Sunday, June 14, 2009

kata hati

bismillah..
tadi pi jalan sat..
then..
ya Allah..
rasa hancur luluh hati ini..
sedih sangat sangat...
doa yang terbaik buat mereka..
bukan tak pernah dengar cerita..
bukan tak dapat jangka mereka macamtu..
tapi..
ini insan harapan ummat..
kenapa jadi macam tu ya..
ya Allah..bukankan pintu hatiku dan pintu hati mereka..
berikan petunjuk dan hidayahMu kepada kami..

kata-kata keramat 2.

bismillah
alhamdulillah wa syukurlillah..

ni sambungan kata2 keramat..
ada sorang lagi yang bagi kata2 keramat..
huuu..
masuk ni 3 orang..
just 1 word..
'chill'
rasa nak pengsan tak?
takla pengsan..nak tergolek ja..
tapi..apa pun..alhamdulillah...
sebab make me realize so many things..
malam tu tak boleh tido dok pk..
bukan pk pasal word tu la..
pk words yang saya cakap before dapat word tu..
hua..
alhamdulillah...
teramat menyayangiNya..
mohon moga sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus..
dan sentiasa dipandu dalam menempuh jalan ini..

esok akan ke sana kembali..
there's a lot of things yang buatkan ana rasa maluu sangat nak berdepan dengan mereka..
ya Allah bantu hambaMu yang amat lemah ini..

lepastu ada syura TP dengan akhwat posting..
wakil akhwat posting..
ehem ehem..
apa yang awak dah buat dib utk modul tu..
huuuu..
baik!!
teruskan berusaha hingga ke titisan air mata yang terakhir...sebab ngantuk
tapi takdelah sampai titisan air liur yang pertama..wakaka..tolong sket ek..mana de kuar air liur kalau tido..tersembur air liur sket2 ada la kalau bercakap..haha..diba tak senonohnya...

walaupun terkadang, saya rasa saya hipokrit gak kalau tulis kat blog ni..
sebab saya adalah orang yang lembut tutur kata dan manis budi bicara..tak keluarkan kata2 tak senonoh..
weh..boleh caya ke???wakaka..perasan tak boleh bla.. insya Allah boleh caya.. huhu
cuma mungkin terkadang dipengaruhi bi'ah sekeliling..
tu la..budak2 taman islam tu..yang kiut miut tu yang ajar saya..haha..
aiseh..dah merapu
astaugfirullahalazim..mohon ampun pada Mu ya Rabb....

sekarang ni tengah settlekan tilawah..
perlu mengundur diri..
actually want to write about Muhammad Aiman..
A boy that i love..tak tahula..jumpa dia buatkan ana berubah..
berubah menjadi lebih baik..perasan again..wahaha
just met him around 50 days..dan harapnya dapat bersamanya untuk jangak masa lebih panjang lagi..sebab i learn a lot of things from him..
thank you Allah.
tapi mungkin len kali kot nak cerita..
p/s : muhammad aiman is my cousin..ana tengah jaga dia sekarang..umur 2 month..so cute..

wassalam..

Thursday, June 11, 2009

rasa..

bismillahirrahmanirrahim..
segala puji buat Rabb Yang Maha Kaya, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw.
alhamdulillah wa syukulillah..
masih berada disini..
sekarang ni terasa keseorangan..
hurm..
ntahla..
terlalu memohon padaNya agar ditunjukkan jalan yang lurus, agar sentiasa dibimbing dalam melangkah..agar sentiasa disibukkan dengan kerja2 ini..agar sentiasa diluruskan niat dalam berbuat dan agar terus berbuat walau apa pun..
banyak yang ana tak tahu..
banyak yang ana lost..
salah siapa?
salah sendiri...
kenapa?
sebab banyak sebab..
terasa keseorangan dengan manusia2 itu..
dengan semua la..
tapi Allah sentiasa bersama kan?..
ya...absolutely right...
tadi dapat msg dari slh sorg mrby taman islam..
katanya mungkin tak dapat turun ke taman islam buat beberapa bulan ni..
sebab..melangkah ke medan jihad....huuuuuu...
n chance untuk yang sorang lagi tu mengikuti jejak langkahnya pun ada n besar juga..
waaa.....
hurm..
ntahla..
asyik ntah je kan..
insya Allah..ana akan buat yang terbaik untuk dakwah ni..
but i need someone juga..
untuk tlg ana..
pengsan la ana nak handle sorang2 kat taman islam..
tak pengsan pun..sejarah telah membuktikan tak pengsan..huhuhu
tapi mungkin tak berapa efektif..
alhamdulillah..
sekarang ni..dah tak banyak cakap pasal taman islam..
bersyukur sangat dengan perubahan diri ana..
wakaka..perasan tak tahan...
sebab..rasa low..haha..
rasa rendah diri..
wajar ke???macam wajar macam tak..
tapi macam tak wajar la..
tapi itu yang terjadi..
ana rasa rendah diri n segan nak cakap pasal taman islam kat mrbyh yg lain...
lagi satu mungkin sebab ana ni banyak terperuk sket..
hurm..
tu salah satu sebab saya rasa alone sekarang..
hurm..
terlalu mohon padaNya..
bagun tido pagi tadi feel ok..
rasa lebih tenang dari semalam..
alhamdulillah..
serahkan semuanya pada Allah..
sayang dakwah ini kerana sayangkan Allah Rasul dan Jihad (9:24)

p/s : tak tahu nak bagitau mama n papa macamana...

di keheningan malam..

bismillah..
sekarang ni dah lewat malam..
bertungkus lumus menyiapkan hls yang dicompile..akhirnya tak dapat siap juga..
sheet 1st je siap..
ada 5 sheet lagi..tak dapat..sebab macam tak larat..
afwan ukhti..ana cuba siapkan secepat mungkin..
mungkin by tomorrow..
saje je nak conteng2 kat sini..
hurm..
nngantuk..
ada banyak benda nak tulis..
tapi..
lain kali saja..
perlukan kekuatan untuk bangun tahajud nnt..
wslm

Tuesday, June 9, 2009

subahanallah..

bismillah..
tengah dengar seorang hafizah melantunkan ayat2 Al-Quran yang sedia berada di hatinya..
subahanallah..terlalu kagum..
mampu mengingati ayat ayat suci ini dengan baik..
ya Allah..
ingin menjadi sepertinya..
insya Allah..dalam proses..
teringan pula kelas Hf di taman islam..
mereka sangat suci..
mampu mengingati ayat2 suci dengan baik..
alhamdulillah..
bercita-cita ingin memiliki hafiz atau hafizah suatu hari nanti..insya Allah..
huhu..malu la pula..
itu namanya cita2..
so dari sekarang dah planning macamana untuk
make the dream come true..
huhu..
segala puji bagi Rabb, Tuhan Sekalian Alam..

Monday, June 8, 2009

hls..

bismillah..
puja dan puji buat Rabb seluruh alam..selawat buat junjungan besar Muhamad b Abdullah..kasih yang melimpah buatnya..

hurm
hls nama yang tak asing lagi dalam hidup saya..
mungkin asing bagi ramai orang sebab hls ni mmg tak famous spt famous amos tu..
tapi sangat terkenal dikalangan kami..huhu..
alhamdulillah..hampir sampai ke penghujung..
alhamdulillah?yer..bersyukur kepada Allah..
tapi sangat memohon ampun padaNya..
sebab..banyak sangat benda yang tak tercater dengan baik..
ya Allah..ampuni dosa hambaMu yang amat lemah ini..
aku berusaha sedaya upaya..dan cuba untuk berbuat hanya kerana Mu..
ampuni dosaku andai terkhilaf di mana2..

masalah sekarang ni adalah dalam proses transferation..
hurm..
ramai yang potential tapi tercicir..
alhamdulillah dengan tidak sengaja..agak r..semua tu ketetapan Allah..
mereka berjaya dikesan..
alhamdulillah..
tapi..
camna boleh jadi camtu?

sekarang ni mood untuk buat post morterm..
tak siap lagi..
nanti kalau dah siap..
boleh share mana yang patut..

tapi kalau pendapat saya..
yang wajar pegang hls adalah org yang ada transport or atleast ada lesen motor
dan keta..mungkin lesen moto ATAU keta..
sebab..hls ni kan dok umah n mmg bersepah kat ceruk mana ntah..
so that..mmg sangat memerlukan transport..
lainkah kalau dia tinggal di tengah ceruk bandaraya kl..
bolehla buat macam tim..
buka map sebesar2nya..
takla besar..ehe..namanya google map ek..
pi geledah rapid kl punya pelan perjalanan..
baru jumpa rumah budak2 tu..
alhamdulillah..
tapi perjalanan nak pusing kl tu..
bukan senang juga..
credit to timm..moga Allah sentiasa merahmatimu ya..luv ya..
sebenarnya kesimpulannya..
pandai2 kanlah diri tu bawak kenderaan berenjin..
kalau pandai bawak beskal je susah juga..kuang kuang..huhu

ni 1st hls akhwat..
tergolek gelantang..
kelam kabut..
tapi pape pun best jadi orang yang kena edit maklumat..
sebab..boleh nampak sangat perjalanan hls tu sendiri..

ni tgh merapu..
sbb tgh cari ide wat post morterm tu..

wassalam..
i luv hls..
kalau ditanya nak pegang hls lagi..
saya nak jawab..
boleh..
huhu
memerlukan pengorbanan yang besar..
tapi disitu kita diuji dalam menggapai redhaNya..

Saturday, June 6, 2009

hawa nafsu....

Para pengembara jalan menuju Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan beragam cara dan metode bersepakat bahawa nafsu adalah faktor yang menghalangi hati untuk sampai kepada Allah. Mereka juga bersepakat, tidak ada seorang pun yang dapat masuk dan sampai kepada Allah kecuali jika sudah menundukkan, menyisihkan dan memenangi pertarungan atasnya. Begitulah, manusia itu ada dua kelompok. Pertama, manusia yang dikalahkan, dikuasai dan dihancurkan oleh hawa nafsunya. Ia benar-benar tunduk di bawah perintahnya. Kedua, manusia yang berhasil memenangi pertarungan melawannya. Ia mampu mengekangnya, menundukannya, dan nafsu pun tunduk di bawah perintahnya.

Sebahagian orang arif berkata, "Akhir dari perjalanan para thalibin (orang-orang yang mencari) adalah ketika mereka telah berhasil menundukkan nafsunya. Siapa pun yang demikian keadaannya telah berhasil dan sukses. Sebaliknya siapa saja yang dikalahkan oleh nafsunya telah gagal dan hancur. Allah Subhanahu wa Taala berfirman,"Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia. Maka neraka Jahimlah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Rabbnya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya. Maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Nafsu itu menyeru kepada sikap derhaka dan mendahulukan dunia. Sedangkan Allah Subhanahu wa Talaa menyeru hamba-Nya agar takut kepada-Nya dan menahan diri dari hawa nafsunya. Jadi, hati manusia itu ada di antara dua penyeru. Kadangkala ia condong kepada yang satu, dan kadang pula condong kepada yang lainnya. Di sinilah ujian dan cubaan.

Di dalam Al-Qur'an Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebut nafsu dengan tiga sifat: muthmainnah, lawwaamah dan ammaarah bis suu'. Selanjutnya manusia berbeza pendapat, apakah nafsu itu satu dan yang tiga adalah sifatnya? Ataukah setiap manusia itu memiliki tiga nafsu.

Pendapat pertama adalah pendapat fuqaha' dan para mufassir. Sedangkan pendapat kedua adalah pendapat majoriti ahli tasawuf. Tetapi pada hakikatnya tidak ada pertentangan antara dua pendapat ini. Sebab memang nafsu itu satu jika ditinjau dari sisi dzatnya, dan tiga jika ditinjau dari sisi sifatnya.

NAFSU MUTHMAINNAH

Apabila nafsu tenang dan tenteram dengan zikrullah, tunduk kepada-Nya, rindu akan perjumpaan dengan-Nya, serta jinak kala dekat dengan-Nya, maka kepadanya dikatakan – ketika menemui ajalnya -,"Wahai nafsu muthmainnah! Pulanglah kepada Rabbmu dengan penuh ridla dan diridhai! (QS Al-Fajr: 27-28)

Ibnu Abbas menafsirkan muthmainnah dengan mushaddiqah, membenarkan kebenaran.

Qatadah berkata, iaitu seorang mukmin yang nafsunya tenang dengan apa yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Tenang di pintu ma'rifah terhadap asma' dan sifat-Nya dengan berdasarkan khabar dari-Nya (al-Qur'an) dan dari Rasul-Nya (as-Sunnah). Tenang atas khabar yang datang tentang apa yang terjadi setelah kematian, alam barzakh, dan kejadian di hari kiamat, seakan-akan melihatnya dengan mata. Tenteram atas takdir Allah, menerima dan meridhainya, tidak benci dan berkeluh kesah, tidak pula tergoncang keimanannya, tidak berputus asa atas sesuatu yang lepas darinya, pun tidak berbangga atas apa yang dimilikinya. Sebab, semua musibah telah ditakdirkan oleh-Nya jauh sebelum musibah itu sampai kepadanya, bahkan sebelum ia diciptakan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:"Tidak ada musibah yang datang kecuali dengan izin dari Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya". (At-Taghabun: 11)

Tidak sedikit dari para salaf yang menafsirkannya sebagai seseorang yang ditimpa musibah, ia mengerti bahawa musibah itu datang dari Allah, sehingga ia ridha dan pasrah.

Adapun yang dimaksud dengan thuma'ninah ihsan adalah ketenangan seseorang dalam melaksanakan perintah dengan ikhlas dan setia. Tidak mendahuluinya dengan satu keinginan atau pun hawa nafsu. Juga bukan kerana ia tidak dihinggapi suatu syubahat yang mengaburkan khabar-Nya, atau syahwat yang bertentangan dengan perintah-Nya. Bahkan jika suatu ketika datang, ia akan menganggapnya sebagai gangguan yang baginya lebih baik terjun dari langit ke bumi daripada mengecapnya, walau sesaat. Inilah yang dimaksud oleh Nabi sebagai sharimul iman (iman yang jelas). Juga, ia tenang dari kegelisahan untuk bermaksiat dan gejolaknya menuju taubat dan kenikmatannya.

Bila diri tenang telah berpindah dari keraguan kepada keyakinan, dari kebodohan kepada ilmu, dari kealpaan kepada dzikir, dari khianat kepada taubat, dari riya' kepada ikhlas, dari kedustaan kepada kejujuran, dari kelemahan kepada semangat yang membaja, dari sifat 'ujub kepada ketundukan, dan dari kesesatan kepada ketawadhuan, ketika itulah nafsu telah tenteram, muthmainnah.

Dasrdari itu semua adalah yaqazhah, kesedaran. Kesedaranlah yang menyibak kealpaan dan kelalaian diri. Ia pulalah yang menampakkan baginya taman syurga. Ia bersenandung.

Tahukah kau, duhai nafsu?
Celaka bila… engkau bergembira
Bantu aku dalam pekatnya malam
Moga cita nikmat hidup… dalam menjulang
Sesudah hancur segala

Di bawah cahaya kesadaran, diri akan melihat semua yang diciptakan untuknya. Juga, apa yang akan ditemuinya di alam barzakh, sampai memasuki negeri abadi. Ia juga melihat betapa cepat dunia berlalu, betapa sedikit dunia memberikan kenikmatannya kepada anak-anaknya dan orang-orang yang merindukannya, dan betapa dunia membunuh mereka dengan belati-belatinya. Maka bangkitlah ia seraya berseru:"Duhai, betapa meruginya aku atas keteledoranku di sisi Allah" (Az-Zumar: 56)

Selanjutnya, ia akan menggunakan sisa umurnya untuk melengkapi kekurangan, menghidupkan yang telah ia matikan, membenahi puing-puing masa silam, dan memanfaatkan setiap kesempatan – yang jika terlewat, terlewat pulalah seluruh kebaikan.

Masih di bawah cahaya kesedaran dan cahaya nikmat Rabbnya kepadanya, ia melihat betapa ia tak mampu lagi menghitungnya, betapa ia tak mampu memenuhi haknya, betapa ia penuh dengan aib, juga amal-amalnya yang rusak, kejahatan-kejahatannya, dosa-dosanya, serta kelalaiannya terhadap tugas dan kewajiban yang tidak sedikit.

Akhirnya luluh sudah nafsunya, khusyu' sudah anggota badannya, dan ia pun berjalan menuju Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan kepala tertunduk oleh banyaknya nikmat yang ia saksikan serta kejahatan, aib dan dosa dirinya.

Kini, ia tahu betapa berharga waktu yang dimilikinya. Juga bahawa ia adalah modal utama kejayaannya. Maka bakhillah ia terhadapnya jika bukan untuk usaha mendekatkan diri kepada Rabbnya. Sungguh, membuang-buang waktu adalah kerugian, sedangkan menjaganya adalah kemenangan dan keberuntungan.

Inilah buah dari yaqazhah dan implikasinya, yang merupakan langkah awal dari nafsu muthmainnah dalam perjalanannya menuju Allah dan kampung akhirat.

NAFSU LAWWAMAH

Ia adalah nafsu yang selalu berubah keadaan. Ia sering berbalik, berubah warna. Kadang ia ingat, kadang alpa. Kadang ia sedar, kadang berpaling. Kadang ia cinta, kadang benci, kadang ia gembira, kadang sedih. Kadang ia ridha, kadang murka. Kadang ia taat, dan kadang ia khianat.

Sebagian orang mendefinisikannya sebagai nafsu seorang mukmin. Al-Hasan al-Bashri berkata, "Seorang mukmin itu selalu mencela (lawwamah artinya banyak mencela) dirinya. Ia terus berkata: Apa yang kau inginkan dari semua ini? Mengapa kau lakukan ini? Sungguh ini lebih baik daripada yang ini! Atau yang semisalnya."

Ada juga yang mengertikannya dengan celaan pada hari kiamat. Pada hari itu setiap peribadi akan mencela dirinya sendiri. Jika ia pendurhaka, atas kedurhakaannya, dan jika ia seorang yang taat, atas kelalaian dan kekurangannya. Ibnul Qoyyim berkata, "Semua pengertian di atas benar."

Lawwamah itu ada dua. Lawwamah yang tercela dan lawwamah yang sebaliknya.Yang pertama adalah nafsu yang dungu dan menganiaya diri sendiri. Ia dicela oleh Allah dan para malaikat. Sedangkan yang kedua adalah nafsu yang selalu mencela pemiliknya karena kekurangannya dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala – padahal ia sudah berusaha sekuatnya – Nafsu ini tidak dicela. Bahkan nafsu yang paling utama adalah nafsu yang mencela diri atas kekurangtaatannya kepada Allah, dan ia siap menerima celaan dalam menggapai ridha-Nya. Demikianlah ia terbebas dari celaan Allah. Berbeza dengan orang yang puas atas amal yang dikerjakannya, dan ia tidak dicela oleh nafsunya, lalu tidak siap menerima celaan dalam menggapai ridha-Nya. Dialah yang dicela oleh Allah.

NAFSU AMMARAH BIS SUU'

Inilah nafsu yang tercela. Ia selalu mengajak kepada keburukan, dan itu memang tabiatnya. Tidak ada seorang pun yang dapat selamat dari kejahatannya selain orang-orang yang mendapatkan taufiq dari Allah subhanahu wa ta'ala. Allah mengisahkan tentang isteri menteri al-Aziz,"Dan aku tidak berlepas tangan dari nafsuku. Sesungguhnya nafsu itu selalu menyeru kepada kejahatan. Kecuali yang diberi rahmat oleh Rabbku. Sesungguhnya Rabbku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Yusuf: 53)

Dan firman-Nya,"Sekiranya bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian, niscaya tidak ada seorangpun dari kalian yang bersih-suci, selamat-lamanya." (An-Nur: 21)

Rasulullah Shalalallahu alaihi wa salam mengajarkan kepada para sahabat khutbah hajah, "Segala puji bagi Allah. Kita memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya, dan memohon ampunan kepada-Nya. Kita juga berlindung kepada Allah dari kejahatan nafsu kita dan keburukan amal-amal kita."

Kejahatan itu tersimpan di dalam nafsu. Ia akan mengajak kepada amal-amal yang buruk. Apabila Allah membiarkan seorang hamba bersama nafsunya, ia akan binasa di tengah-tengah kejahatan nafsu dan amal buruknya. Apabila Allah memberikan taufiq dan memberikan pertolongan kepadanya, nescaya selamatlah ia dari semuanya. Oleh kerananya kita memohon kepada Allah yang maha Agung untuk melindungi kita dari kejahatan nafsu dan amal buruk kita.

Ringkas kata, nafsu itu satu saja. Ia bisa menjadi ammarah, lawwamah atau muthmainnah, yang merupakan puncak kebaikan dan kesempurnaannya.

Diambil dari buku Tazkiyah An-Nafs, Konsep Penyucian Jiwa Menurut Para Salaf, Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hambali, dan Imam Ghazali, ditahqiq oleh Dr. Ahmad Farid.