Sunday, October 25, 2009

berbuat baik lah..

Bismillah..

minggu ni pi ke taman Islam..macam biasa la berlari tak cukup tanah kejar tren..suruh pakcik tu tahankan tren tu..jangan bagi jalan sebab saya nak naik..tq pakcik kaunter..

dalam tren rawang ke kepong sentral kenai dengan sorang akak ni..akak ker?uhu..tapi dia panggil saya adik..padahal saya tanya dia tdi dia sebaya saya! haha..nampak la saya ni nampak muda..haha..astaughfirullahalazim..

pada pandangan ana..dia adalah seorang manusia yang sangat banyak mengingati Allah..banyak sangat kata2nya yang mengingatkan kita kepadaAllah n banyak sangat bagi kata2 yang mengingatkan kita kepada Allah...dan banyakla cakap dengan dia..cakap panjang lebar pasal permasalahan umat..pasal hubungan dengan Allah..pasal program..pasal jemaah..haha..memberi kefahaman kepada saya..sepanjang perjalanan dari rawang ke kepong sentral dalam masa lebih kurang 20 minit..best r...dia buatkan ana nak jadi org yang baik n solehah..haha..tapi seriously yes..pesanan akhir dia b4 berpisah..tak kiralah kat mana, kalau jumpa kawan yang dah lalai n jauh dari Islam sama2 la kita ingatkan dia..jangan biar dia terus lalai..thanks akak..kita adalah salah sorang yang sentiasa lalai..tapi kita akan cuba untuk perbaiki diri, tak ckap benda lagha n tak buat benda sia-sia n cuba membantu org lain yg lalai..terus berbuat..insya Allah..doakan kita sama2..nice moment even kita tak penah kenal..tu la cantiknya muslim kan?semuanya bersaudara..

di taman islam..

em..bertapa kat sana..lepak dengan budak2 tu..

tapinya dema nak study so tak leh kacau sangat..

petang tu liqo' macam biasa..alhamdulillah..cuma tak best sket sebab start lepas asar n dema dok sibuk2 nak pi mandi n mandi n siap2 b4 pukul 7..saya lupa cakap..b4 halaqah bersiap dulu..nnt trus pi makan...hmmm..its ok..moga masa yg singkat dapat memberi 1001 manfaat kepada antunna.

lepas isya' banyak borak dengan dema jap..alhamdulillah..best r..cakap pasal isti'ab- ulas sket n borak2 sket...harapnya dapat beri kefahaman kepada antunna ya..

dok belek2 buku isti'ab ni tertarik dengan satu hadis

'seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya. Barangsiapa yang memenuhi kebutuhan saudaranya maka Allah akan memenuhi kebutuhannya. Barangsiapa yang mengluarkan seorang Muslim dari kesusahan (di dunia) maka Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan hari kiamat dan barangsiapa yang menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat' (HR Bukhari, Muslim dan Abu dawud)

terbaca hadis ni teringatla banyak perkara..

saya mengucapkan berbanyak2 terimakasih kepada sesiapa yang hadir dalam hidup ini dan banyak memudahkan urusan hidup saya...yang pastinya buat parent tak terkata..hanya Allah yang mampu membalas..

tapi stranger yang memudahkan urusan saya dan membantu saya dalam memudahkan urusan..yang paling ana terkesan..

kakak kaunter kat kepong sentral..jazakillah khair..saban minggu jumpa akak..ana takkan lupa yang akak banyak tolong ana..walaupun seriously ana tak kenal akak n akak pun lagila pastinya tak kenai ana kan?..beribu2 org akak jumpa setiap hari..

ingat lagi masa tu..ana sampai kat kepong sentral tu da malam n nak kejar tren last ke tg malim..pi kaunter tanya kat akak

'sempat tak nak naik tren ke tg malim?

'macam tak sempat..tren last kat rawang pukul 9.25..sekarang ni tren kat stesen...(tak ingat)..

'tapi jap akak cuba tanya'

Akak pun call org tu call org ni banyak r call org..dengar akak tanya ni ada budak nak naik tren..sempat tak..akak pun macam minta org tu utk delaykan sket tren kat rawang nak ke tg malim tu..akak cuba gak tolong ana biar ana dapat naik tren tu..

‘tak dapat la dik..’

Tarik nafas ..lepas

Lepas tu akak ada call org lagi..tunggu lagi…

Then..

‘ok sempat..tapi ni tren yg terakhir..jangan tertinggal tau’

Subahanallah..alhamdulillah…

‘ok..rm6.20’

‘tq akak’

‘ok..naik tau jangan tertinggal..’

Senyum..

Tunggu tren..then dah nampak batang hidung tren tu..ana pun tunggu r tren berenti..tercegat kat situ..

Dalam sayup2 bungi bising tren..

‘adik..adik …adik...’

Tertoleh ke belakang..akak pandang kita kat pintu kaunter n senyum n cakap..

‘adik…naik tren ni tau..ni tren last’

‘ok akak..terima kasih banyak akak’’

Tata..

Dalam hati sangat mendoakan..moga hari ni akak permudahkan urusan ana..ana doakan Allah akan memudahkan urusan akak kemudian..n memberatkan timbangan amal kebaikan akak..mungkin akak tak perasan akak dah buat satu kebajikan – sangat- sebenarnya..moga Allah akan mengeluarkan akak dari kesusahan hari kiamat..dan kesusahan kat dunia ni..n baca hadis ni sangat ingat kat akak…

T u yg sgt terkesan..ada la beberap peristiwa lagi termasukla…pakcik tahankan tren sebab saya nak naik, kakak bersusah payah mintakkan harga shuttle ikut harga komuter sebab harga dia 2 kali ganda..n banyak lagi..tapi sebenarnya banyak sangat kakak-kakak n pakcik2 kaunter ktm samada kepong sentral or tanjung malim yg tolong ana..thanks a lot..mungkin ni tugas kalian..tapi moga Allah juga mempermudahkan urusan kalian atas usaha kalian mempermudahkan urusan org lain dengan sangat ikhlas…

So buatlah kebaikan walau sekecil mana pun..mungkin kita tak rasa mende pun dengan kebaikan tu..tapi moga-moga pahalanya mampu menghantar kita ke syurga..ana yakin akak n pakcik komuter tu pun tak rasa mende pun dengan apa yg dema buat..tapi memandangkan kesan kepada si penerima kebaikan tu amat besar…jadinya si penerima kebaikan tu sangat mendoakan dema..ana yakin bukan ana je..tapi ramai lg org..wa..banyaknya pahala dema kan? Kan?...alhamdulillah..ambik ibrah..buatkah kebaikan sebanyak2nya..moga amal yg kecil akan menjadi besar disisi Allah dengankeihlasan hati kita..or dengan ketakperasanan..yg kita ni buat baik..pahamke ayat2 ku ini?huhuhu

Dalam hadis lain

jika salah seorang diantara kalian berjalan bersama saudaranya sesama Muslim (saat itu Rasulullah mengisyaratkan 2 jarinya)untuk emenuhi kebutuhannya (baca: keperluannya), maka hal itu lebih baik baginya daripada I’tikaf di masjid ku ini’(HR Hakimi)

Lain

‘Allah tidak henti-hentinya memenuhi kebutuhan seseorang selama org itu memenuhi kebutuhan saudaranya’(HR Thabrani)

Jadi buat diriku ini..permudahkanlah urusan org lain..permudahkan urusan akhwat…dan sesapa sahaja la..tolonglah org len jangan nak berkira sangat k..moga menjadi pahala yang berterusan. .

Nak balik dari taman islam 2 org anak halaqah hanta – ni khas buat nfml n nsb – jangan buat macam tu lagi k..akak tak suka..seriously..so please..akak tak nak rasa terhutang dengan antunna..n akak tak nak rasa dibayar datang ke taman islam..mungkin kecil je nilai tu..tapi saya tak selesa n tak suka dengan apa yg antunna buat..sori la ek kalau sorg je yg rancang n dua2 kena…baru saya faham apa perasaan org yg mati2 taknak menerima upah bila bagi ceramah dsb…hmmm. Mungkin antunna tak baca blog ni..tapi harapnya Allah akan menyampaikan pesanan ni kepada antunna mengikut wasilahNya…

Buat nnmy..salam mujahadah k..moga terus kuat…akak doakan anti..

Tak tahu nak tulis apa dah..

Banyak lagi nak share..pasal isti’ab..

Nnt la…

-Moga terus berbuat hanya keranaNya-

Saturday, October 17, 2009

kepada apa?

bismillah..
alhamdulillah wa syukurlillah
segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat merasa makanan..nikmat makan kacang..serta nikmat digestive system yang dapat mencerna kacang tersebut hingga mampu menjadi feaces..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw yang kerana usahanya saya dan kita semua mendapat nikmat Islam hari ini.... serta kepada semua mujahid mujahidah ikhwah akhawat serta yang memperjuangkan islam moga istiqomah ke akhirnya insya Allah...

tertanya mengenai satu persoalan yang dipersoalan...
pagi2 ni chat dengan akhwat best gak...
kepada apa kita bawa dakwah ini..
kepada Allah..
itu jawapan buku..
atau skema jawapan yg semua orang tahu..
tapi secara praktikalnya bagaimana...
jawapan secara praktikal...

baca sesuatu dalam forum...
nanti ana postkan kat atas...
seorang murabbi..
siapa kita?
kekadang kita terlalu asyik mengajar hingga lupa untuk belajar...
walaupun dah terlalu hafal dalam kepala ni
3:79
terlalu asyik menyampaikan hingga lupa menjadi pendengar
dan terlalu menyatakan 'anti' 'antunna'...hingga lupa ttg 'ana' 'saya'
terlalu melihat bagaimana ingin memperbaiki org lain hingga lupa melihat ke dalam diri..
bagaimana pula dengan pengislahan diri ini?adakah berkadar langsung dengan pengislahan orang lain?
alhamdulillah..andainya ia mampu bergerak seiring..

tapi ukhtifillah..
andaikata..
kita terlalu asyik membantu org lain dalam membina diri dan iman...
tapi buat diri kita..kita tak mendapat impak...
awasilah itu semua..
'mengapakah kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri. padahal kamu membaca Kitab(Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?
(Al-Baqarah,2:44)
andai itu yang berlaku..
berhenti sejenak...
lihat dalam diri..lihat dalam hati..
kemana kita membawa dakwah ini..
kepada Allah..kepada Islam..
dan pertama-tamanya..
pastilah buat diri..dan insan terhampir..
'wahai orang2 yang beriman!peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...'
(At-Tahrim,66:6)

tu yang pertama..mampu mendekatkan diri ini kepada Allah swt..
then..

'pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. '

ini..satu petikan yang diambil dari forum...
hurm..
bila baca pasal ni..
teringat sesuatu...
halaqah di taman Islam..
pendapat peribadi ana..
mereka adalah org2 yg agak expose bab2 jemaah ni...
pernah satu ketika...
sebenarnya agak risau...
'kita ni bawak halaqah dema bertahun2 kat sekolah...
tup tup..
dema tak jadi produk kita....'
ni satu pemikiran la...doktrin?
tapinye bila review balik..
then dapat satu kata2..
'cuba kita check balik kenapa kita bawak dakwah kat sekolah ni...'
sory to say..
kita bukan nak mengajak mereka ke arah kita..
tapi nak mengajak mereka ke arah Islam..
supaya mereka tahu apa itu halaqah..
apa itu tarbiyah yang sebenar..
prinsip islam sebenar...
bukan membawa kepada figure...
bukan membawa kepada satu2 organisasi..
tak kisahlah dema nak join apa lepas ni..
yg penting dema mampu berkomitmen dengan Islam..
tapi dapat satu kata-kata ni..

Memang yang penting adalah kerana Islam..tapi macamana kita yakin dengan tarbiyah kita untuk berIslam dengan baik, macam tu juga kita nak diorang stick dengan tarbiyah kita insya Allah…

B4 org tu cakap..sebab tu penting sangat keterikatan hati dengan anak halaqah kita..

Yes…agree with this statement.



dah tak nak cakap pasal ni..
dah terang sangat bersuluh
ibarat melihat di siang bolong..uhu..

moga berbuat hanya keranaNya..
teruslah berdakwah..
teruslah berbuat..
perbaiki dirimu..
perbaiki hatimu
perbaiki dari org sekelilingmu..
perbaiki hati orang sekelilingmu..
moga sinar Islam akan menampakkan cahayanya yang gemerlapan..ayat ni macam tunggang langgang je..tapi tak kisahla..

-post ni macam terabur..n ulangan..cuma ambikla ibrah ye dib-

Tuesday, October 13, 2009

pengembaraan sekali lagi...

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw..

alhamdulillah syukurlillah diberipeluang untuk bernafas dalam iman dan islam serta dalam nikmat tarbiyyah..alhamdulillah..
hujung minggu..
balik rumah...
then hari ahad pi taman islam..
lama dah kan tak cerita macam ni..
cuma minggu ni pengalaman best sket sebab bukan naik tren..
tren takda..
pakcik kat stesen komuter tu kata

'tren kat putra jatuh'
'oo0o0..yeke..takde sampai bila..seharian ke takde?'
'saya tak pasti..kita nak bersihkan dulu tren tu..tak tahu sampai bila baru tren ada'


saya pun dengan muka tak tahu perasaan apa...
blah dari situ..menuju ke arah puduraya...
dalam kepala..
think..

'nak pi tak nak nak pi tak nak taman islam ni...'
'kalau nak pi macamana?dahla dah lambat..sekarang ni pukul 3..nak balik b4 malam sebab saya sorang2..
'kalau nak pi..naik bas ke kuala selangor tu..mana nak dapat bas tu? nak sampai skol pukul berapa?nak start halaqah pukul berapa?kena balik sebelum malam incase kalau tren tak elok sampai esok..kena naik bas..kalau tren dah elok pun kena balik b4 malam gak..'
'rasa2 kat depan pudu bas ke kuala selangor..tapi nak pi ke taknak..kalau dah kat pudu ambik bas ke tg malim..sampai la tg malim..'
'tapinya..halaqah minggu ni macamana?minggu depan dapat ke jumpa dema?dahla cuti deepavali lagi2 dema nak exam next week..'
'tapi kalau pi sana juga lepas ke nak balik ke tg malim ptg ni?kalau tren takda?..'
'Rabbi yassir wala tu'assir..'


mengambil keputusan..

'kalau depan pudu tu ada bas ke kuala selangor tu naik bas tu n pi ke taman Islam...tak kisahla nak sampai pukul berapa..nak balik mcmna nanti pasti ada jalan..(29:69)'
'kalau takda bas selama masa yang ditetapkan..cari tiket..balik tg malim...'
ku serahkan sepenuhnya padaMu ya Rabb...

at the same time..anak halaqah dah miskol miskol..
oho..afwan sebab saya sedang berfikir sambil berjalan...so macam 'tunggu sat na nnt saya respon' - bole ke macamtu?

jalan n jalan n jalan sambil melihat kerenah manusia sekeliling..
subahanallah..sangat bersyukur diberi ruang dan peluang mengenali Islam..mengenali tarbiyah dan halaqah..mengenali akhwat yang banyak membantu dalam membina iman..mengenali anak halaqah skol yang sangat comei n pelbagai ragam..semuanya membantu ana mengingati dan lebih taqarrub kepadaNya..alhamdulillah thumma alhamdulillah..walaupun penat woo..beg tu berat sebab saya angkut nasi n biskut raya dari rumah..lapar pula tu..tapi alhamdulilah..tarbiyah sangat mengajar..nama lagi tarbiyah kan..

akhirnya sampai di puduraya..
tengok jam..tengok sekeliling..
tup tup..
'nah itu dia' bas putih merah kuala selangor yang dicari..
so dengan laju seperti yang dijanjikan..kaki melangkah ke dalam bas tu dengan pasti..n duduk la kat situ...
dalam bas - membaca SOLUSI - hidayah kompas kehidupan- best r..masa ni mmg best sgt..ntahla..sebab saya sangat rasa Allah sangat permudahkan urusan saya...alhamdulillah..
terlalu ingin menjadi hamba yang bersyukur..

akhiirnya..
sampai di tempat biasa..ambik cab..sampai taman islam..
anak halaqah tanya..
"kata start pukul 3, sekarang pukul 5"
gedebuk..
waaa..

dalam hati..'afwan kathira ukhti fillah..mungkin atas dosa2 ana menyebabkan keterlambatan ini..afwan kathira kerana tak menepati janji...tolongla jangan contohi sikap yang tak baik ini'
walaupun rasanya mampu memberi alasan yg rasional..tapi...boleh tak tolong jangan beralasan wahai diri?...

halaqah berjalan seperti biasa..
cumanya 5 org datang dari 10 org..
hurm..ok..
think about it..

cumanya..
alhamdulillah..
halaqah ni sangat banyak mengajar saya..
sangat banyak mengetuk ngetuk hati dan diri ini..
bagaimana ingin membina mad'u..
bagaimana ingin memberi solusi sesuai dengan permasalahan mereka..
bagaimana ingin menyampaikan sesuai dengan level mereka..
bagaimana ingin agar hati mereka tersentuh dan terus terikat dengan tarbiyah..
bagaimana ingin menjadikan halaqah ini adalah tempat meningkatkan iman...
bagaimana ingin membantu mereka dalam membentu halaqah muntijah bersama anak2 halaqah mereka..
dan terlalu banyak lagi bagaimana..

cumanya satu yang saya sangat pasti..
semuanya berbalik kepada hubungan kita dengan Allah..

Allah yang memberi hidayah kepada manusia..
Allah yang memberi petunjuk dan jalan kebenaran kepada manusia
Allah yang mengikat hati2 manusia itu..
Allah yang menggerakkan hati2 mereka untuk menerima dan meningkatkan iman mereka..
Allah yang memegang hati2 mereka
dan Allah adalah segala2nya..

jadinya dib..
hubungan dengan Allah itu sangat amat sangat penting..
jaga diri. iman n amal
demi kemaslahatan umat ini..

cumanya ada satu yang sangat terketuk nak share..
bercerita kisah Mus'ab b Umair..
bagaimana kisahnya sebelum islam sangat kaya, ganteng, wangi dan menjadi kegilaan ramai perempuan..
tapi lepas Islamnya dia..dia jadi miskin sampai2 kalau dia lalu sahabat akan menundukkan kepala tak sanggup nak tengok dia berpakaian serba kekurangan'..

satu soalan..
'sahabat tak tolong dia ke?'
oh..ini punya soalan susah juga..

cumanya..
dengan spontan..
'oh..takyah la tanya soalan macamtu'..
lepastu sorang anak halaqah jawab
'sahabat pun susah juga sebab tu tak tolong Mus'ab'
tok tok...
saya sangat merasa amat terketuk dengan ini..

ya Rabb.
ampuni dosa hambaMu ini yang amat dhoif...
ana cuba memberi yang terbaik...
tapi terlalu banyak khilaf...
menyerahkan pada Mu ya Rabb..
cuba mengambil ibrah dan memperbaiki diri..

saya fikir..

sebelum ni..
'kenapa nak tanya benda yang macam tak penting tu..'
'terima je la cerita tu..itu adalah kisah sahabat yang kita sendiri boleh nilai'

sekarang
'jazakillah khair ukhtifillah'
'anti berfikir dengan kritis..buatkan ana sangat berfikir dengan soalan2 anti'
'buatkan ana sangat terketuk kerana kejahilan diri ini dalam menjawab soalan2 itu dan dalam menyikapi soalan yg ana rasa macam tak penting - tapi tu ana rasa'
'moga mampu menjadi da'i yang kreatif dan innovatif serta full of ideas'..

teringat lagi..

kena tegur dengan anak halaqah..
'itu akak..kami tak sama dengan akak'
'itu yg akak pk..'
'itu bagi akak...'
'dia tak tahu..jawabla soalan dia..jangan anggap dia tahu banyak..sedangkan dia tak tahu'
hurm..ni ayat sendiri ya..ayat betul tak ingat dah..
tapinya
jazakillah khair kerana menegur..ana cuba menyampaikan setaraf dengan level antunna tapi sometimes ana fail..macamtu juga dengan students..sometimes fail untuk menyampaikan sesuai dengan level..
tapi andaikata itu yang berlaku..
minta tolong ckp..

macam yg ana pernah kata
'pemimpin..org lain yg memandang..kekadang kita tak tahu kita buat salah..so tegurla..sekali lagi tegur dengan berhemah..'

wallahu'alam..
sangat banyak ibrah yang diambil sepanjang hujung minggu ni..

buat antunna...
ana cuba yang terbaik untuk menjadikan halaqah tu tempat meningkatkan iman n ktaqwaan kepada Allah..setiap kali balik melangkah pulang dari taman islam ana akan banyak intospeksi diri..sampai rasa2 nak je ulang balik masa tadi untuk buat yang lebih baik..kerana terlalu banyak khilaf yang dilakukan..ana mohon ampun pada Allah...
n minta kerjasama antunna untuk penerusan dakwah di taman islam..
andai ada apa2 tolong berterus terang..
wallahu'alam

-luv u fillah ya ukhti...-

The Road Not Taken

Robert Frost (1874–1963)

The Road Not Taken


TWO roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference

Thursday, October 8, 2009

what happen?

Bismillah..
Perkara yang sangat besar berlaku dalam hidup ini..
Road not taken..
Oh..tak sangka semua ini akan berlaku..
Amat amat sangat tidak sangka..
Dan semua orang pun..

‘Apa ni?apa yang berlaku?pening…macamana?i do not know..ntah…what happen?’

Dan masing2 menyerahkan pada Allah..
Dengan amat sangat…
Sebab ini akan menentukan our future..my future..
Pemilihan ini menentukan siapa saya…

Membaca coretan seorang akhi..
Bahtera dakwah ini..
Do not know..again….
Pelbagai pendapat..pelbagai pandangan..

Cumanya..
Nasihat buatku..
Di mana pun kita..
Asolah dakwah ini amat perlu dijaga..
Nilai2 yang sangat murni..yang menyebabkan ana..
Bahkan ana yakin..kita semua..menapak dijalan ini..
Perlu dikekalkan..
Apakah nilai itu..terlalu banyak…
Terlalu banyak..
Diri ini amat diajar untuk
-sentiasa meluruskan niat hanya keranaNya dalam berbuat
-sentiasa berbaik sangka
-gerak kerja yang mantap
-Maknawiyah kuasa 2 untuk menjadi super B
-pergaulan yang amat dijaga
-tarbiyah terlalu ditekankan
-halaqah yang meningkatkan iman
-mampu menemui potensi diri ini
-pengorbanan yang superb
-ketaatan luar biasa
-ukhuwah yang mampu membuatkan air mata ini mgalir jika mengingatinya kerana kebersamaan yang indah
-ilmu dalam dada bertambah dengan baca banyak sangat buku
-praktikal yang amat sangat- kita bukan sekadar bercakap..amal itu amat dituntut.
-semua hanya kerana Allah..
Dan yang ana sangat ingat
-kita membawa kepada islam bukan kepada jemaah
-kita membawa kepada islam bukan kepada jemaah
-kita membawa kepada islam bukan kepada jemaah

And again…islam qabla jam’iyah…
-sangat indah tarbiyah kita..sangat indah ..terlalu indah..terlalu cantik..

Apa pun yang berlaku lepas ni… (apa yg akan berlaku ha?ohhh…takdir Allah itu sangat unik)
Akhi wa ukhti..ikhwah wa akhwat..
Yang perlu kita perjuangkan adalah SATU AKIDAH..
Ghayah kita sama…itu sangat pasti..dan kita memperjuangkan benda yang sama..itu sangat amat pasti..
Sekadar perbezaan sedikit dari segi plat no…
Tapi nilai tu bawalah bersama kita..
Tidak kira dimana kita berada…

Selama ni kita laungkan..
tafaddhal masykuro wahai akhi wa ukhti..
Apapun yang antum nak pilih..pilihla..
Selagimana masih berada di dalam bahtera..
Bahtera penyelamat akidah dan iman..


Jadi ikhwah wa akhwat..akhi wa ukhti..
Sekarang ni..apa yang berlaku ini amat-amat menguji apa yg kita laungkan selama ini..
Ana agak sedih dengan apa yg berlaku..sedih sangat…
Ana mohon pada Allah..dan ana yakin kita semua sangat mohon pada Allah..
Agar mampu untuk mengotakan apa yang kita katakan..
Bukankah firman Allah..

[2]Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! [3]Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(61:2-3)..

Ini yg kita laungkan selama ini…
Mampu untuk berlapang dada atas apa yang berlaku..

Ana mohon ampun pada Allah…
Ana insan yang tak tahu cakap..tak banyak ilmu..
Sekadar mencoret rasa hati..
Moga menjadi tarbiyah buat diri..
Moga menjadi pencerahan buat hati ini….

-Allah Maha Mengetahui Segalanya-

tarbiyah diri..

Bismillah…
Agak tension dengan internet ni..
Tapi apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendak Allah..
Kekadang rasa nak mengamuk..
Tapi sedarla diri…
Apa yg berlaku tu kehendak Allah..
Contoh kalau kita marah..sebenarnya kita marah kat sapa?
Sama mcm kita marah kat org yang menentukan takdir tu..Allah..
So..
Sebabtu cantiknya orang mukmin tu..
Bila mendapat nikmat dia bersyukur..
Bila ditimpa musibah dia bersabar..
Semuanya kerana yakin..
Apa yang berlaku adalah kehendakNya..
Dan ini ujian buat diri yang kerdil..hamba yang hina…
Untuk meyakini sepenuhnya…dan menyerahkan segalanya
Hanya pada Allah..
Setiap yang berlaku tu pasti ada berjuta hikmah..
Yang kalau pada pandangan mata kita..kita tak Nampak pun..ape hikmahnya..
But once Allah memberikan sesuatu pada kita…
Pasti dan sangat pasti..ada hikmah yang perlu diambil..
Dan Allah takkan menciptakan sesuatu tu dengan sia-sia…
Terlalu ingin menjadi hamba yang bersyukur dan bersabar..
2 perkara yang amat sukar…
Sangat memerlukan mujahadah…
Yg paling penting sebenarnya..
Kedekatan kita pada Allah..
So..
Dib…
Relax r..tenang..cool…
Ambik hikmah di sebalik setiap sesuatu..
Kalau rasa benda tu mmg silap..
Ambik ibrah untuk menjadi lebih baik..
Rite?
Yes..

Tuesday, October 6, 2009

saya..

bismillah..
mohon pada Allah diberi pilihan yang terbaik..
bukan kerana apa-apa atau kerana siapa-siapa..
tapi
hanya keranaNya semata
ana mohon ampun pada Allah atas apa yg menimpa diri ini..
minta maaf pada murabbiyah..
minta maaf pada halaqahmate..
minta maaf pada anak halaqah skol..
minta maaf pada anak taklim...
ana yang bersalah..
doakan hati ini jernih kembali..
mungkin terlalu banyak gelak..
saya nak jadi saya yang dulu..
dari sisi saya tak banyak gelak..
gelak mematikan hati..
seriously...
Allahuakbar