas ni kita akan berpecah..n ada murabbiyah baru'
mula2 muka dema nampak terkejut sikit je.
ana bajet depa biasa je..
tapinya ada yang nangis...huu..
ana control habis masa tu..
never nangis depan anak halaqah again...
akhir tu dema tak banyak cakap pun..
cuma bila ana cakap..tercakap
'tak suka reconstruction halaqah'
n ramai yang bagi respon...
'ye'..'betul'..sbb ukhuwah yang terbina..
ni tak tahula kot ana je
yang syok sendiri..
tapi teringat sekali halaqah tu...
masa cerita pasal burung hud-hud
tu liqo' je sebenarnya..
habis halaqah tu tido sama2..
ada dua group..habis pukul2..sebab macam taknak habiskan halaqah tu..sweet..tapi
ada yang dah tak larat..
tengah2 malam tu boleh dema dengar lagu n berkaraoke sama2 dalam gelap..
masya Allah..nak tergelak pun ada..
kenangan tak terlupakan..
lepastu satu group lagi ni dok sborak pasal dakwah di taman islam..dan kondisi di taman islam dan macam2 lagi..
akhirnya group yang berkaraoke tu dah senyap sunyi..
n group satu lagi pun diam..dah pukul berapa..
esoknya ada qiam jama'i di musolla..
alhamdulillah..
best..kenangan itu..
tapi itu tinggal kenangan..
buat anak-anak halaqahku..
pemula dakwah di taman islam..
moga menjadi assabiqunal awwalun yang gagah n terus tsabat di jalanNya..
terusla menjadi ghuraba'
walaupun ada yang cakap..
'tak datang us us ke'..'nak pi usrah ke'..dengan nada menyindir..
huhu..itu akan menjadi kenangan manis
kami akan buat rehlah..
mas'ulah murabbiyah..
tapi tenaga penggeraknya adalah akhwat skool..
moga terus istiqamah..
sayang antunna..muah..
huhuhu
lepastu malam tu ada syura sket pasal taman islam..
then..
akhir tu ana cakapla kat 2 orang murabbiyah baru taman islam..
'terima kasih sebab sudi jadi murabbiyah taman islam n be part of us'
dema cakap..'hurm..kalau tak sebab pengarahan takdenye..'hik hik..
dua dua cakap dengan hampir serentak tapi dengan nada berguarau..
sayang antunna..
welcome to taman islam..
moga dakwah di sana terus gencar...


amaran buat diriku

bismillah..
wa....
rasa nak menjerit...
ya Allah...
rasa teruk sangat diri ni...
ni pasal taman islam lagi..
banyak sangat cerita pasal taman islam didengar...
ana rasa ana boleh percaya dengan cerita tu...dengan sumber yang macam boleh dipercayai..
tapi bila cek cek cek balik...
rupanya banyak benda yang merapu...
banyak benda yang salah infomation..or mungkin tak lengkap info n ada penambahan rencah dalam maklumat tu...
sebab tulah mmg kena tabayyun..
wa....
saya teruk..
cerita yang tak betul tu kalau baik takpe sket ....tapi tak ok la sebab cerita tak betul
tapi..
semuanya cerita yang teruk...
teruk sangat-sangat..
ya Allah ampuni dosa hambaMu yang lemah ini..
so..
ibrah buat diri..
lain kali tolong cek n recheck ttg semua tu..
tolong..n tolong..
selagi tak dapat kesahihan dari orang yang sepatutnya tolong jangan percaya sangat..
apatah lagi cakap kat orang lain...
tolong tolong tolong..
sebab fitnah tu sangat besar...
PLEASE!! CHECK N RECHECK!!!!!!!

jangan mudah percaya khabar yang negatif..kalau betul benda tu negatif n akan effect medan tu mestilah diberitahu pada anti awal2.
dan tolong husnul dzan..
orang tu sangat bersusah payah..senang je nak su'ul dzan..
ya Allah..ampuni dosa hambaMu yang amat lemah ini..
aku sangat berdosa ya Rabb..
ya Allah....

Tuesday, May 19, 2009

sejenak...

agak tersentak dengan artikel ni...
minta izin kepada penulis untuk letak kkan kat sni..

Bilakah kali terakhir dirimu menangis mengenangkan keadaan ummah ini?
Bilakah kali terakhir dirimu melihat seorang yg melakukan maksiat secara terang-terangan, lalu timbul rasa kasihan di hatimu lantas bermunajat kepada Allah untuk dirimu dan dirinya?
Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat.
Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan.
Kuasa yg ada digunakan semahu-mahunya.
Semuanya dihalalkan atas nama dakwah.
Mengapa?
Tidak sepatutnya wahai pendakwah!
Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegini rupa.
Islam ruh dan jasad Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yg hakiki.
Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam.
Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah.
Kitalah golongan pendakwah itu.
Ibadah kita tidak disertai rasa cinta.
Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'.
Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga.
Bacaan Al-Quran tidak mengalirkan air mata.

Dengan sebab inilah Imam Ghazali mengarang kitabnya Ihya' Ulumiddin. Ummah ketika itu berhajat kepada Islam yg sebenar.
Islam secara ruh dan jasad.
Ketika Al-Quds berada dalam genggaman tentera Salib, umat Islam pula berada dalam keadaan lemah dan hina.
Imam Ghazali sedar penyakit yg menimpa ummah lalu menyediakan rawatan melalui kitabnya, Ihya.
Maka lahirlah tokoh sehebat Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al-Ayyubi.
Pada hari ini, seorang lelaki berkata dengan penuh semangat, "Keadaan umat tidak akan berubah melainkan dengan kemunculan seorang pemimpin sehebat Solahuddin Al-Ayyubi." [1] Lalu seorang yg pakar dengan ilmu dakwah menjawab, "Kalaulah Solahuddin Al-Ayyubi muncul pada hari ini, tentu beliau akan dijual kepada musuh. Solahuddin Al-Ayyubi tidak keseorangan pada zamannya, bahkan beliau merupakan produk tarbiyyah dan produk masyarakat yg hebat. Daripada masyarakat dan persekitaran inilah, munculnya Solahuddin Al-Ayyubi!"

Masyarakat yg hebat akan melahirkan individu yg hebat.
Masyarakat yg bangsat akan melahirkan individu yg bangsat.
Rawati ruh kita.
Kita rawati masyarakat.
Nasihat Seorang pendakwah perlu memberi nasihat dan menerima nasihat.
Hinakan diri untuk menerima nasihat hatta dari seorang gila di jalanan.
Sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, hadirkan dalam hati anda bahawa orang tersebut lebih mulia daripada anda.
Susah bukan?
Bersedialah untuk sebarang kemungkinan jika dia tidak menerima nasihat anda. Jangan takut kepada celaan orang yg mencela.
Dan bersungguhlah untuk menasihatinya lagi.
Jangan juga membuatkan orang yg dinasihati berasa dirinya mulia. Kerana jiwa manusia kebiasaannya tidak akan menerima nasihat dalam keadaan merasakan dirinya mulia.
Secara peribadi, saya berpandangan bahawa nasihat atau teguran kepada orang yg melakukan maksiat di jalanan tidak sepatutnya dipanjang-panjangkan. Cukup dengan sekitar 30 saat dan minta izin untuk berlalu pergi. Kerana tujuan asal dia berada di situ bukan untuk mendengar tazkirah anda. Tazkirah yg berjela-jela akan menjemukan dan mengganggunya. Kecuali jika dia yg memohon penjelasan. Namun, jika anda punya kuasa maka gunakannya bersesuaian dengan keadaannya. Jangan mengiakannya dan jangan melampaui batasnya.

Mengambil manfaat dari setiap yg berfaedah
Kebijaksanaan umpama barang yg tercicir milik orang beriman, sesiapa yg menemuinya dialah yg paling berhak.
Setiap perkara yg berfaedah perlu dimanfaatkan walaupun berasal dari bukan Islam. Pendakwah perlu tahu beza antara mengambil faedah daripada bukan Islam dan tasyabbuh dengan bukan Islam.
Pendakwah perlu melihat dengan kacamata syara'.
Adakah syara' memujinya atau mengejinya.
Lalu, ambillah faedah daripada bukan Islam sekadar yg diharuskan syara'. Manfaatkan setiap peluang yg melintas di hadapan!
Pendapat yg mewajibkan untuk mengambil setiap amalan barat dengan alasan mereka telah mencapai kemajuan adalah pendapat yg batil.
Begitu juga dengan pendapat yg mengatakan barat adalah musuh kita maka jangan manfaatkan apa-apa pun daripada mereka.

Niat ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada semua
Timbul persoalan, "Adakah diri anda berasa suka untuk menyampaikan kebaikan walaupun kepada orang yg menyakiti dan mengutuk anda?"
Jika jawapannya, "Ya", maka itu petanda kepada keikhlasan niat anda dalam berdakwah di jalan Allah.
"Adakah dakwah anda umum kepada semua? Atau sekadar kepada mereka yg sehaluan dengan anda?"
Jika jawapannya, "Umum kepada semua", maka anda adalah pendakwah yg sebenar.
Pendakwah perlu sentiasa menghadirkan niat di dalam hati untuk menyampaikan hidayah kepada semua.
Hatinya tidak boleh sunyi daripada niat ini dalam apa jua keadaannya.
Sabda Baginda,
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa 'persaudaraan' dalam hadith ini bermakna persaudaraan yg umum iaitu persaudaraan kemanusiaan. Imam Nawawi berkata lagi, "Oleh sebab itu, berdoa hidayah kepada orang kafir hukumnya sunat." Beliau juga berkata, "Yang dimaksudkan dengan mengasihi (dalam hadith ini) ialah menginginkan kebaikan dan manfaat."

Tidak sibuk dengan perkara cabang Perkara cabang atau furu' yg masih berada dalam ruang lingkup khilaf tidak seharusnya diperdebatkan.
Si pendakwah perlu menghayati adab-adab dalam berkhilaf.
Kaedah fiqhiyyah menyebut, "Tidak diingkari perkara yg khilaf padanya tetapi diingkari perkara yg telah diijmakkan ke atasnya."
Maka seorang pendakwah mesti membezakan antara dua kategori tersebut. Sekiranya telah diijmakkan sesuatu perkara, maka wajib diingkari perkara yg berlawanan dengan ijmak ini.

Pintu dakwah terbuka luas Seorang pendakwah perlu tahu bahawa pintu dakwah tidak pernah tertutup. Lapangan dakwah terbentang luas.
Pendakwah perlu sedar bahawa pintunya banyak dan dia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yg sesuai dengan dirinya.
Jika di dalam penjara sekalipun, dia masih boleh berdakwah.
Jika dipenjara seorang diri, maka penjaga penjara merupakan sasarannya.
Jika penjaga penjara enggan berbicara dengannya, maka dakwahnya ialah melalui doanya dan melalui senyuman kepada setiap yg memandangnya.
Dia hendaklah berniat bahawa keberadaannya di dalam penjara sebagai sebab hidayah kepada orang yg menzaliminya.
Tidak malu, tidak jumud dan berfikiran terbuka
Pendakwah juga tidak boleh malu dalam berdakwah.
Abaikan siapa yg berada di hadapan anda.
Tugas anda ialah menyampaikan kepada semua.
Kawan mahupun lawan.
Persetankan ejekan di sekeliling.
Berpegang dengan prinsip tetapi tidaklah sehingga jumud dan berfikiran terbuka tetapi tidaklah sehingga menggadai prinsip.
Keterbukaan itu hendaklah tidak melepasi orbit Islam.
Pendakwah juga hendaklah bersikap profesional dan mahir dalam menghukum sesuatu perkara.
Tidak emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.
Asal dakwah, lembut atau keras?
Sesungguhnya asalnya ialah lembut dan keras itu ialah cabangnya.
Pendakwah hendaklah menggunakan kelembutan dalam ucapan dan tingkah lakunya.
Digalakkan bergurau sekadarnya dan jangan bergurau kecuali dalam perkara yg benar.
Tetapi, dakwah juga berhajat kepada kekerasan dalam sesetengah keadaan. Rasulullah s.a.w. sentiasa bergaul mesra dengan Usamah bin Zaid r.a.
Tetapi ketika mengetahui Usamah telah membunuh seorang musuh yg telahpun melafazkan syahadah dan beliau menggunakan alasan bahawa si musuh hanya ingin menyelamatkan diri, Baginda telah menggunakan kekerasan. Baginda berkata kepadanya, "Adakah kamu telah membelah hatinya?" Sehinggakan diketahui isi hatinya...?
Kekerasan dalam dakwah ibarat ubat bukannya makanan.
Ilmu psikologi membuktikan bahawa seseorang manusia apabila kerap kali dilayan dengan keras, kasar dan denda, dia akan hilang perasaan rasa bersalah, menjadi lali atau kebal dengan nasihat dan bersikap tidak peduli.
Tetapi jika selalu dilayan dengan lembut lalu ada keadaan yg memaksa supaya dilayan dengan kekerasan, maka digunakan kekerasan, ini akan memberikan kesan yg mendalam terhadapnya.
Bahkan penggunaan ubat yg berlebihan tanpa mematuhi disiplin akan mendedahkan pesakit kepada sakit yg lebih dahsyat.
Apatah lagi jika pendakwah menggunakan kekerasan sebagai makanan dan bukan sebagai ubat, ini akan menambahkan lagi penyakit orang yg ingin dirawatinya. Sebahagian pula tertipu dengan menganggap kelembutan ialah kelemahan.
Jauhilah anggapan keji ini.
Jangan menghina orang
Sebahagian orang yg mengaku pendakwah dikira gagal dalam gerak kerjanya apabila menganggap sebahagian orang langsung tiada manfaat dan faedah kerana sikap buruk yg diamalkannya.
Bahkan orang yg mengatakan orang ini atau itu tidak berfaedah sepatutnya bimbang tentang dirinya sendiri, adakah dia seorang yg berfaedah?
Adapun jika seseorang melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya, maka dibenarkan untuk mengumpatnya.
Untuk perincian, beleklah Ihya Ulumiddin, Kitab Aafaat Al-Lisan.
Mudah-mudahan tulisan ini dapat dijadikan pedoman untuk diri ini dan para pendakwah di luar sana.

ambik dari iluvislam

di situ...

kembara minggu ini berterusan lagi..
hurm..
dari ukm ke taman islam..pengalaman baru naik bas mini...
punyala tak reti nak naik bas tu..mula2 tak tahu bayar tambang..dah tu tak tahu nak turun kat mana..pakcik tu panggil banyak kali..dah sampai stesen komuter ukm (1st time pi sana)
nampak makcik jual makanan- tapi...jual makanan tepi longkang..
risaunya kalau ada e coli masuk kat makanan boleh sebabkan orang cirit birit...
bahaya...
pi bli air n tiket dahtu tunggulah tren tu..tengok persekitaran..rupanya kat area ukm ni banyak 'foreigner'..mat mat bangla, indon, nepal..sume tuh..
dahtu naik tren shuttle...
punyalah panas dalam tu..aircond dia tak cukup kuat kot tak dapat mengatasi kuantiti carbon dioksida yang dihembus keluar...
tapi tu naik tren..kalau Rasulullah dulu...pi naik unta..takda bumbung pun...bawah matahari..atas pasir yang membahang...
ni tren atas ada bumbung..bawah ada lantai...laju lagi...mungkin lebih laju dari perjalanan unta..alhamdulillahirabbil'alamin...
alhamdulillah..
sampai juga ke tempat biasa yang ingin di tuju..
taman islam itu...
ptg tu ada liqo'..
afwan kathira buat anak-anak halaqah tersayang...
ana rasa agak teruk minggu ni..
perasaan yang sama masa program Hf dulu...
alhamdulillah..getting better masa kelas Hf..
tanya sorang anak halaqah pasal halaqah dia..
anak halaqah dia 10 orang.. subahanallah..
ana pun tengah dok pk..
bolehke dia bawak ramai2 camtu...pernah ja tanya dia..
'anti ok ke nak bawak dema?'
'ala..kak..erm...saya ni banyak lagi yang tak settle..dema tu terlalu baik..'
ana akui..mmg anak halaqahnya baik baik yang teramat..ana pun naik segan kalau jumpa dengan dema..huhu..sebabtulah dia macam nak tolak utk halaqah tu..
tak pa la ukhti..ana yakin anti boleh..dema pun kecil lagi..masih banyak masa
insya Allah..tak pe jekalau perangai anti n dema jauh beza..anti ikut dema sket dema ikut anti sket...huhu..
lepastu sorang lagi anak halaqah..minggu ni tanya sekali lagi kat anak buahnya..macamana dengan halaqah..semua ok ja..n dah setup masa n apa yang diperlukan dalam halaqah ni..2 perkara : komitmen n mutabaah. bahagia benor nampaknya become a murabbiyah..katanya tak sabar utk next halaqah..dengan muka berseri yang teramat..
huhu..alhamdulillah..moga terus istiqomah ya ukhti..
kalau sorang lagi..setup program utk batch n nak mintak akhwat tlg..nama program tu..usrah f-...insya Allah..ukhti..erm..nnt ana buat draf utk program tu...
minggu ni bincang pasal rehlah waktu cuti...mungkin buat tengah-tengh cuti..tapi tak setup banyak lagi..so lepas ni nak buat paper work n hantar kat mas'ulah...
tak de pe lagi nak cerita..
hurm...
biasa ja minggu ni..cuma ada sorang tu cakap..afwan akak kalau cemar mood akak sebab kitorang..sebab taman islam tu..
tak de benda pun...
alhamdulillah...PINTAR ( program integrasi badar..)lawak juga nama singkatannya.. antara 4 buah skol akan diadakan di taman islam..
hurm...
tak tahu nak tulis pe dah..just nak mengabadikan kenangan hidup kat blog..merapu ja..
tapi macamana ya..ada org len masuk halaqah ana..
hua...
hurm.
salah tempat kot buat halaqah masa tu...buat kat tengah alam jagat tu buat pa?